PERCUTIAN MURAH KE SINGAPURA NAK MENGINAP DI MANA | Part 1 | Julia Johari
Booking.com

PERCUTIAN MURAH KE SINGAPURA NAK MENGINAP DI MANA | Part 1


Ohh hai korang, sekejap je trip 3H2M julia ke Singapura. Jumaat sampai Ahad (8 Jan - 10 Jan 2016) Laju je masa, duit pun laju sama keluar tapi sangat menjimatkan yeah. Trip kali ini kami ajak bapa saudara suami (senior tour guide) bersama-sama sekali dengan kami untuk ke Singapura. Namanya Encik Ramli tapi kami panggil CikLi je saja nak balas jasa budi baik dia selama ni hehe. Penginapan dia kami tanggung, still bajet yeah. Kalau korang nak bawa mak ayah melancong sekali pun still jimat weh, bawa tau.

Nak jimat? Salah satu caranya pilih hotel yang selesa dan murah untuk stay lama. Kalau 3 hari tu kira lama juga kan. So, banyak pilihan bajet hotel yang murah sekitar JB, pilih mana yang berkenan. Macam julia, julia pilih Hotel Sentral Johor Bahru.


Berapa semalaman?
Julia booking hotel guna web ni klik Booking.com. Total 3H2M x 2 bilik = RM340.48 (tanpa sarapan) lebih kurang. Murah tak kawan-kawan? Murahhhh! Kalau satu bilik je 3H2M only RM170 lebih kurang, gila murah dan selesa yang amat. Julia ni sangat cerewet pilih hotel, jenis hotel backpackers ni julia tak berapa gemar sebab ada anak kecik kan tak kan nak kongsi bilik air bagai kat luar, pilihan julia nak murah dan nak sedap tidur ala-ala hotel macam ada star hahaha dan aku dapat apa aku nak. Hotel ni sangat dekat dengan CIQ (pusat imegresen) tapi kena naik kereta la dalam 5 min sampai dah. 

Aku pi Singapore 2 hari tau, pergi balik, pergi balik. Aku tak stay dalam Singapore. Kata nak jimat so ko kerah kudrat ko tu jalan banyak sikit. 

Jom tengok sikit view hotel ni ye, apa yang berbaloi?
  • parking berbumbung/tak berbumbung,
  • pool, kettle, serika di laluan luar, lif.
  • view city JB / laut,
  • dekat kawasan makan,
  • tenang dan tak serabut ramai orang (weekdays)
Yup, sepanjang aku kat sana tak sempat pun nak mandi pool, keluar pagi malam gak balik, sarapan aku tak includekan sekali sebab nak free and easy, so lepas subuh tu leh tidur balik suka hati, breakfast ala kadar dalam hotel dah tapau siap-siap roti bun dan air soya berkotan-kotan dalam peti.





Kat lobi agak serabut sikit sebab staff disitu sorang je bertugas, sampai dalam 12.30 tengahari time orang sibuk nak check out dan check in.

Nombor bilik kami 812, katil Queen. Nombor 814 bilik CikLi bersetentang dengan bilik hotel kami tau, duduk paling hujung sekali haaa best. Besar katil queen ni puas tidur, tidur 3 orang dengan anak sorang sangat selesa. Kalau anak ramai bawalah toto sebab ada kawasan luas leh bentang. Ada ruang khas tempat duduk memanjang di tepi tingkap hotel ni. 






Aku dah mention nak view city, tak nak view bulding orang hahahha. Aku ni memang cerewet, tu sebab aku suka pi check in sendiri dulu bagi pihak diorang sebab aku nak pastikan apa yang kami labur berbaloi dan duduk 3 hari. Okey settle check in, solat Jumaat, rehat setengah jam terus ke mana?

Day 1 / Friday (8 Jan 2016)
KL - JB - SG - MARINA BAY SANDS

Satu bonus kami pi Singapura dengan bapa saudara suami sebab dia tour guide ada simpan berlambak kad imegresen Singapura. Nak dapat kad putih tu ada dalam CIQ jangan risau kat sana pun boleh isi, so kalau korang nak pi 2 hari Singapore pastikan ambil banyak kad putih tu isi siap-siap untuk esok plak tau, jimat masa. 

So pastikan passport korang tu valid lagi serta isi kad tu betul-betul ye. Kemudian nanti sampai CIQ tu terus serahkan di kaunter sana untuk pengesahan. TAK PERLU TUNJUK IC.

CUTI BAJET KE SINGAPURA CARA JULIA...
(2 hari keluar masuk JB-Singapura)

Parking kereta di mana? 
Dalam Kompleks CIQ Johor Bahru (Bangunan Sultan Iskandar)

Harga parking?
RM1.50 sejam (lebih kurang harga dia)
Murah sebab kami bertolak ke Marina Bay jam 3 petang - 9 malam tak sampai RM20.
Kereta selamat dan ada pengawasan CCTV. Jangan parking merata tepi jalan, sepanjang julia tengok banyak polis bagi surat saman.

Lapar?
Dalam Kompleks CIQ banyak kedai makan, jimat masa.

Nak tukar duit RM - SID?
Dalam Kompleks CIQ ada, boleh tukar duit last minit pun boleh. Tukaran tak jauh beza pun dengan KL.

Bajet berapa nak bawa SID?
Anggaran RM1,000 (SID700) lebih kurang... (2 hari tanpa belanja mewah)
Guna duit tu semata untuk MRT, BAS, Makan sikit, dan beli souvenir sendiri. Nak beli dekat kawan-kawan terpulang, sory korang aku tak beli sebab mata wang sangat mahal, aku mampu tengok je beli tuk diri sendiri hahahhahaha

Bekalan makanan dan minuman?
Bawa 2 botol air biasa minimum satu orang, tak pun kongsi je nanti.
Beli roti bun, kek bun, coklat atau gula-gula untuk di makan dalam Singapura. Pihak imegresen CIQ tak rampas pun setakat barang tu semua KECUALI spray mata, makanan berbau dilarang sama sekali.

Anak kecil?
Korang, aku nak sgt highlight ni, kalau ada anak todler pun sila bawa buggy atau stroller. Sebab kawasan CIQ ni sangat jauh nak kena bertawaf dan berjalan, mak pak orang pun penat apatah lagi dengan anak kecil yang bawah 5 tahun tu. Better bawa buggy, cuma susah sikit je nak naik bas ke Woodlands tu, so beli buggy yang kecil dan mudah lipat ye. Kena tangkas.

Tisu Basah/Tuala Kecil/Botol air
apa sebab aku mention ini semua, sila bawa!. Dalam singapura kebanyakkan toilet tak ada paip air tau, semua main pancut je, so kalau korang nak poopoo, anak nak poopoo acaner? Haa tu gunanya bawa botol air, lepas dah habis minum ambil botol kosong tu tadah air la dalam toilet nak basuh poopoo anak ke kan.

Tisu basah sangat penting gila tak penting, kt sana banyak orang jual aiskrim, anak-anak mesti nak makan aiskrim, kadang-kadang anak2 ni suka pegang macam-macam sikit-sikit kotor, so bawa tisu basah jaga kebersihan anak dan diri sendiri penting.

PERKARA DILARANG
Jangan ambil gambar didalam kawasan Imegresen WOODLANDS, dilarang keras.

Inilah laluan jambatan pergi balik yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. 

Sekitar CIQ

Besar CIQ ni, cantik memang cantik, luas semua tapi aku yang berselipar ni pun nak pancit dah masuk dalam ni, besar dan panjang sangat laluan nak clear pasport tu huhh, so kalau ada anak yang beratnya 15kg ke atas, paksa dia naik buggy, nanti sampai Singapore dia tak cukup rehat kita yang tak selesa nak holiday tau. 

Mujur julia bawa, ingat nak tinggal je buggy tu, rupanya dia penyelamat kami dan memang Qi buat perangai bila penat nak berdukung, so settle buggy lah maid aku. Selamat hahahahha.


Kelebihan bercuti bukan waktu peek season, orang tak ramai, 2 hari pergi balik ke Singapura sangat tenang. 

Tengok, tak ramai, so rancang percutian korang sebolehnya bukan waktu peek season, kalau tak boleh apa nak buat kan, korang kena tahan la berdiri. 

Mudah dan cepat, laju je nak clear passport di CIQ.

Lepas clear urusan pasport di CIQ JB, terus turun ke bawah, time ni ada laluan khas yang korang kena masuk beratur, laluan ralling besi, bagus juga tak lah berebut-rebut nak naik bas kan. Nak ke Woodlands senang sebab semua bas yang bawah CIQ tu menghala ke sana, just bayar duit Malaysia. Harga dalam RM2 gitu sorang.

Aku shortcut sikit, sampai Woodlands (pusat Imegresen Singapura) terus korang masuk clearkan passport kemudian naik bas menghala ke Kranji Stesen.

Bas Singapore banyak nombor tau, seingat aku nombor 170 menghala ke Kranji.
Dah sampai topup dan beli kad MRT siap-siap disini ye, pastikan ada topup lebih kurang dalam SID20, cukup dah sebenarnya sebab MRT dan bas sekitar Singapura murah dah. Jimat.



Suasana di MRT Kranji.


Nampak tak julia bulatkan warna merah.
Kranji ke Marina Bay 
Bayangkan 20 stesen kena rempuh semata nak ke Marina Bay, aku agak masa lebih kurang 30 minit sampai. 

Suami, Qaiser ilman dan bapa saudara suami CikLi. CikLi ni kan senior tour guide, mudah pergi dengan dia sebab dia banyak kali bawa orang Singapore ke Malaysia. So satu bonus bagi kami yang pertama kali ke Singapura hehehhe.

Selesa tau dok dalam MRT Singapura ni, aircond dan sangat laju. Dari satu stesen ke satu stesen rasa cepat betul.

Haaaaaaa sampai dah Marina Bay Stesen, terus nampak kolam air buatan yang panjang ala-ala Venice tu weh....yipppiiiiiiii tak sabar nak tengok dekat jom...
bersambung next part sabar ye hehehe....

13 comments:

  1. Bestnya...balik johor x pernah masuk singapore lg

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnye tgk..hotel baru ye tu?

    ReplyDelete
  3. seronok nye pg ada org tunjuk kan jalan...last pg thn 2009..time tu xde uss lg...

    ReplyDelete
  4. Bestnya Julia..
    Terima kasih kongsi info..
    Mana tahu nak buat juga cuti pecutan macam Julia ni..
    Tapi betul lah mata wang kita dah rendah sangat..

    ReplyDelete
  5. akak dlu pegi spore pn stay hotel kt jb sbb nk jimat...sronok la dpt merasa naik MRT...akak dlu sbb mmg pegi USS so mmg naik bas direct trus je..good sharing..mn tau ada rezeki ke spore lg plak kn

    ReplyDelete
  6. seronok berjalan kalau ada tour guide. Nak2 plak tour guide tu sedara sendiri.. lagi mudah perjalanan

    ReplyDelete
  7. wahh ada tour guide! senang ! xsesat lah ehh hehehee..

    ReplyDelete
  8. Hari tu saya pi Penang pun stay kat hotel ni tapi 3H2M sebilik aje RM360 gitu. Bilik pun selesa jugalah sebab setakat nak tidur malam aje. Siang kita orang melenjan!

    Baru plan nak balik kampung sampai ke JB tapi bila baca blog ni tentang Singapura tetiba aje terpanggil-panggil nak ke sana. Saya anak beranak senanglah masuk jerk bawa passport tapi suami kena ada visalah. Leceh betul!

    ReplyDelete
  9. Rindu giler singapore..dulu mmg sebulan skli ikut hubs turun singapore...hubs ada keje kat sana..tu masa tahun 2000..huhu..lama dah..

    ReplyDelete
  10. YaAllah cikli..mcmana nk contact cikli night lama betol xjumpa dia..😊

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com