Sedari Tekanan Emosi Keterlaluan Pembunuh No.1 Wanita Dalam Diam | Part 2

by - Wednesday, January 30, 2019

Di luar jendela, terkadang rasa aku tak percaya yang aku...
Entry sambungan lepas Part 1

Sampai je HKL, laluan emergency aku terus tak boleh langsung bangun! Percayalah! Dari sakit-sakit sendi sakit keseluruhan badan sampai ke kaki kedua-dua jadi berat dan kalau angkat rasa sakit teramat sangat. Down gila, sampai bergelimpangan air mata depan laluan kereta drop emergency tu. Suami tengok aku nangis, terus dia minta aku tahan sekejap dia nak cari wheelchair. 

Masa tu muncul perasaan malu...terbit rasa nak push diri yang kau tak sakit pun julia. Kau tak sakit! Please jangan layankan sangat sakit tu berkata hati besar kepada hati kecil, aku paksa hati kecil aku terima hakikat yang kau tak sakit pun...tapi

Di tekak aku tunggu masa nak muntah bila-bila masa, kepala dah mual, panas badan makin mencanak naik, aku blur, seakan sakit tu semua menguasai diri aku untuk terus shut down. Macam bekalan elektrik putus, tiba-tiba kau gelap!!!

Tak mampu berbuat apa, hanya peneman air mata deras mengalir. Aku malu tau korang. Aku rasa orang lain berhak ke atas wheelchair tu, inikan pula aku yang naik betul depan masuk emergency. 

Tak sangka sungguh, sekelip mata aku macam ini, pagi tadi elok je, nak dekat malam jam 7 lebih kurang aku dah separuh pengsan kepenatan teramat sangat. Huh.

Masa tu aku pakai seluar palazo, berselipar pejabat, tudung pashmina yang aku guna untuk tutup badan kerana kesejukan teramat sangat yang buat sampai menggigil tu lah aku guna sebagai tudung. Sehelai sepinggang. Suami papah aku ke wheelchair, ditolaknya aku ke kaunter emergency, daftar dan tunggu selama 2 jam lebih untuk nama pertama dipanggil.

xxx

Sambil menunggu, aku minta suami tanyakan di kaunter beg muntah. Aku tak tahan, sebelum berhamburan muntah di lantai kawasan menunggu yang penuh orang yang juga guna wheelchair sama dengan aku baik aku siap sedia dengan plastik.

Lantas, 1 plastik kuning tebal aku terima. Aku sisip betul-betul tepi peha dalam wheelchair. Tadi bukan main lagi rasa nak muntah, nampak plastik boleh pula rasa tak...dah serupa macam simptom orang mengandung tau...tapi aku on period hari pertama tu juga. 

Bayangkanlah, dengan rasa sakit keterlaluan, boleh pula hari yang sama kau datang bulan. Maka berganda-ganda sakit kau terima. Mujur suami ada sisipkan sekali pad dalam beg baju yang dia rasa maybe bini dia akan warded. Aku berseloroh dengan suami, malam ni umi balik rumah la macam biasa. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Seperti biasa, muncul diwajah suami rasa risaunya. Tak pernah aku lihat wajah dia sugul, menunggu masa berjam lamanya. Sesekali dia bersuara, ma jom kita ke hospital swasta, pa tanggung ma jangan risau.

Aku menyapa perlahan tangan dia, walhal dari tadi aku menunduk dan memejamkan mata dari melihat orang ramai. Bila terpandang orang aku rasa nak muntah, pening, sakit sendi...baik aku tunduk dan layan perasaan dari lihat pandangan mata orang-orang sekeliling.

Aku berkata "Pa, sabarlah pa, ma yakin sini terbaik, kita sabar ya sikit sahaja lagi, 2 jam lebih anggaplah kita sedang berzikir depan Allah" itupun dia berdolak dalih sebab tengok aku makin lama diatas wheelchair makin teruk. Aku tau rasanya bila tengok orang tersayang sakit depan mata tiba-tiba, mungkin dia sayu hati, tak sampai hati lihat aku sebegitu. Kalau aku ditempatnya pasti aku juga akan berbuat demikian, siapa tak sayang betul tak. 

Bukan semudah itu untuk aku ajar diri dan suami untuk jadi penyabar di saat waktu genting, sememangnya sejak azali aku suka semua perkara dibuat dengan segera, tak suka buat orang menunggu kita dan tak suka kita menunggu orang terlalu lama. 

Tapi kali ini, ujian masa aku lalui saat begitu genting pun aku rasa aku mampu bersabar tahap meredhakan dan merelakan ia berlalu sahaja. 

xxx

Lalu 2 jam lebih berlalu, nama ku dipanggil. Jumpa doktor, aku angkat kaki. Terang pada doktor yang aku telah dirujuk di klinik swasta dan ini ubatnya. Hasil pantauan doktor melihat sekitar tapak kaki aku nampak makin membengkak, cairan dari nanah bermula dari semacam bisul kecil tu tetap mengalir seakan tiada kata noktah. 

Doktor minta suami aku ke bilik x-ray. Doktor nak tengok setakat mana ia terjadi. Aku tak dapat tangkap maksud doktor. Aku cerita ia bermula dengan demam mengejut, jam berapa aku gigil teramat sangat, sakit ke semua sendi sampai tak boleh berdiri untuk berjalan dan muntah sepanjang malam. Simptom ini membawa kepada perlunya x-ray.

Pelik kan, kaki hanya membengkak sekeliling sikit je maka kita boleh simpulkan ia hanya bengkak biasa kalau orang lain tengok dari pandangan mata kasar.

Semasa jalani x-ray, bilik x-ray tu sangat sejuk. Terasa badan mengigil lagi, aku tahan dan cuba baring untuk x-ray di kaki. Ya Allah, susahnya nak bengkokkan kaki, agak lama juga prosedur x-ray aku lalui sebab aku kena pusing kaki kiri ke kanan dan ke kiri, tapi aku rasa payah sangat sebab sakit teramat sangat. 

Masa tu betis kiri aku langsung tak menunjukkan sebarang apa-apa tanda bengkak, hanya di atas tapak kaki sahaja sekeliling nampak bengkak kemerahan. Itu sahaja. Tapi nak angkat kaki tu masyaAllah, Allah je tahu. 

Orang tengok mesti cakap aku manja sangat...tapi kita yang rasa, kita tahu setakat mana kemampuan ujian kecil ini pun aku dah rasa Ya Allah...

Muncul kata dalam diri...
Why,
Why,
Why...

Aku kena apa? 
Aku lost, 
Doktor suruh ambil ujian darah, general check.

Lepas tahap dua prosedur x-ray dan ambil darah berkenaan, lagi sekali final cek dengan doktor di dalam bilik. Mengejutkan aku buat pertama kalinya doktor mengesahkan simptom yang aku lalui aku diwajibkan ditahan di wad kerana diri telah dijangkiti... (sambung part 3 ya)

You May Also Like

1 Komen Sini [Click]

  1. bila tgh sakit terpaksa tgu lama mmg terasa sgt kan..mmg kena bersabar la ...bila dh kena x-ray sure mcm2 dlm fikiran bila dh dpt result yg perlu kena warded kan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense