Bandung Indonesia akhirnya kami datang! | Part 6

by - Friday, October 26, 2018


Julia oh Julia, mana entry Bandung lama tunggu ni tau? Haha, aku peram dari mula trip ni bulan 2/2018 sekarang baru update. Mood baru sampai lah korang, ini kali confirm update sudah. Terima kasih kerana sanggup bersabar dan ada yang rajin email, rajin mesej, pm tanya kesinambungan travelogue Jakarta x Bandung 2018. Syabas!

Bagi aku, kalau nak jimat ini caranya. Pergi Jakarta, puas meronda satu Jakarta tapi mostly aku pusing di Jakarta Barat (pusat) je, Jakarta ni besar betul tau nak ronda satu Jakarta makan bulan lah rasanya. 

Julia tempah Hotel Ciputra Jakarta dapat ganjaran 10% diskaun, jimat duit, klik 👉 Booking.Com

Bila menginap di Jakarta, puas juga kami tanya harga terkini untuk travel yang ekstrim: Jakarta ke Bandung balik hari! Ya balik hari tau. Siapa cakap jauh? Ala macam dari KL ke Kuantan lepas tu jalan-jalan dalam bandar Kuantan macam itulah lebih kurang jaraknya. 

Tak jauh, yang mungkin buat korang rasa jauh sebab nak cepat sampai haha so korang naiklah flight. Nak jimat ini cara kami, guna jalan darat dan nikmati penjimatan berganda dari segi penerbangan. 

Day trip : Jakarta ke Bandung (balik hari)
Kami buat tinjauan lah dari segi harga yang kami sesudah tiba dari airport Jakarta lagi kami tanya pak-pak teksi tu semua, harga pun agak mencabar, mencekik darah juga bila kami convert dalam Ringgit Malaysia.

Pemandu: Pak Maro dari Jakarta.
Bagaimana kami boleh setuju dengan Pak Maro?
Kami kan menginap di Hotel Ciputra Jakarta Barat beberapa hari, di sini yang bestnya hotel ini menyediakan tempahan pemandu bersekali kereta ke Bandung balik hari tau. Bila tanya harga agak munasabah, pakej harga mulai jam 5 pagi bergerak dari Jakarta sehingga jam 5 petang, kalau extra masa setiap 1 jam dikenakan lebih kurang RM30 rasanya. 

Semua sekali lebih kurang kalau di convert dalam RM500 lebih kos perjalanan pergi dan balik dari Jakarta ke Bandung. Bagi aku berbaloi sebenarnya, sebab niat nak sampai Bandung dan jalan-jalan tapau kain itu yang penting kalau kali pertama ke Bandung haha.

Waktu bertolak/sampai:
5.00 am - waktu di Jakarta. (Azan subuh tepat jam 5 pagi waktu kami di hotel)
8.45 am - waktu Bandung.  

Lepas solat Subuh jam 5 pagi di hotel kami turun gelap lagi. Pak Maro sudah setia menunggu. Hebat dia awal tunggu kami. 3 jam lebih sampai, macam biasa Jakarta masa bulan 2/2018 tengah rancak dengan pembinaan MRT juga tau, highway Jakarta ke Bandung memang cantik, lane lebih dari 6 aku rasa tau tak. Itu pun tetap jem haha tapi sekejap je jem tu, dalam 1 jam menahan jem terus meluncur laju pemandu bawa perghhh. 

Jalan highway Jakarta ke Bandung
Sepanjang aku didalam kereta, mata aku tak lalu nak tidur, sama dengan partner aku sebab kami jenis kalau holiday semua permandangan kami nak rakam dan pahat dalam ingatan. Rugi lah guna jalan darat tak amati sepuasnya suasana sekeliling di negara orang. 


Bekasi - Karawang - Purbabunyi - Purwarkarta - Jambatan Cimpada - Gerbang tol pasteur 2

Inilah jalan-jalan yang aku lalui sepanjang 3 jam lebih, semua papan tanda aku baca dan aku catat dalam wassup. Senang nanti aku nak menulis travelogue dalam blog, catat penting bagi aku, sebab aku sendiri nak tahu setiap kawasan yang dilalui tu berapa banyak tempat sudah kami redahi. 

Bila dah nampak signboad Bandung, suami aku toleh di belakang. Dia cakap dekat aku, tengok sampai juga kita ke Bandung. Bayangkanlah, aku terkedu sangat, tak sangka trip jalan darat kami berjaya juga sampai. Sampai tersengguk-sengguk menahan mengantuk terus jadi segar bugar. Yeyyy! Bandung kami sampai sudah! Syukur!


(5) Destinasi singkat
Tempat yang kami sempat lawati ke Bandung jika guna jalan darat seperti dibawah, tak semua kami pergi sebab kami bajet masa. Janji sampai Bandung, jadi tak adalah rasa ralat balik Malaysia turun Jakarta tapi tak jalan ke Bandung sebab dekat hahaha 💗

  1. Rumah Mode (✔)
  2. Chimpelas Shopping Street (✔)
  3. Kedai Kek Kartika Sari (✔)
  4. Heritage Factory Outlet (✔)
  5. Pasar baru Trade Centre Bandung (✔)
  6. Cibaduyut (x) - jual kasut dan barangan kulit, tak singgah sebab bukan dalam misi.
  7. Tangkuban Prahu (x) - jauh kata pemandu, ambil masa sejam lebih dari bandar. 
  8. Kawah Putih (x) - jauh kata pemandu, ambil masa sejam lebih dari bandar. 
  9. Kedai Perfume (x) - aku baca di Google, tapi catat je tak pi sebab kain utama lagi. 
  10. Trans Studio Bandung (x) - jauh kata pemandu, ambil masa sejam lebih dari bandar. 

Dan banyak lagi pasal Bandung...tu kalau korang naik flight khas cuti ke Bandung leh lah pukul rata semua. Ini pun kami dah bersyukur sangat. 
#RumahMode #Heritage #RumahPlus #ChimpelasShoppingStreet 
#KartikaSari #PasarBaruTradeCentreBandung

1. Rumah Mode
Tempat wajib bagi sesiapa yang pertama kali turun ke Bandung. Rumah Mode adalah persinggahan pertama sekali kami sampai. Lebih kurang jam 9 pagi waktu Bandung, suasana sangat tenang. Masuk di perkarangan tempat ini mata di jamu dengan suasana binaan rumah yang cantik dengan tumbuhan yang subur. 

Banyak restoren tau, kalau sampai awal pagi macam kami jangan risau. Di sini ada sedia makanan berupa sarapan dan makanan kami makan pun dah rupa macam sekaligus untuk waktu tengahari tau. Tapi kami lunch di Pasar Baru juga lepas sakan beli kain haha. Biasalah jalan tak berhenti perut cepat lapar. Lawa kan suasana kat sini. 

Kami pilih Eaton Noodle & Rice di Rumah Mode. Sebab menu dia menarik dan harga munasabah. Paling penting bersih. Kami sarankan, kalau bercuti ke mana sekali pun tempah makanan yang baru dimasak, tak jamin makanan yang sudah terhidang lama sebab dikhuatiri tercemar atau lain-lain seangkatan dengannya. 
Sedap sangat, rekemen betul lah. Bila kenyang sudah pasti mood tak sabar nak terokai satu Rumah Mode. Ish-ish toleh sana sini cantik betul. Kebetulan di situ pun ada jual coklat dengan bungkusan yang jarang aku jumpa. Lihatlah ada tulisan Bandung di coklat, beli buat ole-ole untuk sahabat dan keluarga di Kuala Lumpur.  
Dalam Rumah Mode, banyak jual barangan berjenama. Saja window shopping sahaja. Tak beli apa pun sebab semuanya mahal belaka haha. Tujuan datang saje nak melawat kawasan sebab pelik kenapa tiap kali orang ke Bandung, Rumah Mode juga di tag. 

Jadi sekarang aku tau sebab apa, sebab kat sini memang port cantik untuk bergambar hahaha. Ya awak bergambar, tengok lah aku bergambar disebalik ukiran kayu tu. Serius, lawa sungguh!

 Kemain dia dengan cermin mata aviator tu, bersinar-sinar haha, okey selesai duduk sini sejam terus kami ke destinasi kedua. 

2. Cihampelas Shopping Street
Kawasan ini sangat sesuai nak beli cenderahati macam keychain Bandung, T-shirt Bandung, dan bermacam jugalah sebenarnya. Aku suka kat sini sebab memang ngam dengan bajet kami. Jimat dan banyak juga ole-ole kami beli. 



Nak ke seberang jalan, kena hati-hati. Kenderaan seperti kereta dan motor banyak betul. Lama juga nak melintas haha. Baju ke, kasut kah, kena pandai tawar. Ada kedai dia bagi fix harga. So jangan duduk lama di satu-satu kedai, tawar dan beli, tak dapat tengok kedai lain sebab ada jual barang yang sama juga. 





Kereta sewa kami yang dipandu oleh Pak Maro. 

Selesa dan sesuai dengan perjalanan jauh. Di sini ada juga restoren makanan segera, tapi aku tak survey la halal ke tak. Tapi aku assume mestilah halal sebab orang Bandung rata-rata memang majoriti Islam, senang kan. Tapi nak selamat apa salahnya tanya dulu. Sebab di Jakarta sendiri banyak kedai dan restoren tak halal tau, nama je gerai jual nasi campur tapi ada babi haha. 






Suasana di bandar Bandung, oh macam ini penempatan mereka, walaupun berderet rumah setinggan tapi nampak unik dilihat dari atas jambatan ini tau. Luas permandangan.











3. Heritage Factory Outlet

Tak jauh dari Cihampelas nak ke sini, dekat je. Di sini banyak jual barangan terus dari kilang. Baju kanak-kanak seusia Abg Qi pun ada tau banyak pilihan, sempat grab brand Gap untuk Abg Qi pakai. 


Macam-macam ada, blouse wanitam baju lelaki dan tak ketinggalan ole-ole unik turut dijual disini. Kira lama juga la belek dalam Heritage tau.




4. Kartika Sari
Lubok popular dikalangan orang Malaysia. Harus beli berlambak brownies bakar, borwnies kukus dan pelbagai jenis kek di jual disini. Pertama kali tengok kompleks Kartika Sari di Bandung wow cantik sangat. Berhawa dingin dan luas betul ruang legar nak belek kek khas dari Kartika Sari. Jom masuk tak sabar ni, bau kek sedapnya!
Baju aku pakai tu made in Jakarta hihi berbelang belang gitu.

Pilihan yang ada sesuai di bawa balik dan tahan lama ialah:
  • Brownies Bakar - tahan 3 ke 4 hari lamanya jika disimpan dalam peti ais (chiller) dekat seminggu tahan. 
  • Brownies Kukus - tak di sarankan bawa balik sebab ia tanya 1-2 hari sahaja. Takut nanti sampai Malaysia naik kulat.  

Bika ambon pun kami beli, sedap weh. Ish-ish banyak kali ini julia beli. Tengok pun tak tahan. Brownies bakar ada banyak pilihan, cheese, coklat dan lain-lain. Ikut citarasa korang lah nak yang mana. Jangan lupa yang masih ada keluarga mak ayah tu beli kat diorang tau. 
Selesai berbincang dengan partner tentang nak bagi ole pada keluarga tersayang, ekspedisi kali ini paling mencabar tenaga, hati dan duit poket yang memang sudah di tetapkan khas untuk borong kain lace serta bermacam lagi. Di mana? tuuuu teruskan membaca.


5. Pasar Baru Trade Centre Bandung
Tadaa! Amboi belum apa lagi dah tunjuk hasil tuaian kali ke berapa dah ni haha. Ye kalau ke Bandung Indonesia inilah tempat yang boleh buat anda dari tak nak beli apa-apa kepada beli sampai beranak plastik beg tau.

Tips: Aku ni mana pandai sangat nak tawar harga, aku perati geng pemborong kain lace dan kain pasang dari Malaysia. Senang je nak detect pemborong ni, kalau dia pilih kain lace yang sama bermacam warna dan minta sales man disini potong kain bertengkek-tengkek haa itulah dia. Sebab apa?

Sebab menjimatkan masa aku dari ronda dan nilai harga satu bangunan pasar baru bandung. Besar tau. Sudah tentu pemborong ni dah survey, harga kedai tu mesti murah dan kualiti tip top. Ye, aku beli lah terus pilih kain dan terus potong, tanya harga just nice.

Lace kat sini semua yang hebat dan ada jenis natural lace yang korang boleh beli buat pakai pi kerja tau. Aku suka yang lace biasa senang apa jua acara aku leh sarung pakai tanpa rasa malu dan terasa over ke kan.



Antara kedai yang aku beli dan survey. Ada banyak kat sini tapi ini pilihan aku lah, diorang sangat membantu tau terutama kalau nak cari padanan warna kain lace dengan lining. Aku tak payah susah payah cari, sales man sini yang tolong aku dapatkan warna aku nak dan bajet aku nak. Jimat duit poket lagi!






Antara hasil tuaian aku.

Semua aku paparkan ini aku beli tau. Ternyata sangat berbaloi. Kain lace turqoise dipadankan dengan lining pink sangat lawa, lace purple diganding dengan warna biru perghhh cair, aku buat pakai hari raya 2018 hari tu, ramai puji cakap lawa. Tailor aku tempah di KL je senang sebab dah jadi tailor kegemaran kan. Yeyyy!


Memang rambang biji mata, meremang tengok pelbagai koleksi sampai pening nak pilih. Aku nak biasa je, senang tak over dan just plain lagi nampak eksklusif. Sempat selfie dengan pembantu kedai yang sangat bagus bantu aku nak cari kain untuk kenduri kahwin keluarga kami pakai sedondon. 

Batik Indonesia pun tak kurang cantik tau. Corak terkini aku dapat dengan harga mampu beli. Di sini ada food court, nanti aku ceritalah di lain entry kisah makan-makan di Jakarta dan Bandung dalam satu entry.

Tamat sudah jalan ke Bandung balik hari, terus memacu balik ke hotel di Jakarta Barat. Itulah dia Pak Maro, dia tak banyak bercakap tapi sangat setia orangnya. Tak merokok dan suka tersenyum, senang tau berurusan dengan dia. 

Kalau kalian nak ikut cara aku, boleh menginap di Ciputra Hotel dan tempah di lobi hotel untuk ke Bandung, petik la nama Pak Maro senang pilih nama pemandu terus. Harap masa itu dia free, nak tempah kena sehari sebelum bertolak tau.

Muka kepenatan, tapi serius sangat berpuas hati tengok hasil tuaian. Beza di Jakarta, kain pasang di Jakarta tidak berapa cantik sebab kualiti lebih baik di Bandung. Memang rakyat tempatan sana pun cadang begitu, nak cari kain kualiti tinggi dan murah kena ke Bandung.


Beranak hasil tuaian seharian di kota Bandung Indonesia. Happy sangat!




Jom rehat, sementara itu jemput tonton vlog video julia di Bandung, rasai pengalaman di sana. Pengalaman menggunakan jalan darat dengan jarak jauh macam ini pertama kali kami rasai, memang mencabar minda dan bila dah sampai rasa tak percaya akhirnya kami bertiga sampai juga jejakkan kaki ke Bandung buat pertama kalinya dengan bajet yang sangat murah. Alhamdulilah!

Part 7 nanti, julia akan gabungkan sekaligus tempat makanan yang best, jimat duit poket, halal dan sudah semestinya ada tips aku nak sampaikan pada kalian yang berhajat pertama kali nak ke Jakarta dan Bandung. Tunggu ye pembaca kesayangan...jaga diri!

Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah: 
Part 2 : Five Star Hotel Ciputra Jakarta 
Part 3 : Jejaki Puncak Tugu Monas Jakarta
Part 4 : Thamrin City shopping baju batik siap 
Part 5 : Podomoro City - Central Park, Neo Soho & Taman Anggerik 
Part 6 : Bandung kami datang! 👈 (Day Trip)
Part 7 : Variasi Makanan Jakarta & Bandung sedap banget! (Akan datang update)

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. seronoknyaaaaa airah dah lama teringin nak jalan-jalan indo ni TT

    ReplyDelete
  2. Kena g sana jgk la nt. Mgkn tahun depan ke.. Leh plan..

    ReplyDelete
  3. Best nya tengok kak juju jalan sana..teringin na pergi juga..

    ReplyDelete
  4. Wah, cantik-cantik semuanya.

    Untung la boleh berjalan sakan. Akak ni jenis tak kuat berjalan. Nak bersesak lagi la susah sebab mudah rasa pening. Mungkin akak lagi suka pada suasana alam flora dan fauna kot. Hehe.

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan..waaaa mesti shopping sakan kan.....
    done follow u...jemput singgah my blog yaaa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER