Nak akhir minggu Ramadan 2022, baru kuatkan diri nak update sambungan kisah doa yang terjawab. Tanggal 20 April 22, hari Rabu minggu lepas, juju tak percaya pegang buku pink buat kali kedua. Sekian lamanya 10 tahun jarak, siapa sangka betul tak?

Redha juju tu dah lama, sampai tak fikir dah bab itu lagi sebab tak nak tertekan setiap tahun. Tapi rezeki Allah tu Dia pegang rupanya, juju sebak masa ini, sayu sangat hati, sampai tak tau nak susun kata dah. 

Cuma mulut dan hati tak henti ucap alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah. 

Check up kali kedua di KK Ibu & Anak kena cek air kencing lagi sekali dan ambil ujian darah untuk cek HB & HIV.

Keputusan checkup / Alahan

#1     Ujian air kencing sedikit kotor - ya juju kurang minum air putih, dulu tak ya. Dulu juju peminum tegar air masak 2 ke 3 liter sehari wajib. Sekarang nak minum air masak dia jadi musuh, minum je air kosong tekak mula nak kembang dan loya rasa nak muntah aduhaiiii, ini pengalaman pertama juju. 

10 tahun lepas simptom mengandung sangat berbeza. Kali ini di uji dengan bermacam lagi tau. Nanti juju cerita ujian dalam rezeki juju. 

Juju kena kuat, kena juga. Sebab itu lah bukan senang nak jadi ibu, besar jasa seorang ibu. 

Terus aku sebak... bertambah syukur bila makin dapat tahu pengalaman jadi seorang ibu tinggi darjatnya. 

Kenapa perlu dengar cakap ibu panggil 3 kali kita kena jawab, sebab ibu lah menanggung segala-galanya dia rasa saat mengandungkan setiap anaknya... adudu tumpah air mata saat menaip. 
Tiga jenis ujian, urine test, HIV test & HB test.

#2     Ujian darah - HIV negatif, sekarang ujian HIV guna kit macam kit COVID-19 tu tau. Tunggu dalam 15 minit terus dapat keputusan. Cuma sampel darah dititiskan ke dalam kit tu, sebijik macam test saliva. 

Keputusan Hemoglobin (HB) - 13 ke atas, nurse cakap okey. Jangan bawah angka 10 katanya. Masa tu badan aku okey lagi tak melepek dan flat la orang kata. 

Depan KK Ibu dan Anak mata juju disajikan dengan taman herba, tenang. 

#3   Alahan?
Sekarang kandungan baru genap 2 bulan (8 minggu). Masuk je angka 8 minggu, badan dah mula tunjuk petanda mild alahan. 
  • Mula rejek air masak, rasa payau dan pahit minum air masak (tapi kena minum air masak sebenarnya tak boleh selalu air manis, dulu aku tak suka air manis sekarang terbalik)
  • Setiap petang sampai ke malam badan penat sangat-sangat, tak buat apa pun penat. Tu pelik.
  • Tidur cukup jam tapi bila bangun rasa tak puas tidur, badan rasa penat dan berbisa. 
  • Makan nak menu lain setiap hari - waktu berbuka puasa tiap-tiap hari nak berbuka menu baru, nak makan manis je, nak pedas je, kalau tak rasa tak kuat. 
  • Mudah puas dengan beberapa suapan makanan - baru rasa dua ke tiga suap dah puas. Tak nak dah makan sebab rasa jemu terus. 
  • Sensitif teramat sangat - orang tengok lain je mula lah moody, muncung. Sikit-sikit nak nangis. Mudah jiwa kacau. 
Situasi sekarang 8 minggu, begitu lah kot kan rupa janin. Moga baik-baik hendaknya. 

Sekarang tengah melayan kerenah hormon Progestrone. Up & down dia main dalam badan, sekejap rasa okey, sekejap rasa tak okey, sekejap rasa macam dunia berpusing, sekejap rasa tak tau nak buat apa dah. 

Setakat ini juju masih berpuasa, alhamdulilah. Cuba untuk kuatkan diri dan banyakkan berzikir. Doakan juju ye, tak lama lagi nak masuk bulan ke-3 pada bulan Mei 2022. 

Akhir 1st trimester, moga bulan ke-3 tak keterlaluan alahan tu. Amin. 

Bagi yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman hati-hati ya, semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta. 

Juju nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga raya tahun ini memberi kegembiraan buat kita semua, jaga SOP juga ya. 

Jaga diri. Bye-bye. 

Jejak entry lepas klik link:
  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 

3 Comments

  1. alhamdulillah...dapat anak buah la cik nor,..take care juju..:)

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah sebak juga baca coretan Juju, doa terjawab Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan Juju dan keluarga. Aameen.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)