Mini Multifunctional Cooking Lunch Box | Review | Julia Johari
Booking.com

Mini Multifunctional Cooking Lunch Box | Review

Isnin sudah, syukur. Julia dah lama mencari sesuatu yang unik dan memudahkan jadual harian tentang masak simple untuk anak dan diri sendiri, hmm survey dalam Groupon, dalam Streetdeal, dalam media-media online lain, range harga dalam 50 ke atas malah ada yang beratus...mahal kan? Julia memang cerewet nak beli benda mahal2, tunggu dulu harga durian runtuh baru grab laju2 hehhe...itu memang habit julia. Hihihi ^_^


Sebenarnya tak terfikir sangat pun nak beli, tapi bila window shopping online time free dalam internet, sangat kagum pada Mini Multifunctional Cooking Lunch Box ini. Tau sebab apa kagum? Kagum tengok video produk ini dan harga dia murah dari harga pasaran masa mula2 ia diperkenalkan. Hooreyyyy!

Bila dah murah, julia kaji dulu apa kelebihan produk ini, kalau macam tak berbaloi je julia tak beli walaupun murah, sebab tak nak membazir perkakas di dapur sedia ada...tapi yang buat julia kagum ia sangat kecil dan mudah dibawa travel bila-bila masa. Itu menjadi keutamaan.

Puas hati julia beli produk 'Multifunctional Cooking Lunch Box'. Tau sebab apa beli?
  1. - senang masak nasi dan lauk dalam 1 masa 30 min.
  2. - senang nak travel raya dan melancong jauh bekas masak kecik.
  3. - senang nak panaskan semula lauk dan nasi.
  4. - boleh masak di opis, jimat duit.
  5. - tak perlu salin bekal lain, lepas masak terus bawa pi opis, panaskan.
  6. - jimat masa dan mudah diurus.
  7. - leh kongsi makanan dgn anak sebab nasi banyak.
  8. - no oil, makanan sihat, petik je suis siap.
  9. - tak yah berebut dapur ngan saudara atau mertua time dapur busy.


Banyak sgt kelebihan my magic lunch box ni tau...so xd alasan nak masak tuk anak time travel jauh, beraya, mahupun duk umah saje2 yeahhh...love it ^_^ harge? Bwh 50 jew murah kenn hihi 

Julia masak 2 hari lepas, sonok okey first time guna masak nasi ngan sup ikan untuk my little Qi, umi pun join makan sekali tau, nampak kan perbezaan rice cooker besar ngan mini ini, jauh beza kecil dan ada tangkai senang nak bawa pi mana2...suka!


Nak tahu kelebihan dia banyak lagi, review video ini ye, lepas julia tgk video ini yakin sgt nak buat belian hooreyyy...
pasti korang pun tak sabar nak beli satu hahahha

CLICK VIDEO 
Multifunction Electric Lunch Box
Puas hati kan tengok, malas-malas masak pun leh makan makanan berkhasiat

RM46 NOW!!!
Alhamdulilah, bijak membeli menang memakai, murah dan sangat praktikal. Syukur kajian produk murah sangat berbaloi, julia beli dekat sini. 

Click link  Lazada Malaysia
Taip di kotak search 

Multifunctional Mini Electric Cooker


Ada dua nama sama utk mini bentuk serupa ini tau, Portable Steaming Rice Cooker, jangan salah pilih pula, kalau pilih nama itu maknanya korang leh masak nasi je...lauk tak boleh...rupa sama tapi tak serupa...hati-hati masa nak buat belian. Sekarang julia dah tak risau nak bawa my Mini Multifunctional Cooking Lunch Box ke mana sahaja, sebab ia sangat comel hehehhe. Babai!

14 comments:

  1. bagus la jue benda nie.. berguna kalau kita p travel obersea..tahu jer la kan kalau p travel oebersea nie tak semua makanan depa tue halal..so kalau ada benda nie boleh la kita masak sendiri kan.. tak dak la asyik nak kena hadap maggi cup jer.. =D

    ReplyDelete
  2. I like it..consider blh bli lps ni la..tq 4 reviewing sis ju

    ReplyDelete
  3. bagus la periuk ni..mcm2 bole masak..tp danish skang dh mkn lauk same mcm org besar..nk bli utk adik baby mcm awal sgt plak..mintak2 la lame2 nnt harga die turun lg..hihi

    ReplyDelete
  4. suka jugakkk.. kalau ada rejeki nak jugak beli.. boleh gi picnic.. jgn pulak si Khairine & Danish buat main masak2 sudeh.. hehhee

    ReplyDelete
  5. suka jugakkk.. kalau ada rejeki nak jugak beli.. boleh gi picnic.. jgn pulak si Khairine & Danish buat main masak2 sudeh.. hehhee

    ReplyDelete
  6. menariknye julia.. senang kerje macam tu.. makanan pon freshkan..

    ReplyDelete
  7. bwak p travel tu best..lej jimat duit sama..

    ReplyDelete
  8. Assalam,,lepas baca review awak, tiba2 trus berubah hati nak beli mini lunch box nie..hehe sebelum nie ingat nak beli slow cooker aje, rupanya mlb nie lagi best ye...

    http://zaravitacorner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Salam.. ada wat tutorial cara penggunaan sepenuhnya tak? OM dia dlm bahasa cina, xfaham langsung. Saya nk g travel dlm seminggu lagi, so sangat2 perlukan tunjuk ajar cara penggunaan. Sukatan beras dan air pon tak tau.. huhu.. Btw, thanks in advance ye.

    ReplyDelete
  10. Salam.. ada wat tutorial cara penggunaan sepenuhnya tak? OM dia dlm bahasa cina, xfaham langsung. Saya nk g travel dlm seminggu lagi, so sangat2 perlukan tunjuk ajar cara penggunaan. Sukatan beras dan air pon tak tau.. huhu.. Btw, thanks in advance ye.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..nak tanya..mini cooker ni blh bt masak bubur nasi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam...boleh, pertama basuh beras 1 pot kecik tu, kemudian tos sehingga air kering...kemudian blend atau tumbuk sikit jd hancur...kemudian terus boleh tanak bubur dah dalam tu...pastikan air lebih dari biasa...done.

      Delete
  12. OWHHH MEMANG BOLEH MASAK MACAM2 PAKAI PERIUK TU YER..TERIMA KASIH AWAK SHARE VIDEO TU..NK TRY LAH NT KAT OPIS

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com