5 Destinasi Marina Bay Sands Singapore Buat Aku Jatuh Cinta Pada Pandangan Pertama! | Julia Johari
Booking.com

5 Destinasi Marina Bay Sands Singapore Buat Aku Jatuh Cinta Pada Pandangan Pertama!



Aku JATUH CINTA! Cinta sama Marina Bay Sands. Sebuah kota yang paling tercantik di Singapura pada pandangan mata julia adalah si Marina tu lah. Dari stesen MRT Kranji terus ke stesen MRT Marina Bay Sands kena tempuh lebih kurang 20 stesen MRT tau. Memang berangin je montot tu duduk dalam MRT, sebab beraircond semua. Selesa, cuma penat melayan mata yang semakin mengantuk dok tanya bila nak sampai, bila nak sampai hahahha. 

Sekali dah sampai...woahhhhhhhhhhhhhhhh. Mulut tak habis-habis puji kecerdikan manusia membina seni bina yang gah dipersada dunia dan memuji kebesaran Allah dengan lautan dan angin yang semakin asyik di ulit di tepian Marina Bay Sands. Ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku tika berada di sana hari Jumaat lepas.

Aku pilih nak masuk marina bay sebab aku teliti aku leh pi 5 tempat bergambar dalam satu lokasi yang sama. Serius, menjimatkan duit kalau jenis kaki gambar macam family julia hehehe.
  1. Marina Bay Shopping Mall
  2. Marina Bay Sands Waterfront
  3. ArtScience Museum Singapore
  4. Singapore Flyer
  5. Gardens By The Bay

SEDIKIT INFO TENTANG MARINA BAY SANDS

"Las Vegas Sands Corporation is excited and ready to join Singapore on a historic journey. As a catalyst for the economic future of Singapore and a launch pad for its tourism industry, Marina Bay Sands will help Singapore solidify its standing among the world's greatest destinations." Sheldon G. Adelson, Chairman and CEO, Las Vegas Sands Corp.
Sedutan Video Julia & Family Naik MRT Singapura, KLIK!


Efiesien sungguh MRT Singapore ni, cakap nak pi mana, semua menggunakan MRT. Laju plak tu, selesa sangat. Kebetulan hari pertama kami di Singapura, kebanyakkan penumpang dalam MRT sangat peka terhadap situasi. Contoh macam julia bawa todler Qaiser ilman, sepatutnya tak beri tempat duduk pun tak pe, tapi mereka sangat prihatin, setiap kali julia masuk MRT, setiap kali itulah dapat tempat duduk. 

Masyarakat di sana memang prihatin, sebab julia sendiri dapat rasakan mereka sangat ambil berat kalau ada ibu dan bapa yang punya anak, orang tua, OKU perlu di beri tempat duduk. Syabas, orang Malaysia jom contohi mereka ye.

Lepas dah melalui 20 stesen MRT yang cukup mengantuk tersengguk-senguk dah sampai yahuuuuu berdebar-debar nak tgk marina bay singapore ni tau, julia selalu tengok orang asyik lah amik gambar di kawasan Singa berlatar belakangkan Marina Bay, tapi tak ada pun yang review dalam Marina Bay Waterfront tu ada apa kan? So julia sepakat apa kata jom terus ke dalam ni.

Marina Bay Shopping Mall
Turun MRT Marina Bay korang akan terus nampak permandangan ini dulu woahhhhhh! Cantiknya, ada kolam buatan ala-ala venice dari jauh. Jom!

Dalam marina bay ni ada banyak shoplot terkenal dan semua jual barang branded. So setakat nak window shopping boleh lah, nak membeli tu nanti kita singgah Kompleks Mustapa nanti di jalan Serangoon, itu nanti julia cerita next entry ye.

Lawa kan port ni, cantik tau. Jom cuci mata.




Ada ice skating, fuhhh sebesar-besar alam, dah la kami dok level paling atas, rasa sayup je tengok kat bawah...ketor lutut hehe

Haaaaaaaa nak berjudi ala-ala Las Vegas?
Sini bapak port judi kemain besar tau, hahahhahahhaha lari lariii jangan berangan nak masuk, kang pokaiiii jadi taik judi dosa tau...Qi....oh Qi...salah port tu...hahhahaha

MARINA BAY SANDS WATERFRONT

Lepas dah puas cuci mata dalam Marina Bay Sands, waktu dah senja, sedang elok nak menikmati permandangan indah di luar Marina Bay Waterfront. Terpaku julia dan family melihat permandangan indah diwaktu senja. 

Cantik bukan kepalang lagi, angin laut Singapore tu sangat kuat, peluh-peluh dan kepenatan terasa hilang terus bila dapat tatap kemegahan kota metropolitan Singapura bersama ciptaan Allah. 

SubhanaAllah, korang scroll je ye, gambar-gambar ini semua kenangan buat julia dan family yang pertama kali menjejakkan kaki ke Singapura.  

Port paling diminati, tengok mereka reka jambatan mengelilingi waterfront ni...best yer, sedut udara bersih dan mendamaikan, angin kuat betul. Louis Vuitton tu gah sungguh, orang-orang yang mampu je lah boleh shopping dalam tu hihihi.
Video real lagi dari julia snap, cer click bawah!

Kenangan bersama suami tercinta, yeyyy sampai jua akhirnya kan papa, selama ni asyik cakap je bila nak pi Singapore, haaa awal tahun 2016 Allah makbulkan. Amin.



ArtScience Museum Singapore
Depan Marina Bay Waterfront inilah terletaknya ArtScience Museum. Cantikkan, suami julia berdiri membelakangi senibina tersohor ini. Memang cantik, sampaikan julia terfikir apa sebab rupanya macam itu, ada jawapannya.

Perasan tak rupanya macam kelopak bunga teratai, dibawah museum tu ada kolam besar penuh bunga dan pokok teratai tau. Kagum tengok pereka yang mereka cipta bangunan berkenaan. Cerdik!

Datin pun nak bergambar amboiii merelip relip tangan baju tu hahahha tu je yang mampu, yang lain tengok belah, tengok belah muahahhaha.


Cantikkan satu kolam penuh bunga teratai, dalam kolam tu ada ikan koi besar-besar, woahhhhhhh boleh buat lauk ni hahahha



Lengkap satu family bergambar...next its Marina Bay Sands building 

Marina Bay Sands
Gila tak cantik si Marina Bay tu, dah lah paling tinggi, paling besar, paling apa tak tau dah nak cakap. Mendongak kepala aku tengok, perghhhhhh acaner akitek diorang ni reka senibina yang begitu hebat, tapi tak leh lawan gak langit Allah tu, itu paling win. Tadaaaaa, gambar family tercinta berlatar belakang view bangunan Marina Bay. Fuhhhh awesome! Jom tengok gambar kami ye...banyak ni. Scroll je lah.



Tak mampu nak naik SkyPark Marina tu, bergambar dekat bawah ni pun dah cukup puas hati dah, janji sampai ye dok hehehe. Kalau korang menabung lebih lagi leh la naik atas si marina tu, mesti view lagi cantik. Perasan tak gambar Qaiser ilman, pesal dia buat tangan camtu je semua gambar hahahhahahaha.

Singapore Flyer
Tarikan seterusnya di Singapura bila berada dalam kawasan Marina Bay kita akan dapat lihat dari jauh Singapore Flyer. Julia senang kata buai pusing lah hehehhe, tapi ini bukan sebarang buai pusing ooooo...harga mewah tu memang setanding dengan apa yang kita akan dapat naik dalam tu tau. Tapi julia tak naik pun, nama pun bajet, so bajet bergambar dari jauh pun dah leh rasa aura Singapore Flyer hehe

Gambar ihsan Google

Ini gambar dari depan Marina Bay. Ada jambatan lawa depan ni tau






Gardens By The Bay
Korang naik Level 4 dalam Marina Bay tu terus leh ambil gambar view belatarbelakangkan Gardens by The Bay dari jauh, aku tak pi dekat macam dalam gambar ni sebab kaki kita orang semua dah lenguh yang amat, yelah dari Johor terus ke sini mahu yer tak semput kaki semua macam nak arwah hahahha. Cantik kan gambar bawah ni julia ambil contoh dari mat google.
 Gambar ihsan Google


Dari sini semua real, escalator ni memang panjang dan tinggi. Jom naik.


Tadaaaaaaa...nampak tak Gardens By The Bay belakang kami...woahhh mcm2 warna lampur bertukar tau. Terpaku jap tengok.




Lihat Marina Bay Sands waktu malam...perghhh!

Ada anjung tau kat atas ni boleh lepak, sambil hirup udara nyaman dari laut singapore. Rehat kaki jap lenguh berjalan hehehe

Sambil rehatkan kaki dan badan di atas anjung level 4, mata menyaksikan satu bandar Singapura waktu malam. SubhanAllah!

Terus rasa tak sakit kaki dah bila dapat tatap view cantik ni....terus balik Johor malam yang sama.

Lengkap sudah 5 destinasi port cantik di Marina Bay Sands, mudah kan nak dapat holiday trip yang super jimat ni. Yehaaaaaaa!

Gambar ihsan Google

 Esok nak bangun awal ke Sentosa Island pusing-pusing kawasan....tungguuuuuuu entry akan datang ye.

Terlepas Episod Percutian Bajet Singapura Jejak Sini...

Part 1: Percutian Murah Ke Singapura Nak Menginap Di Mana [SINI]

9 comments:

  1. Cantiknyaaa! Ok leh masuk list must visit ni

    ReplyDelete
  2. cantik viewnya...spore flyer tu tringat ms pegi london dlu LONDON EYE...dlu kt kl pn ada

    ReplyDelete
  3. Salam singgah!

    Dah lama tak masuk Singapore. Memang tak macam dulu Singapore ni. Cantik sungguh pemandangan kat Marina Bay. Singaporeans ni walaupun katanya kiasu tapi dari pengalaman saya agak helpful juga. Kalau kita terpinga-pinga tak tahu hala tuju, memang ada yang akan datang bertanya nak menolong. Bab kiasu tu biasalah!

    Sekarang ni SGD hebat, tak bolehlah nak masuk Singapore walaupun mak-mak sedara dan sepupu sepapat ada di sana!

    ReplyDelete
  4. cantikkk...dulu pergi time blaja takde lg semua tu..

    ReplyDelete
  5. pergh, bestnya dapaat pergi negara Jiran yang pesat membangun...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com