KITCHEN CABINET (KC) BODY STORY.
Gambar diatas, meeting kali ketiga di rumah juju. Lima bulan duk new nest baru terlaksana body kc. Simple je tapi perincian tu jadi lama sembangnya. 

Bukan senang lah org ckp. Setiap idea tak semuanya kena ya. Ia perlu selari dgn masalah, kena fikir solusi disitu juga. Akhirnya, masalah yg aku beri kt dia, dia bijak tangani tanpa jemu. 

Pendek kata, ko konar sana sini, kesimpulan bersama membawa sepakat. Fuhhhh nak menangis rasa bila cerita bab kc. 

I face bermacam jenis peniaga² sebelum ini, mcm² ragam ego dan sikap ada. 

Hello jgn pandang sebelah mata ye, org mcm aku nampak selekeh tapi tabungan bertahun dikumpul yang tu ramai peniaga silap caturan bila nak consult dgn bakal customer (teknik menjiwai customer kena belajar lagi). 

Byk yang i pangkah ❌. Seriusly banyak, will share pasaipa i tolak. 

But at the end, Allah pertemukan with this one, kena jiwa. Oh my speechless! Tq Allah. Rezeki PKP kot. 😱

Hari pertama di bulan Mac 2020 sebelum tempoh PKP, dia datang rumah juju ukur dan estimate harga. Dua bulan hold niat nak buat body kc sebab PKP. Sabar, sambung kumpul modal. 

Kali kedua, fasa PKPB dpt pi show room. Habis semua tingkat dia tunjuk material, pro cons & jenis kc (masa ni puas hati dah tertarik tengok depan mata, terus byr deposit booking). 
>>> 1.00 - 3.30 temujanji. (2 jam lebih bincang)

Hari ini kali ketiga dia datang rumah untuk ukur ketinggian kitchen appliances (semua masuk dalam pull out heavy duty kabinet) dan ukur dengan laser kali kedua size badan dapur utk submit report di kilang tujuan proses. 
>>> 3.00 - 5.00 bincang dekat 2 jam haaa 

Tak sangka nak buat body kc je pun tp masa dimakan selama 3 hari dengan hampir 5 jam lebih ke semuanya. Baru kc kecik, kalau rumah korang yg kc size besar tu tak tau la estimate berapa jam bincang. 

Takde iklan melawak ke apa sepanjang perbincangan tau. Semua cerita kc 100% boraknya. Borak apa tu i detail kt blog nanti.

Kilang diorg sendiri buat body kc dari warga Bumiputera tau. Installer pun org Malaysia. Bukan sub cons ye, i cek video kilang diorg staf & baju company diorg punya. 👏

Ehhh, tak pernah jumpa konsultan bespoke sebagus dia ni, kalau janji jam 1, dia dtg awal sebelumnya, very punctual, eye contact, very detail, tak ada unsur perli customer, melayan cerewetnya customer mcm juju byk tanya itu, ini, jujur cerita dia tak sorok apa akan juju hadap utk jangka masa panjang. Telus.

5 years warranty. Ya i know, many people akan ckp mcm ni,  "Alah kc je pun, buat je biasa² sudah, kita buat dia, bukan dia buat kita". I know, people out there and me is totally different. 

Setiap satu benda, i hargai sgt sebab ia melibatkan dari 1 sen. 1 sen = 1 peluh rezeki. Takkan nak sia-siakan begitu je ye dak? Banyak nak story, di blog by chapter, pelan² ye. Tak sabar hoiiii, story kc lah paling i nantikan. Its all about my dream. 😉

Now one of pull out basket heavy duty gambar bwh ni is mine soon. Early June 2020, akan siap custom made kitchen cabinet juju. 

Warna yang juju dan suami pilih memang diluar kotak pilihan hahaha pelik betul mata-mata kami ni. 

Free 3D drawing, dua jenis rekaan pun dh tengok. I like! Dapur kecil kena make sure ia praktikal dan mcm poket doraemon. Kecik tapi mcm² ada. 😄

Semua hanya kerana #JuliaMasak for best from the best! ❤

Selebihnya, i update akan datang. 😘

"Interior design embodies how your world makes you feel wonderful everyday" - Ronique Gibson

4 Comments

  1. tak sabar nak tengok...IQ pun sama excited ni dah kenapa? hahahaha!

    ReplyDelete
  2. waaa raya sakan juju dgn cabinet bawuuuu hehee

    ReplyDelete
  3. betul kena teliti bab ni.. saya extend dapur tak sampai berapa bulan dah crack.. huhu

    ReplyDelete
  4. walaupun ambik masa dan sakit kepala masa dalam proses ni, tapi bila dapat hasil seperti yang kita nak mesti seronok nanti kak.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)