Jelajah Tapak Warisan Beras Terbakar dan Borong Minyak Gamat Nusantara Langkawi | Part 15 | Julia Johari
Booking.com

Jelajah Tapak Warisan Beras Terbakar dan Borong Minyak Gamat Nusantara Langkawi | Part 15

Dah serupa macam tuan rumah kan posing hahahha

Kali kedua ke sini walaupun sudah 4-5 kali jejak Langkawi atas urusan kerja atau seminar, kali kedua ini amat bermakna buat julia sendiri sebagai isteri dan sebagai umi sudah tentu gembira lagi melawat bersama insan tersayang buat suami dan Qaiser ilman. Apa yang anda lihat dan perhatikan dari struktur rumah ini? Diperbuat dari kayu yang unik, dari jauh sudah julia berkenan melihat tangga yang sangat cantik ini. Begitu rapi kan tuan rumah ni jaga seni binanya. Sampaikan anak julia pun nak naik ke atas rumah ini hehehe tarikan yang tersembunyi hanya tuan rumah ini sahaja yang tahu.

Apa yang menarik di kawasan beras terbakar?

Ya, ramai yang tertanya dan kurang ambil peduli port wajib ni. Apa yang menarik? Apa yang menyebabkan ramai pelancong dari segenap dunia akan ke sini dan belajar mengenai sejarahnya.
"Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut." Sumber: Warisan Budaya
Kali ini julia sendiri nak bercerita pada Qaiser ilman, inilah lagenda Pulau Mahsuri, kawasan beras terbakar ini adalah bukti mengatakan sumpahan mahsuri pada ketika itu, Allahualam.

Waktu pagi sebenarnya, tiada seorang pun pelancong pada tika ini, hanya kami bertiga, itulah yang paling best melancong ketika orang semua masih bekerja, nikmat menghayati suasana tanpa gangguan. Privacy dapat hirup udara di taman mahsuri.

Hanya tapak sahaja, memang tak akan nampak beras terbakar disini pun, hanya sebagai satu tanda sahaja bahawa inilah kawasan beras terbakar tu.

Qaiser ilman terkumat kami bertanya pada julia...kenapa ada duit dalam tu umi, julia hanya tersenyum, Qaiser ilman mereka niat bersedekah, mungkin duit itu nanti boleh jaga kawasan ini lebih bersih macam sekarang ni. 

Bila lihat dan tenung beras terbakar ni lama-lama, rasa meremang je, yelah mahsuri pernah sumpah sampai 7 keturunan tau beras ni masih macam dulu. Apa-apa pun itu hanya lagenda semata, jika betul hanya Allah yang tahu kan. 



Kawasan beras terbakar ni pun tak kurang hebat kan ada jual macam-macam cenderamata, sempat beli satu skirt kain perca yang dijahit sangat cantik hehhehe tak beli gamat disini sebab niat nak pi lawat kilang gamat terus. My hubby dan Qaiser ilman jom redah port seterusnya.
GAMAT

Pantang kalau pi Langkawi tak beli GAMAT. sudah jadi suatu kemestian kena beli, dulu masa bujang ke Langkawi tak pernah pun nak beli gamat, ini pertama kali nak beli hahahhahaha, walaupun rasa ketinggalan tapi cukup seronok dapat melawat tempat ini buat pertama kali dengan keluarga tercinta. 

Dulu bujang almaklumlah beli ala kadar je, sekarang ada 2 keluarga yang perlu diberi cenderamata kan, jommmm tengok gamat !

Lai lai lai gamat gamatttttt you ols, haaaaaaa ko rasa nak mandi gamat kat sini pun boleh hehehhe, banyak kan, macam-macam jenis minyak angin gamat pun ada seronok oii borong!

Tudiaaaaaaaa 12 botol RM10 je, suami pun ada cakap, kalau group pelancong memang akan ke kilang gamat nusantara ni sebab mudah tepi jalan besar je kan, borong 5 set, nak bagi ramai geng kt KL ni ngan mertua sekali. Haishhhhhhh perangaiiiii membeli saka tu dah mai, apa pun tak leh kedekut sgt hehe

Kadang-kadang sakit bahu lah sengallah, tetiba rasa perut tak berapa sedap lah julia beli Gamat Panas ni, fuhhh dekat sebulan lebih pakai memang terbaiklah, tu sebab update pun kemain lama nak ngetest dulu hehhehe

Akar Draka Mertua, 
amboiiiiiiiiiii nama tu eksotik sangat hahahhahah tersedak mertua aku kat Kuantan tu hehehhe, inilah bahan-bahan utama pembuataan Gamat, perghhhhhhhh selonggok dimasak sekali tu jadi pekat, kita sapu kt luka pun cepat baik.

Budak Qi ni tengok ada apa dalam aquarium ni, dia cakap kenapa ikan mati, tak ada air hahahhaha ku jawab ini lah gamat yang sudah dikeringkan, tapi Qi tak faham kata kenapa tak ada air...okey sebelum mak ko ijo baik kita tengok benda lain hahahhaha lawyer nak lawan lawyer memang tak tau sapa menang hehhehe

Budak Qi ni rajin lah sesangat, nak tolong bawa gamat lah konon kan, sekali mak ko pusing penuh gamat dalam satu bakul hahahhahahhaha mujur tak ada pelancong lain, hanya kami bertiga, kalau tak malu mak ko Qi hehehe belakang Qi tu kayu ginseng ke eh ke kayu apa? Okey tak tau hahhaha



Semerbak bau gamat tengah tanak dalam periuk beri dalam rumah ni tau, perghhhhhhh tak boleh masuk hanya boleh lihat dari jauh je

Lihat periuk tu perghhhhhh mengelegak hitam pati gamat, berapa jam dan berapa hari lah duduk disitu kan sebelum sah untuk dibotolkan. Unik !
Panas berdeting bergambor kat sini huhhhhh kerana nak juga ada tanda amik gambar menara gamat tu hahahhahahaha Haaaa mujur tak sunburn, tak pe lah gamat dah berbondong-bondong beli, tu tak fikir lagi tu nak bawa balik acaner ler kl dengan coklatnya, dengan memacam baju borong tup mata.

Saje besarkan MAP LANGKAWI ni nak tunjuk 2 bulatan tu port makan tu, lagi besar map lagi puas hati kan hehehe

Okey Part 16 nanti nak story pasal SARAPAN PAGI enak di kedai orang Melayu tebar roti canai best dengan lograt kedah pekat dan MAKAN MALAM SEAFOOD kedai Melayu di kawasan Mukim Kedawang, syiokkkk oiii makan saje. Nantikan next episod. Bye!


Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah...
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE
Tips Beli Coklat & Seluar Jeans Murah Langkawi | Part 11 click HERE
Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12 click HERE
Pantai Cenang | Part 13 click HERE
Cara Terbaik Saya Bergambar di Dataran Helang | Part 14 click HERE

6 comments:

  1. Serius best!! Ena datang langkawi, tak pernah pergi makan ni. Sebab family kata bosan tengok makam je. Ahaks. Lepas ni pergi dgn incik hubby, boleh pergi sana sini... Yeahhh

    ReplyDelete
  2. rasa mcm nak pegi lagi je langkawi ni....hehe

    ReplyDelete
  3. comel sgt la qaiser ni tanya mcm2.. nasib mak dia ada je jawapan..haha..

    ReplyDelete
  4. wahhh..hebat ju..spi part 15 dah..klu ila dh surrender dh..haha..byknye qi borong minyak gamat..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com