Korang!!! Aku dah sampai Siloso Beach, dan aku rasa nak lompat tinggi-tinggi tapi tak sampai lompatan atas pokok kelapa hahahhaha. Seronok sampai nak terbang haaa, yelah aku ni kalau berangan asyik termimpi-mimpi aku mesti kena jejak kumpul duit, aku apa pedulik, aku ni jenis nature travel, aku suka permandangan indah, bila tengok pantai ni huwaaaaaaaaaaaa.

Selalu tengok lepas pelancong Malaysia pi USS terus balik Malaysia dah, tak terjah pantai ni. Rugi tau sebab pantai dekat je dengan USS. Sebenarnya dari USS ke sini tersangatlah mudah. Train MRT Sentosa ada dalam kawasan USS tau, hanya melepasi dua perhentian train dah sampai kawasan peranginan mewah bak omputih datang bertandang ke sini. Memang julia masukkan tentatif berlenjan di sekitar Siloso ni dalam diary, dan Allah makbulkan impian julia nak melawat pantai yang tercantik di Singapura.

Pantai Romantik!
Hehehe julia suka berangan, suka pantai, tak kisah pantai apa janji bersih dan cantik putih bersih tu lah julia feeling romantik dah hehhehe. Ini map yang julia Google, di sini jelas cara korang nak sampai sini, mudah tau. Paling utama cari Vivo City kemudian naik Sentosa Train terus ke terminal last sekali. 



Waterfront MRT.
Dalam USS, korang rajinlah tanya orang. Sebab disana kalau kita malu kita sesat. Tak sakit kaki pun nak berjalan selangkah ke Pantai Siloso, sebab ada disediakan train. Mudahnya jommm. Tu haa geng julia semangat melangkah yehaaaa. 



Walaupun kami ada senior tour guide pak saudara suami, untuk lebih kepastian better tanya orang yang jaga dalam sentosa island. Nak detect diorang ni jaga Sentosa senang je, tengok baju t-shirt yang seragam, kalerfull dan berseluar pendek tiga suku, diorang ni memang banyak membantu pelancong-pelancong bagi tunjuk arah. 

Depan tu korang nampakkan? 
Ada Ticketing Counter, haa itulah kawasan beli tiket naik MRT Sentosa, tapi bonus untuk kami sebab kami tak payah beli...guna je tiket MRT yang sedia ada top up tu terus naik...settle.

Hehehehe korang baca je lah...

Inilah suasana atas Waterfront Station. Kat sini aku tengok berlainan sungguh MRT utama dalam Singapore tu tau, train ni lagi cantik dan comel, warna pun terang-terang. Pekerja-pekerja dalam Sentosa pun ramai, friendly pula tu, bila nak masuk kena beratur ikut tali tu tau, bagus tak berebut-rebut.

Julia tak sabar dah ni nak terjah Siloso Beach, asyik tengok dalam gambar je kan haaaaaa tak sangka akhirnya julia sampai juga tau yipppiiiiiii.

Turun ke Beach Station tau, bukan setakat ada Siloso Beach, ada dua lagi beach namanya Palawan Beach dan Tanjong Beach. Tapi aku nak terjah satu je Siloso Beach hehehe

Tengah tunggu train datang, sekejap je dah sampai tau tak lama pun tunggu. Qaiser ilman tu lagi tak penyabar hahahha

Yeyyy dah sampai, apa lagi jom!
Ramai betul orang huhh

Tak pernah julia tak dapat tempat duduk, asal masuk je diorang bagi tempat duduk tau. Nampak tak betapa bagusnya pelancong dan masyarakat Singapura yang sangat prihatin, anak julia tu todler je pun di beri layanan yang sama macam keluarga ada baby.

Berdebar rasa bila dah sampai...hoyehhhhhhhhhhhhhh let go babeh!

Nampak kan signboard tulis Siloso belah kanan, Palawan dan Tanjong Beach sebelah kiri, next time aku nak visit 2 pantai tu, buat masa ini kami mampu terjah siloso dulu, almaklumlah ada anak kecik ni tak boleh nak aktif sangat nanti dia crancky lagi susah hehehe.


Siloso Beach 
Sekarang kami berada dalam kawasan Siloso Beach hoooreyyy, lihat semua family aku tu, siapa yang tak sabar sebenarnya haaa hahahhaha. Cik li dah jauh ke depan, Qaiser ilman tak tau nak pi mana tuju, tengok mana suami aku?
Tuuuu dah masuk dalam taman hahahhahahahaha 
Jangan tinggal julia tunggguuuuuuuuuu laaa

Gambar kenangan tanda Qaiser ilman dah sampai Siloso Beach Singapura, gambar umi tak de pun tak pe, muak tgk muka sendiri je memana hahaha


Apa yang menarik dalam Siloso Beach ni?
Haaa ini dia, Skyline Luge Sentosa...aku nak cuba naik tapi rasa macam ekstrim plak. Kau tau sebab apa, skyline luge ni adalah buaian kaki tergantung tu tau, tengok dari jauh macam best jee, tapi anak aku kecik lagi so baik tengok je lah, dah la panas berdeting tak sanggup aku hahaha

Tu lah buaian bergantung tu, tinggi ooooo.


Lepas naik buaian gantung tu, nanti nak turun kena naik macam ni hahahhahaha comel je benda permainan ni tau, dari bukit turun bukit jalan pelan je dah lah jalan ye laluan tu halus je kihkihkih lama jugak lah kami lepak bawah pondok kat sini.


Kat sini pun boleh sewa permainan ni, hmmm berapa lah agaknya bayaran diorang naik ni kan...

Korang lihat permandangan sekitar dalam Siloso Beach ye






Qaiser ilman...
kat mana Qaiser ilman nak pi tu, amboiiii pantang ada kedai semua dia nak masuk, tu tu tu kan kedai cenderamata jomm lah ikut Qi hahahhaa...jangan ada mainan sudah.
Nama kedai ni tak silap Sun Shop...


Hmmm tak sah tak pau, dia nampak pistol menan pe lagi hahahha tok li belanja dia...mujur SID1.99 sahaja. Huhhh.


Beach Tram FREE di Siloso Beach!
Korang tak payah penat jalan kaki sekitar Siloso Beach, kat sini ada disediakan tram free sepanjang deretan pantai, tapi pantai jauh la sikit, at least ada disediakan pengangkutan leh jamu mata dari penat sangat berjalan waktu tengahari ni. 

Semua warna fink, ada warna purple juga tau, yipppiiiiiii tak payah bayar ni den memang suka, apa lagi jom melenjan puas2 dalam tramp.


Complete 4 of us in Beach Tram Siloso Beach, kaler fink tu sama cm baju kami weh hahahhaha



Nampak tak pantai dari jauh, memang cantik!
Super putih bersih tau, tapi aku tak ke tengah-tengah tu pun sebab panas yang amat, takpe dapat tengok suasana Siloso Beach dari sini pun dah cukup puas hati...lawaaaaaaaaaaa sangat!

Signboard Siloso ni julia snap dari dalam tram, nak pi bergambar pun pk banyak kali, korang tak tau sini panas oooo...kalau nak pi singgah sini better pi waktu petang, kalau tengahari phewwwwwwww panas dia aku tak sanggup.



Bye Siloso Beach, till we meet again, nanti julia mai balik insyaAllah bila tu tak tau lah hahahaha, mmmuahhhhhhhh cikit!

Beach Station - Vivo City 
Sentosa Train
Satu family dah rasa sengatnya kepenatan, bukan penat berjalan sangat pun, penat dengan cuaca panas wehhh, Qi dok top up tenaga hahahhaha 

Dalam sentosa train ni julia dapat capture keindahan yang cantik-cantik dari pusat Harbour Front tau...lawa!
 

Sampai dah Vivo City Sentosa Island
Tempat mula-mula sampai naik bas dari Malaysia hehehe.
Sekarang kami dok mencari MRT Singapore nak menuju ke sebuah lokasi popular membeli belah pula tau...tapi sebelum tu cuba tgk ni...kemain banyak escalator dan orang. Berpusu-pusu!


Siapa leh agak, terjahan seterusnya lokasi kami dimana sekarang???
Tunggguuuuu next update yehaaaaa 

Terlepas Episod Percutian Bajet Singapura Jejak Sini...
Part 1: Percutian Murah Ke Singapura Nak Menginap Di Mana [SINI]
Part 2: 5 Destinasi Di Sekitar Marina Bay [SINI]
Part 3: Universal Studio Singapore Yeyy Akhirnya Sampai Cita-Cita [SINI]

9 Comments

  1. Nak pi julia, siloso tu memang ada alphabet tu ke? Cantik :)

    ReplyDelete
  2. cantik pantainya...kalo dpt naik buai yg tergantung tu syok...kt bukit merah ada..dlu pernh naik

    ReplyDelete
  3. laju je sikecik masuk kedai.sama ngan adli pantang nampak pistol, senapang. yang penting kena cari yang murah

    ReplyDelete
  4. berseluar pendek tiga suka?

    hahaha.. cun giler la sini

    ReplyDelete
  5. nanti qi dah besar ajak datang lagi Ju..boleh main buaian gantung tu..hahaha..

    ReplyDelete
  6. Sy org kampung singapore pu xpenah jejak kat pantai ni. Mcm menarik syok jeee. Ermm *wishlist*

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)