Yeah kembali ke sekolah ! ๐Ÿค—

Abg Qi nak masuk Darjah 4 dah tak lama lagi, jadi juju dan suami buat persiapan awal untuk kelengkapan sekolahnya. 

Sudah tentulah pilihan kami mengunjungi salah satu cawangan terdekat Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd di Taman Permata, Kuala Lumpur.๐Ÿ‘

Kami suka berkunjung di cawangan sini saban tahun kerana kawasan parkingnya yang luas, ruang pemilihan produk luas dan tak sempit, dan sudah tentu banyak barangan seperti alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah dan barangan asas untuk memasuki persekolahan bagi anak yang baru masuk sekolah rendah mahupun menengah.

Di Hari-Hari, semuanya jadi mudah dan berbaloi. 

Sebut apa sahaja, seluar senaman sekolah, baju senaman sekolah, baju sekolah agama termasuk baju pengawas sekolah pun ada dijual. 

Klik video pengalaman juju sekeluarga berkunjung di Hari-Hari Sabtu lepas ๐Ÿ‘‰ SINI

Teringat dulu masa alam 90an, nak beli baju sekolah pengawas kena tunggu cikgu sediakan dulu baru kita boleh beli. Punya payah dulu nak beli di kedai. Sekarang di Hari-Hari kita boleh beli dan topup pada bila-bila masa. 

Untung anak zaman sekarang. 

Terkejut Abg Qi tengok beg sekolah tadi, lawa betul set dengan pensil box baru, range harga 50 ke bawah dua set tu. Ehh murah, nampak kualiti dan style tau. 

Apa lagi, terus masuk bakul. Baju sekolah, alat tulis, kasut sekolah, dan bermacam lagi semua ada. Hmmm tak payah pening la nak cari kedai lain. One stop centre. 

Paling penting : Semua pelanggan boleh membuat penukaran jika size terlalu besar @ kecil dalam masa 7 hari. Kena pastikanlah tanda harga pada pakaian dan barangan serta resit masih ada pada produk terbabit ya. 

Tengah fokus size baju, naik satu anak tangga saiz badan Abg Qi. 
Cepat betul Abg Qi ni membesar. Sebelum pilih, fitting dulu betul-betul. Senang, ada ruangan khas untuk fitting dan pilih material kain dulu, kemudian baru juju minta bantuan jurujual Hari-Hari carikan saiz yang ngam dengan anak. 

Badan okey dah, tapi lengan senteng sikit. So kena up lagi satu saiz. Selesai part baju dan seluar sekolah, kemudian beralih kepada peralatan alat tulis. 

Harga pun berbaloi, murah dan nampak kualiti. Apa lagi borong terus, juju dan suami pun beli sama peralatan alat tulis untuk kegunaan sendiri. 

Cantik sungguh pilihan beg sekolah disini, so colorful. Abg Qi dah dapat beg idamannya, tema ala-ala tentera dia pilih. Dah semakin matang, tak nak dah tema kartun hehe. 

Banyak sungguh pilihan kasut sekolah, tengah cuba fitting saiz kasut, masa ni kaki Abg Qi tak muat, kena tukar saiz lebih besar. Jangan risau, semua saiz ada sampai anak sekolah menengah. 

Jenama ini aku dengar dari keluarga yang berkunjung disini ramai yang suka jenama ini, jadi aku pun tirulah hahaha, yelah bila dengar review ramai suka kualiti Jony & Jeny aku tengok kain dia not bad, bagus dan tak jarang lah. Grab!

Seluar sekolah rendah dan seluar sekolah menengah. Teratur betul, sedap mata melihat dan senang nak pilih saiz. Juju suka susunan macam ini, mudah dicapai. 

Juju bagi 4 bintang dari 5 bintang dekat Pasaraya Hari-Hari, mudah, menjimatkan wang dan masa. Terima kasih Hari-Hari. Rekemen sangat anda ke sini dengan anak-anak. 

Oh ye! Berita baik, anda boleh dapatkan 10% diskaun sehingga 1 April 2022 dengan pembelian barangan sekolah melalui belian online 
di website klik ๐Ÿ‘‰ http://www.ehari.com 

Shoppe pun ada SHOCKING SALES klik link ๐Ÿ‘‰harihari_ 

FREE DELIVERY bagi pembelian RM15 ke atas. Free delivery voucher perlu ditebus dalam Shopee ya, ala macam korang selalu beli tu, kena tebus dulu voucher free delivery kemudian baru buat pembelian. 

Terdapat 90 cawangan seluruh Malaysia. Jom semak cawangan Hari-Hari terdekat dengan anda. Layari: http://www.hari.com.my/locator

Marilah pergi Hari-Hari ! Pilihan Terbaik ๐Ÿ˜‰

Untuk maklumat lanjut layari :

9 Comments

  1. Pilihan kak Nina jugak beli krlengy sekolah kat sini. Berpatutan, berkualiti

    ReplyDelete
  2. Bestnya abangQi shopping barang sekolah. Nanti nak pergi Pusat Pakaian Hari-Hari juga sebab Darwish dah jadi oengawas kena tukar uniform hehe

    ReplyDelete
  3. Lengkap ye semua da dekat sini, ok boleh pergi nanti belikan kelengkapan sekolah fariza nak ready masuk darjah 1..arghh mak neves..hahaa

    ReplyDelete
  4. akak mmg dr tisya masa darjah 1 lg..mmg beli bj sekolah kt sini..berbaloi

    ReplyDelete
  5. Wah, Juju dah shopping baju sekolah. Nak kena pergi juga nanti. Nak selesaikan awal-awal kelengkapan back to school dua beradik tu.

    ReplyDelete
  6. Walaupun naik sekolah tak semeriah dulu, tapi at least dapat belikan semua baru pun, anak-anak dah semangat nak bersekolah kan.. moga semuanya baik-baik aja buat anak-anak...

    ReplyDelete
  7. huda pun dah setel shopping baju dan kelengkapan naik sekolah , beli semua kat Hari-Hari jer.mudah semua ada

    ReplyDelete
  8. Baju sekolah kat hari-hari memang recommended. Ada kuaiti and harga berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  9. IQ pun pilih brand Jony Jeny tu baju dan seluar sekolah Qaid. Kain dia lembut dan berkualiti kan kak juju?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)