Yeyy Akhirnya Sampai Cita-Cita Holiday Ke Universal Studio Singapore (USS) | Part 3 | Julia Johari
Booking.com

Yeyy Akhirnya Sampai Cita-Cita Holiday Ke Universal Studio Singapore (USS) | Part 3


Hari pertama ke Marina Bay Sands dah puas lawat semua terus balik Malaysia, esok tu hari kedua 9 Julai 2016 jam 10 pagi masuk balik Singapore. Amboiiii keluar masuk Singapore 2 kali ni macam apak ko punya negara kan kihkih. Hari kedua punya tentatif terjahan ke sekitar Pulau Sentosa. Dalam map memang banyak betul kawasan tarikan disini, memang kena peruntuk satu hari duduk tawaf dalam Sentosa island tau. Penat tak usah cakap lah, ini baru sight seeing je, tak masuk pun permainan dalam USS tu, hanya melawat tapak sahaja pun jadilah. Nak masuk USS tu tunggu ada rezeki lebih dan anak besar betul2 senang tak membazir ye dok.

 
Ada orang tegur aku pasal ke Singapore ni...
Julia pi singapore tengok bangunan je ke...apa barang pi tengok bangunan tinggi-tinggi je...
erkkk aku senyum je lah sebab diorang tak faham apa ertinya hobi si traveler, bukan setakat bangunan tapi lebih dari itu aku nampak...sebab tu aku tak berapa nak sensitif dengan public yang tak berapa faham si hati pengembara, kerana kami ada mata hati yang orang lain tak dapat tafsir...itu lainnya dengan korang. Kepuasan si traveler itu tak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya bicara melalui pengalaman sendiri dinukil dalam blog, korang pi lah sendiri baru tahu betapa seronoknya melancong di tempat orang dan menyaksikan puluhan keistimewaan deria rasa. 


Cara ke Sentosa Island Singapore
Lepas turun di Woodlands Singapore macam biasa settlekan pasal passport, cari bas yang direct terus masuk ke Pulau Sentosa, kali ini tak payah dah nak naik MRT. Nak naik bas direct masuk dalam Pulau Sentosa. Kali ini lebih selesa, bas dua tingkat. Harga aku tak pasti lah sebab lain-lain bas lain harganya kan, janji ko nak pi bercuti jangan nak berkira sangat soal harga pengangkutan, janji mampu bayar dan masih dalam lingkungan bajet korang. 

Kalau naik teksi memang mahal lah, aku tak suggest kt korang, tapi kalau nak terpulang duit memasing. Paling efiesien dengan kos jimat menaiki BAS dan MRT disediakan. Bas paling selesa lah tak perlu banyak bergerak, hanya duduk dan dah sampai.
Hari kedua Singapura sedondon fink belacan, kebetulan dapat tema seakan sama, seronok!

Vivo City Singapore
Nampak kan gambar pertama atas sekali tu, julia snap masa duduk dalam bas dua tingkat tau. Selesa lah. Vivo city ni dalamnya terletak Pulau Sentosa tau...besar yang amat, dihubungkan juga dengan MRT Sentosa khas. 

Dalam vivo city ni aku terbuntang mata lihat betapa cantiknya escalator ni, dah la panjang dan tinggi pastu macam ala-ala kapal angkasa design hahahha kan betul tak.

Sayup je dari jauh suami dan cikli dan anak julia kat atas tu, julia memang suka ambil gambar dibelakang sekali...senang nak snap moment diorang dari jauh.






Wahhh meriahnya USS
Gambar ni julia snap dari jauh, meriah lihat ramai pelancong bergambar sakan depan tu. Luas betul kawasan USS ni ye, jom pusing-pusing depan ni ambil gambar hehehhe 

Korang, touching tau julia!
Dari gambar korang pi melancong kat sini lah julia tanamkan azam menabung dengan suami nak datang ke sini at least tinggalkan jejak. Sekarang julia dah sampai, happy yer!
Terima kasih tau kawan-kawan, kerana gambar koranglah julia dapat capai impian holiday sini...bestttttttttt sampai nak terbang yipppiiii!

Gambar ni paling win disnap oleh suami tercinta, tak ada photobomb di belakang ke orang lalu lalang ke hahahha nanti nak cuci besar2.

Kerana dialah aku sampai disini...
Partner aku ni memang sekepala ngan aku, kadang-kadang aku suka buat holiday mengejut ngejut dia okey je layan muahahhahahhahhahhahha (isteri yang gila, suami redho hahha), tapi singapore ni bukanlah kes mengejut tapi di rancang sehabis baik tau.

Pro lah gaya suami bergambar ni, nangis tau kalau Aaron Aziz tengok hehhehee lebiuuuu

Qaiser ilman dengan Tok Li tersayang....
Tanpa tok li tak mungkin Qi leh sampai Singapore tau, ingat ni tok li ni memang baik hati, sangat tak berkira wang ringgit, macam-macam dia belanja cucu saudara dia ni tau...aku doa biar tok li panjang umur...nanti next vacay nak ajak tok li ni tempat lain plak ramai-ramai, mudah bincang dengan bapa saudara suami yang bekerja sebagai senior tour guide Malaysia.

Bermula kisah keluarga kecil ku bergambar hahhaa macam-macam aksi nak dapatkan gambar cantik...masalahnya aku yang tak behave...anak aku okey je kan...haishhhhhh maknya punnn

Kenangan di USS 9 Jan 2016...perfect! 

Inilah pintu masuk utama nak ke USS, besar sungguh gate utama ni tau.


Qaiser ilman jom terbang lagi jommm hahhaha tak habis-habis depa tangan tu trademark sangat


Bergambar ala-ala pelancong jauh sangat hehehhee...sedondon dondon haaaaaa

Tangan tu jangan Qi Puteh sangat tau...orang suh peace bukan suh beli produk hahahhaha...sekitar kawasan souvenir...mahal? Tau pun.

Umi...umi jommm masuk USS....erkkk tunggu lah Qi besar nanti kita masuk tau...suami kemain haaaaaaa berselfie tu...ada cita-cita lah tu nak masuk USS len kali hehhee


Permandangan USS dari luar gate...nak masuk time tu tak ramai orang pun walaupun hari sabtu...bagus pulak...tapi nantilah next time datang lagi masuk USS je...





Huwaaaaaaa besar betul kedai Hersyey's ni tau...dah aku ni hantu coklat...tapi tak beli lah...hat Langkawi tu ada baki lagi...jimat fulus.

Cantiklah tugu singa tu kalerfull betul...nak bergambar tepi tu tapi panas berdeting gila-gila panas...tak sanggup aku...cair makeup aku tau hahahha

Selfiaq seketui...asal nak selfie ye orang lalu...asal orang lalu gambar aku tu la yg elok aduyaiiii kenalah cover dengan gambar kartun hahahhaah

Muka terpancar kepuasan hati...alhamdulilah.

Lepas ligan bergambar depan USS, destinasi tentatif seterusnya yang julia nak pi sangat adalah Siloso Beach Singapura...nanti aku citer next part...tunggguuu tau 

Terlepas Episod Percutian Bajet Singapura Jejak Sini...

Part 1: Percutian Murah Ke Singapura Nak Menginap Di Mana [SINI]
Part 2: 5 Destinasi Di Sekitar Marina Bay [SINI]



8 comments:

  1. seronoknya.syok tengok gbr2 ni julia.

    ReplyDelete
  2. Wah.seronoknya..saya belum sampai singapore lagi.insyaallah tahun ni kena pergi juga walau mcm mana sekali pun..hehe

    www.qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Wahh.bestnya julia!!!ahkak uss je blm sampai...huhu

    ReplyDelete
  4. best2..tak g pantai sentosa island tu ke?

    ReplyDelete
  5. Puas hati tengok gambar2 Ju ni..jelas..tak de la sampai terkepit2 mata nak tengok sebab gambar halus sangat..hahha

    ReplyDelete
  6. nanti qi dh besar skit bole bw masuk USS...syok skit bila die dh tgi sbb certain ride bdk kecik tkleh naik kalo tk cukup ketinggian...terutama transformers sgt best...nk bc entry USS akak bole jenguk kt blog..mana tau ada info utk juju bole guna pakai if nk pegi nanti

    ReplyDelete
  7. Waaaah bestnyaa kak dah jejak Singapura :D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com