Kibas Golek menu bufet ramadan istimewa hanya di Klana PD

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Julia Johari. Ramadan 2024 menjelang tak lama lagi. Makluman terbaru, Julia sekeluarga baru-baru ini dijemput ke Majlis preview menu-menu Ramadan 2024 bertempat di Klana Beach Resort Port Dickson. 

Ini bukan pertama kali julia ke sini ya, ia merupakan kali kedua dan sudah pastinya sebut sahaja Klana PD terbayang suasana tenang, damai, kecantikan panorama pantainya dari jauh. 

Tahun ini, Bufet Ramadan 2024 di Klana Beach Resort bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Wah menarik! Bagi peminat nasi padang, inilah bufet ramadan yang dinanti.

Tahun ini, Chef Sidi mengetuai bersama pasukan, kalian akan disajikan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengujung yang merindui masakan mereka. 
Sajian istimewa yang sentiasa mengamit hati sudah pasti sajian utama Kibas Golek dan Sup Kibas yang sentiasa menjadi buruan setiap tetamu di Klana PD. 

Pelbagai pencuci mulut tersedia. Sedap betul semuanya. Semua kuih muih dan kek kegemaran rakyat Malaysia. Tak berapa manis sangat, just nice! 


Di Klana Beach Resort, mereka menganjurkan menu-menu berinspirasikan dari Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Antaranya:
  • Rendang Pucuk Maman, 
  • Keli Masak Lomak Cili Api, 
  • Asam Podeh dan Gulai Urat Keting,
  • Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis,
  • Daging Dendeng Batakok, 
  • Gulai Nangko Telor Sotong, 
  • Gulai Perut Padang dan bermacam lagi menu pasti membangkit selera tetamu.
Selain itu, ada pelbagai aneka minuman termasuk Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu dan Air Markisa. 

Sambil berbuka puasa di Klana Beach Resort, mereka turut mengadakan Solat Terawih 
berjemaah yang dipimpin oleh Imam jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan ibadah pengunjung. 

Alhamdulillah, satu tempat semua ada. Tak payah nak bergegas ke masjid dah. Dekat sini semua ada. 



Penulis bersama keluarganya menikmati hidangan menu Nasi Padang di Klana PD. Meriah dan selesa. 

Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. Nanti boleh lihat paparan menu dibawah. 

LIMA PUTARAN 
MENU MASAKAN PANAS

RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
NASI PUTIH
AYAM PENCEN MASAK GULAI, 
DAGING DENDENG BATAKOK 
IKAN PATIN ASAM PODEH, 
TELOR DADAR 
PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH

RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
NASI PUTIH
KALIO AYAM KAMPONG, 
PARU BERLADO 
GULAI IKAN TONGKOL, 
SAMBAL TAUHU PETAI 
KOBIS TUMIS IKAN BILIS 

RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
NASI PUTIH
MASAK LOMAK AYAM PADANG, 
GULAI DAGING 
SAMBAL IKAN GORENG, 
TEMPE KICAP 
GULAI NANGKA TELOR SOTONG

RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
NASI PUTIH
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI, 
RENDANG DAGING
GULAI URAT KETING KIKIL, 
TELOR GULAI PADANG 
TERUNG CABAI RAWIT 

RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
NASI PUTIH
AYAM LADO HIJAU, 
GULAI PEROT PADANG 
TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR, 
CABAI JERING IKAN BILIS, 
GULAI PUTIH PADANG. 

Harga normal :
RM69.00 dewasa 
RM30.00 kanak-kanak, warga emas
dan orang kelainan upaya

Ayuh, jangan lepaskan peluang rebut tawaran potongan harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan ini. 
Julia cadangkan, sambil nak buka puasa kat sini sebaiknya ambil sekali pakej penginapan. 

Harga berbaloi, kita boleh rehatkan minda dan boleh beribadah sekaligus. 

Suasana depan Klana Beach Resort, julia rakam moment ini tika disana. 

MasyaAllah, cantiknya Tuhan jadikan suasana untuk kita lebih bersyukur melihat kebesaranNya. 

Bonus! 
Sambil menjamu selera di Bufet Ramadan, kalian secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson. 

Tel: 06-6487888 
sales@klanabeachresortpd.com.my

0 Comments