Just DO !

Kembali lagi dalam segmen bebenang entri Aku Kisah Berat Badan. Semalam aku terkejut, aku sebelum nak berkongsi apa pun, aku tunggu masa yang sesuai dan benar-benar bersedia betul baru aku kongsi. 

Tapi Allah maha kuasa, ada pengikut yang mengikuti aku rapat-rapat rupanya, serius ya. Dia cantum gambar lama aku tahun lepas dan gambar yang terkini, siap letak tahun dan bulan tau tak. 

Ya Allah, aku tiada kekuatan nak selalu buat macam itu sebenarnya sebab aku tak nak di cop sebagai syok sendiri atau apa sahaja labelan negatif. 

Persepsi aku salah, sebenarnya bila kita berkongsi ia sedikit sebanyak memberi inspirasi pada rakan-rakan lain untuk tambah ilmu baru yang bahawasanya perjalanan mengawal berat badan itu menarik serta tidak ternilai bagi yang sedang dalam fasa sama. 

Menarik bukan?
Sebaliknya Allah atur, dia hadirkan keliling aku dengan kawan-kawan yang selalu berkongsi tips kesihatan. Saban hari juga dia selalu kongsi kat blog dan media sosial dia. Dia tunjuk bukti lama dah, aku agak lebih dari 15 ke 20 tahun kot dia dalam dunia fitness, sesekali dia kongsi tips bagaimana nak bersenam untuk beginner. 

Pada awal bulan 4 tahun lepas, ia bukan sesenang seperti apa orang tengok aku dulu yang gembira setiap ketika. Sebenarnya nak solat tu lah aku susah nak duduk diantara dua sujud dengan elok. Lutut kiri aku sakit sangat, setiap kali rukuk dan sujud aku punya lutut boleh rasa keperitan tu. 

Serius lama tak khusyuk dalam solat, memang bersepah la solat aku tu, janji solat je aku tau. Kualiti solat memang aku tak pernah nak ambil tau. Sakit lutut? Pun aku biar je sebab aku rasa aku tak cukup kalsium.

Sebenarnya, kau obese Tahap 3 ya. 
Gambar fresh semalam : Treadmill 35 minit, rowing machine 7 minit, swing dumbell 10 minit, rehat 5 minit. Waktu makan tengahari di pejabat juju ke gym di pejabat, curi peluang masa halal untuk tetap berada di garisan ya. Jangan sempitkan fikiran oh kena ada gym baru bertindak, tidak kawan. Buka je Youtube, bermacam jenis workout ada boleh buat dari rumah je tau. Aku bermula dari rumah senaman mudah je dulu. 

Feb 2022, bulan ke-11 dalam dunia perjalanan 
"Aku Kisah Berat Badan"

Aku ikut tips senaman melalui online je tanpa ke gym pada mulanya ! 
Ya aku ikut tau tips Mr Ben kasi. Memula nak buat memang payah, yelah berat badan pun tak mampu nak ampu macam mana nak gerak senaman ye dak? 

Sampai Abg Qi selalu mengekek ketawa tengok aku bersenam kat rumah (masa musim PKP saban hari kot aku bersenam buka Youtube), kadang-kadang tengok IG. Gitulah pusing-pusing. 

Memula susah nak buat, kadang-kadang aku paksa gak. 
Aku cakap dengan kaki aku, buat! Jangan banyak dalih-dalih, ikut arahan dan buat! 

Bila lagi nak buat, takkan dah teruk, dapat sakit teruk-teruk baru nak sedar. Bertahan dalam seminggu, lepas buat ehhhhhhh syoknya esok tu lain pula rasanya.

Aku pernah kongsi, pertama yang berubah bukan berat tapi kepada perasaan "New Me" rasa segar !
Lebih rasa segar dan mood pun cun, jarang nak moody dan mula rangka aktiviti. Semua dari kesan senaman dan atur pengurusan makanan. 

Gambar ni lah 100% Ben Ashaari yang buat dalam diam, dia kongsi kat blog. Dia selongkar gambar album di media sosial aku, hahaha terharu betul aku. Mana pernah lagi aku jumpa rakan yang sudi buat macam ini, Allah yang gerakkan hati dia. 

Tujuan utama lain dan tak bukan dia nak buka mata-mata followers dia bahawasanya 'Slowly but Surely' itu sebenarnya WUJUD. TQ bro Ben, teruskan berkongsi, kami baca dan pelan-pelan kayuh untuk jinakkan diri. 

Ia tidak senang, susah sebenarnya nak jinakkan hati dan bawa badan sampai ke tahap ini. 

Aku pun tak percaya, progress aku nak makan setahun ini bukannya laju seperti orang lain, aku tumpu lebih kepada setiap apa aku buat kena enjoy. Baru aku kekal disiplin dan sentiasa motivasikan diri. 

Klik sini, follow Ben Ashaari, setiap hari dia selalu kongsi lifestyle dia, 

Tengok lifestyle dia aku snap dari IG Ben 👆, jangan bagi alasan umur ya. Aku dulu selalu bagi alasan, "Alaa sekarang bahagia apa, lagi bahagia boleh makan apa sahaja dengan portion banyak tanpa gangguan."

Ya sampai suatu ketika nanti, kalau kita di timpa ujian sakit sekalipun ia tidaklah teruk sebagaimana kita sedang menjaga pemakanan dan senaman. 

Jikalau kita langsung tidak peduli dan masih meneruskan sisa kehidupan hidup kita dengan budaya pemakanan yang hentam kromo bertahun-tahun, sampai suatu saat nanti insulin dalam badan merajuk masa itu kita kena bergantung dengan suntikan insulin dari doktor, maka di saat itu kita nak menginsafi rasa macam sedikit terlambat.

Melainkan ia penyakit genetik sekalipun, kita ada hak untuk menyekatnya sejak dari awal kita sedang sihat lagi. Bukannya dah parah baru nak reverse lifestyle. 
Terima kasih blogger Kak Aleen. 

Kalau anda free, ikuti bebenang highlights IG klik👉 3xl to be 👈 follow @mrsjuliajohari, di situ ada perkongsian dari semasa ke semasa sepanjang perjalanan juju dalam dunia pengurusan berat badan, pemakanan dan senaman. Semua natural way, tanpa coach dan tanpa produk. 


Banyak sebenarnya rakan lain direct mesej di IG juju, juju kongsi 
sebahagian darinya ya.


Mohon kongsi nama follower ya, tujuan untuk ilmu rakan-rakan lain juga. 

Perkongsian juju tidak lain dan tidak bukan untuk menunjuk. Jauh sekali nak membangga diri dan riak. 

Dari dulu sejak juju tekad, juju kalau berjaya perkara kecil tu nak kongsi dengan rakan-rakan di media yang budaya hidup sihat dengan pengurusan yang betul tambah penghargaan buat diri sebenarnya. 

Kita layak untuk dapat harga diri dengan tanggungjawab menjaga diri sendiri dulu, kemudian letakkan niat untuk berbakti. Bila kita betulkan niat dengan pengurusan berat ini dengan niat yang betul kerana Allah, insyaAllah perjalanan kita akan kekal lama. 

Akan datang juju kongsi lagi ya. 
Terima kasih setia baca sampai habis. 
Anda memang daboommm! 💋💪
-------------------------------------
#Entry Aku Kisah Berat Badan yang lain klik SINI 


10 Comments

  1. Terbaiklah! Juju, Aben dan sahabat yang amalkan gaya hidup sihat, memang iolls follow. Sedang berusaha juga. Doakan Tini pun berjaya hokey. Slowly But Surely! P/S: Nak rajin-rajinkan diri, hari-hari tak boleh malas untuk exercise at least lepas balik kerja tu.

    ReplyDelete
  2. bgs juju..sharing utk inspirasi bersama

    ReplyDelete
  3. Keep sharing Kak Juju. Inspiring tau !
    Kongsi resepi juga please.. Nak follow juga ni. Nampak resepi diet Kak Juju semua sedap sedap tu..

    ReplyDelete
  4. tahniah! sememangnya tak mudah, tapi segalanya berbaloi kan!

    ReplyDelete
  5. tahniah juju..cik nor dlu pakai saiz s sjak dah xkerja dah pakai saiz l..huwaa..

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH Juju! Kak Nina tumpang bangga sangat. Keep sharing moga ianya memberi inspirasi buat mereka di luar sana. Tak payah produk entah apa² pun berat boleh turun helok kann? Keep it up

    ReplyDelete
  7. Glad to know your journey to fitness and healthy lifestyle is going really well.

    ReplyDelete
  8. keep it up kak juju.. Kita takleh follow lagi tahun ni. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Well done Juju!
    Nampak beza sangat perubahannya, tahniah.
    Keep sharing ya :D

    ReplyDelete
  10. Kagum tengok kesungguhan kak juju.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)