Walaupun tengah bercuti di Melaka tika ini, juju tetap bawa baju workout. Ambil kesempatan 30 ke 40 minit untuk bersenam di gym hotel. 

Bulan April 2021, bermulanya detik pertama juju kisahkan berat badan. 
Sekarang sudah masuk April 2022 maka sudah hampir setahun ianya berjalan. 

Ramai suka tanya soalan ini berulang kali pada juju...

"Macam mana juju istiqamah?"
"Macam mana juju boleh tahan nafsu?"
"Macam mana juju boleh komited?"

Percayalah, jawapannya TIADA. 
Aku tak letak apa-apa penanda aras untuk turun berat berapa kilo ya. Yang aku tahu, saat timbang angka pertama yang timbul ialah 115kg di klinik swasta. Masa tu aku tak sihat, demam, so naiklah atas penimbang tu.

Sekali yang terbit 115 kg...

Bukan dari paksaan doktor, 
Bukan dari ajakan suami atau kawan-kawan,

Bukan...

Semua dari diri sendiri. Semua dari hidayah Allah beri, aku cuma ada satu perasaan untuk berubah sebelum umur 40 tahun aku nak berat badan ideal. Itu aku punya dreamboard. Aku ikut dreamboard aku tu sungguh-sungguh.

Aku belajar pantau makan harian apa. Itu jejak pertama aku buat, catat pemakanan & berapa kali bersenam dalam masa seminggu. 
Masuk 3 ke 5 bulan tangan aku asah tulis hari-hari, otak dah boleh sesuaikan dengan habit baru. Ya, inilah tips paling berkesan untuk orang yang tak boleh kawal nafsu. 

Kena didik ini dulu baru boleh kita tahu dalam masa seminggu tu apa kesalahan yang kita buat dan perbetulkan cara masakan dan cara pengambilan. 

Seminggu sekali je timbang, tak perlu hari-hari. 
Mana aku beli penimbang klik 👉 SINI
Aku akan pastikan setiap hari Ahad, waktu pagi sebelum mandi dan selepas buang air semua aku terus timbang. 

Baru dapat timbangan sebenar. 

Kisah plateau (berat statik berbulan malah mingguan) pun selalu alami. 
Masa ini kau kena kuat semangat, kalau stress dengan berat yang tak turun-turun cuba banyakkan aktiviti seharian. 

Macam juju, juju selain ke gym, juju pilih aktiviti berenang tau. Berenang sangat tenang, kadang tu tak perasan rupanya dah 2 jam berenang tanpa sedar. Balik rumah, terus tidur penat.

Bangun segar je... bila plateau, tu tanda badan dah dalam mode biasa dengan aktiviti tersebut. Kita kena twist sikit je, ubah-ubah dan aktifkan diri.

Hasil pencapaian penurunan berat badan Juju 
(April 2021 hingga April 2022)
Loss = 29.75 kg 💪

Yahhh! Hampir 30 kg di tarah. 


30 kg ⚡
Siapa sangka, 30 kg di tarah dengan pelbagai ranjaunya. Semua dari sokongan padu suami dan anak serta rakan-rakan macam kalian yang selalu follow juju di Fb & IG membuat juju tak henti berjuang.

Masih kategori Obese II
Berat terkini 85.25 kg, berat pagi tadi timbang setelah masuk Ramadan hari ke-5. 
Ya masih obese ya, nak masuk kategori overweight kena berat bawah 80 kilogram. 

Kalau aku boleh, korang lagi boleh! Buktikan. 

Aku nak kongsikan dekat korang beberapa menu yang aku amal bawa ke pejabat dan makan di rumah. Here we go! Semoga beri anda semangat untuk teruskan budaya sihat di mana sahaja kita berada okey.
Ubi keledek bakar air fryer - snacking

Porch eggs tabur chiaseeds - lunch

Porch egg sandwich bersama roti wholegrains 100%, 
sos cili & light kewpie letak satu sudu kecil sahaja - lunch

Sanwich tuna salad, epal dan telur rebus - lunch

Meal prep pejabat, ikan bakar kunyit, 
nasi goreng cina suku dan tempe pedas satu sudu besar - lunch 

Chicken wraps salad - hi tea

Ikan tongkol bakar sekeping, air asam, sayur timun dan salad - dinner

Ikan bawal bakar, sambal penyet, salad dan air masak - dinner

Makan kat luar? Boleh, ambil portion. 
Nasi suku, ulaman dan menu bakar sebaiknya. 

Yang buat kenaikan berat mendadak sebab kita setiap hari makan menu bergoreng dan sangat kerap pengambilan jenis bergoreng dan berminyak. 

Cuba twist sedikit sesekali ke menu jenis stim, rebus, bakar mahupun sayuran jenis ulaman yang tak perlu guna minyak untuk mengoreng. 

Sebenarnya, sedap!
Kalau kita tau cara penyediaan menu sihat, latih tangan untuk tulis di jadual, automatik tangan kita sendiri akan kemudi untuk merancang menu masuk ke badan. 

If you really want to do something, you'll find a way, but if you don't, you'll find an excuse.

Alhamdulilah, 30kg berjaya di tawan. InsyaAllah, sampai sekarang masih amal apa yang juju buat. Misi nak masuk zon 70 akan datang, insyaAllah.

Tahun kedua, here we go, lets fighthing guys, you can do it, come on!

Akan datang, juju nak kongsikan lagu dari radio mana yang aku saban hari dengar yang membuatkan kita semangat nak workout, boleh naikkan kelenjar adrenalin tau. Tak payah download dalam MP3 pun. 

Akan datang juju kongsi lagi ya. 
Terima kasih setia baca sampai habis. 
Anda memang daboommm! 💋💪
-------------------------------------
#Entry Aku Kisah Berat Badan yang lain klik ðŸ‘‰SINI 

9 Comments

  1. wow.. 30 kg tu... akak dapat 3 kg pun macam nak lompat bintang sukanya tau.. tahniah dik.. lepas ni jaga makan terus untuk baby ya..

    ReplyDelete
  2. pejam celik dh setahun ye juju...mmg nmpk perubahan..keep it up

    ReplyDelete
  3. Tahniahhh. Busykan diri dgn aktiviti harian tu betul. Haritu jaga ahli keluarga covid, seminggu turun 4 kilo sebab busy pantau makan, bagi ubat, lap muntah haha.

    ReplyDelete
  4. im impressed! selalu tengok your weight loss journey kat IG...bila baca entry juju rasa bersemangat nak slimdown...lepas scroll ehhhhhhh semangat tu pun scroll sama

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah juju..kagum sangat..

    ReplyDelete
  6. Keep sharing terutama resepi diet mudah..

    ReplyDelete
  7. Tahniah dpt turun 30kg.. byk gak tu..
    Aini pun tgh usaha nk turunkan berat badan n dpt ideal weight before 40 macam juju..
    Semoga kita sama2 berjaya..InsyaAllah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)