Sedari Tekanan Emosi Keterlaluan Pembunuh No.1 Wanita Dalam Diam | Part 3

by - Monday, February 18, 2019

 Sambungan dari klik Part 2 

Lepas tahap dua prosedur x-ray dan ambil darah berkenaan, lagi sekali final cek dengan doktor di dalam bilik. Mengejutkan aku buat pertama kalinya doktor mengesahkan simptom yang aku lalui aku diwajibkan ditahan di wad kerana diri telah dijangkiti...jeng jeng jeng.

CELLULITIS !

Apa tu doktor? Mata aku bulat membuntangi depan meja doktor. Apa dia? Sakit bengkak ke?

"CELLULITIS" jawab doktor secara lembut tetapi dengan nada serius. 
Maksudnya, aku dijangkiti kuman atas kulit. Sebab itu aku bermula dengan demam yang sangat dahsyat, muntah tak berhenti, cirit sekali sekala tapi tak kerap dan badan keletihan serta kaki nampak kemerahan.

Aku masih tak faham sebenarnya, kenapa perlu di wad. Sedangkan aku boleh je bawa balik ubat dan rehat je di rumah, telahan dalam hati aku cakap alahhh sakit demam dan bengkak kemerahan di kaki je, bagi ubat dan cek darah kalau tak ada apa yang teruk leh balik rumah.

Dua kali aku tanya doktor...
"Doktor boleh tak saya rehat di rumah je, tak payah warded lah doktor sebab mcm bengkak biasa je tu doktor, cuma saya tak larat demam teruk dan ada cecair keluar di tempat bengkak tak berhenti je. Makan ubat dan sapu ubat okey kot. 

Jawab doktor dengan nada serius...
"Julia, mujur masa pemeriksaan x-ray tulang kaki kiri awak tidak dijangkiti kuman, kalau kena jangkitan kami kena bedah awak tau jangan main-main dengan jangkitan kuman atas kulit bahaya tau. Sekali dia dah masuk dalam tulang, terus ke jantung, ke otak sekelip mata awak pergi"

Allahuakbar!
Terus mata aku terbelalak...
Dalam bilik pemeriksaan ada dua doktor buat keputusan, ternampak doktor seorang lagi seakan senior tapi tidak berkata apa, hanya seorang doktor India yang beri maklumbalas bila sesi soal jawab dan pemeriksaan. 

Aku sebenarnya suka doktor serius melayan persoalan "pelik" bagi pesakit degil macam aku. Aku tahu dan aku dapat rasakan yang mereka serius ambil berat ke atas aku dan pesakit lain. 

Aku akur, aku seakan nak menangis pun ada. 

Betul telahan suami aku, dia cakap aku pucat lesi sangat, aku tak mampu pandang lihat orang sekeliling. Orang tengok aku macam aku sakit teramat sangat, walhal dalam hati aku pelik kenapa otot aku tak mampu nak berjalan seperti biasa, seakan jam dan aku hanya mampu duduk atas kerusi wheelchair sepanjang masa.

Suami terus bergegas ke kaunter untuk daftar aku masuk wad. 
Aku termangu kesedihan yang teramat sangat.
"Malam ini aku kena tidur kat wad seorang diri, tanpa suami dan anak, Allah, ujian apa aku lalui ini ya Allah, bantu aku Allah"

xxx

Aku ditempatkan di wad kelas 3 dulu, wad kelas lain penuh kena tunggu giliran. Jam 11 malam, sunyi sepi. Masih menaiki kerusi roda, suami aku tolak terus mengikut nurse nak tunjuk wad dan katil. Ramai, tersangat ramai di wad kelas 3. Bermacam jenis bangsa dan umur aku bermalam di sana. 

Suami aku ni, aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia seorang penyabar, aku sendiri tak setanding dia dalam soal sabar, bayangkan berkali-kali dia turun naik untuk selesaikan pasal wad aku je, itu tak masuk lagi kisah ambil baju di dalam kereta, kena parking bertingkat yang jauh di HKL, patah balik kat wad aku. 

Dia yang packing baju aku sejak awal lagi, dia macam dah tau instint aku kena warded, masin betul tindakan dia. Aku pasrah, hati aku ni membuak nak nangis, jadi macam budak kecil aku bila suami tinggalkan aku. Jam 12 pagi, semua pesakit nyenyak tidur...

Aku?

Tengah melayan mual, nak muntah!
Bluekkkkkkkkk dalam plastik kuning, mujur masih tersemat pegang di tangan. Aunty amoy sebelah aku terusik sebentar dengan bluekkkk aku...

Mana aku nak tahan, dekat atas katil gak aku muntah penuh dalam plastik. Huhhh malu rasa weh. 

Mata tak boleh tidur, lusa Abg Qi nak orientasi masuk Darjah 1, aku tersadai kat sini, aku rasa boleh pi orientasi dia, masih berharap esok lusa boleh discharge. 
Sepanjang 5 hari di wad kelas 3, 6 botol air drip sebesar ini masuk ke dalam badan aku non stop!

Tetap tak boleh tidur, aku di sapa doktor dan nurse, bermacam jenis pertanyaan dan air drip garam di lengan di pasang, aku tak boleh bergerak sangat. 

Sementara itu aku google cari fakta pasal sakit aku tu...banyak dalam versi English tapi aku puas hati dapat fakta penjelasan melalui Google perkongsian seorang doktor ini. 

Tapi jikalau kalian google sendiri rupanya imej di Google tak sama seperti aku lalui tau. Nanti aku cerita di akhir. 

Bacalah, ilmu kesihatan ini, aku yang lalui. 

xxx

Apa tu CELLULITIS/ Kulit Panas Berkilat?
Betul ke boleh bawa MAUT?

Cellulitis ni adalah jangkitan bakteria (Staphylococcus aureus dan Streptococcus) pada bagian epidermis kulit (kulit luar) anda. Cellulitis kerap di bahagian kaki & tangan.Yang bestnya kuman ni berotak geliga. Memang dia terror/ hebat & very clever. Ia tunggu peluang masuk dlm kulit anda menerusi kecederaan/luka kulit, terkelupas kulit, calar kulit, kulit kering & gatal, sengatan di kulit dll lalu membiak dgn pantasnya. 

Kalau ada Kencing Manis (aku tiada langsung rekod kencing manis -result darah normal ye, doktor pelik macam mana aku leh dapat), lagi seronok bacteria berpesta sebab GULA adalah media terbaik bacteria tu beranak pinak ke cucu, cicit ke zizit. Dalam stage teruk kaki Cellulitis hingga bernanah atau Gangrene....doktor kena la POTONG BUANG/Amputate kaki anda!

Jangkitan kuman tu leh merebak ke bahagian kulit lebih dalam (dermis). Kalau pertahanan anda LEMAH dan NO POWER....dalam battle ni dgn kuman ni anda kalah la dengan BENDERA PUTIH (sel darah putih). 

Kuman tu membiak & masuk ke otot anda terus ke tulang anda dengan tentera bakteria yang BERJUTA-JUTA tu yg sentiasa MEMBIAK! Lepas tu masuk ke saluran darah atau kelenjar.....terus ke otak anda....Last sekali KO/Mati.

Kuman bakteria yg penyebab cellulitis ni kuat gila. Ia buatkan anda jadi demam tahap menggigil & tak larat nak bangun sebab antibodi badan anda dah kalah lawan dgn kuman yg kerdil tu....kalah je dgn MAKHLUK Allah sekecil zarah je !!.

B. Cer cek kulit anda. Klu anda ada ciri2 dibawah ni, kemungkinan anda kena cellulitis:
1. Kemerahan
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hangat
5. Demam

C. Trick Rawatan Cellulitis bagi cepat sembuh.

1. Letakkan kaki yg Cellulitis ke bahagian tinggi. Kalau atas katil, letak kaki atas bantal. Baru bengkak cellulitis cepat surut. Kalau anda berdiri lama cellulitis lagi bengkak sebab tarikan graviti. Kaki cellulitis pakai kasut saiz 10 dan kaki normal pakai kasut saiz 8... Klu di tekan dgn jari anda pasti kulit kaki cellulitis TENGGELAM.. lekat le cop jari anda di situ.

2. Sapu Antibiotic cream di kawasan Cellulitis. Jangan Urut atau Tuam di kawasan Cellulitis tu. Ini akan membiakan lagi kuman di bahgian tu.

3. Doktor akan bagi ubat demam & antibiotik sebagai tentera tambahan untuk anda melawan bakteria/ musuh tu sebab antibodi sendiri tak mampu untuk melawan bakteria yang menyerang tu.

Kadang-kadang doktor suntik antibiotik di punggung anda. (mujur tak kena)

Kalau keadaan kecemasan doktor masukkan antiobiotik melalui drip ke saluran darah anda. (ni julia kena, rupanya keadaan dah kecemasan rupanya, 1 hari 4 kali botol drip antibiotik wajib kena dimasukkan dalam badan julia, bayangkanlah kencing bau antibiotik pekat tu euwww)

Day 1 - day 13 (drip air 4 botol diperlukan setiap hari [kesan laju untuk matikan bakteria])
Day 13 - day 30 (drip air fail, sebab urat tak jumpa sampai ke sudah, habis lebam, tukar cara ubat oral [ubat oral tindakannya lambat, mujur awal kena boleh drip so pertengahan jalan aku on oral ubat jenis tablet)

Baru tentera bantuan dapat kalahkan bakteria tu....baru la bengkakan cellulitis tu mengecut, demam menurun....Allah bagi umur anda panjang lagi....& boleh sujud kepada Allah lagi & anda dapat lagi tambah ilmu.
(Sumber Dr. Abdul Rahim)

Selepas 5 hari di wad kelas 3, aku dapat jemputan ke wad kelas 1 sebab ada kekosongan. Alhamdulilah 

Dari day 1 hingga day 14 - kaki aku tidak berbalut langsung tau. 
Terbuka gitu je dengan air bisa tak berhenti-henti keluar, melekat lekat dekat kain anduh je, kalau nak jumpa Abg Qi dekat lobby aku berjalan dgn kain anduh yang kejap2 terbuka pastu melekat2 dekat seluar hospital, ada sejarahnya korang kena baca dibawah dari Plan A hingga Plan C aku kena hadap. Tujuannya untuk keringkan air bisa. 

Day 15 aku di sagat kulit mati hidup-hidup (cerita bab sagat hidup ni nanti aku story part 4). Baru bandage pink muncul. Aku takkan tunjuk aurat kaki kiri aku yang kena infections ya, aku tunjuk bandage je, nanti part lain aku story cam ne rupa jangkitan tu.

Macam mana jadi sejarah 23 hari warded di hospital ~
Sebelum ni doktor pakar selalu cakap, it takes normally 1 month. Tapi aku selalu ulang cakap dekat diorg, harap bukan tempoh itu, aku cuba sekuat hati untuk tidak capai tempoh itu, lama sangat, aku tak nak percaya😔.

Seriusly, mula-mula pakar cakap macam tu kau tak rasa nak teriak ke? Gila kau nak duduk sebulan kat wad...huhhhhh! Tarik la nafas tu sebanyak mana kau nak juju, please accept the truth. Mereka lebih tahu... Aku? Masih berusaha, ikut semua arahan pakar. Setiap hari jam 10 pagi, pakar akan datang bersama-sama dgn doktor-doktor lain.

Plan bertukar ikut period time, semua aku ikut dari plan A ke plan C. 
Pakar datang setiap hari cek juju. Mereka nak tengok proses tu berjalan, bertukar dan nampak impak.

Hari ini rupa mcm ini, esok pakar nak tgk ia berubah kepada lebih baik. Uiii situlah aku punya pum tekanan berlaku, bila kita buat apa semua disuruh, tak capai matlamat pakar, mereka push next plan.

Masa tu kau memang kena kuat nak hadap, jgn give up! 💪

Semua doktor mmg concern, wad juju mmg semua buat patient mereka rawat mcm baby. Every single things mereka ambil tahu. Semua doktor sangat bagus, best dan mereka sangat aktif tanya soalan. Masa tu kau kena pap pap pap jawapan padat dan ringkas. Aku? Jenis suka celoteh memang tak ada masalah, kdg2 menyembang lama dgn doktor lg adalah 😄
.
Seronok menginap di HKL, walaupun ada bosannya yelah terperuk dari dunia luar disini juju belajar banyak benda bukan setakat ilmu ubatan, aku belajar kisah-kisah patient lain punya masalah kesihatan, bagaimana mereka boleh pum kekuatan utk hadapi cabaran baru untuk sama2 ke arah kesembuhan.

Jangan ingat juju disini selalu fikir untuk aku, aku dan aku ye. Kenapa aku dan ini ye, aku sebenarnya sedang belajar. Belajar untuk berperang diri dari down keterlaluan.

xxx

Belajar untuk redha 
Masa tu sendiri yang akan ajar kau redha...uihh memang susah part ni. Sakit memang sakit, yang paling sgt sakit, paling bahaya adalah cara pengurusan tekanan...one day fine, aku akan kongsi macam mana aku urus tekanan aku sepanjang 23 hari. 

Kisah kenangan indah Abg Qi Darjah 1 yang aku tak dapat rasa langsung...
📍Orientasi (29 Dis) - warded awal hari ke 3
📍1st day Darjah 1 (2 Jan) - warded hari ke 7
📍Perjumpaan rasmi guru2 bersama ibu bapa (12 Jan) - warded hari ke 17, masih ditahan. Sampaikan aku merayu nak keluar half day dekat doktor, doktor cakap tiada istilah half day di wad ye julia, bahaya diri diluar, anda belum lagi sembuh. 😱😱😱

Di sinilah muncul tekanan aku lalui dalam keadaan yang sungguh TEGANG sekali.

Perasaan seorang IBU dengan Anaknya Abg Qi di hari bersejarahnya nak masuk Darjah 1, aku di wad.

Aku selami perasaan Abg Qi, setiap hari aku video call dengan dia, nak tau macam mana dia rasa. Aku tahu, walaupun dia ceria je bercakap dengan aku, aku selidik dengan suami aku.

Suami aku cakap, "Qaiser ada cakap dengan papa, dia rindu dengan umi, tiap hari tanya bila umi nak balik?"

Aku? ............tunggu part 4 sambungan ya.

KLIK Kisah Hospital 
Part 1
Part 2
Part 3
Day 11
Day 18 
Day 20
Day 21
- Day 23 

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. adeiii,seramnya dengar penyakit ni.Semoga juju dalam lindungan allah selalu..

    ReplyDelete
  2. Baru 1st time dgr, tp kuman mcm ni mmg bahaya. Arwah mak suami kuman cepat merebak. Tup tup sampai jantung dan otak. Alfatihah untuk arwah mak

    ReplyDelete
  3. jangkitan kuman bahaya tu...alhamdulillah juju dh ok walaupun lama kt ward tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah juju dah pulih. Terima kasih atas perkongsian. Ana pun first time dgr kuman ni. Semoga kita semua dijauhkan dari segala keburukan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER