Alhamdulilah, sudah tiba masanya julia kongsikan pengalaman julia yang dahulunya hanya sebagai pengguna dan terus terjebak menjadi pengedar kerana kagum dengan hasil yang sangat-sangat memberangsangkan. Adakah anda semua masih ingat entry click di SINI. Jika ya, inilah surprise yang julia nak uar-uarkan sekarang "Siaran Langsung Video Penuh Ephyra Skin Bar di TV9 Nasi Lemak Kopi O (NLKO)"

Macam mana julia boleh terpilih?
Soalan ini ramai yang tanya, ramai yang pm kenapa dan mengapa, memang sejak dari awal julia akan lalui persoalan itu juga nanti. Jawapan dari CEO Ephyra sendiri mengatakan 

"Apabila saya selalu lihat julia konsisten upload perkembangan julia guna ephyraskinbar di ig mahupun blog, terus hati saya tertarik untuk pilih julia, hati saya yang terlintas begitu sebab saya rasa yakin julia bermula awal sebagai pengguna kemudian lama-kelamaan terus jadi pengedar. Sebab apa dan kenapa, itu saya tidak tahu, Allah buka rezeki pada julia, terima kasih julia."

Terkejut!
Kalau anda seorang yang biasa-biasa, dan hanya blogger picisan sahaja macam julia, tak ke korang rasa pengsan dengan jawapan itu? SubhanaAllah, panggilan jemputan dari pejabat Ephyra oleh Marketing Officer Cik Innanie Ariffin pada 16 Jun 2015 yang lalu buat julia rasa TERKEJUT! Terus tanya kenapa julia? Itulah jawapan dari Puan Amiza pengasas ephyra terjawab semua persoalan yang berlegar di fikiran julia dan anda semua. 

Rezeki dari Allah.
Allah dah atur, mungkin inilah caranya julia dapat membantu paling tidak pun kawan-kawan sekeliling dan anda-anda di luar sana dengan julia kongsikan sedikit pengalaman julia bagaimana julia terjebak dan terus menyukai sehingga ke hari ini. Mari julia nak bawa anda semua ikuti pada hari kejadian 28 Jun 2015 di Sri Pentas. Saksikan gambar berbicara.




Bilik menunggu sebelum dipanggil untuk wawancara
Inilah pengasas Ephyra Puan Amiza, pertama kali bersua dengan beliau, sangat cantik kulitnya, lemah lembut bicaranya, sungguh seronok berjabat tangan dengan seorang wanita yang penuh berkarisma ni, sangat-sangat berkeyakinan tinggi.

Duta Ephyra
Pertama kali berjumpa dan bercakap dengan Encik Norman Hakim dan Puan Memey Suhaiza, mereka sangat ramah dan sangat-sangat merendah diri, berkeyakinan tinggi dan paling best kulit mereka sangattttttttttt cantik! 

Tak putus2 julia tengok mereka, memang sesuailah ephyra memilih mereka sebab mereka ambil masa berbulan mencuba ephyra minuman kesihatan dan terbukti berkesan baru bersetuju menjadi duta ephyra. 
Hebat perjalanan mereka!


Orang kuat belakang tadbir!
Anda semua pasti kenal blogger popular ni kan...Cik Innanie Ariffin, beliau adalah Marketing Officer bagi Oceanlife2u, memang sangat2 rajin, berkeyakinan tinggi dan paling best dia sangat2 tak lokek ilmu, banyak ilmu julia belajar dari cik innanie ni terutama sekali dalam bidang marketing strategi, hebat! Terima kasih Cik Innanie, semoga Allah merahmati nanie selalu. Aminnn.

Hightlight!
Nak masuk wawancara pun akan ada sikit highlight khas untuk julia tau, encik ni only pakaikan julia sedikit maskara, pelembab bibir dan only bedak tipis, sebab julia sudah makeup simple sahaja dari rumah.

Tak guna langsung foundation ye kawan2, hanya bedak semata, itu sebab bila kulit kita sudah mula menampakkan ciri sihat, ia akan semulajadi terbit gebus tanpa perlu pakai sebarang foundation....bye-bye foundation hehehe

Bila dah settle, tunggu almost dekat 40 minit jugalah kt bilik menunggu tu, handphone dah silent awal-awal, bila masuk dan duduk kat lokasi ini, mula lah darah panik mai...darah nak fengsan maiii...darah nak naik pun mai...tengok muka releks je kan, tapi korang tak tau aku rasa macam mana...sebab ia LIVE, bukan rakaman korang bukan...ia LIVE...kalau aku salah cakap, kalau aku terlupa apa aku nak cakap ikhlas dari hati aku...sure rosak LIVE....erkkkk! Debor wehhh debor.

Inilah gambar sebelum lintas langsung, sesi ramah mesra dulu (warming up) dengan Pengacara Terkenal Faizal FBI
Tak sangka Encik Faizal FBI ini sangat petah berwawancara, julia dari nervous tahap nak arwah kat situ terus rasa selesa dan mulai fokus dengan soalan yang akan diberi.


Bila sudah selesai, selfie sikit dengan pengacara terkenal Faizal FBI, dia memang sangat2 ohsem, pandai bagi soalan yang simple dan tak susah nak dijawab. Lihat di tangan faizal ada ephyraskinbar kan...haaaaaaa beliau pun tertarik nak mencuba tau phewittt pasni bertambah hensem lah hehehe

Puan Amiza ni sangat ceria orangnya, sukalah tengok dia, dah lah cantik, seorang yang berkerjaya, sangat bangga!

Gambar kenangan bersama Puan Amiza Pengasas Ephyra dan bersama Puan Memey Suhaiza di luar perkarangan Sri Pentas.

Maka sudah tiba masanya, bagi anda yang terlepas rancangan lintas langsung, anda boleh tonton durasi video selama 8 minit ini, sampai sekarang julia tak tengok lagi full video ni sebab rasa seram sejuk nak tengok muka sendiri dalam lintas langsung....hahahhahhaha jemput saksikan bersama ya.

Siaran Langsung Video Penuh Ephyra Skin Bar di TV9 Nasi Lemak Kopi O (NLKO) 
28 Jun 2015 jam 9 pagi.

Ucapan Terima Kasih 
Kepada Puan Amiza, 
Cik Innanie, 
Cik Azira, 
Ephyra Team, 
Encik Norman Hakim & Puan Memey Suhaiza, 
Rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari khasnya, 
Rakan-rakan Blogger Gojes Blogger Supermom and Baby, 
Rakan-rakan Parlimen Malaysia, 
Rakan-rakan FB, 
Suami dan family tercinta 

Julia ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi dan bersabar menunggu lintas langsung pada hari kejadian dan ambil gambar banyak dan tag di FB, itu tandanya kalian memang menyokong julia tau, sayang koranggg semua mmmuahhhh, terima kasih beri peluang, terus support julia sehingga ke hari ini. 

Jasa kalian julia tak kan lupakan, hanya satu doa julia, Ya Allah murahkanlah rezeki mereka ya Allah, amin. Tunggu julia update cerita pasal penangan tempahan ephyraskinbar yang semakin mengalakkan beserta testimonial customer julia sendiri ye...tungguuuuu!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

13 Comments

  1. Bole jd duta mcm memey gk nanti.. Tahniah

    ReplyDelete
  2. suka sangat tau tengok ju dalam NLKO tu.. bangun tido terus bukak tv9 nasib sempat tengok live..huhu

    ReplyDelete
  3. Wahhh...semakin jelita adik ahkak..ahaksss

    ReplyDelete
  4. Tahniah ju...kompiden jer jawab soalan tu...semoga terus maju..muahciked!

    ReplyDelete
  5. tahniah ! mmg best ephyra skin bar ni, cn pun dah jatuh cinta ;)

    ReplyDelete
  6. wahhhh..hebat ju..susah nk dpt peluang mcm ni ju..tahniah ju!!!muaaahhh

    ReplyDelete
  7. assalamu`alaikum kak juju...yaya cendana here....done to follow you....follow me back hopefully...thanks a lot :)

    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
  8. Wahhh...!
    Tahniah Ju!
    Moga terus maju dan maju selamanya.
    Aamiin..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)