Sebenarnya, tak pernah guna Clearblue. Selalu tengok di Youtube mat salleh-mat salleh dok guna, seronok tengok keputusan mengandung mereka berapa minggu tu. 

Masa tahun-tahun dulu cuma boleh berangan je lah sebab sedang TTC - trying to conceive anak kedua tu masih belum lagi dicapai. 

Sampai lah satu ketika redha seredhanya, tak mau dah fikir dan terkejar-kejar lagi, tak mau dah nangis tak tentu pasal bila buat ujian HCG asyiklah negatif. 

Lama tau, bertahun-tahun. Siapa sangka, doa-doa yang dulu kala dijawab oleh Tuhan hari pertama Ramadan 2022. 

Anak sulong dah 10 tahun, memang betul-betul jauh jaraknya. 
Sepanjang 10 tahun, tiada cerita keguguran mahupun masalah pcos atau fibroid. Sebab juju pernah sekali ke klinik swasta buat medical checkup kawasan rahim dan kawasan peranakan nak semak sama ada timbul keraguan.

Tak ingat tahun bila, adalah dalam 2 ke 3 tahun lepas. Hasil semakan, memang tiada abnormal. Rahim dalam keadaan baik, kosong dan tiada ketumbuhan. Lega disitu. 

Cuma period tak turun dan ting tong selalu 2 ke 3 bulan. Doktor ada bagi ubat turun darah period tapi macam biasa sampai di rumah aku tak ambil pun ubat tu. 

Entah, macam-macam la aku fikir kalau makan ubat tu kan. Aku biar je period tu nak datang, datanglah. Tak datang, aku cuba fikir perkara lain. 

Sebenarnya bahaya buat macam tu, lepas tu masuk bulan ketiga datang dengan banyaknya period, sampai bocor pun ye melimpah darah keluar. 

Tu cerita pengalaman tahun-tahun sudah betapa period tak regular.
Rupanya memang bersangkut paut dengan lebihan berat badan. Aku tak tahu lah dari mana aku dapat kekuatan luar biasa untuk turun berat badan sampai 30 kg sepanjang satu tahun sahaja. 

Sungguh, betul-betul aku buat. Tanpa paksaan doktor, atau sesiapa pun. Aku buat sebab aku nak sihat sebelum 40 tahun. 

Memang itulah niat aku, nak turunkan berat untuk sihat, aku tak letak apa-apa misi selain itu termasuk anak tau. 

Allah. Berdegup kencang masa ini.
Tatapan pertama kali di dalam bilik air, pencahayaan malap sikit. 

Sekali perancangan Tuhan sangat manis !
Sampai sekarang juju menaip ni, masih rasa mimpi aku berpeluang mengandung lagi. 
Sesekali datang rasa mual dan rasa nak makan macam-macam. 

Tu pun masih terkawal dan tak berlebihan sebab aku tak nak ulang lagi episod naik berat badan. Susah oooo, sangat susah nak turunkan berat, macam-macam aku aktifkan diri ke gym dan berenang.

Okey, sungguh tak sangka !
Aku try beli Clearblue digital. 
Aku rakam senyap-senyap dan upload ke Tiktok. 

Satu video Tiktok fyp dalam diam-diam sampai cecah 
👉63.5k views, 5,330 💗 dan 513 komen.

Niat nak simpan video di Tiktok untuk kenangan sendiri, sangkakan di sana tak ramai follower dan ramai tak mengenali juju pun. Sekali fyp terus video ni subhanaAllah. Siapa sangka!

Terjadinya perkara pelik, sebab suami dihubungi ibunya sendiri. Dia bertanya, betulkah julia mengandung? Ternampak dalam Tiktok. 

😆😅😆😅😆😅
Suami pun tanya juju, betulkah ada upload di Tiktok.
Yelah jawapan aku, sebab kat sana mana ada follower di kenali.

Masa tu lepas upload aku biarkan jelah tanpa semak kembali.

Sebab aku tau tak ada sapa nak like dan komen pun. Almaklumlah tak rajin pun bertiktok.

Sekali dengan izin Allah, dengan kuasa hebat Allah, video tu fyp. 

Banyak dihujani komen mendoakan juju dan ramai yang komen untuk mendoakan mereka yang dalam dunia TTC bertahun lamanya belum di rezekikan anak lagi.

Allahuakbar, subhanaAllah. 😢😣😭😭
Nanti korang free, boleh baca komen-komen lain di Tiktok ya. 

Klik link dan sudikanlah follow 👉 Tiktok

Ini antara salah satu ribuan komen di Tiktok juju terima, semua berupa sebuah doa, hebatnya kamu bakal adik baby, rezeki ramai mendoakannya. Subhanallah !


Video yang viral dalam diam di Tiktok. Klik👆 🙈

Pencahayaan jelas, rupanya dah 3 minggu lebih dah.

Patutlah ujian HCG tu double line terang betul. Aku tak tau, aku dok la pulun pi gym buat macam-macam senaman ekstra (HIIT) sebab nak pecahkan plateau berat tak berganjak. Rupanya ada insan kecil...
Sebak sangat bila pertama kali tatap minggu tu.

Nazar untuk 10 masjid

Akan datang juju akan kongsikan satu lagi tanda-tanda sebelum tahu diri positif mengandung. 

Juju tau nazar tu untuk apa, tapi seumur hidup tak pernah saje-saje berazam nak bernazar. Dua minggu sebelum tahu diri ni mengandung, juju bersungguh-sungguh lah bernazar untuk 10 masjid. 

Memang pelik perangai juju kali ini. Betul-betul dia lillahitaala untuk berazam nazar.

Nak tau apa juju nazarkan tu, tunggu entry akan datang ya. 
Terima kasih sudi baca. Semoga anda selalu dimurahkan rezeki. Amin!

Jejak entry lepas klik link:
  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 

5 Comments

  1. seronok baca....jaga diri elok2 ye Juju

    ReplyDelete
  2. Bagi saya Tiktok adalah social media yg cpt disebar almost the whole world.
    Kita simpan untuk kenangan tapi dengan berkat doa orang yang tak dikenali insyaAllah akan kekal sampai bila-bila..
    Happy for you Juju

    ReplyDelete
  3. Bila tahu prgnt memang rasa terkedu sangat sangat. Tahniah juju. Kita thun lepas, masa date besday try buat upt. Naik laju 2line. Hadiah besday paling mahal. Alhamdulillah tahun ni baby dh dpn mata. Dah 4bln dah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)