Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12 | Julia Johari
Booking.com

Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12

Sebut nak pi Langkawi mesti perkara pertama terbit di fikiran nak cari Kereta Sewa. Tapi yang mana satu review yang boleh dipercayai. Kalau tanya julia, julia baca blogger-blogger yang buat travelogue Langkawi guna servis dari orang yang sama dan baca servisnya. So julia pilih Encik Sham Sibah 012- 4440 109. 

Dia punya syarikat kereta sewa ni memang dekat sangat dengan Airport Langkawi, part tang booking ni julia serah je kat suami handle, bagi men to men talk lagi mudah dan senang nak cakap. 

Ingat nak sewa Almera atau Vios tapi SPAD sedang buat operasi. Bagi kereta sewa yang tak ada permit memang akan ditarik. hati-hatilah korang nak sewa kereta kat sana ye, bersepah je orang bagi sewa tanpa permit, kalau terjadi perkara tak diingini kena tahan tak memasal lah korang putih mata je. Musim SPAD banyak buat gerakan tahan-tahan kereta kat sana so better sewa kereta ada permit. Hmmmm tak dapat lah, yang ada masa bulan 8 ju pi tu only Saga putih, mujur bersih dan selesa. Tak silap RM70 sehari. 

Total 4 hari 3 malam hanya RM210, tak ambil langsung deposit sempoiii...Tapi yang peliknya masa nak hantar balik kat Airport tu pekerja Sham Sibah ni bagi balik RM50 bila tanya kenapa bos dia kasi. Haaaa jadi untung banyak dah ni RM160 je pun tuk 4 hari 3 malam weeeeeeee. Thank you.
Pekerja yang pick up kami di airport dan selesaikan urusan sewaan kereta, mudah dan cepat. Selesa Saga Putih tu luas hehehe. Jimat duit.

Dah sewa kereta apa lagi pecut lah pi destinasi pertama berdekatan airport. Punyalah 7 ke 8 tahun tak jejak Langkawi rupanya kawasan Beras Terbakar lah paling dekat ngan airport hahahhahahha baru tau. 

Selama ni 3-4 kali pi langkawi atas urusan kerja sahaja otak dah set utk kerja bukan melagha sangat tu yang tak ingat heheh. 

Nanti julia update gambar jalan-jalan ke kawasan beras terbakar, beli gamat, dan kawasan Langkawi yang biasa korang dah pi ye...line macam siput sedut nak transfer gambar macam apa je grrr.
Hanya dalam pinggan ni je lah ada Beras Terbakar, tanah lapang depan tu penuh rumput je bukan nampak pun. Boleh la kenalkan pada Qi apa itu kawasan Beras Terbakar punya sejarah...okey sambung esok.

Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE
Tips Beli Coklat & Seluar Jeans Murah Langkawi | Part 11 click HERE


9 comments:

  1. Ena ritu sewa van.. Saja nak cuba try test sewa van.. Selama ni sewa kereta gak.. Next time boleh try yg ni

    ReplyDelete
  2. nice one julia...siap dpt discount...mmg rezeki sgt

    ReplyDelete
  3. masa ila pegi ngan family ms baru2 kawin dulu, abah borak2 ngan pakcik tuan tanah beras terbakar tu (memang kawan abah ms askar dulu) dia bgtau beras tu di tanam dekat tapak beras terbakar tu..memang dh xde atas tanah sebab tu ju tgk ada rumput je..utk kekalkan tinggalan sejarah..so die tanam..dia cuma amik sikit, letakkan kt pinggan n masukkan dlm bekas tu utk org tengok contoh..

    ReplyDelete
  4. haa kene take note ni mane tau sesat ke langakwi ke..hehehe..

    ReplyDelete
  5. dulu g langkawi pun sewa kereta ngan en sham nie gak...memang berbaloi murah

    ReplyDelete
  6. Yeeehhhaaa bole try. Hujung thn nak ke langkawi.

    ReplyDelete
  7. dulu2 pernah aida jumpa beras ni kat tanah.
    ari tu gi, da xde kan.

    ReplyDelete
  8. best gila blog julia. next year sy nak gi langkawi. boleh rujuk ni. hehe tq!!!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com