Port cantik ini tidak ramai kunjungi, pastikan anda dapatkan tips ke sini.

Dataran Helang atau dikenali sebagai Eagle Square Langkawi merupakan satu pusat tumpuan para pelancong tak kira dari luar atau dalam negara sendiri pasti terpaut melihat gahnya binaan burung raksasa 'Helang'. 4 kali ke Langkawi, masih tersergam indah binaan sekelilingnya, langsung tiada kerosakan walaupun sedikit. Selalu bila ke dataran semua akan serbu dikawasan yang sama kan, bergambar pun teknik yang sama dan bila kita tengok rakan-rakan ke Langkawi akan view capture gambar dikawasan yang lebih kurang sama seperti orang lain. Tapi tahukah anda ada satu kawasan tersembunyi yang boleh diabadikan kenangan bersama replika burung helang ini dari jauh?

Cara Terbaik Saya Bergambar di Dataran Helang Langkawi
Nampak gambar diatas? Sedang asyik menikmati suasana jam 9 pagi mengadap pantai Langkawi berdepan dengan Dataran Helang, dimanakah lokasi ini? Cantikkan? Ada banyak kerusi disini, boleh hayati puas-puas dari jauh, kalau waktu petang mesti dapat lihat matahari terbenam dikawasan ini indahnya bersama anak dan suami tercinta. Jom julia bawa anda ke lokasi diatas.

Haa tapak kaki julia inilah tak pernah serik nak melangkah dimana sahaja, berselipar pinky beli kat pasar malam Langkawi, kasut lama dah rebah ke bumi, bersemadi di bumi Langkawi juga sayonara ! Jom kita mulakan langkah.

Taman Lagenda Langkawi
Jauh berjalan? Jauhnya parking? Ya, kami anak beranak parking bersebelahan dengan Taman Lagenda Langkawi, lepas parking terus kami kunjungi taman ini, nampak kekal utuh seperti dulu, seakan tidak berusik. Taman ini kami hanya lalu sahaja tak masuk pun sebab tujuan utama nak ke dataran helang, tapi pagi2 lagi kereta dah penuh, kawasan parking ini je yang kosong, maka berjalan kaki dulu sampai berpeluh nak ke dataran hehe. Lihat dua beranak ini, julia sekarang suka berjalan di belakang mereka, lihat telatah mereka berdua, si kecil dah besar rupanya, tanpa stroller dia melangkah seperti orang dewasa, terasa daku tidak ada anak kecil. 

Senyum simpul Qaiser ilman tu bersama walidnya hehehe nak ke mana agaknya dia fikir.

Asal Nama Sebenar LANGKAWI
Laksamana Cheng Ho sebut Lun -ya-Kiao-Yi masa mula-mula melalui kepulauan yang diberi nama Langkawi sekarang. Langa, Langka, Langu, Langura, Langapura adalah nama yang pernah di sebut dikalangan bertahun lamanya. Ada yang pernah berkata pulau ini penuh dengan mistik, erkkkk tak mo cakap banyak hehehe, kisah dulu kan.


Kawasan dalam Taman Lagenda, sunyi sepi, kalau ada basikal sewa ni syok nak berjalan dalam ni

Jalan depan sikit anda akan nampak jambatan batu merah ini, lalu sampai ke depan anda akan ternampak deretan kedai makan, terus lagi berjalan sampai nampak pantai.

Tadaaaaaaa, cantikkan?
Kami dah sampai, inilah port yang cantik untuk bergambar dari jauh, tersergam indah replika helang dari jauh yeyyy. Depan ni ada pantai, syok air belum pasang lagi, boleh la nak main pasir ke kan. My Qaiser ilman tak habis2 dengan peace kat pipi hahahha

Nak pegang sayap ke, nak cium helang ke, nak peluk helang ke,  apa-apa moment korang boleh bergambar diport ini, kalau pi depan dataran agak susah nak berlakon pegang sayap helang hehe

Pegang leher helang plak, hahahha Qi dah bosan sebab dia tak boleh buat sebab ketinggian belum cukup lagi hahahahaha relaks lah dik oiiiii mak ko nak bergambar ni haha

Jelas gambar ini, cara julia jinakkan si burung helang gergasi hahahaha, lawa lah gambar ni, thanks suami dah semakin hebat jadi photografer travel kali ni hehehe

Jom gi dataran helang ! 
Cantiknya bukit bukau belakang ni kan, ngan pantai bersihnya. angin pagi sejukkk sgt.

Qaiser ilman dah tak sabar!
Lihat dia jalan keseorangan, seperti tahu itu kali pertama dia ke sini, seronok tengok dia kata nak tengok burung besar tu tak takut langsung

alhamdulilah, dapat juga kenangan bergambar dengan anak disini, 8 tahun jejak kembali bersama suami dan anak terasa baru kali pertama ke sini. Rasanya memang lain sekali.



Langit membiru, awan cantik, suasana pagi yang damai, angin menderu kesejukkan, arghhhhhhh seronoknya.

 Laksamana Cheng Ho Cruise Langkawi

Itulah Laksamana Cheng Ho Cruise Langkawi yang femes dikalangan tourist, boleh tengok sunset dan makan romantis atas tu tau, perghhh harga tiket per Dewasa RM130, kanak2 RM70. Kalau teringin nak naik menabung dari sekarang, beli pengalaman lain dari yang lain, rare travel!!!!.
.
Dapat bergambaq belakang kapal ni pun cukup puas hati dah hahahahaha kebetulan kapal tu berlabuh kat situ dipagi hari rezeki julia, tu pakej jimat senyap2 hehehee peaceeee!

Lihat my Qaiser ilman baru 3 tahun belajar erti seronoknya hayati permandangan ciptaan Allah, berdiri melihat replika binaan manusia di Eagle Square dari jauh, meresap dalam dirinya bahawa suatu hari nanti dia akan ke sini lagi bila sudah dewasa nanti bersama anak dan isteri tercinta pula. 

Alahaiii Qi jom pi jalan tempat lain jom, umi dan walid nak beli sesuatu yang penting untuk dibawa balik ni selain coklat....nantikan episod 15 ye, amboiii bila nak khatam cerita travelogue langkawi julia ni, lama sangat hahahhaha.

Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah...
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE
Tips Beli Coklat & Seluar Jeans Murah Langkawi | Part 11 click HERE
Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12 click HERE
Pantai Cenang | Part 13 click HERE

16 Comments

  1. cantiknya view dari sini, xterfikir pulak nak buat mcm tu kan..
    next time pergi boleh tiru ahahaha

    ReplyDelete
  2. gambar last tu yg tak tahan.....hahahahaaaaa ;)

    ReplyDelete
  3. Pandai betul cr port ambk gmbr.bln 2 thn dpn nk ke langkawi..blhla tiru gaya julia..kihkih

    ReplyDelete
  4. Ju.. syuhh dulu org2 yg tak berkenaan tu kalau nak ambil gambar dgn helang dekat-dekat... mengacau jer kan ? btw..cantik la view ..pcl pon dah ke sana.

    ReplyDelete
  5. Series cantik pic jinakkan helang tu..pandai ju cari port..

    ReplyDelete
  6. CT rasa kawasan ni sngt panas ehehe.. tp kena wajib singgah..
    so redhala di bawah mentari ehehe..

    ReplyDelete
  7. Salam, wahh belum pernah jejak lagi ke sana..haha tapi betul lah kak, tips akak ni mmg best..mmg hasil gambarnye mmg lah cantik dan sngt best kalau nak 'belasah2' burung helang tu haa..gambar akak pun nampak real je hah, hebat photographer..haha..

    ReplyDelete
  8. kalo cuaca cntikk, org cantik.. gmbar harus la cntik juju.. hehe

    ReplyDelete
  9. Memang kalau depan2 dataran helang tu tak dapat nak ambik gambar sorang2 sebab sentiasa ada orang..ganggu sangat..hahahah..

    ReplyDelete
  10. mmg dh biasa sgt klu amik gmbr kt helang tuu..ok..dh ade port baru..hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)