Pemasangan wayering lampu sebelum projek plaster ceiling. Oh macam ini rupanya wayering dibuat.

Lepas dapat kunci, buat defect selajunya. Perkara seterusnya kami urus adalah survey design plaster ceiling melalui online. Bermacam jenis reka bentuk plaster ceiling ada, sampaikan dah naik pening tengok dekorasi ceiling yang bermacam jenis. Bila tanya apa pilihan julia dan suami? Sudah semestinya paling minimalis dan tidak memeningkan nak maintain nanti. 

Gadget rumah terkini juju 👉Vacuum Cordless Terbaik Harga Mampu Milik

Dulu kami berfikir, perlu ke eh nak buat plaster ceiling? Kalau tak buat okey je, tak ada masalah pun, rumah tetap rumah. Tapi ada tapinya, mata tetap nak pandang rumah cantik dan selesa ala-ala mini hotel. Nak lampu banyak yang menjimatkan tenaga dan beri efek ruang nampak cosy dan selesa. 

Nak mencapai bukan mudah ye, banyak range harga kami dapat. Ke semuanya kami tak setuju, harga tak masuk akal. Ada yang letak 5k ke 6k untuk hall dan dining je tau, tak termasuk kitchen dan hallway. Serius ar, mahal weh. 

Jodoh suami bertemu, berkat rajin bertanya.
Sampailah kami ni di jodohkan dengan seorang pakar tukang baiki yang membaiki laporan defect. Aku survey rumah yang dia baiki masalah defect, mat Indonesia ni memang talented, dia bukan setakat boleh buat wayering satu rumah, dia boleh pasang chandeliar juju yang asalnya kena pasang satu persatu barang tu tau. 

Patutnya kedai chandeliar tu pasanglah kan, tak ada maknanya weh, mamat ni jugaklah bersabar pasang ceraian chandeliar juju dengan sangat berhemat, cermat, dan berhati-hati tanpa sebarang rasa penat hahaha ehhh tercerita chandeliar plak...

Sorry eh korang, aku tak nak senang-senang rekemen mamat ni, sebab dia tak ada firma atau company pun. Cuma buat atas dasar kebetulan jumpa, memang tak ada dalam carian internet lah orang kata, itu sebab ada kalanya kita kena rajin-rajin bertanya kawasan sekitar. Mat Indonesia ada je buat, malah lebih murah, hasil kerja setanding macam kita tempah dekat agen tu semua. Sedangkan rumah ini pun aku beli direct dengan developer, bukan melalui agen rumah tau. Memang kita orang suka macam ini, semua direct, bukan agen-agen.

Mulanya hati aku berbelah bahagi nak setuju dengan cadangan suami, tapi sebab atas dasar dia sudah lama menetap di Kuala Lumpur maka aku dan suami slumber tempah kat dia. Serius ar, tak ada testimonial, tak ada pun gambar diorang simpan buat tanda dia pernah buat top dapur dan plaster ceiling, tak ada! Hahahaha gila kan kita orang.

Bahkan kalau tempah dengan agen, diorang tu kan makan komisen atas tu lagi, betul tak. Itu sebab maaf eh, kami usaha direct dengan diorang pun bukan senang, tapi ia jadi mudah mungkin sebab rezeki kami tertulis disitu. Alhamdulilah, aku puas hati. 
 Main hall plaster ceiling.

Design aku buat, sangat simple je. Aku tak suka banyak box plaster ceiling, sebab aku mudah pening, mudah jemu kalau terlampau sangat design. Aku nak chandeliar di pasang, maka aku brief 2 mat Indonesia ni melalui lakaran gambar. 

Aku cuma tunjuk je melalui telefon, diorang boleh dah buat apa aku nak. Serius ar, korang ni pakar betul haha, cuma aku brief tu dalam nada sangat tegas, sebab aku tak suka orang tipu aku, aku cakap, kalau korang tipu siap korang hahaha dalam nada tegas ada gurauan serius juga aku selit. 😋

"Ya kami faham mem, mem tengok dulu peringkat demi peringkat mem"
"Ya, saya nak tengok fasa demi fasa, duit macam mana bagi?"
"Bayar peringkat demi peringkat mem, mem puas hati peringkat 1, baru bayar peringkat 2".
"Ökey setuju. Bila mau mula?"
"Esok kami beli barang, mem bank in kos belian barang dulu dalam 1k"
"Okey, setuju"

Bank in dulu semalam, keesokkan harinya diorang dah loading semua barang yang diperlukan. Mula kepercayaan perlahan-lahan diperhatikan.

Ya, lebih kurang lah perbualan live kami di ruang hall, 2 orang mamat Indonesia ni satu kepakarannya wayering satu rumah, tambah plug point dan alihkan wayar yang mana tak sepatutnya kepada tempat penambahan plug point. 

Murah dia letak, harga plug point cuma 10-30 sahaja ikut panjang mana nak tarik. Gitu.
 L Box plaster ceiling dining hall bergabung dengan hall tapi aku tak suka di satukan terus. Aku nak ia ada pembahagi, hall lain, dining lain, sebab lampu pun nak buka bukan sekaligus. Tu satu kepantangan aku, aku suka lampu ini, ini je buka, aku tak suka sekali petik semua cerah, itu sebab aku banyak plug point hahaha 🙊🙊

Pantauan peringkat demi peringkat setiap hari.
Suami akulah selalu rajin ulang alik, aku? Aku cuma tengok melalui gambar progress setiap hari. Ada kala aku turun padang waktu malam tau nak tengok. Mana sabar tengok gambar je hahaha. 

Bila aku tengok aku tersenyum. Laju betul, dalam 1 minggu beli barang, pasang, dan wayering siap dah rangka macam ini. Semua dalam 1 minggu sahaja dah naik macam ini. Laju sehhhh! 👏👏👏
 Pandangan dari sisi ke kiri. Luas L Shape ni, aku suka design macam ini, walaupun ada longkang pepandai lah aku nak buang sawang haha apedehal. 

 Inilah pandangan mata paling penting, dari bilik ke hall, hallway ke bilik. Nampak tak hallway juga termasuk di buat. Mulanya tak nak buat sebab nak jimat kos, tapi mat Indonesia ni dia baiknya hati, dia cakap:

"Akak, kalau tak buat tak cantiklah, nanti ceiling nampak tinggi, rendah, baik buat kak, saya bagi kurang lagi tak ada masalah sikit je tambah"

Aaarghhhhh, lompat bintang lagi. Tak silap lah rezeki kami jumpa diorang ni. Bukan setakat buat kerja tu sebab nak duit, tapi diorang buat rumah juju ni macam diorang nak duduk. Buat sebab nak nampak cantik rumah customer sampaikan di beri nasihat baik macam ini. Bijak taktik dia. Haha!  

Tapi memang betul pun, kalau tak buat kat hallway tu nampak buruk sebab ceiling dia jadi tinggi rendah, mujur lah ikut cakap diorang. 

Tengok gambar kat atas, tengah-tengah itulah aku nak letak chandeliar, antara main hall dengan dining hall, ada dua biji kipas main hall dengan dining hall, aku suka idea dekorasi macam ini. Baru tak berebut kipas dan lampu, bila nak duduk dekat hall hanya lampu kt hall je petik.

Nak duduk dekat dining hall hanya lampu area ini sahaja di pasang. Kalau tetamu datang kami ada lampu chandeliar dan lampu T5, kami pasang semua, terang benderang jadinya yahuuu! 
 Abg Qi lawat tapak rumah dia, hahaha, suka betul dia dok puji cantik. Ishh belum siap lah Abg Qi, ni baru rangka haha. 

Ya, Abg Qi lah teruja sangat nak tengok rumah baru hari-hari tau hahaha, aku ni tak suka tengok hari-hari, aku suka tengok progress besar. Baru berbaloi duit tu di laburkan. 

Tak silap bulan 10 hingga bulan 11 tahun 2019 projek plaster ceiling ni berjalan tau. Sebab hujung bulan 12 nak pindah rumah. Laju betul idea dan duit berjalan bila dah mula ambil kunci, masa dan duit jalan serentak hehe, tu elok beli rumah undercons, ada duit boleh simpan untuk ke arah inilah projek deko rumah minimalis. 

Nak tengok hasil dah siap plaster ceiling kami? Akan datang juju sharing lagi ye. Kasi debaran sikit haha. 
 Tengah survey kabinet dapur, kitchen top konkrit, tiles dan hob hood sudah sedia pasang, sekarang nak survey badan kabinet dapur. Masih lagi pening, doakan aku cepat hilang pening. Ni aku pi kedai aluminium, kedai mat Bangla pulak hahaha, habis semua bangsa oversea aku order kehkehkeh. 

 Kos projek plaster ceiling:
  1. Main hall
  2. Dining hall
  3. Hallway
  4. Kitchen
Total RM3,000 sahaja tanpa lampu. Lampu aku cari sendiri brand kat kedai. Diorang hanya pasang sahaja lampu plaster ceiling dengan lampu T5. 

Murah tak upah plaster ceiling sahaja kawan-kawan?
Ya, murah! Aku tak jumpa harga ni kat mana-mana dah, rezeki sangat. Alhamdulilah. 
Maaf no rekemen again, aku tak nak timbul masalah kemudian hari kang korang canang-canang nama aku kot ada masalah kemudian hari, nombor telefon diorang pun aku tak ada rekod dalam hp, semua husband aku deal A-Z, aku cuma tengok hasil, transfer duit je, syukur. 

Dia orang jenis freelance, jumpa kerana dah tertulis rezeki jumpa orang baik-baik dalam doa lepas solat. Tercapai juga hasrat. TQ Allah!  

Next episod nak cerita apa juju? 
Aku nak sharing hasil plaster ceiling rumah kecil kami dengan chandeliar kami. 
Tunggu eh...aku puas hati !

12 Comments

  1. Menarik..Kak SA tunggu dapat duit pencen dulu baru nak renovate rumah, moga allah panjangkan umur untuk impian akak...haha

    ReplyDelete
  2. rumah kalo buat plaster ceiling feel mcm hotel..ada budget why not kn...akak pn suka..aritu pn plan juga nk buat tp kita hanya merancang sbb tk jd pindah kan

    ReplyDelete
  3. Ya kadang takut nak ambil kalau orang tu takde rekod basil. Hehe apapun alhamdulillah Julia dapat orang yang dapat penuhi keperluan Julia.
    Tak sabar nak tengok dapur.
    Keep it up.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Rezeki Juju. Murah tu kos nya. Kita tak buat pon plaster ceiling. Tunggu ada budget dulu ☺

    ReplyDelete
  5. Nampak kemas. Rumah kami pun kalau reno apa-apa lagi puas hati dengan mereka-mereka yang tak ada company ni.

    ReplyDelete
  6. bestnya lahai deko umah sendiri..:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah rezeki tu, memang minimalis pilihan ramai ^_^

    ReplyDelete
  8. Assallammualaikum sis,
    Mohon update next entry berkenaan renovation rumah ni..

    ReplyDelete
  9. Next post, bolehlah sis ceritakan pasal cat, deko, kitchen kabinet.. Tak sabar nak tunggu next post..

    ReplyDelete
  10. Cantek siling, dan berbaloi dengan harganya, Takde la terlalu mahal.

    ReplyDelete
  11. Terbaik,so simpel,akak pun suka tengok

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)