Travel oversea lagi, ke mana kita kali ini !

by - Tuesday, January 30, 2018


Korang, sihat? Aku doakan korang semua sihat dan bahagia. Saat korang dapat baca warkah entry julia ni julia sedang berada di KLIA tau, tengah tunggu flight Malindo. Pertama kali dalam sejarah julia sefamily naik Malindo. Harap-harap semuanya elok-elok je. Mesti korang nak tahu ke mana la julia travel bajet kali ini. 

Sebelum aku bagi tahu ke mana destinasi pilihan travel kami hari ini, julia nak cerita sikit. Kami tempah penerbangan Malindo kali pertama bukan melalui online thru hp tau, tapi kami terus terjah Malindo direct kaunter di stesen KL Sentral tempat orang naik ERL tu haa situ la.

Sebelum nak survey dekat direct kaunter, julia buat perbandingan harga melalui online dulu. Skin shoot siap-siap kemudian baru tanya tarikh dan destinasi kat kaunter. Apa yang julia tengok la kan, mungkin nasib rezeki kami, bila book direct kaunter lagi murah berbanding online pulak...haa siapa sangka kan...dapat jimat 100 tau...serius ! 

Plus aku jatuh cinta dengan Malindo sebab baggage pergi 25kg dan balik 25kg, plus makan pun percuma, ruang keluasan tempat duduk luas, memang nak rasai pengalaman kali ini dengan flight ni. Berbeza dengan AA, semua kena add on...haih...tu yang dia main harga murah bersebab juga akhirnya hahaha. 

Kalau oversea flight, better lah pilih flight ni kalau ada pilihan destinasi. Sebab dari segi kos baggage tu yang best, kami 3 orang kan so memang 75kg pergi dan balik tau...so leh bawa dua bagasi besar.

Aku tak pasti destinasi lain...tapi korang cuba la kadang-kadang tanya direct kaunter mana tahu tetiba murah, tak ke bajet travel betul yippiii...

Bila dah tempah, kena la pergi kan...hmm tapi Allah uji lagi. Baru-baru ni ada gegaran plak kat sana...mujur masa berlaku tu ada masa 7 hari lagi sebelum berlepas. 

Kami kena husnuzon, kena fikir baik-baik. Nak tukar flight pun fikir banyak kali. Kalau dah kata nak jadi apa-apa pun tak semestinya bencana alam je, banyak benda yang boleh jadi kan. Maka nya kami usaha, berdoa dan tawakal je, doa pergi baik, balik pun baik-baik. Korang doakan kami ye.

Cuti direct 9 hari 
Bukan main haa, yelah kebetulan minggu ini ada 2 hari cuti umum, memang apply la cuti utk 3 hari direct terus, semua jadi 9 hari, sempat 3 hari sebelum prepare kemas baggage semua. Kali ini nak bawa 2 beg beroda yang besar, nak beli kain buat baju raya tahun ini...amboiii...pastu nak beli hadiah2 utk family dan kawan-kawan rapat.

Jakarta x Bandung - Ya kami merancang ke sana la, tempah tiket paling lama 6 hari 5 malam. Ingat nak pi singgah Bandung dalam 1 hari sahaja kalau sempat. Kalau macam tak sempat jalan-jalan sekitar dan membeli belah di Jakarta pun dah memadai sebab kami nak trip santai je. 

Inilah kali pertama julia nak jejak di negara Indonesia tau, pilihan pertama nak jejak Jakarta dulu puas-puas. 

Hotel pun dah tempah, kami ambil hotel 5 bintang. Bersebelahan dengan shopping mall...haa senang kalau nak makan je singgah mall sebelah berbaloi.

Hotel apa tu julia rahsiakan dulu demi keselamatan kami anak beranak...nanti balik Malaysia baru julia review ye.

Tentatif perjalanan dan ubatan semua julia dah sediakan siap-siap. Baca dan reka sendiri tentatif ikut masa dan keperluan lebih seronok. Nanti kat sana kami nak naik bajai je...macam tuktuk di Thailand gitu. Kalau naik mini van pun selesa gak okey tengok la apa rezeki kami kat sana kan.

Doakan kami sihat, di lindungi Allah dari kecelakaan, nak tahu perkembangan julia, sila tengok media sosial julia klik instagram mrsjuliajohari tau ada update.

Semoga penerbangan kami selamat mendarat di bumi Jakarta hooreyyy!

You May Also Like

6 Komen Sini [Click]

  1. Happy Holiday Juju... enjoy the trip...

    ReplyDelete
  2. hah btul tekaan akak ke indonesia...slamat shopping..jd jutawan la..bw duit ribu2 rupiah...bandung tmpt dessert kartika sari ..akak dpt ole2 brownies dr kartika sari abndung sodap sgt...happy holiday juju

    ReplyDelete
  3. Hmselamat bercuti Dan have fun

    ReplyDelete
  4. lama tak ke Jakarta.. makanan semua sedap - sedap. Paling best masa ke Pulau Kapuk Indah atau PIK. siapa yang suka try kafe hipster memang sukalah tempat ni. seafood pun banyak yang murah

    ReplyDelete
  5. Jakarta syurga perempuan weiii..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER