Little helper, Mr Bro Qi ๐Ÿ’—
Intro~
Baru tak beerti akan baru selamanya,
Lama tak beerti akan usang selamanya,

Jadi entry hari ini bukan nak show off keterlaluan dapur baru, entry kali ini didedahkan atau dikongsikan dari juju sendiri sebab betapa pentingnya ilmu menjaga luar dan dalam dapur kita sendiri. 

Dapur kecil ke, besar ke, bukan persoalan utama nak gebang kat sini tau. Hatta dapur tradisional pun kita mesti nak tengok kemas, bersih dan tak bersepah. Betul tak?

Bila hidup di bandar, rumah pun akan ikut peredaran zaman, termasuk dapur pun sama tak ketinggalan untuk kita menikmati kemodenan sesuatu dapur itu di reka cipta.

Best ooo, rasa dapur yang buat kita selesa. Nanti tiba-tiba je mood indah berlabuh nak sediakan makanan sedap-sedap untuk seisi keluarga. Dapur kan nadi utama rumah tangga. Kalau tak berasap, kita sendiri gak lah kelaparan hahaha.

Kisah lalu jadikan teladan bak kata konsultan dapur~

Kalau kalian rajin ikuti part demi part, aku pernah cakap nak kongsikan kisah home care yang aku guna khas untuk ruang dapur kesayangan. 

Sebelum aku setuju nak bayar depo buat dapur, aku ada ajukan beberapa soalan pasal penjagaan asas dapur tau dekat konsultan ni. 

Baik dia nak kongsikan dekat aku, dia pun ada kongsikan kisah dia urus satu pelanggan. Kira orang kaya gak lah, orang gaji dia guna satu produk bahan chemical dan sapu dekat ke semua dinding dapur luar dalam termasuk soft hinges.

Berkarat dan rosak hinges dapur berkenaan you all !
Ya, rosak. Tapi tak salah orang gaji tu jugak sebab tuan rumah pun sama tak ada ilmu bab kaedah penjagaan dapur sebenar.

Bayangkanlah, aku tanya soalan yang sama. 
Macam mana mereka jaga showroom diorang nampak berkilat, tak ada habuk dan produk apa digunakan nak jaga permukaan dapur sentiasa cantik?

๐Ÿ‘‰Ini jawapannya!
Jangan guna air langsung!
Guna produk khas untuk setiap satunya. 
Macam rambut kitalah. Rambut kita cuci guna syampu rambut dan conditioner. Takkan guna sabun badan cuci rambut, pasti rambut jadi kejung dan rosak betul tak?

Macam gigi lah, guna ubat gigi, takkan guna sabun badan buat berus gigi hahaha...
Aku macam tersentak gak lah dengan jawapan konsultan ni. 

Betul jugak tu. Serius kagum aku, buat aku terfikir dalam-dalam.
Pencuci basuh pinggan, jangan terbiasa guna pencuci pinggan buat cuci dinding dapur konon nak buang kesan minyak dan sebagainya. 

Pencuci pinggan khas untuk pinggan, untuk cuci kesan minyak di kawasan seperti hob dan hood ada produk khas kita kena beli dan guna. 

Semuanya tak perlu guna air paip, hanya spray, calit dan sapu sahaja ke permukaan berkenaan. 

Terus berkilat tau awak! Amazing kan!
#1  Microfiber Cloth
Pertama sekali, sila beli microfiber cloth. Sebab apa? 
Nak senang faham, ia antara kain yang memerangkap habuk dan menyerap kelembapan dengan baik. Kain microfiber cepat dikeringkan dan mudah diurus.

Korang perasan tak kalau pakai kain kapas yang biasa tu, ada nampak beberapa benang halus atau habuk melekat semula di tempat kita lap. Semakin gosok takut pula permukaan jadi kasar dan tidak 'smooth'.

Jadi wajibkan dulu untuk kaedah pembersihan utama di dapur kena guna kain microfiber. Boleh beli dimana-mana kedai sekarang banyak di jual. 

Macam juju punya ni kena pulak dengan tema warna dapur baby aqua ala-ala turqoise baby. Seronok lah semangat nak mengemas hehe
Banyak kan dalam satu gugusan. RM28 lebih kuranglah juju beli. 
Banyak tak apa boleh guna untuk tujuan cuci tempat lain juga. 

Dua jenis permukaan microfiber. Juju dah guna dekat 2 bulan dah, senang kering, tak melekat habuk kain di permukaan serta tidak meninggalkan cela pada dinding pintu dapur. 

#2 Glass Cleaner
๐Ÿ‘‰Mr. Muscle Kleen
Kalau dinding dapur korang material jenis cermin 3G atau 4G, sila beli produk glass cleaner. Konsultan ni cadang produk ini sebab diorang guna dekat showroom diorang. Bila diorang guna kat showroom sudah semestinya kita rasa puas hati bukan?

Aku suka ke Sogo, kat sana ada port khas untuk home care produk. Memang memudahkan sangat untuk juju tau. Kat sini semua ada, tinggal pilih dan beli.

Kebetulan glass cleaner kat sini ada promo, 
dapat lah 1 botol refill lagi. Yeyyy! Jimat berganda. 

Sebab itu tak perlu guna air langsung bab jaga dapur. 
Sebab produk yang disediakan memudahkan kerja harian kita. 

#3 Wood Polishing
๐Ÿ‘‰Pledge - Beautify It
Dapur jenis kayu, tak kisah jenis chipboard atau perabot kayu beli produk ni. Pledge ni memang mengkagumkan juju tau. 

Sebab bila kita spray dia akan keluarkan satu foam, sapu guna kain microfiber terus serta merta permukaan kayu tu jadi licin, corak kayu nampak timbul dan berkilat.

Awwwww like sangat. Habuk pun jarang nak melekat tau. Boleh guna untuk dalaman dapur yang jenis kayu pembahagi tu tau. Kalau buka kitchen cabinet kan korang akan nampak para-para pembahagi tu kan, haaa guna yang inilah nak lap tau. 

Jangan guna air langsung, di ulang lagi sekali jangan guna kain lembab juga di permukaan dalam dan luar kc. Bila kita guna air memula nampak okey je, nanti lama-lama itulah punca utama ia menjerap air dan buat kc kita cepat reput. 

Kecuali kc korang 100 peratus jenis aluminium tak payah fikir bab ni hahaha. 
Aku beli yang kuning, sebab konsultan aku ajar beli kuning haha. 

Ada yang beserta conditioners juga. Tapi pertama kali baik jangan derhaka hahaha

Maid-maid juju haha, aku punya seronok dapat beli produk penjagaan dapur ni 
tak terhingga rasa tu tau. Jom belai dapur jom... 

Abg Qi, dia dah ditauliahkan untuk mengalas tanggungjawab menolong juju di dapur. Juju sebagai ibu didik dia, bagaimana nak sayangi barang-barang. Cara mengosok, cara spray produk dan mengelap. Alhamdulilah dia banyak membantu mempercepatkan proses yeyy. TQ Abg Qi. 

Gambar barisan pertama: Hasil lap kawasan berkayu guna Pledge. 
Gambar barisan kedua: Hasil sebelum selepas guna glass cleaner. 
Nampak tak perbezaan bertelau dan hasil selepas tu, blink-blink you all!!!

#4 Multi Surface Cleaner 
๐Ÿ‘‰Cif Cream
Hoob & hod dapur tempat memasak kawasan berminyak dan table top dapur aku guna Cif. Memang terbaik dari ladang lah si Cif ni weh. 

Aku guna gak sebulan sekali sental meja makan batu aku tu, memang keluar lah daki-daki tu. 

Berkilat fuhh, senang hati betul bila 3 produk ni bergabung di dapur. Menyenangkan hidup hehe. Sapu sikit je tak perlu banyak, lepas tu kali kedua gilap. Haa hilang segala stain degil.
Sayang sangat diorang ni semua! Best guna walllaaaa! 
5 bintang kasi markah!

Mari tonton Abg Qi tolong juju di dapur. 
Klik!

Awas!
Jangan lap soft hinges dengan sebarang produk termasuk air paip. Kawasan tersebut tak perlu dibersihkan. Sebab ia akan menganggu kelancaran pintu dapur di masa akan datang. Jika berhabuk sangat guna berus halus untuk bersihkan daerah berkenaan. Itu sahaja. 

Senangkan? Mudah je sebenarnya. Cuma kita jangan ambil jalan mudah, satu produk guna untuk semua permukaan. No, no, no. 

Rajin-rajin menabung untuk beli produk home care tau. Pulangan yang korang dapat, barang dapur tahan lama sebelum sampai masanya walaupun ia sudah lama berkhidmat. 

Itulah penjimatan sebenarnya yang kita tak nampak di masa depan. Selamat berhome care semua pembaca tersayang!

Don't wanna miss a thing?
Baca tips beli rumah dan deko rumah selanjutnya: 

8 Comments

  1. Tq juju...info yg sgt2 berguna...muaahhh!! ;)

    ReplyDelete
  2. Saya jenis gemar nak beli bahan-bahan mencuci ni .. tapi malas bab nak mencuci sendiri .. acaner? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, rumah ni kalau ada sifat M apa pun tak leh jadi bro, bila kita ada rasa sayang pada sesuatu barang lagi2 beli dengan titik peluh sendiri, mesti akan automatik nak jaga dan bersihkan.

      Macam kereta dan motor lah, orang lelaki kan suka belai dan gilap kereta...mcm itu juga nak suka pada sesuatu barang beli barang yang buat kita sayang...bila sayang rajin akan datang. Tu je haha

      Delete
  3. sy hantam ja mana2 janji bersih hahaha teruknya haii
    great tips btw n happy weekend

    ReplyDelete
  4. Tq Juju, perkongsian yg sangat bagus ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. Terima kasih infonya
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)