Apa yang anda rasa tatkala melihat gambar diatas? Tanpa jerebu, tanpa pencemaran, yang memikat anda terus menerus untuk mendekati pantai cenang adalah deruan ombak manja yang bertaut di pantai. Ambil masa lima saat hirup udara dan amati ia dari hujung hingga ke akhir pantai. Amati dalam-dalam!!! Tak dapat rasa? Huhh bagi anda yang pernah ke Langkawi, pasti tahu imbauan pantai cenang yang menusuk di kalbu. Anda yang belum berkesempatan, ambil garapan video dibawah sebagai satu semangat untuk kumpul duit ke tanah Mahsuri ini. 
Ambil masa 5 saat! 
Lihat 3 video panorama Pantai Cenang dibawah, lihat deruan ombak, lihat aktiviti parasailing sekitarnya, anggap ia didepan mata anda! Click untuk play, click kembali untuk stop.



Cantik memang cantik anugerah Tuhan berikan depan mata, tanpa jerebu, tanpa gangguan, masing-masing sedang menikmati alam ciptaan Allah. My son Qaiser ilman pun terkumat kamit di bibirnya tanya itu dan ini, matanya tak henti memandang betapa cantiknya pulau kecil didepannya. InsyaAllah bila Qi dah besar, pergilah sendiri ke Pulau Dayang Bunting ye, umi tak tau lagi akan jejak ke tak ke sini. 

Seronok parasailing yang dinaiki pelancong asing di sana dan disini. Meriah walaupun cuaca terik jam 2 tengahari. Perghhhhhhhh hitam legam jap kalau duk lama-lama hehehe

Lama julia dan suami serta anak bertafakur duduk di tepi pantai cenang, tak buat apa-apa aktiviti, hanya melepaskan rasa rindu di sini, mengucap SubhanAllah berulang kali sebab terfikir jika ini yang kita lihat sudah cantik bagaimana di syurga Allah nanti mesti berjuta kali cantik. MasyaAllah !

Lautan menghijau, angin sepoi2 manja, alahaiiiiiiiiii rasa diri tak mau balik ke KL, untunglah masyarakat disini, mereka boleh dapat ketenangan abadi setiap hari. Daku tinggalkan senyuman disini, mana tahu kembali melakukan parasaling pula kan masa tu anak anak dah besar boleh maknya lepaskan geram hahahhahaha
 


Seperti baru bercinta dengan kekasih halal gambar berdua diatas kan, seakan baru berkahwin pun ada heheheh, benar kata omputih

"Travel is the only thing you buy that makes you richer"

Dah puas tengok Pantai Cenang, Part 14 akan datang tunggu ye...gi hafal citer bawah. Bye!

Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah...

Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE
Tips Beli Coklat & Seluar Jeans Murah Langkawi | Part 11 click HERE
Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12 click HERE

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

17 Comments

  1. alah dikkk nape buat akak meronta nak ke sana nieh....geram la mcm nie..hehehee..

    ReplyDelete
  2. Bestnyer.... seronok nyer lahai...nombor satu si kecik Qi tu... jalan n enjoy puas2 Qi ... sementara belum sekolah... kannn...

    ReplyDelete
  3. cuti sekolah ni..kalau tak hujan kami pulak pi...biasa nya hujan..tengok dulu la macam mana...

    ReplyDelete
  4. best lepak sini.. haishh rindu dah nak holiday kat sana lagi

    ReplyDelete
  5. Yeayyyy--x sabo nk pergi bln dpn ni...hihi

    ReplyDelete
  6. jerebu dh kurng, bleh la pi langkawi.. :)

    ReplyDelete
  7. last pegi masa ngandungkan abg ngah dlu je juju hahahaha..lepas ni blh tggu husband cuti lama skit..ssh nau nk berjalan sejak abg keje jauh ni hihihi

    ReplyDelete
  8. hmm banyak kali ke langkawi, memang tempat percutian yang berbaloi untuk di kunjungi tanpa bajet yang tinggi

    ReplyDelete
  9. cantiknya jue!!! Farah pun baru smlm balik dari Langkawi..tapi tak singgah pun Pantai Cenang..aduh rugi pulak rasa...=D

    ReplyDelete
  10. subahanallah..cantikkkk sgt..ila aritu xsempat nk ke pantai..ms kt pantai airport aritu je..xde gi cenang pun..

    ReplyDelete
  11. Seriously .......cantik sangat JJ, biruuuuu, tenang dan damai sangat....dapat pahala tau tengok laut....
    Bilalah nak dapat pergi Langlawi lagi huhu....

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)