Makan Malam Murah dan Sedap di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 | Julia Johari
Booking.com

Makan Malam Murah dan Sedap di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9


Pekan Kuah ke jalan Langkawi Parade, jalan terus ke depan sikit akan nampak Shell sebelah kiri masa drive terus pandang kanan dah jumpa Restoren Haji Ali Langkawi ini. Suami yang perkenalkan julia dengan restoren ni, katanya dah lama beroperasi sejak dia kecil lagi masa tu ikut atok buat kerja di Langkawi perihal pengangkutan Bas juga. Perghh lama kan, so sampai isteri dan anak dia pula yang bertandang ke sini. Lihat gambar diatas, ikan tenggiri gulai pekat-pekat dengan telur ikan perghhhhh, sedap jilat jari.

Siapa yang dah puas makan thai, melayu dan chinese, so boleh cuba nasi kandar nasi kuning kat sini. Memula cakap kat suami, alahh kat KL berlambak leh makan nasi kandar buat apa nak makan kat sini, tak de mood lah. Orang sombong kan, gitulah, sekali ko makan, tak pandang orang lalu lalang dah, sebat sampai licin. Kebetulan memang lapar pun sebab makan heavy breakfast je pagi tu, tengahari sampai ke petang full trip berjalan hanya makan jajan dan air biasa je, so lewat petang tu kelaparannnnnnnnn sangat, time tu nampak orang pun nak marah hahahahha

Ya, bukan kedai ni je nasi kandar kat Langkawi, berlambak, suami cakap sinilah paling sedap katanya. Julia tengok lauk tak ada lah meriah mana, simple je pun. Hmmm rupanya memang lagi simple menu kandar lagi sedap.

Aneka kuah campur, kami kalau pekena nasi kandar mesti nak kuah campur. Sedap tau kuah likat hitam tu semua ada rasa.

Periuk besar display depan-depan haaa, macam-macam variasi jenis gulai ada.

Mata aku kematu dekat dua orang mat salleh ni, aku tengok diorang ni khusyuk makan sesuatu, hmmmmmmmm diorang makan nasi kandar dengan rakusnyaaaaaaaaaa...serius ni, mat salleh pandai makan nasi kandar?????? well done!

Gulai ikan tenggiri. perghhhhhhhh pekat kaw kaw!

Tadaaaaaaaa....nasi kuning tau!
Apa yang sama? Telur masin kan hahahhaha memang kami penggemar telur masin, sedap makan bersama nasi kandar.

Memang syiokkkk, tu lah len kali percaya cakap suami, sedap tau. Len kali korang datang lah makan sini, dah puas makan seafood bagai, thai bagai, goreng bagai, muaak kan so try Nasi Kandar Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi ye.
Harga? 
Bawah RM50 aku bayar tau belanja anak beranak, my son makan roti canai banjir je, air semua so total dalam RM30 something, murah oiiii....dah lah order telur ikanlah, telur sotonglah...hmmmm 

Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE

12 comments:

  1. anyooooo nyesal masuk sini..kekeke..kan dah terliur!!

    ReplyDelete
  2. Oh my sedapnyaa kak! Banyak akk pergi.. Bestnya kalau pergi dengan husband, boleh ke sana kemari.. Kalau pergi ramai2 memang kena ikut jelah

    ReplyDelete
  3. Julia memang terbaik bab review makanan sedapnyaaa...
    mana nak cari nasi kandar la ni... <*-*>

    Jamu Perapat Zaman Moden

    ReplyDelete
  4. Assalam julia,
    he3
    sampai ke langkawi cari nasi kandaq nooooo

    ReplyDelete
  5. wahhhh..dapnyeee..rsnye mcm tau je kedai ni..bole try ni..

    ReplyDelete
  6. adoi saja tau bikin org terliur...dah mana cari kat sini...huhuuhu

    ReplyDelete
  7. telur masin tu bangkit selera nasi kandar

    ReplyDelete
  8. Terlupa nak singgah Restoran ni waktu pi sna bru2 ni..insya Allah next trip aku akn singgah pekena kari kepala ikan..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com