Tempat Makan Sedap Langkawi Restoren Fakir Teh Tarik | Part 6 | Julia Johari
Booking.com

Tempat Makan Sedap Langkawi Restoren Fakir Teh Tarik | Part 6

Berjalan-jalan juga, perut kena diisi juga gitu. Sebenarnya, restoren ini tidak ada dalam list asal, main redah ikut suka je. Sebab suami dah penat, lapar, so makan lu. Tengok restoren fakir teh tarik ini lengang tak ada orang langsung, port makan memang cantik. Cuma pagi tak ramai berkunjung, kami je dalam kedai hahaha. Julia ni sangat visual, kalau orang tak ramai, maksudnya mesti tak sedap! Adeh, tak boleh pakai fakta tu la...nononono. Kami kalau berjalan suka ambil makan pagi jenis berat, itu sebab jarang kami makan tengahari, senang nak berjalan tak lapar sepanjang masa, jimat duit hahaha. - Mee Goreng Mamak Fakir tu haishhh gua cakap sama lu memang sedap habisss!

Kat Mana Lokasi?
Nak ke sini senang sahaja, anda park kereta di kawasan parking Lagenda Langkawi punya kawasan, kemudian jalan kaki terus sehingga nampak jambatan merah bata, lalu je jambatan tu dah nampak di sebelah kiri anda restoren ini. Alaaaaa masuk dengan kereta terus pun boleh tau. Pastikan ia sebelum sampai Lagenda Langkawi punya kawasan okey. Situ port nak ambil gambar sangat cantik, tapi tak ramai tauuuuuuu, semua nak pi dataran helang tu ambil, ambil lah gambar dari jauh, baru nampak keluasan sebenar kecantikan Langkawi.



 Popia Jamal Sedap
Aah popia basah Jamal, rupanya dah terkenal sejak dulu lagi di Pekan Rabu Kedah, just nicelah rasa banyak sayur, makan pun tak muak, kuah pun tak manis sangat, okey lah, 3 bintang. Baca sejarah dibawah, julia petik dari FB - Fakir Popia Jamal.
" Popia Jamal Sedap " merupakan tagline penduduk Alor Setar, Kedah kerana popia jamal adalah satu makanan popular dinegeri Kedah sejak zaman berzaman. 
Nama popia jamal dikenali sejak dahulu kerana ia adalah popia yang paling lama dijual oleh jamal yang kini berusia 82 tahun.Popia Jamal diwarisi oleh jamal dari arwah bapaknya Kadir Mydin yang dijual mulai tahun 1952 di simpang jalan putra, yang dahulunya dikenali sebagai jalan baharu.Pada ketika itu, Kadir Mydin sering ke rumah Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang terletak ditepi sungai jalan putra (kini terletaknya Hotel Royal) untuk membuat popia kerana popia jamal menjadi kegemaran keluarga Tunku Abdul Rahman.
Popia jamal juga menjadi kegemaran Tun Dr.Mahathir Mohammad ketika beliau berkhidmat sebagai doktor di Hospital Alor Setar. Popia jamal juga digemari oleh keturunan kerabat diraja Perlis dan Kedah. Kini, popia jamal diwarisi oleh anaknya iaitu Fakir Mohd yang dikenali sebagai Fakir Teh Tariking. Popia jamal telah dikembang perniagaanya oleh fakir sejak tahun 1999. Popia jamal diambil alih oleh fakir dari ayahnya pada ketika itu masih berniaga ditepi Mahkamah Tinggi Simpang Jalan Putra, Alor Setar.

3 menu ni julia order, suami okey je, sebab julia yang bayar plak kan hahaha
Komen tentang kuewtiaw okey sedaplah, 
tapi sedap lagi mee goreng mamak tu, serius mee goreng mamak tu memang ohsem! Hehehhe


Teh Tarik King Fakir, hmmmmm just nice! Aroma bau dia best, hirup plak waktu pagi jam 10. Memang holiauuuuuuuuu!











Cantikkan view restoren ni kan, bersih dan mendamaikan, suka!
Korang cer tengok gambar ni, aku tengah makan kuewtiaw goreng, my son ingat nak suap kat dia...sekaliiiiiiiiiiiiii aku...........

Suap kat mulut sendiri hahahhahahahaa melopong la dia hahahha jaaaahaaat aku weh hahaha #pembuli

Sekali Qaiser ilman sebat sorang, aku yang melopong huwaaaaaaa order lagi satu!

Harga?
Nah lihat sendiri, tak mahal mana okey lah.

Cepat dan sedap, dari 5 bintang, julia bagi 3 bintang setengah hahahha.
Kalau pi waktu malam pun best juga, tapi tak nampak lah view permandangan pantai yang indah belakang kedai ni, rugi plak kan. Berpeluh-peluh julia makan, basah shawl hahahahha, padahal bertapa kat dataran Helang tadi tu yang lenjan jap...laparrr kan hehehe.
So, rekemen lah kat korang nak pi sini, dari pagi sampai malam.

Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE

17 comments:

  1. Kalau mai sorg2 nanti or dengan member kena try semua tempat yg kak juju sharekan.. Uuurgghhhh terliur tgok popianyaaa

    ReplyDelete
  2. mee tu memang nmpk sedap..nnt ila dok kuah jgk..blh la try mkn ctu..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah terliuq cek tgk kak julia makan. haish dah lama x pi langkawi

    ReplyDelete
  4. akhirnya entry di langkawi dikeluarkan.. hihihi

    ReplyDelete
  5. nampak pun macam sedapppp.... ha ha ha, memang kalau nak tengok makanan sedap-sedap, blog juju salah satu antaranya Farah suka cuci mata...la la la la...

    ReplyDelete
  6. saya terlepas banyak episod dah ni..sbuk seminggu ni sampai bw mana pun tidak..jap2 lagi saya singgah balik khatam entry langkawi yang lain..:)

    ReplyDelete
  7. Ni kalau layan perasaan makan ni best ni.. Nyumm!!

    ReplyDelete
  8. Perghh, menarik ni. Kalau singgah Langkawi bolehlah pergi. ;)

    ReplyDelete
  9. julia::nice review ever......boleh check balik bila nk p langkawi nnt. happyy!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. i kalau pergi langkawi i memang akan google blog u jer nieh. Sedap la ni haaa

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
  11. fifi jarang jalan2 cari makan langkawi.. hahaha.. sibuk nak rehat lepak2 je.. lps ni kene try la..

    ReplyDelete
  12. Assalam julia,
    terernya qi makan pedaih :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com