Breakfast Terakhir di Hatyai Sebelum Berlepas Balik Ke Kuala Lumpur | Part 12 | Julia Johari
Booking.com

Breakfast Terakhir di Hatyai Sebelum Berlepas Balik Ke Kuala Lumpur | Part 12

Paling susah aku nak buat, bila holiday aku dah sampai ke penghujung cerita, itu sebab sampai 4 bulan aku mengarang sehingga part 12. Siapa sangka percutian pendek ini pun jadi 12 part hihi. Siapa kenal julia, diorang faham, julia memang suka tulis detail entry, seolah-olah cerita depan korang semua. Kalau tak best takkan sampai 12 part kan kan! Breakfast di hotel V.L. Hatyai adalah termurah aku rasa. Hanya bayar THB100 bersamaan RM10 seorang, Qi dikecualikan sebab kecil lagi, so memang murah dan halal. Sebab nak cari breakfast di luar agak mahal jugalah. Rupanya kt hotel ni murah je beb kikiki.


Menu yang disediakan aku tanya banyak kali kt pekerja hotel situ, Halal? Seriuosly halal? Haaa aku sungguh2 tanya, sebab aku tak nak nanti kami termakan unsur haram ke kan, cuti-cuti gak bab halal nombor 1 kalau pi melancong ke luar negara wpun hanya sejam dari Malaysia je pun hahahhahahha. 

Staf situ bersungguh2 angguk kt aku, chef kt situ angguk said it is halal food mrs...haaaaa baru aku rasa tenang nak makan dan bayar. Kat hotel ni selesa weh breakfast tak ramai orang, pastu pilihan makan pagi walaupun simple je bagi aku tetap mengenyangkan dan yang penting sedap! 

Jom tengok apa pilihan menu disini.







Simple je menu tapi sedap bagi tekak melayu macam aku, sambil makan sambil menikmati suasana pagi yang sangat best, cer tengok kt jendela cafe ni, inilah laluan utama jalan besar Bandar Hatyai, tak sesak pun, bersih dan sangat tenteram.

Ruang Cafe Hotel V.L. Hatyai 
Sebelum makan dan pilih makanan, aku tengok ruang legar dan lantai hotel ni bersih sebersihnya, bagus! Macam inilah aku nak rekemen kt kawan2 di Malaysia.


Menu yang kami makan
 
Husband & Wife
Hensem plak husband aku time ni...dah kenapa muka aku sembab weh, malam semalam balik lewat berjalan je keje, haaa muka sembab la x mau balik KL kekdahnya. Aku paling tak suka nak balik. Ntahlah. Makan dulu la.


Qaiser ilman (2 tahun 1/2)
Untung my son ni, kecil-kecil lagi berjalan je kejenya, memang julia dan suami suka berjalan dan kami plan big holiday twice a year, yang holiday kecik2 tak yah masuk carta kot hehehe, kali ini Qi makan ala2 western, xmau nasi katanya, kemahen tekak omputih sgt dok luar negara konon hahahhahahha 

Alhamdulilah sepanjang Qi di Hatyai, kesihatan dia baik, dia enjoy setiap destinasi kami pergi, memang suka ajar dia tahan panas, tahan cabaran, tahan cuaca, nanti nak try ajar dia cuaca yg ekstrim sikit, macam korea ke....ehhhhhhhhhhh tabung x full lagi hehehhe ada hatiiiii.


Pandangan Terakhir Dari Balkoni Hotel
Hmmmmmmm, aku hirup udara pagi puas-puas, aku lepaskan ke semua masalah aku kt sini, aku ambil dan bawa pulang aura yang positif sahaja, kota Hatyai cantik, masyarakatnya walaupun bercakap dengan aku bahasa ayam dengan itik, aku rasakan itu pembelajaran buat aku dan suami, aku enjoy sangat-sangat. Boleh tak aku x nak balik hahahahhahhahah
 
Aku tak nak balik! Tak nak balik pun tengok la apa aku shopping, itu pentipu je oiii belakang tadbir husband aku dok gagah angkat barang masuk lif muahahhahahahahhaha :p

VIDEO HATYAI TRIP
Mai la tengok sedutan video rumusan dari part 1 sampai part 12, julia abadikan semua dalam ini, next time datang lagi ye. Peaceeeeeeeee semua!

Hatyai Thailand
Click Link:
  1. Part 1 : Check in V.L Hatyai Hotel
  2. Part 2 : Pengalaman pertama kali menaiki Tuk Tuk Taxi Hatyai
  3. Part 3 : Makanan Halal di Hatyai
  4. Part 4 : Hatyai Night Market
  5. Part 5 : Tempat Menarik di Hatyai Municipal Park dan IceDome
  6. Part 6 : Seronoknya Bercuti di Pantai Samila Songkhla Hatyai
  7. Part 7 : Chang Puak Camp Bagi Makan Gajah di Songkhla
  8. Part 8 : Syurga Makanan di Floating Market di Klonghae Hatyai
  9. Part 9 : Jambatan Terpanjang di Hatyai dan Aquarium Hatyai
  10. Part 10 : Central Festival Hatyai Paling Gah
  11. Part 11: Borong Seluar Jeans Murah di Pasar Hatyai
Kalau terlepas part lain atau anda sendiri bercadang nak bercuti ke Hatyai, julia dah sediakan semua link di atas tau happy reading ya. Bye!

17 comments:

  1. inshaAllah 1 day kalau ada rezki ke hatyai nak refer blog juju..senang nak refer..yeahhhh

    ReplyDelete
  2. bestnye u dear....nak juga k ke sana.seronok nampak;)

    ReplyDelete
  3. Terbaik julia.........hihihihi...semua entry ju membuatkan daku tak zabar....hat yaiiii...mu tunggu daku datang....

    ReplyDelete
  4. Terbaik julia.........hihihihi...semua entry ju membuatkan daku tak zabar....hat yaiiii...mu tunggu daku datang....

    ReplyDelete
  5. sedapnye ju..bila nak merasa pulak ni

    ReplyDelete
  6. penah stay dekat hotel ni jugak, memang suka jugak...bilik pun bersih

    ReplyDelete
  7. terbaik julia.. yg best nye julia boleh ingat everything secara terperinci termasuk harga skali.. julia buat note ke macam mana ye?

    ReplyDelete
  8. Teringin jugak nak pi..InsyaAllah..satu hari nanti sampai la kami ke sana..kerja suami saya ni payah nak cuti lama2..tu jugak jadi punca kenapa asyik cuti dalam malaysia je...

    ReplyDelete
  9. As-salam Julia..

    Wah sampai 12 part dia boleh buat.. kagum akak.. akak ni nak buat satu entry pun tak rajin he..he.. Bestkan hatyai.. teringat makanan kat pasar terapungnya.. teringat juga pasarnya yang murah..

    Salam kenal ya..

    ReplyDelete
  10. Assalam julia,
    sok2
    kalo iols nakg hatyai iols ulang baca entry2 uols semola
    :)

    ReplyDelete
  11. nangis tgk semua ni masa tgh lapar ni ju hehe

    ReplyDelete
  12. hihi maybe hotel tu kena letak sign we serve halal food so senang lagi customer xyah tanya2..

    ReplyDelete
  13. murah lah julia.. RM10 untuk semue tu..
    cantik pemandangan dari balkoni hotel.. jauh pandangan.. luas..

    ReplyDelete
  14. nice view, nice food.. yang penting murah & halal..

    ReplyDelete
  15. byk dh terlepas ni..nk kene pegi 1-1 blk..
    bfast rm10?murahhhh..ok la..byk jgk mknan..yg penting HALAL!

    ReplyDelete
  16. Tq kak julia.. Sy baru nak pergi nov ni. Thanks for the tips! Mmg ikut satu2. Hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com