Pengalaman Pertama Kali Menaiki Tuk Tuk di Hatyai Best | Part 2 | Julia Johari
Booking.com

Pengalaman Pertama Kali Menaiki Tuk Tuk di Hatyai Best | Part 2


Part 2 Hatyai| Bonus dapat check in masuk awal di V.L. Hatyai, rehat di hotel jap, jam 11 pagi waktu Malaysia (waktu Hatyai jam 10 pagi) terus keluar dari hotel, dalam jadual tentatif julia hari pertama adalah shopping sampai lebam hahahha, sebab hari kedua sangat padat ada tour city di Songkla, tanpa buang masa kami terus keluar morning walk bersama buggy Qi, by the way Qi sangat behave time dia berholiday, dan dia tau apa itu jalan-jalan hihi, sebab dari alam rahim lagi kami ni laki bini memang kaki berjalan if tabungan kami okey. Morning walk di Hatyai sangat mendamaikan, apa lagi jom cari tuk tuk.
Terlepas Part 1 Review V.L Hatyai Hotel?
Click HERE
Kalau anda terbaca jadual julia karang di pada awalnya julia bercadang nak booking kenderaan di sana maksudnya nak drive sendiri (rental car hatyai) tapi suami cakap jangan buang masa, terus je cari Tuk Tuk bersepah sana sini dok hon kami tanya nak pi mana, tak perlu tahan-tahan suh berhenti, diorang leh cam dan tahu pelancong asing (asing la sangat hahaha) wpun anda berjalan dalam group kecil atau besar pasti diorang akan hon hon utk naik ke tak tuk tuk diorang, so pancung planning nak rent car di sana. 

Wujudkan Tentatif Mudah
Banyak kan senarai Market julia list hahahah, memang julia suka detail tentatif yang ringkas, sekali pandang faham dah, jangan korang karang tentatif yang ada ayat panjang2, no need, takde masa nak baca weh, masa itu emas bila korang berholiday. Buat dalam point form, so rasa perlu ikut teruskan, if plan tak jadi garis je dgn pen awal2 supaya anda tak terlupa. Guide ni julia bagi suami simpan bersama passport kami, sebab bahaya pompuan nak pegang passport kang kena ragut ke apa ke alahaiii satu keje plak kan. 

Jangan Tinggal Passport di Hotel
Jangan amalkan tinggal barang berharga di hotel, terutama sekali passport, korang tau tak kt Hatyai City ni bersepah Polis Hatyai, pagi-pagi dah nampak polis Hatyai ni dok bertenggek depan hotel ni lepas kami melintas tadi. Fuh saje dok tgk aksi polis hatyai ni smart pakai baju polis dia, pastu kt mulut tak lekang dengan wisel, ari tu kami nampak depan mata kami penunggang motor orang Hatyai sendiri kena tahan sebab melebihi sikit sahaja garisan putih depan traffic light berhenti, dan dan tu la polis tu tiup wisel suruh minta penunggang motor tu ke tepi jalan, apa lagi dia nak cop saman la weh, jgn main2 nak tinggal passport tau kt hotel, bahaya!

Pengalaman Pertama | Tuk Tuk Hatyai
Okey, ini adalah pertama kali kami naik Tuk Tuk tau, perasaan sangat berdebar sebab ada anak kecik, haaa orang ada anak kecik macam julia ni harus la berdouble2 takut fikir Qi ni takut ke tak nak naik tuk tuk, yelah open air gitu mana ada dinding bagai, hihihi pertama kali ni nampak Qi okey leh hadap la tuk tuk, sekali sekala kena ajar anak kita ni adventures, xmo la lembek2. 

Kredit gambar ni byk2 sebab gambar ni nampak live candid ambil dari driver tuk tuk :)

Nampak tak kami bergambar dengan driver tuk tuk, ahahahhaha ko tau tak driver tu tetiba je masuk celah tu nak bergambar, tak ajakkkkkkk pun, kehkehkehkeh tetiba peramah gila driver tuk tuk ni yg pakai baju hijau kahkahkah, suami aku cover senyum, dalam hati mesti cakap lebih2 plak mamat hatyai pangggg kanggg hahahhaha over! :p
Suka gambar ni, wewiitttttttttt jom tuk tuk yokkk!

Harga Tuk Tuk Hatyai
THB20 x 3 orang = RM6 satu destinasi

Jom tonton video original dari hp cap ayam julia tau, video pengalaman naik tuk tuk ni dari kumpulan hari2 lain di sana secara pukal, kemahen semangat nak ambil video sebab nak bg korang feel cm ner rasanya naik tuk besttttt! Tonton sampai habis.

Part 1: Tuk Tuk Hatyai City kami nampak Bas Ekspress Kesatuan Malaysia 
(permit atok suami Iktisad Indah)

Part 2: Tuk Tuk Hatyai City ada TV gambar kartun

Part 3: Tuk Tuk Hatyai City muka kami hahha

Santisuk Market
Dari V.L. Hatyai Hotel keluar dari lobby sebelah kiri akan nampak money changer, tapi tutup ntah napa duduk 3 hari 2 malam tutup, so kami merayau jalan kaki ke Santisuk Market, tak jauh pun dari hotel, tolak buggy Qi sampai dah, tp sikit punya susah nak cari money changer kalau anda pertama kami ke sana, sebabnya kita kena tanya orang, ermmm kami tukar duit Malaysia ke Baht di Malaysia tak banyak sebab nak tukar kt sana orang cakap murah lagi, murah sikit je x murah mana pun boleh la. So kalau nak tukar duit Malaysia pi cari Santisuk Market tau.

Suami julia dok baris tengok kadar tukaran wang asing.

Sambil-sambil suami julia kt dalam tu dok nak tukar wang, julia keluar jap melilau mata tengok barang-barang di sekitar Santisuk Market, wahhh kreatif diorang ni, beg disini 
THB100 = RM10
I beli satu utk my mama, dia suka beg gini nak bawa pi masjid leh buh telekung hehehhe

Buah Berangan Hatyai
Pergilah mana-mana market sekalipun berderet2 buah berangan dijual, sangat murah, ada greding tersendiri buah ni, nampak tak ada dua harga berbeza.
THB150 = RM15 sekilo sederhana besar
Puas hati beli dan makan sebab sangat sedap, lagi mudah di buang kulitnya berbanding di Malaysia sebab kulit buah berangan di sini agak rapuh dan mudah di makan, Qi pun suka makan.

Jom saksikan bandar Hatyai City
Julia terkejut, bandai Hatyai ni bersih dari sampah sarap tau tak, kalau jalan di celah2 jalan2 yang kecik pun bersihnya, kagum jap, rasa di Malaysia pun belum tentu sebersih jalan2 di Hatyai, sebabnya julia tengok sendiri. Korang tengok la ya.

Wayar elektrik haaaaa paling unik disini, kikiki cuba tengok mana satu wayar yang alir ke rumah korang kalau berlaku kebakaran atau masalah litar pintas, korang leh cam ke kikiki, itulah uniknya bandar Hatyai, wayar berselirat sana sini.

Khusyuk julia tengok wayar berselirat, rupanya disini pun dah moden, tau sebab apa? Ada CCTV tau tak, kerlasss, street hatyai jangan di sangka takde CCTV, makanya kita adalah dalam rakaman mereka, so berhati-hatilah ya bila berada di negara orang.

Ewahhhhhhhhh kemahen haa lepas naik tuk tuk tu dah tak nampak orang belakang dah weh, terus masuk market port khas jual pakaian, hbeg, makan-makan hahahahhaha misi kami nak cari key chain hatyai dulu dengan cenderamata, sebab itu plg utama kalau kami holiday, kena beli sesuatu utk dibawa pulang. Tapi ko tau tak susah nya nak cari key chain dan fridge magnet Hatyai....perghhh peluh tiak cari, nanti julia cerita next part okey pasal market-market di hatyai, sory ek kami berdua nampak depan je, so tolak buggy Qi kuad kuaddddd laju laju jangan nanti orang kejar kita hahahha






















Tak sabar nak update Part 3, restoren halal di Hatyai dan market-market kami shopping sampai lebam, kami makan tengahari super sedap, arghhh teringat2 ni oiiiiii bencikkkkkkk la Hatyai! :p

17 comments:

  1. Julia.. u macam i la.. siap ada tentatif bagai ni tau.. i pun gini nak g memana siap listkan nak buat apa & apa.. heheheh kalo main terjah rasanya blur2 katak nanti.. hahahha

    ReplyDelete
  2. alamak..kelakar laa julia driverk tuk tuk tuuu..siap buat peace kauuu!!! hahahahaha.. btw scary plak tengok wayar selirat macam tu..aishhh.. rimas tengok.. rasa nak betulkan je wayar tuu okeyyy!

    ReplyDelete
  3. sangat berseliratttt kn..terror la tnb diaorg klu dpt cari huhuhu..tmpt mkn tu mmg mnggodaaaa..tgk ig pn dh kecurrr

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ju, bestnya. sambung lagi kak.. hihiii

    ReplyDelete
  5. wayar itu sebijik macam kat vietnam arr..hahaha..

    ehh dik ju..akak kalau berpeluang naik tuk tuk pun akan berfikiran mcm kamu..takut anak terkeluar la ape la..hehehe..

    ape pun seronok baca ni..lagi!lagi!

    ReplyDelete
  6. seronoknyaa jalan jalan. nani tak sampai lagi hatyaii :d

    ReplyDelete
  7. Akk tgk wayar tu trs..alamak..scarynya..hahahahs

    ReplyDelete
  8. Adoi...tgk gambar ni teringat buat longan dia yang besar dan super sedap. HAHAHA pastu MURAH! sakit hati betul...mula2 belu sekilo, jalan2 sambil makan habis pastu jumpa orang lain jual beli sekilo gak...sambil jalan sambil shopping habis...otw balik hotel tu jalan2 jumpa lagi buat then beli sekilo ...sampai bilik makan kejap habis lagi then turun terus beli 3kg longan dengan manggis. Berkilo2 berdua makan buah je...yang pling best urutan sana...wehoo, pakai kepala lutut urut kat sendi2 badan...terbaik. HAHAHA kami siap hire 2orang tukang urut kat bilik...so urut sebelah2 2orang sekalikene urut =p
    **Rindunya nak ke thailand, nak urut badan. HAHAHHA**

    ReplyDelete
  9. sukanya ida dapat tengok video tuk tuk hehehhehhee.. rindu tuk tuk, curlas bukak kartun tuk qi hehehe

    ReplyDelete
  10. Best rasa macam madmarkets lak..
    Rajin Julia jenjalan shopping..
    Heheh..And like everybody said wayar itu mak aih.. memang dasatt

    Salam perkenalan Saya Aula writter di blog aulawrites.blogspot.com, semoga perkongsian aula dapat memberi manfaat

    ReplyDelete
  11. Seronok jenjalan mcm tu.. penat pun berbaloi sgt. Suka tengok buah berangan tu.. besar2lah.. sedap tu.. :)

    ReplyDelete
  12. wayar dana memang berserabut....
    best hatyai....

    ReplyDelete
  13. garangnya pak polis..kita pi memana pun x berani tggl passport dlm blk..err kecuali ms pi golkos hr tu..tu pn sbb jln2 area opis je..xjauh pun..hihi~

    ehh dlm tuk tuk ada tv??seriously?? hahahha cite kartun lg..senang kan bwk bebudak ada kartun baru dorg behave..

    x pnh lg mkn buah berangan...baik kt mesia or kt mana² pun..haha >_<

    ReplyDelete
  14. baiknye la driver tu.. peramah sungguh..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com