Juju dah minggu ke 18 !
How time flies yihuuuu, laju sungguh masa. Lagi laju lagi seram sebab bulan 12 tu bulan EDD juju. 

Apa itu EDD? 
Estimate due date, lebih kurang anggaran tarikh untuk melahirkan.

Hiushhhh makin seram dengar, bukan apa kita tak boleh samakan pengalaman melahirkan anak pertama 10 tahun lepas dengan yang sekarang.

Simptom sepanjang mengandung anak kedua pun totally sangatlah berlainan. Terus bertukar dunia planet haha. 

Okey, tadi pagi juju ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), untuk pemeriksaan mingguan. Huhhh rasa lega sungguh dapat keluar dari minggu yang sangat hectic. 

You know what, juju kena regular checkup tau dalam 3 minggu berturut-turut.

Tujuan besar lain dan tak bukan sebab juju adalah ibu berisiko :
  • Umur lebih 35 tahun ke atas
  • Jarak kehamilan terdahulu lebih 5 ke 10 tahun
  • Obesiti ๐Ÿ˜†
Amboi tang obesiti juju letak icon ketawa, almaklumlah masa dapat tau mengandung berat masa tu 85 kg ngam last timbang tau. 

Tak sempat nak capai goal turunkan berat badan sehingga ke 80 kg bagi bulan 3 tahun ini tup tup di sahkan mengandung.

Tengok kuasa Allah, bila kita tak fikir dan tak sedih... dia beri tepat pada masanya. Seakan doa terdahulu dimakbulkan satu persatu setelah 10 tahun menunggu. Syukur!

Back to real topic, jauh dah sembang haha

Okey bila ibu berisiko macam juju ni haruslah dipantau rapi oleh nurse dan doktor. Memang ujian urine dan darah tu jadi sahabat baik tau. 

Urine test dan Ujian darah, ujian biasa bila datang temujanji

Keputusan sepanjang kawalan pemeriksaan ketat tu alhamdulilah, juju...
๐Ÿ’š Lulus ujian MGTT (ujian air gula)๐Ÿ‘
๐Ÿ’š Urine clear (tiada kandungan protein)๐Ÿ‘
๐Ÿ’š Hemoglobin (HB) normal 13 gm/dl ke atas (which is good nurse cakap range 12-16 gm/dl wanita normal) ๐Ÿ‘
๐Ÿ’š Tekanan darah (BP) normal ๐Ÿ‘
๐Ÿ’— Berat (oh no, berat tu aku tak boleh nak kawal sangat, sebab almost 2 hours aku lapar)๐Ÿ˜†

Tak apalah, time ni je pun kau nak rasa makan kan, nanti masa berpantang memang kena betul berpantang. Sebab nak capai target berat badan ikut fasa belum sampai lagi dreamboard tu sejak tahun lepas. 

18 Minggu
Adik baby tengah syok tidur ya, dia membelakangkan badannya dan tidur jauh ke dalam. Hahaha surprise baby! 

Relaks juju relaks, keep calm, jom kawan-kawan tonton video scan 2D kandungan juju dari Klinik Kerajaan. 

Semua video ini di rakam setelah mendapat kebenaran dari doktor ya. Halal ya doktor saya upload di Youtube untuk kenangan akan datang. Jemput tonton. 
Jun - Julai : 13 Minggu ke 18 Minggu Scan Ultrasound 2022

Alhamdulilah, uri dalam keadaan baik, air ketuban setakat ini normal. Cuma belum ada rezeki nak tau jantina di fasa 18 minggu kerana adik baby tidur hahaha. 

Next, rancang nak buat DETAIL SCAN. Apa tu?
Lepas buat scan ini, baru doktor kasi green light untuk ke klinik swasta lakukan Detail Scan. Fasa 18 minggu sehingga 24 minggu adalah fasa yang sangat sesuai untuk lakukan detail scan.

Doktor sonografer yang bertauliah akan buat scan terperinci dari segi organ dalaman dan luaran, mereka akan kira berapa ibu jari semua, lihat ke semua struktur tulang dan termasuk otak bayi.

InsyaAllah lepas hari raya haji kami berpakat nak tempah slot detail scan. Anggaran detail scan lebih lama berbanding scan di klinik kesihatan biasa tau. Kata mereka dekat sejam lebih bergantung kepada sonografer. 

Tak sabar nak bawa suami dan anak sekali tonton masa detail scan. Mana tau ada rezeki boleh tau jantina awal masa tu kan. 

Doakan juju ya. Take care semua. 
Selamat Hari Raya Haji 2022.

Jejak entry lepas klik link:

  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 
  4. Buku Pink - link 
  5. Kesan makan tidak teratur, aku flat ! - link 
  6. Jantina bayi boleh scan semasa berapa bulan? - link
  7. Obimin ibu mengandung sesuai ke? - link 
  8. Ujian air gula MGGT ibu mengandung - link 
  9. Surah pilihan amal sepanjang mengandung - link 
  10. Keputusan scan kandungan 13 minggu ke 18 minggu - link

4 Comments

  1. Seronok kan bila tengok gelagat baby dalam perut..
    Macam2 posing dia buat..hehe
    Semoga dipermudahkan segala urusan Juju
    Salam AidilAdha

    ReplyDelete
  2. kejap dh 18 minggu kan..smoga dipermudahkan segala utk next scan...sure teruja nk tgk jantina baby kn next visit

    ReplyDelete
  3. Semoga ibu dan baby dalam kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan kelahirannya nanti

    ReplyDelete
  4. Enjoy dan happy happy je Juju. Happy mommy happy baby! Seronok je baca cerita orang pregnant ni tapi sendiri nak hadap rasa tak larat sebab faktor umur haha

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)