Teknik penyimpanan bahan mentah dipejabat? Haa sebenarnya senang je teknik tu tapi jangan salah faham, ramai yang masih tidak tahu cara penyimpanan yang senang dan simple bagai 123. Keadaan di pejabat dengan rumah tidak sama. Di rumah, korang nak simpan tanpa sebarang penutup bekas bahan mentah tiada sapa yang peduli peti ais korang, lantak la korang nak letak durian tanpa penutup pun sapa x marah, kecuali asben korang sendiri marah hehehhe, but this time i show u the right way, ringkas je sesuai leh sama2 guna peti ais pejabat tanpa bauan tidak menyenangkan gitu.

Nak beli klik periuk doraemon kilik →  Lazada Malaysia

7 Panduan Mudah 
Pengurusan Simpanan Bahan Mentah di Pejabat Untuk Stok Seminggu
  1. Pilih menu yang kurang berbau seperti ikan, daging dan ayam - bahan mentah yang berbau menyengat baik elakkan ye nak simpan dalam peti ais pejabat mcm tempoyak ke kan kalau peti ais sendiri kt pejabat tu suka hatila korang.
  2. Potong kiub bahan mentah / sayur - potong kepingan ayam dan daging ikut saiz kiub dan kecil (jangan simpan seekor ayam dalam peti ais weh) makan space tu hehhe if ikan dipotong beberapa bahagian.
  3. Sediakan bahan mentah dari rumah - paling utama sediakan stok seminggu dari rumah, maksudnya siap2 dipotong/ dibasuh dan di tos kering untuk memudahkan kita tidak perlu ulang alik bawa bekal bahan mentah ke pejabat.
  4. Bekas kedap udara / penutup rapat - masukkan ke semua bahan mentah berkenaan didalam bekas yang betul2 kedap udara supaya mutu bahan tidak mudah berbau dan tercemar.
  5. Balut dengan plastik - stok bekas bahan mentah perlu di tutup rapat dan di balut dengan plastik untuk elakkan sebarang bau keluar dari bekas tersebut.
  6. Bawang dan rempah - sediakan bekas yang kedap udara untuk simpan bawang dan rempah mcm botol kecil agar mudah anda uruskan di pejabat/simpan dalam beg mudah alih bawa atau simpan dalam beg di opis.
  7. Happy Cooking Lunch Box with Periuk Doraemon hahahhaha belum beli ke? Rugi tak beli. Kalau nak beli pi click link ats sekali tu ada.

Balut ye bekas bahan mentah elok2 dan simpan elok2 dalam peti ais di pejabat.

Jika tak sempat nak urus di rumah, julia bawa di opis, pastikan anda 
JAGA KEBERSIHAN KAWASAN, sangat penting, jangan nanti ada timbul bau dan kawasan jadi semak dik kerana suka nak memasak, masak boleh tapi kena cerdik, cerdik nak urus kawasan agar tidak ada satu sampah pun bertaburan di pantry opis atau kawasan anda sendiri. 

Sayur dari rumah yang sudah siap dibasuh

Paling utama Periuk Doraemon, jangan plak tanya kawan eh mana nak beli periuk doraemon tu, memang sampai bila2 xd kt pasaran hahahhaha nama dia multifunctional cooker tau...kikikikiki tuan tanah je kasi nama doraemon sebab masak apa pun boleh no minyak2!

Menu Mudah Masak di Pejabat
1. Breakfast Telur Setengah Masak
6-10 min masa masak
2 x biji telur ayam
lada hitam
Cantikkan tekstur telur setengah masak ni, julia kadang2 buat makan pagi kenyang sampai tengahari weeeeeeee

2. Nasi Ayam Berlauk Sardin
30-40 minit masa masak
Nasi Ayam
1 ketul Ayam 
1 sudu kecil planta
Secubit garam
Basuh Beras dan masukkan air, ayam, garam dan planta, biarkan ia masak dalam 

Sardin
Beli sardin yang ada pembuka terus, senang tak perlu bawa pembuka tin
Bawang besar di potong besar
Lepas nasi suku masak, masukkan sardin plate diatas nasi tadi so sama2 leh masak.

3. Nasi Putih / Sup Kaki Ayam & Kepak Ayam
20-30 minit masa masak
Sup Ayam
1 biji bawang putih hiris
1 hirisan bawang besar
1 kepak ayam
Sedikit lada sulah
 1 kulit kayu manis
1 suku kiub pati ayam
Campurkan semua, siap. 

4. Maggi Kepak Ayam & Telur 
Maggi je kot....xyah resepi korang lagi pandai hahahhahaha ishhhhh sedap yer tgk nak buat la hahha awas seminggu sekali je makan maggi...x leh hari2 makan no no no, x elok utk kesihatan.

5. Nasi Putih Sup Sayur Sawi Ayam


Resepi Sup Sayur Sawi Ayam seperti No. 3 kt atas cuma add on sawi sahaja.


6. Breakfast Sardin dengan Roti
Mudah kan sampai tak perlu pun catit resepi hehhehe, hanya bawa roti wewiiittttttttttt sedap masyaAllahhhh

7. Tomyam Ayam dengan Nasi
20-30 min masa masak
Tomyam Ayam
1 x kepak ayam / bahagian lain
1 hirisan bawang besar
Suku kiub pati tomyam (any brand)
Garam dan gula secukup rasa
Campurkan air, ayam dan kesemua bahan masak bersama dengan nasi.


8. Sup Daging dan Nasi
Resepi sama seperti No. 3 just tukar kepada daging...aummmmmmm

9. Nasi Putih dan Sardin


10. Bubur Nasi Ayam Qi
 30 min - 1 jam masa penyediaan
Suku kiub pati ayam
ayam cincang
Beras dikisar sedikit siap2 dari rumah (basuh, tos, dan blender beras 2x)
Lada hitam, halia sedikit
Campurkan semua, siap.

11. Sup Tomyam Sayur/Udang/Daging 
Resepi mudah nak buat tomyam sayur campur ni, tanpa perlu masak nasi, makan sup je dah kenyang.

BURPPpppppppppppppp Alhamdulilah
kenyang, jimat berdouble2...syhhhhhh jgn bg tau sapa2, baru nak masuk 2 bulan saya cuba masak di opis, saya leh jimat dari makan luar sekali sekala anggaran RM300 dari RM400 sebulan perbelanjaan makan di pejabat dan dirumah...weeeeeeee 
(tabung holiday saya senyum)

Akan datang julia nak masak
Ayam masak kicap black pepper (Ayam gaul dengan kicap, bawang besar, gula, garam, sedikit air, dan lada hitam gaul2 stim)
Ikan singgang (pernah masak tapi kt entry lain)
Udang masak kunyit (gaul2 kunyit ngan halia, cili padi terus stim)

Soon ye up gambar resepi insyaallah amin.

Terlepas cerita dulu? 
Click link:

51 Comments

  1. respect gila dgn ju, jimat, mkn kat opis x perlu lah nk bermewah mewah kan.mkn ala kadar je, nt weekend kita baru g mkn sedap sedap.betul x ju?

    ReplyDelete
  2. tq kak. keep sharing ok. sy dh beli lama dh. n masak utk anak2 je. kihkih

    ReplyDelete
  3. ini memang sangat RAJIN. kat tempat kerja takde orang tumpang kaki makan ke kak??

    SALUTE 200% :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Julia.. u memang tau kasi i idea buat i tulis dalam buku 555 okehh.. hahahah thanks sharing lepas ni senang kita godek2 nak masak apa.. sardin tu adeh2 kang jerawat batu naik lagi kat muka.. tp alamakk terliur sudah!!!

    ReplyDelete
  5. memang jimat sungguh kalau buat macam sis ni :)

    ReplyDelete
  6. giler kentang wehh leh jimat 300-400 sebln

    ReplyDelete
  7. oh julia....semuanya nampak sedap...memang ringkas..ringkas tu yang sedap kan...yg penting jimat....:)

    ReplyDelete
  8. serius jimat ni kak... rasa mcm nak dptkn periuk tue ja...
    tapi time study ni saya dah ada 2 rice cooker (satu ayah belikan, satu dpt cabutan bertuah).. 1 multi cooker... simpan buat masak kat rumah...
    periuk dareamon kak julia ni sangat bagus.... nak beli... tggu tengah praktikal nanti la dpt elaun...

    ReplyDelete
  9. Tips berguna untuk ena yg stay hostel ni.. yeahhhh... thanks kak julia bagi ena idea.. yela stay hostel ni mana ada dapur so kena pepandai. Dah muak hari2 masak bubur je

    ReplyDelete
  10. juuuuuu nk beli utk pi travel pn ok ni kn..ok zaaaasss lazada kn ju hihi

    ReplyDelete
  11. Kalau yg dah biasa mesti tahu inilah yg terbaik dan jalan selamat tak perlu keluar pejabat during lunch hour.

    Seronok pun ye juga sebab terjamin bersih dan ikut selera kita.

    ReplyDelete
  12. ida bookmark ini entry yeayyy ! nnti nk testt masa travel hehehehee

    ReplyDelete
  13. Wahhhh...mujur ciknad ni full time housewife...klu tak mmg dah rembat! Tahniah ju dapat jimat $$$...bijak betul!

    ReplyDelete
  14. haa letrik cooker kita sebijik cam ju punya...hihi mohonlah pas sini sikit roh roh rajin juuuu.. :p

    ReplyDelete
  15. rajinnye ju... dah la jimat banyakkkk... syabassss!!!

    ReplyDelete
  16. mak aiiii.. periuk doremon tuu memg buat kite jimat betul nihhh..haahaha..masak kat opis.. terbaikkk

    ReplyDelete
  17. kempen bawak bekal xberapa best..kempen masak kat opis cmni lg best hehehe..mmg jimat byk ni...etty dok bwk bekal je selalunya heee

    ReplyDelete
  18. woww best gila tue.. farah dh try ushar2 kat groupon ada buat offer,,siap boleh redeem kupon discaount RM10.. tinggal 37 je jue... tengok jue share menu2 nie rasa nak grab terus la promo tue.. thanks jue..very2 nice sharing..=D

    ReplyDelete
  19. Fuhh..syabas ye..akk tgk semua menu ni akk terliur.xtipu!!!hahaha.giler punya nmpk sdp..hehe

    ReplyDelete
  20. Ya Allah..rajinnya awakkkk...bagus laa jimat sangat2 duit...

    p/s: mana nak cari doraemon tu..hihihi

    ReplyDelete
  21. Saya kalau simpan bahan mentah, asing mana dari sumber laut, mana sumber darat ni .. tak campur .. :) hehehe

    ReplyDelete
  22. Amboi..kemain sedap lauk pauknya...lapo Julia oit. HIKHIKHI.

    Happy holiday Julia, semoga selamat sampai kembali ke Malaysia =)

    ReplyDelete
  23. Bagusnya kak Julia, betol-betol boleh berjimat ni, bolehlah praktikkan nanti. :)

    ReplyDelete
  24. julia tq sangat sebab baca entry periuk doraemon tu la hana terjebak juga.. tq once again

    ReplyDelete
  25. wahhh..btl2 doremon periuk ni..hihi..
    rajin la ju..bgs btl..dpt la berjimat mcm ni kan..

    ReplyDelete
  26. terbaik la julia.. memang betul2 rajin dan jimat.. takde kekuatan nak buat lagi..

    ReplyDelete
  27. sukatan air macam mana eh untuk steam tu? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. aurora, sukatan utk satu cup nasi bersamaan satu cup air...kalau sup tak kisah kan sukatan macam mana...jgn lupa masukkan air diluar periuk doraemon tu ye...jgn byk dan jgn kurang sgt

      Delete
  28. Apa jenama periuk doraemon ni ? Compact dan kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada jenama hahaha made in china... aah kecik dan mudah bawa travel

      Delete
  29. Apa jenama periuk doraemon ni ? Compact dan kecik.

    ReplyDelete
  30. sis..beli kat mane lucnh box ni ae? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search kat google...saya beli kt Streetdeal lama dah

      Delete
  31. Mane nak beli periuk camtu ek? cari link xjumpa la sis.. huuhu

    ReplyDelete
  32. Replies
    1. juju beli 3-4 tahun lepas dah bunda lama dah masa tu streetdeal ada jual...skrg lg banyak dipasaran, bunda google je periuk multifunctional mcm2 harga ada

      Delete
  33. SALAM CIK JULIA..SAYA BOOKMARK DH MENU AWAK NI..NT NK TRY MASAK AT OPIS.JIMAT SEDAP RINGKAS. MINTAK HALAL YER..OH KITA DH AD PEIUK DORAEMON TU.HIHI BOS BELI. EM RASA NYER BLH WAT TELUR DADAR PKAI JUGAK.TP X THU HOW..CIK JULIA PERNAH TRY KER?( USE SARDIN PLATE)

    MASNIZA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam Cik Masniza...tahniah!!!! Happy saya baca...semangat ye anda....boleh wat telur dadar kukus...tak berminyak...try la...selamat mencuba :D

      Delete
  34. Comelnya periuk tu! Kena beli 1 ni bawak p opis jugak..hihi

    ReplyDelete
  35. Bagus sebenarnya masak sendiir bawak bekal ni kan. Kita control apa yang kita masak. So terjamin kebersihan & sihat. :)

    ReplyDelete
  36. Sy dah lame beli ni, tapi tak pernah guna. Arini google² resepi, alhamdulillah jumpe kat sini. TQ sangat² sebab banyak sangat info n resepi² yg simple tapi best. Esok for the 1st time nak bawak g opis. :-D

    ReplyDelete
  37. tahun 2020 ciknaa singgah lg kat entry ju ni..sebab nak korek ilmu masak kt opis! hehe.. tQ ju :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)