Julia Johari Blogger Pilihan Harian Metro "Kongsi Maklumat Dalam Blog" | Julia Johari
Booking.com

Julia Johari Blogger Pilihan Harian Metro "Kongsi Maklumat Dalam Blog"


ENTRY MELEKAT SEBULAN, SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK NEW ENTRY, TQ!

Alhamdulilah, siapa sangka....julia terima hadiah rezeki penghujung bulan Ramadan & menjelang Syawal 2016...terkejut bila pihak wartawan Harian Metro sendiri email dan whatsapp hari Selasa lepas nak interview julia segmen "Blogger Pilihan Harian Metro"...

Hari Jumaat, 1 Julai 2016 hari ini dalam sejarah...
Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari artikel ini telah di jilidkan didalam Surat Khabar Harian Metro (apaaaa...macam tak percaya je weh). Korang free nanti beli la akhbar Harian Metro hari ini 1 Julai 2016 ye hihi saje nak paksa suruh beli kan kan...ala bukan selalu...weee kalau ada surat khabar kat opis jangan lupa baca ye :)


***ada ralat tang umur...patutnya mention 30an...bukan 30 tahun...terasa muda sgt kannn hahaha... 

Full page, ingat secoet je, ni satu page mau malu kampung setaman ni tengok hehe, tak sangka menulis suka-suka pun boleh masuk paper, tak layak rasa sebab merepek raban je dalam ni tau...

Rezeki tanpa sedari...
At least bila di lamar oleh pihak Harian Metro tetiba rasa wahhh alhamdulilah Ya Allah, rezeki dari Allah dalam bulan Ramadan...tahun ni bulan ini...melimpah-limpah rezeki...subhanAllah...tak sangka Allah dalam diam-diam menyokong julia dalam aliran berblogging...

Ujian Berblogging...
Walaupun banyak terima hentaman, asakan fitnah yang direka-reka dulu-dulu...air mata bercucuran kerana hasad dengki...tapi kini bila kita diam dan tidak membalas...Allah balas dengan cara paling halus dan rezeki berpanjangan tanpa julia sedari...Allah, hebatnya apa itu SABAR. Sabar hadapi ujian dengan tenang...memang benar ada hikmah tersembunyi Allah nak tengok kita kuat atau tidak.

Gambar akhbar kan...so gambar tak sharp macam kertas majalah...nanti korang beli paper boleh baca dan tengok gambar dengan jelas...apa yang julia kongsikan diatas...

Butiran gambar:
  1. Gambar atas sekali tu julia bersama Program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari lepas...seronok sangat join aktiviti outdoor macam-macam...memang cabaran betul...itu sebab gelaran kelab ini "Bukan Sekadar Blogger"
  2. Gambar julia bertudung mustard tu paling FRESH...baru 2 hari lepas julia sertai aktiviti "Program Membuat Bubur Lambuk 2016 di Parlimen Malaysia". Memang nampak jelas la periuk belanga dan aksi belakang tadbir pegawai-pegawai Parlimen turun padang bergotong royong 2 hari untuk projek bubur lambuk...program ni sangat berjaya...
  3. Gambar julia bertudung hijau tu gambar outdoor photoshoot khas untuk "Blogger Pilihan Utusan Malaysia" untuk kisah perkongsian parenting...so julia ada simpanan gambar tu just bagi je lah kan hehe
  4. Gambar last julia bersama keluarga tercinta...Suami dan Qaiser ilman...gambar family indoor photoshoot.
Kawan-kawan terima kasih atas ucapan tahniah dan sokongan motivasi, ada rakan blogger yang kongsi beli akhbar metro dan baca kat opis tag gambar dekat juju di FB & IG...terharu sangat tau!



Nampak tak nama abam Qi tu julia highlight garisan merah...amboiii abam Qi korang pun keluar nama full dalam paper...jeles la nanti walid dia umi mention suami je hahaha...

Bukan menunjuk...tapi bukti ini menunjukkan motivasi tinggi untuk julia seimbangkan antara dunia blogging, kerjaya dan sebagai isteri serta ibu...bukan senang nak jadi senang...kena praktik dan buat!...Bak kata-kata nasihat suami dan rakan yang selalu jadi komentator julia..."Julia...abaikan suara-suara sumbang...jika baik teruskan berkongsi, berkarya...tanpa menyentuh mana-mana sensitiviti orang lain, kelak nanti Allah tunjuk kesenangan itu kemudian hari...ujian datang hadapi dengan tabah...menangis kerana Allah...bukan manusia"

Prinsip...simpan ketat-ketat...

Terima kasih pada Wartawan Harian Metro Cik Dira kerana sudi menemuramah julia tempoh hari. Kepada semua blogger dan pembaca setia serta silent reader, tanpa anda siapalah julia...julia doakan anda semua dimurahkan rezeki. Menjelang Syawal bakal tiba, julia ambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin"...balik raya tu hati-hati di jalan raya ye, semoga selamat sampai dan selamat pulang kembali. Amin.

59 comments:

  1. Tahniah juju.. makin pemes la nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...ish tak femes la. Janji kongsi yang baik2 kan hehe

      Delete
  2. yeayyy..alhamdulillah !! tumpang gembira dik !

    ReplyDelete
  3. Algamdulillah tahniah sis!wuih kena p beli ni paper hrini

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah...murah rezeki... ^_^

    ReplyDelete
  5. Tahniah Juju. TV masuk dah. Paper pun dah. Tunggu nanti radio plak. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shehan...alaaaa tu semua kebetulan...juju tak mintak pun di feature...rezeki anak mak ikut je lah hahaha

      Delete
  6. Tahniah Juju,

    Dikesempatan ini akak nak ucapkan,
    Selamat hari raya Juju,
    Kemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
    Berhati-hati dijalan raya,
    Semoga selamat sampai ke destinasi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak norhayati...alhamdulilah...selamat hari raya maaf zahir dan batin buat sis sekeluarga :)

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih farah...selamat hari raya maaf zahir batin ye :)

      Delete
  8. Tahniah kak juju..teringin juga nak.masuk paper..hehew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nad...insyaAllah mana tau rezeki satu hari nanti...ni pun kebetulan.

      Delete
  9. Alhamdulillah. Semoga lebih dumurahi rezeki lg. Doakan nanie juga dpt peluang begini. Hihi

    Selamat hari raya in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik nurul...ye akak senantiasa doakan utk semua termasuk adik...selamat hari raya dik

      Delete
  10. Singgah baca! Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shasa...selamat hari raya

      Delete
  11. tahniah juju...wah famous amos gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih umminani...tak kejar famos...kejar pahala kongsi info dalam blog hehe

      Delete
  12. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acu yuhan...done follow u acu :)

      Delete
  13. Tahniah kak juju..


    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  14. Tahniah Ju! Ingat tak ni farra jumpa kat althea pink birthday party!jemput jenguk blog kita juga muah2

    ReplyDelete
  15. Tahniah ye JJ....Bukan mudah nak dilamar Harian Metro tentunya...

    ReplyDelete
  16. tahniah juju! Moga terus sukses dalam blogging dan teruskan kongsi info untuk semua :)

    ReplyDelete
  17. tahniah ju...
    bangga berkawan dgn ju.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  18. Wah blogger retis, tahniah sis julia..semoga terus sukses

    ReplyDelete
  19. tahniah ju!!!! bole frame kan nnt..buat kenangan..

    ReplyDelete
  20. hebat sangat ju.. dari dulu sampai sekarang tetap menten rendah diri..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com