Thamrin City Jakarta
Jl. K.H. Mas Mansyur, Kebon Melati, 
Tanah Abang, Kb. Melati, Kota Jakarta Pusat, 
Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10230, Indonesia

Kalau turun Jakarta tak sah kalau tak pergi shopping betul tak, tak kiralah Jakarta ke atau mana-mana negara kalau travel paling tidak fridge magnet tu pasti wajib, itu pun dah di kira sebagai salah satu aktiviti 'shopping'. Episod lepas julia ada cerita tentang kehebatan klik 👉 Tugu Monas Jakarta kalau masih ingat. Memang seronok dapat gapai impian naik ke atas Tugu Monas tau. Dari dulu asyik dok tengok orang bergambar dari jauh, sebenarnya boleh naik sampai ke mercu, lagi terbaik ekspedisi. 

Thamrin City Jakarta
Dari KL lagi julia dah siap sedia dengan tentatif Jakarta. Julia karang sendiri dari hasil bacaan review di internet, blogger travel lain, tripadvisor dan bermacam jenis bacaan julia catat. 

Julia memang suka membaca info, bila otak kita penuh dengan info bila travel seakan jadi mudah tau. Jadi rajin-rajin sikit mata tu baca pelbagai jenis pengalaman orang lain, jangan asyik suap minta tentatif dari orang je, tak mencabar namanya tu. 

Kami ke Thamrin dari hotel hanya 15 minit sahaja dengan menaiki teksi Blue Bird. Senang hotel yang kami menginap kaunter hotel boleh terus buat pengumuman teksi untuk pick up kami, tak payah cari teksi di luar hotel tau. Teksi ini guna meter ye, kalau teksi lain tak disarankan naik sebab nanti kena harga tak munasabah. 

Kami dah ada pengalaman macam tu, memang kena cekik sungguh kalau ke Jakarta tak naik teksi jenis Blue Bird. 

Ingat Batik, Ingat Thamrin City.
Ya, betul sangat. Pertama kali jejakkan kaki di Thamrin terus mata kami melilau sana sini. Banyak betul corak batik dekat sini, kebanyakkannya semua ready made tau. Sudah siap untuk dipakai. Cantik kemain lagi tu, apa lagi perangat kaki untuk menapak setiap  lantai (tingkat) nampaknya. 

*Lantai 1, Lantai 2 = Tingkat 1, Tingkat 2

Selesa sangat tika berada disini. 
Kata pak supir (pemandu teksi), Thamrin ada kelasnya tersendiri. Orang-orang yang nak material jenis kualiti pilih Thamrin, kalau kualiti biasa dan ke bawah orang pergi ke Pasar Baru.

Sudah semestinya kami terjah kedua-dua tempat tersebut untuk buat perbandingan sendiri. Akan datang julia cerita pasal Pasar Baru Jakarta okey. 

Lihat kedai ini, 👀👀partner dah tak senang duduk. Cantik sangat kemeja batik kat sini. Dari lobi Thamrin, belok ke kanan akan jumpa kedai ini tau. Ada size sampai 5xl tak silap. Memang rezeki partner julia. Dia borong sehabisnya kat sini. Puas hati! 👏👏
Menarik ada size plussize 👍

Julia suka corak ini, nampak lembut mata dipandang, sayang size besar dah banyak habis. Siapa cakap size besar tak laris. Jahitannya sangat kemas, pelipat di jahit dengan sungguh cermat. Tiada nampak kerosakan kecil atau benang tertetas. Kagum lihat air tangan Batik di Thamrin. 

Salah satu kemeja batik yang partner julia beli. Ungu dan corak batik lain dari yang lain. Sesuai untuk digayakan untuk sebarang majlis rasmi seperti kenduri dan majlis formal. Si pemakai pun nampak terletak di baju. Memang jatuh jati datang Thamrin.

Harga sangat berbaloi, untuk pengetahuan kalian dalam kain baju di jahit kain putih khas untuk elak si pemakai rasa miang kain batik. Bijaknya, tak perlu pakai baju selapis di dalam dan beri efek smart. Berjuta kali jatuh hati bila tengok my partner sarung demi sarung setiap kemeja batik di sini. Rasa macam nak borong semua ! 💗
Tugas julia kali ini hanya cakap okey dan tak okey sahaja, sudah semestinya kita nak partner kita pakai kemeja batik yang paling segak dan terletak. Mata julia banyak bekerja tika ini haha. 

Julia sudah tentu tak lepaskan peluang beli dekat sini, blouse dan kemeja batik wanita. Banyak betul, kebanyakkan pekedai disini jual harga secara borong, tapi julia nak beli harga loose. Memang kena banyak buat tawaf dan tawar harga, tapi tak semua bagi harga ditawarkan tau, konsep borong je dapat harga murah sebenarnya. 

Kalau pi Pasar Baru Jakarta julia dapat harga beli loose yang murah. Sangat best. Kat Thamrin memang sah untuk orang-orang yang sederhana ke atas shopping disini. 

Baju batik kanak-kanak
Untuk anak-anak kat sini pun ada jual baju kemeja batik siap tau, dari sekecil kanak-kanak sehingga anak yang dewasa pun ada di jual. Harga sangat murah, Abg Qi beli kemeja seakan sedondon dengan tema walid dia. 

Suka tengok dua orang pakai kemeja batik siap sedondon di badan, nampak title 'Bapak, bapak' hahaha sesekali mengusik Abg Qi cakap Bapak Qaiser, marah dia tau panggil bapak hahaha 😆

* Bapak = Tuan

Makan dulu !
Perut dah bunyi laju, makan dulu. Menariknya Thamrin ada kedai makan banyak diatas. Tak payah cari kedai di luar Thamrin. Nasihat, kalau travel pastikan kita buat pilihan makanan yang panas dan bukan makanan unsur sudah sejuk. Penting untuk kita pastikan makanan tidak di beli yang sudah sedia terdedah macam nasi lauk campur. Di khuatiri nanti kena cirit birit tau.

Sepanjang kami travel ke Jakarta konsep inilah kami tekankan, tidak ambil sangat makanan terlalu pedas seperti sambal, cukup sekadar kuis sedikit sahaja. Untuk elak sakit perut di kemudian hari. Kena hati-hati, lagi-lagi di negara orang kita kena jaga kesihatan sendiri tau. 
 Kedai pilihan beli ayam bakar penyet
Makanan lauk terhidang memang julia tak order untuk family, ke semuanya perlu panas dan bersih. Setiap corok kedai julia perhatikan dulu termasuk tukang penyedia makanan tau. Serius sampai macam tu julia belek, bila di rasakan okey terus order dan selalu mention, pastikan lauk semua panas. 

Masa lalu ternampak kedai lain jual kuih ini, lama dok perhati dia menguli kuih ni tau. Segan nak tanya sebab dengar dia sembang dengan rakannya pekat betul bahawa Jawa. Snap dan berlalu pergi. Rasa nak beli tapi tak apalah, kang tak memasal lain cerita pula, kena jaga perut. 

Meriah! Hampir tak nampak pinggan haha. Setiap sajian kat sini memang banyak satu pinggan, abg Qi order nasi goreng biasa je, manakala partner order nasi juga macam ini. Sambal bukan main banyak, tapi kami ambil sikit sahaja dan selainnya kami tak makan. Alhamdulilah, sedap dan murah. Puas hati lah. 

Tips: Sepanjang travel tiada masalah sakit perut, jaga makan, kurangkan pedas kalau suka pedas pun sabar je okey balik KL tibai la pedas nak macam mana senang sakit perut tanggung sendiri, dekat tempat orang faham-fahamlah, habis trip masa dihabiskan kalau sakit. rugi je. 

Grand Indonesia. 
Lepas makan sambung window shopping lagi. Masih beli yang patut sahaja, sebab ada banyak lagi kawasan shopping yang kami nak terjah dan nilai sendiri. berdekatan Thamrin City Mall, ada shopping mall Grand Indonesia. 

Kategori Grand Indonesia ni macam KLCC di KL lah lebih kurang, barang branded dan mahal belaka, tengok dari luar dah agak. Kami tak masuk sebab bukan kategori mall yang kami nak terjah, kami cari kedai pemborong dalam satu tempat senang nak beli terus apa yang kita perlu. 

Balik dari Thamrin City senang je, keluar dekat lobi ada teksi tunggu berderet, sekali lagi carilah teksi blue bird. Kalau tak ada juga sila deal harga munasabah untuk ke satu-satu destinasi yang lain ye. Berborak baik dengan pemandu (pak supir) di sana, bila kita berbudi bahasa, orang akan bagi kita info yang kita nak. 
 Suasana tepi jalan sekitar luar Thamrin City Jakarta. Tak digalakkan beli makanan di kaki lima. 


Alahai Abg Qi, terlena sungguh dia, bayangkan dari pagi sampai tengahari baru kami keluar dari situ tau. Berjalan tak berhenti, seronok berjalan dengan dia, dia sangat behave dan mendengar kata. Setiap masa mata dengan dia, selalu ingatkan dia jangan pergi ke mana tanpa umi atau walid. Ada sebab ingatkan macam itu, korang pun faham kan. 

Balik hotel, solat dan rehat, petang kami keluar ke Podomoro City. Melawati 3 jenis shopping mall yang sangat elit dan gah. Best kat situ tau. Sampai sekarang dok teringat tempat hiburan kanak-kanak yang sangat meriah dan dekorasi yang lain dari lain. Tunggu ye julia update part 5 akan datang tentang Jakarta lagi. 

Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah: 
Part 2 : Five Star Hotel Ciputra Jakarta 
Part 3 : Jejaki Puncak Tugu Monas Jakarta
Part 4 : Thamrin City shopping baju batik siap 
Part 5 : Podomoro City - Central Park, Neo Soho & Taman Anggerik (akan datang update)

5 Comments

  1. Info padat..boleh simpn buat rujukn

    ReplyDelete
  2. Suka sangat baju-baju batik.. tak lapuk dek zaman.

    ReplyDelete
  3. bab shopping memnag paling best..wah ade tempat menarik nak beli baju batik erk..alahai abang qi, penat berjaln ye

    ReplyDelete
  4. alahai abg qi.
    indonesia and batik = ohsem. tak boleh dipisahkan, kan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)