Booking.com

FIVE STAR HOTEL CIPUTRA JAKARTA | Part 2

by - Tuesday, February 13, 2018

Jujurnya! Aku suka bangat menginap 6 hari di hotel ini. Tadaaa! Perkenalkan inilah dia Hotel Ciputra, Jakarta Barat. Bagi orang lain aku tak pasti apa ciri-ciri utama korang pilih sesuatu hotel untuk menginap di luar negara. 

Paling pastinya kami buat keputusan untuk pilih menginap di sini setelah ambil beberapa prinsip, nanti aku cerita prinsip aku tu, tinggal seminggu sahaja lagi nak berlepas ke sini tau baru tempah. Semua melalui carian klikπŸ‘‰ Booking.Com je.

Kenali di kawasan mana hotel ini terletak.
Hotel Ciputra Jakarta ini terletak di Jakarta Barat, maksudnya Jakarta ini lebih mudah nak difahami bila korang lihat melalui peta. Ada wilayah Jakarta Utara, Timur dan Selatan. Julia study dulu peta sebelum pergi ke sesuatu tempat, dari segi jarak, masa dan cuaca pun julia ambil kira tau. 

Kenapa aku cakap sangat penting? Bila korang dah tempah tiket penerbangan, mesti kena tahu lapangan terbang mana korang akan mendarat dan berapa lama masa dan jarak nak ke hotel penginapan. Kami mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Terminal 2.

Ada dua lapangan terbang di Jakarta tau, info terbaru kami telah melihat lapangan terbang yang ke-3 sudah dibangunkan di Jakarta tau bersebelahan dengan Soekarno Hatta Airport. Makin hebat pembangunan di Jakarta!


Klik gambar untuk paparan jelas.

Tersangat penting untuk korang ikat masa supaya tidak membazir satu hari dengan perjalanan sahaja. Buang masa, biar masa perjalanan pergi dan balik tidak lebih dari 1 jam kalau berdekatan dengan negara jiran. Kalau negara lain yang jauh ambil masa seharian korang kena tambah 2 hari perjalanan pergi balik tanpa memasukkan sebarang tentatif melawat untuk elak korang kepenatan melampau, lagi-lagi yang ada anak kecil. Kalau backpackers tanpa anak kecil tak kisah korang tak tidur pun takpe hehe. 

Contoh macam penginapan kami ini jaraknya lebih kurang 24 kilometer dengan masa sampai 35 minit. 

Ya tak jauh pun dari airport kalau tak macet (jem), masa kami sampai di airport aku catat dalam masa 30 minit sahaja dah sampai tau sebab tak berapa macet kerana kami sampai waktu hari bekerja. 

Balik dari Jakarta pun kami bertolak awal pagi untuk elak macet. Ikat masa korang tu sebaik mungkin supaya ia dalam tentatif. Sebab kita yang keluar duit untuk berada di tempat orang, bukan percuma, tapi kita bayar kudrat dan wang kita kan...pandai-pandai jimat.

Okey, marilah berbalik kepada tujuan sebenar. Kenapa aku pilih hotel ini dari banyak-banyak hotel di Jakarta? Teruskan membaca...

Ihsan: Google

Kelebihan Hotel Ciputra 
  1. Hotel 5 Bintang - layanan memang 5 bintang.
  2. Keselamatan - setiap kali kereta yang hendak memasuki ke hotel ini perlu di scan luar dalam kereta oleh polis yang bertugas di pagar. 
  3. Lobi - staf hotel yang sangat peramah dan sentiasa tersenyum, mudah beri jawapan dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 
  4. Bilik - kondusif dan luas.
  5. WiFi - aku nak puji sungguh ni, sepanjang aku di sana, aku guna khidmat WiFi dalam bilik dan di lobi sahaja, laju sungguh macam kita bayar line internet sendiri. Siang dan malam sama lajunya. Jimat duit. 
  6. Shopping Mall - hotel ini bersebelahan dengan Ciputra Mall, setiap kali nak makan kami akan ke sini dengan menggunakan pintu akses khas.
  7. Staf ejen kenderaan - di luar ruangan lobi hotel ada satu meja ejen khas. Di situ kita boleh request teksi driver 'Blue Bird' ikut meter dan tempah perjalanan ke Bandung (nanti aku cerita next entry lebih detail). Semua kenderaan berdaftar. 

Grogol, itulah nama kawasan hotel kami. Memula dengar uniknya nama tempat ini, rupanya daerah Grogol inilah paling banyak universiti ternama. Hotel ini di kelilingi dengan bermacam jenis universiti tau. Aku dapat rasakan jikalau hari konvo mereka mesti hotel ini penuh dengan ibu bapa yang datang menginap dari pelbagai pelusuk negeri kan. 


Ciputra Mall, ini yang aku maksudkan. Hotel Ciputra ini betul-betul bersebelahan dengan shopping mall. Memang memudahkan sungguh hari pertama kami tau. Bila hotel sedang sibuk sediakan bilik sebab check in jam 2 lebih maka nya kami menjamu selera di sini dulu. Banyak restoran halal disini. Tak susah nak cari makan bila-bila masa aku nak...almaklumlah, makan di hotel super duper mahal...kata nak jimat kos haha. 


Parking, luas kan parking depan Hotel Ciputra. Memang memudahkan urusan kalau ada rakan kenalan anda di Jakarta nak ke temu. Nampak tak deretan teksi biru berbaris? Itulah teksi yang kita boleh request dekat lobi hotel, nanti staf hotel akan announce melalu mic khas untuk panggil teksi Blue Bird tu jemput kita. 

Siap staf hotel buka kan pintu dan tutup pintu untuk kita anak beranak. Perghhhhhhhh 6 hari aku berangan jadi mak datin hahahaha bila lagi kan nak rasa kehkehkeh πŸ˜†

Hotel ini suka tanam pokok, cantik-cantik pokok hiasan. Menghijau je, so mata tak ada lah asyik nampak shopping mall dan bangunan batu je kan haha. 

Ya hotel ini memang banyak hiasan patung, ada banyak juga patung yang tak berbaju. Korang pandang sekali je tau, jangan ulang kali pandang. Abg Qi tanya kenapa diorang tak pakai baju hahahahahha....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚







Luaskan ruangan lobi?
Ya, sangat luas dan perabot yang digunakan sangat moden, sampaikan aku kematu dan mahu duduk di situ selami setiap hiasan di situ. Semua cantik-cantik. 

Perbezaan Urusan Check In di sini.
Nampak baju warna merah? Suami sedang laksanakan urusan check in. Kali ini mudah, kami tempah dulu bayar kemudian bila tiba di hotel ini. Tak seperti di Bangkok, kami kena tempah dan bank sendiri akan kreditkan dari akaun awal-awal sebelum berlepas ke sana. 

Tak seperti di hotel ini, sampai di sana baru kami bayar dengan wang Rupiah. Kami siap-siap dah dalam sampul nombor booking dan wang. Senang tak bercampur dengan wang belanja lain. 


Sementara itu, aku keliling la hotel dengan abg Qi. Mencari keindahan tersembunyi di sini. Lihatlah tangga ini, lukisan unik. 


Money Changer - Ya, kalau korang nak tukar duit RM ke Rupiah, sila ke pintu kiri dalam lobi. Guna kad akses hotel yang diberi. Ia betul-betul bersebelahan dengan pintu keluar. Berdekatan money changer tu ada pizza hut tau. Ish senang benar dok sini, apa kami nak semua ada depan mata, cuma berjalan beberapa langkah je hihi.  

Anak pun tak sempat nak merengek penat. Yahuuu!


Amboi, layanan bak bidadari. Kami di jemput untuk menikmati 'Welcome Drink'. Kami pilih air buah-buahan tau. Sedap dan sungguh menyegarkan. Sementara menunggu bilik siap kami rehat di lobi dulu. 




Abg Qi masa ini mengantuk sungguh, mujur dah makan dekat Ciputra Mall dulu, dah dapat kunci dia nak lena jap. Yelah gerak bangun pagi jam 4 pagi dengan semangatnya, tak mandinya hahahaha, budak-budak tak mandi tak bau apa pun. Kami mandi tau hahaha.


Bilik 1518 - Tadaaaaaaaaa! Kami senyum meleret nampak bilik macam ini, katil king dengan perabot yang moden cantik sungguh. Terus rasa nak melompat atas katil hahaha. Inilah permulaan trip kami untuk 6 hari. 

Jom layan gambar bilik ini ye. Biar gambar berbicara.

Dus sudut pandangan berbeza, lihat karpet tu hehe. Tenggelam kaki tau. 





Terbalas segala penat lelah dengan wajah kepenatan haha. 















Tukang gambar hahahaha, sepanjang di Jakarta aku guna khidmat handphone je awak, tak beli lagi kamera khas. Aku rasa macam lambat nak upload kalau guna kamera hahaha so guna je handphone janji gambar macam pro kahkahkah !

Ya, tandas nak guna jenis tembak air so korang gunalah cawan atau botol untuk basuh hajat besar ye. Almaklumlah tak semua hotel berbintang ni sediakan paip air tu kan. Sila set dalam hati siap-siap. Mudah je nak handle kan. 

Kolam! 
Huwaaaaaaaaaghhhhhhhh! Kami tak request pun bilik mengadap kolam tau. Tau, tau je kami selak langsir nampak satu bandar Jakarta. Wahhh...luas betul tingkap bilik kami ini tau, dari hujung sana sampai hujung sini kami dapat tatap bandar Jakarta. Cantik !!!!!


Ada kolam dewasa dengan kolam kanak-kanak. So comel dan kalau korang perasan ada dua buah gazebo di situ. Tak sabar nak turun nak splashing hehe. 

Hari pertama kami sangat santai, kami jalan-jalan ke Ciputra Mall dan mandi di kolam sehingga lewat petang. Itu sahaja aktiviti untuk hari pertama sebab kami nak kena kumpul tenaga untuk tentatif hari kedua yang super energetic tau. 


Lihatlah ! Jakarta ini moden tau bandar dia, ada highway dan sistem bas yang sangat baik. Nanti aku cerita pengalaman naik bas di Jakarta tau. Kira setiap kali kami travel, aku suka selit pengalaman naik pengangkutan awam terutama bas dan teksi kan...sebab aku suka nilai tahap teknologi sesebuah negara. 




Gambar di waktu malam, nampak tak betapa aktifnya tetamu hotel ini berenang di kolam hehe, kami selalu tengok orang suka mandi kat kolam tu tau, semua pandai berenang kemain. 

Nampak tak warna merah je kat jalan tu? Itulah macet, aku perasan waktu macet di Jakarta dalam pukul 6 ke 8 malam ke atas. Dalam jam 10 malam kalau hari Jumaat aku tengok masih macet lagi tau haaaaa, rancang lah perjalanan ke sini bermula hari Selasa hingga Ahad, sebab hari Isnin tempat bersejarah di Jakarta banyak tutup.


Gym V-Posture - Jom turun tingkat 7, dari tingkat 15 kami turun tingkat 7 sebab disitulah terletaknya Gym dan kolam. Nak akses ke sini semuanya guna kad akses hotel. So orang luar memang tak boleh senang-senang nak masuk sebab dalam lif semua kena guna kad. Terjamin keselamatan kan. 

Wowww! Ada TV haa, sambil bersenam layan TV hehe. 


Abg Qi tak henti-henti bising nak mandi kolam, kat sini tak payah bawa tuala dari bilik hotel. Turun je nanti isi nama dalam buku log dan dapat 2 tuala tebal yang wangi. 

Tak ada life guard, so korang jaga la keselamatan sendiri okey, aku pakai baju t dan seluar palazo je mandi sini tau. Sebaiknya jom la kita beli baju renang muslimah. Nanti nak kumpul duit haha. 

Amboi abg Qi, posing pease aje dia, tak ada orang masa ini, kemain lah kami berhooreyyyy macam tempat ini ana yang punya !!!!!!! Yeyyy jom chop gazebo.


Alololololo abg Qi korang ni posing tahap retis dah haaaa, suka sangat dia. Kami suka sangat landing kat tilam hijau tu tau, dah la empuk dengan suasana angin plak sepoi-sepoi bahasa, rasa macam nak tidur terus kat pondok ini tau. 




Haaaaaa, laju je dua beranak tu menyelam jauh ke sana haaa, aku kalau tak ambil gambar setiap sudut tak sah kalau travel. Aku rasakan setiap saat itu adalah berharga, semua benda aku nak momentkan. 

Awas kat sini ada patung tak pakai baju hahahahahha...jejaga mata! 

Hahahahahahaha !


Itulah review ikhlas aku tentang hotel ini, kami suka betul menginap kat sini, layanan staf semua baik sekali. Siap call kalau nak apa-apa perkhidmatan lah, mereka sangat peka kehendak kami sepanjang disini.

Okey, ini wajah hari kedua aku tau. Aku tak sabar nak kongsi kisah melawat ke Tugu Monas Jakarta tau, sebenarnya korang boleh naik sampai ke puncak tau...nanti aku cerita next part okey! Tungguuu....

Jemput layan video aku dekat kolam Hotel Ciputra Jakarta, pasang audio tau sebab ada lagu, layannnnnnn...



LIMA BINTANG! 
Aku rekomen sangat kalau korang nak menginap di sini. Lagi-lagi yang ada anak kecil dan family yang suka travel santai macam kami sebab lengkap dengan kemudahan. 

Harga untuk semalaman kami dalam RM200++ ya, kami pentingkan kualiti perkhidmatan, lagi-lagi kalau luar negara kita nak rehat di tempat yang selesa dan indah mata memandang, penuh ciri keselamatan, barulah setiap hari semakin bertenaga sebab aura selesa setiap kali bangun pagi, kalau dalam Malaysia hotel bajet pilihan kami untuk menginap. 

Sekian untuk kali ini, tunggu untuk Part 3 ye jejak kami di Tugu Monas Jakarta dengan menaiki bas awam. Tak sabar nak cerita...susah senang kami jejak ke situ hehe. 

Lokasi:
HOTEL CIPUTRA JAKARTA
Jl. Letnan Jenderal S. Parman, Grogol, 
11470 Jakarta, Indonesia


Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah: 
Part 2 : Five Star Hotel Ciputra Jakarta 
Part 3 : Tugu Monas Jakarta (akan datang update)

You May Also Like

14 Komen Sini [Click]

  1. wah hotel 5 star...tgk qi kt pool tu sronok tul..amboi2 tgk patung xpakai bj tu..tutup mata qi hehe...syok mandi kt pool tkde org tu..dlm bilik pn ada bathtub syokkk

    ReplyDelete
  2. uish.. menarik sungguh laaaa. hrp dpt jejak sana nt..

    ReplyDelete
  3. huwaa..jelesnya tgk hotel mewah bangat..haha

    ReplyDelete
  4. menarik hotel ni..nampak mewah sgt

    ReplyDelete
  5. seronoknya tengok hotel ni esp pool dia tu alahai

    ReplyDelete
  6. Berulangkali ke Jakarta tak pernah stay hotel 5 star.. Rezeki Juju sekeluarga.. Kalau kat sini mesti tak merasa nak dok hotel 5 star ngan harga tu kan..

    ReplyDelete
  7. suka baca blog kakjuju walaupun pnjang mana pun tetap habisku khatam.. moga terus semangat menulis dan memberi inspirasi,,^^ *hugs

    ReplyDelete
  8. Memang cantik dan selesa sungguh nampaknya hotel tu juju.

    Setuju,bab keselamatan kena ambik kira esp bila kita kat oversea sebab kita tak boleh expect what will happen kan...sekurang2nya bila dok hotel bintang2 ni security dia pun tip top

    ReplyDelete
  9. hotel 5 star harga boleh tahan murah gak tu. boleh masuk dalam wish list. hehe

    ReplyDelete
  10. memang kalau sesiapa yang pergi Indonesia,cuba lah sesekali tidur dekat hotel 5 bintang
    sebab harga murah dan boleh lah rasa sekali sekala layanan 5 star :)

    ReplyDelete
  11. Cantik sangat hotel ni.. Unik pulak tu.. Nampak kesibukan kota jakarta

    husniey suka tengok pool, bilik tu.. Luas dan selesa

    ReplyDelete
  12. Tahniah ini memang betul-betul bercuti. Hotel mewah Dan selesa. Dekat mall lagi.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER