Baju raya 2022 dah beli ke belum? Kami sudah ! Apa lagi... jom pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn. Bhd. Syawal tahun ini, Hari-Hari ada bagi diskaun sebanyak 10% untuk pemegang kad Watsons. 

Menarik kan diskaunnya? Macam mana kami tak pi awal, sebab nak selesa dan tak berebut dengan orang lain di saat akhir. 

Hasil pemerhatian juju di dalam kedai hampir 1 jam lebih, macam-macam fesyen raya ada tau. Sebut je nak kebaya, nak baju kurung, kurung moden, kurta, songkok, baju Melayu punya design tahun ni letop, tengok my hero pegang set coklat jalur tu, lawa gilerrr...
Corak ni nampak klasik dan tradisional. Suka sangat dua beranak ni pakai. Kain cotton yang tak terlalu tebal, just nice terletak di badan. 

Nak matching dengan anak dara kecil & anak bujang tu pun ada set tau. Itu sebab juju suka pergi kedai hari-hari ! ๐Ÿ˜

Jimat sungguh la, jangan lupa tau tunjuk kad Watson tu. Berbaloi-baloi² diskaunnya. 

Kami ke cawangan Hari-Hari di Nilai, kebetulan baru balik dari Port Dickson. Terus terjah! Lagu raya berkumandang apa lagi, buat lagi semangat naik nak memilih hehe. 

Jemput tonton video juju snap untuk kalian, ada banyak saiz jangan risau. Klik ๐Ÿ‘†

Ada banyak pilihan kurta, anak juju Abg Qi pilih kurta untuk digayakan hari raya kedua. Senang pakai kurta, lebih selesa dan anak-anak bebas sepanjang hari. 

Tak ada lah mengeluh kepanasan waktu berkunjung. Kurta ni tak silap juju harganya dalam 50 ke atas. Kualiti superb!

Ini set baju melayu budak. Siap ganding dengan sampin. Tau tak sampin dia lawa sangat, jahitan pun kemas. Baju peach tu juju punya dah cop! Haha

Baju kurung moden, ini antara corak yang juju pilih juga tau. Tampak minimalis dan boleh digayakan di mana sahaja. 

Dalam fitting room, test size 46. Ngam elok je. Dulu masa size badan 52 agak susah la sebab size banyak habis. Sekarang boleh senyum sorang-sorang dalam bilik fitting sebab banyak baju dah muat haha. 


๐Ÿ’ฅ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ-๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿ’ฅ

Oh ye lagi best, untuk pembelian RM100 ke atas PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 ke atas PERCUMA beg woven Hari-Hari. Contoh gambar juju pegang plastik beg woven purple tu, cantik begnya. 

Bermula sejak 9 April sehingga stok baju raya masih ada.

Nak beli online dapat tak diskaun? Ada !
Rebat 10% untuk pembelian Online! 

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿต๐Ÿฌ ๐—ฐ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ-๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ข๐—ป๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฒ ๐—ฆ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ: www.ehari.com

Aaajommm pi Kedai Hari-Hari yang berdekatan dengan korang. Jangan tunggu lama-lama, jangan lepaskan peluang keemasan, nanti licin sudah haha. 

Jom bergaya di hari raya ! ๐Ÿฅฐ

4 Comments

  1. wahh..bestnya..dulu dulu selalu juga pergi beli baju kat hari hari ni

    ReplyDelete
  2. memang berbaloi shopping raya dekat Hari-Hari. Bukan baju raya je dapat, baju jalan pun grab sekali.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)