Hatyai Night Market Meriah dan Murah | Part 4 | Julia Johari
Booking.com

Hatyai Night Market Meriah dan Murah | Part 4

Waktu petang lepas solat Isyak di V.L. Hatyai Hotel terus kami siap-siapkan diri turun ke luar hotel sudah semestinya shopping barang-barang makanan. Inilah tujuan utama kedua kami ke sini selain menikmati suasana negara orang kami memang suka food review apatah lagi bila berada di negeri Hatyai, Thailand. Paling kagum, anda boleh lihat betapa banyak ye deretan gerai-gerai kecil menjual sebaris panjang buah berangan ni, memang laku dan memang terpanjang tau, toleh kiri buah berangan, toleh kanan pun buah berangan hihihi kira kalau nak kuat berangan datang lah Hatyai, macam aku kan dulu dengar orang cerita Hatyai best port makan sedap2, tempat menarik, aku baca review blogger-blogger lain, bila aku dah sedut ilmu korang aku mulakan hajat nak ke sini, akhirnya izin Allah dapat jua ku ke sini setelah melalui macam-macam ujian.


Terlepas cerita restoren halal hatyai? Click aje link bawah:
Part 3: Makanan Halal di Hatyai

Inilah dia buah berangan Hatyai, sedap sebungkus makan pun sekejap habis, tapi kami dua orang makan leh tahan 3 hari simpan dalam paper beg ni tau, tak naik lemau atau tak keluar fungus pun. Buah berangan disini lagi senang di kupas berbanding di Malaysia yang agak susah nak dikupas. Wajib beli kalau anda ke sini bagi pengemar buah berangan macam kami hihi.


Suami pun nak beli ole-ole juga tau untuk family di Malaysia, suka dia tawar menawar kt sini sebab boleh dapat banyak ole-ole kalau anda pandai dan kuat menawar harga, haaaaaaa jgn malu-malu ye nak buat perbandingan harga disini. 

Kebanyakkan menjual sejenis kekacang dan paling popular adalah kacang Gajus dan kacang Pistacio...ohhh disini agak murah berbanding di Malaysia tu...jom borong :)

Hatyai Night Market - Tengah jalan depan sikit daripada V.L. Hatyai Hotel
Lepas dah merayau atas pasar/kedai, kami terus terjah gerai-gerai luar ni yang sangat meriah, macam pasar malam pun ya, ada pelbagai jenis menu tau, yang menarik perhatian julia ialah banner ni, bagus la bagi perokok tegar yang langgar peraturan ni kena la saman RM200 tau kalau tertangkap, jangan main-main nak merokok sebarangan tempat, kena peka dengan peraturan di tempat orang jika anda tidak mahu rugi bayar saman je.

Suasana yang sangat tenang serta cuaca yang sangat cantik dan orang ramai termasuk pelancong macam kami mulai berpusu-pusu nak ke sini, jom kita tengok apa keistimewaan disini.

Ini yang sangat unik, sampai julia kena interview penjual yang langsung tak boleh berbahasa inggeris dan melayu, ermmm tapi bila sebut egg diorang faham...cuma nak tanya telur apa diorang geleng hahhahaha...aku rasa ini sejenis telur itik masin, sebab aku ambil satu dan bau rasa mcm bau masin, aku tak beli la sebab aku pun pelik semacam nak makan gitu je ke atau kena makan dengan nasi hahahhaha...kelakar weh aku kaji makanan pertama disini kiki

Somtam
Terbaik kalau korang datang ke Hatyai pandai cari gerai ni, hahahhahha pertama kali aku cuba somtam ni beb sedap ya ampun...susah betul nak terjemah melalui kata-kata, dalam ni ada pelbagai jenis seafood yang telah dicelur sotong, kerang, lala, dan bermacam-macam rasa fresh yang aku rasa dalam somtam ni, halal tau, THB50 - RM5 je sebungkus, banyak jangan risau, boleh makan ngan suami kongsi2. 
Julia kasi 5 Bintang! :)

Sekali pandang nampak macam kuih-kuih tradisional kan, betullah ini semua kuih tradisional Hatyai, macam-macam warna tau, hehehhe julia tak tau nak beli apa sebab dok leka tgk setiap jenis kuih yang di jual.
THB20 - RM2 je setiap bungkus disini, murah sangat2.

Suami julia beli kuih jalur emas, yang warna kuning keemasan ni la, kuih ni di Kelantan sangat femes tau, suami julia suka kuih ni tu yang di beli nak cuba macam mana orang Hatyai plak pandai buat hehehhe ke sememangnya kuih ni berasal di sini siapa tahu kan.
Rasanya agak sangat manis, suami makan sikit je tak sanggup nak teruskan lagi hahahhahaha takpe food review kata kan. kikiki nasib murah je.

Nasi Kuning Ayam Berempah
THB50 - RM5 murah kan
Ya, Allah memang sedap tau makan ayam berempah dia jual ni, kalau korang was-was tengok je kt singboad gerai ni ada bulan dengan bintang tak, pastu tengok penjual dia pakai tudung ke tak, sebab rata-rata penjual disini adalah golongan wanita tau, jarang tengok orang lelaki Hatyai berniaga kt tapak pasar malam gini.

 Akak ni pandai sikit2 bahasa melayu, senang nak beli ngan dia. Peramah tak yah cakap la, sampai orang naik bengang ngan kami sebab layan kami je tanya itu ini hahahhahahha. Lihatlah nasi yer yang kekuningan.

Tuan tanah pun nak gak posing hahahha, ayam goreng berempah kt sini besar2 tapak tangan puas kot makan sebab sangat banyak nasi dan ayam...tiada lauk sampingan dah makan itu je, tu sebab kami beli somtam leh makan nasi kuning ayam berempah...yummmmmmmm.
Jalan-jalan lagi terus ternampak deretan jual pelbagai jenis buah, lagi-lagi buah delima ni, dari jauh ia memanggil-manggil ju untuk datang lagi dekat, amboiiiiiiii buah ni sangat2 besarrrr pastu warna ye sangat memikat hati.
THB200 - RM20 sebiji...telan air liur sebab agak mahal. 
Tapi kalau orang mengandung ni bagus amalkan tau buah delima ni...banyak khasiat tersembunyi.

Puas hati kan, jarang2 dkt Malaysia buah delima sebesar 2x ganda tapak tangan, julia pegang buah delima ni sebelah tangan pun tak cukup kena pegang 2 belah tangan...nampak tak betapa besar ye buah ni.

Night Market Hatyai - (Landmark: Sebelah Hatyai Festival Mall)
Lepas dah merayau night market kawasan sekitar hotel, kami terus tahan tuk-tuk yang bersepah menunggu pelanggan, haa kami naik tuk tuk ni la THB60 - RM6 untuk 3 orang ke Night Market paling besar dan meriah di Bandar Hatyai. Landmark besar yer korang bagi tau driver tuk tuk nak ke night market sebelah Hatyai Festival Mall (ni nanti julia cerita next episod ttg Hatyai Festival yang besarrrr dan cantikk kalah Mid Vally KL hahhaha)


Okey dah sampai, syok naik tuk tuk tau, dia pusing pakej pusing satu banda Hatyai, dapat lihat perkampungan orang Hatyai, dalam video tu julia ambil durasi selama 2 min, puas kalian boleh gambar betapa cantik jalan raya di Hatyai, bersih dan selesa tak berlubang2 pun wpun jalan raya dia kecik je, baguslah. Okey, selfie dulu dengan Qi sedas kt depan ni, jangan malu2 nak bergambar di tempat orang, nanti balik Malaysia jangan menangis la tak de kenangan nak ingat balik...kikiki jommm soping!

Suasana sangat gamat, macam up town kt KL je tengok meriah, time ni kami pelik tak ramai pelancong asing disini terutama orang putih, hmmmm orang Melayu Malaysia kita sekali sekala terserempak ada datang sini.

Suami nak beli selipar, sini murah dan ada big size tau so senang la nak tawar menawar.

Kasut budak-budak paling syok, murah-murah...borong lagi untuk Qi hihihi

Sotong Bakar
Julia pernah baca review blogger cakap kalau ke Hatyai jangan lupa cuba makan sotong bakar, sedappp tau ada telur sotong dalam ni makan cicah ngan sos thai homemade diorang jual fuhhhhhhhh tp kena makan time panas2 kalau tak nanti liat tak sedap dah.

Macam-macam ada...beli je.

Yummmmm...makan dulu yuk...kelaparan hehhehe sos thai tu sedap...
ish apa diorang letak ek.
Kuih ni sangat unik, tapi julia tak beli hahahhahhaha cuma tengok je kuih pelik2 orang Hatyai ni, nak beli ke tak beli...hmmmmmmmm tak beli la hahhaah next.

Pulut Mangga Hatyai
Jumpa akhirnya pulut mangga yang kami tercari-cari sejak awal lagi, yeyyyyyyyy cantik ye buah mangga kt sini beb...kemain masak ranum.

Alahaiiii meriah tengok pulut mangga disini, tak sabar nak beli.

Memang sedap, dah makan la baru cerita sedap ke tak kan, pulut mangga dia makan ngan kuah dia perghhh ngancam jiwa, beli satu je awat tak beli dua huwaaaaaaa hahahhaah

Udang Galah Hatyai
Yeyyyyyyyyyy jumpa juga akhirnya, inilah yang julia tak sabar-sabar nak makan sejak dari Malaysia lagi, ada macam-macam kriteria nak beli udang galah goreng ni tau, tapi harganya agak boleh tahan mahal bagi aku hahahha ke sebenarnya murah ek kikiki ke aku jarang makan udang galah aku tak tau harga sebenar...lantak.
THB300 - RM30 seekor paling besar.
Harga yang sama untuk udang galah yang agak kecik sikit. Julia beli yang agak kecik dari julia pegang ni kan besar so boleh makan banyak dan kongsi dengan suami. 

Haaaaa banyak tau udang galah dijual disini, rambang mata nak pilih yang mana hehehhehe.
Ini kami punya, weeeeeeee sedappp ye ratah makan sambil cicah sos Thai lagi weeeee heaven sungguh dapat apa yang dihajati.

Dah kenyang, port tudung plak terjah sebab nak pakai esok hari jadual padat ke Songkhla plak, hehehhehehe murah2 je jual tudung kt sini, sampai suami pun snap gambar tak perasan hahhahaha serius ye i....kikiki

Baju dan Tudung baru beli utk ke Songkhla
Blouse Pink cantik - THB100 - RM10 gila cantik blouse tu beb.
Shawl light pink - THB100 - RM10
Total RM20 je murah.
Tu kami tak bawa baju banyak sebab nak beli je kt sini, tak beban nak bawa baggage berat2.

Hasil Tuaian Kami
Ini adalah sebahagian borongan kami dari Hatyai, sebahagian lagi kami dah makan dan bagi pada family tak sempat snap gambar baru teringat hahahahhahah...

Santisuk Market - Keychain, Fridge Magnet
Kami dah puas cari keychain dan fridge magnet Hatyai, TERSANGATLAH SUSAH NAK JUMPA, kenapa ek, orang sana kurang jual tau benda-benda cute cm ni, 2 hari di sana kami tak jumpa, sampai last day nak balik baru jumpa di Pekan Santisuk Market, nanti korang pergi je la situ ada jual banyak cantik handmade tau semua. Puas hati.
Suami pun beli keychain tuk tuk banyak nak bagi family dan kawan2 dia hehehhe pandai dah suami julia ni shopping hehehhe.

Nanti julia cerita next episod kt mana kami beli seluar jeans yang sangat murah di Hatyai...kami saiz besar
THB590 - RM59
Tawar-tawar dapat la RM50 sehelai suami isteri sedondon seluar jeans sama, alahaiiiiiiiiii suka la pakai sama2 ni tau cm comel je, lantak la orang nak mengata kami ni cm budak2, bukan kami pakai duit korang kikiki.

Ini semua kami beli di Hatyai...ada lagi cerita pasai shopping tak habis lagi tau...tunggu next episod Part 5 ju pasal shopping atas pasar Hatyai, nak habiskan espisod kami sakan beli barang baru cerita tempat mana kami visit baru laaaaaaaa best beb. Tunggguuuu ye kawan-kawan mmuahhhhh!

Bahasa Thailand
You are so cute - Khun na rak maak

31 comments:

  1. homaiiii menangis air mata darah tgk makanan..dah la murah RM5 JEK??RM5 jek??lioke seriusly??omgee..

    buah pun bapak besar...ohmaiii lagii..

    sorong bakar...grrr..nangiss hentak kai!kekekeke...dah kenapa murah gilerr...

    ReplyDelete
  2. Rambang mata tengok lautan makanan sana-sini. Udang/sotong mereka tu besar-besar betul kan Ju siapalah tak tergoda:)

    Pandai Ju & hubby tak perlu bawa baju banyak beli aje di sana. Balik penuhlah beg ye:)

    ReplyDelete
  3. best nyee..pulut mangga tu paling mengancam..udang tu lagi laaa.. hahahaha.memang kumpul duit pi sana nak makan je laaa.. heaven betul

    ReplyDelete
  4. kalo g melancong mesti bab makan lah paling juara.. pehtu balik dr melancong mesti berat akan naik.. hehehhe

    ReplyDelete
  5. nani kalau pergi mana mana mesti bab makan paling dikejar sekali. hahah. murah murah tak baranhg dekat sana kak?

    ReplyDelete
  6. Wah..syoknya pengalaman ju kat hatyai.. kita pergi dulu, buang masa tggu org jer. stress tak dpt pegi mana2 sgt. lenkali gi hatyai, nak enjoy makanan kat sana, jalan santai-santai mcm ju jugak lah.

    ReplyDelete
  7. julia!! trs rasa nk p hatyaiiii cmne ni

    ReplyDelete
  8. mcm sama je tempat kita pernah pergi dulu.hehehe.ju! tp paling xbest, makanan kat sana terdedah kan.x tutup.

    ReplyDelete
  9. meriahnya makanan2 kat sini sis
    terkejut ahkak..
    mau kalau akk ni semua nak rasa..hahahah..dasar kuat makan!

    ReplyDelete
  10. Nak nanges baca review ju ni...huwarrgghh...nak gi thailand jugak!!!

    ReplyDelete
  11. nyesal bc entry ni okayyy T__T

    terbaekkk aa ju review...pulut mangga tu ya ampunnnn!!!! balik ni kena cariiii...huwaaaa

    ReplyDelete
  12. banyak nya maknan best2..bukan saja murah2 tapi cantik2 pulak makanan nya..paling tergoda dia punya sotong bakar dan somtam tu.Ya Allah..baru lepas makan nasik pun dok telan air liur lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  13. Wah, bestnye dapat jenjalan..last pegi haatyai 17tahun yang lalu..byk dah yg berubah..tq atas perkongsian.. jom jenjalan ke blog saya pula ;)

    danishdamiadaris.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Bestnya kalu dapat pi Hatyaii Night Market ni....SA suka pi tempat2 macam ni and explore budaya orang sana...

    ReplyDelete
  15. Seronok emi baca review Ju, in shaa allah kalau diizinkanNya, suatu hari nanti kena pi sana jugak.. :)

    ReplyDelete
  16. tgk makanan sedap2..tambah udang galah tu... tapi bila saya pegi jejak kaki sana..saya dh jadi was waa bab mkanan.. tapi kt kedai mmg ada tulis halal dan islam yg jual... tapi perasaaan tu la.. adohai.. mcm mna ni nk pegi lagi..
    hari tu just pegi satu hari ja..

    ReplyDelete
  17. Ramai kata night market kat hatyai ni makanan dan barangannya murah...

    Insyaallah akan ke sini nanty :)

    ReplyDelete
  18. bestnya... belum pernah ke sni..tapi ramai kawan2 blogger g sini semua cerita best2. teringin nak g...

    ReplyDelete
  19. banyak sungguh makanan. tapi risau pula kalau yang tak nampak macam peniaga islam

    ReplyDelete
  20. kak ju, dasatlak review entry akak ni. menggoda sangat makanan dia.mcm tak tahan tengok la..

    saya rasa akak boleh jadi pengacara jjcm versi blog. hehe

    ReplyDelete
  21. waktu bace entry ni tengah kenyang.. tapi tetap tertawan dengan udang galah..

    ReplyDelete
  22. huwaaaa..menangis tgk pulut mangga tu..paberet tuuu..hatyai mmg syorga makanan kann..murah2 plaj tu..buah delima bapak bsr tu pun ade..dapnye3..ngan sotong bakar tu lg..slurpp..*lap ailio*..blouse pun murahhhh..mcm bli shawl plak harga die..suke3..hrp2 tercapai la impian nknbwk 2org ank ni gi sn..simpan duit3..kene menabung dr skang..pfttttt..

    ReplyDelete
  23. perhhh pulut mangga sedap tue..byk juga jj borong sakan hihiihh

    ReplyDelete
  24. Bgi guide ... hotel mana yg bagus utk menginap n jua kedai utk shoping.. ok tq.. sbb nak bawa family dlm 10 org g sana bln mac ni. Tq

    ReplyDelete
  25. Bgi guide ... hotel mana yg bagus utk menginap n jua kedai utk shoping.. ok tq.. sbb nak bawa family dlm 10 org g sana bln mac ni. Tq

    ReplyDelete
  26. saya pegi hatyai kecewa sgt x jmp night market spt awk pegi huuhuh.. ari apa yer night market kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. night market ni kena rajin tanya pemandu tuk tuk tu...landmark night market sebelah bangunan Hatyai Mall yang terbesar tu je

      Delete
    2. night market ni kena rajin tanya pemandu tuk tuk tu...landmark night market sebelah bangunan Hatyai Mall yang terbesar tu je

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com