Kura-kura gergasi, antara tarikan utama Farm in the City.

Kita boleh beli jam paling mahal dalam dunia, tapi satu kita tak boleh beli sampai bila-bila. 

MASA. 

Masa bersama keluarga di Farm In The City ☀️ 

Kenangan terindah pagi Jumaat semalam 8 Okt 21, luang masa emas bersama famili tersayang, bonding erat sepuasnya kami dengan haiwan-haiwan kesayangan. 👍

Gambar bonding dengan haiwan kesayangan  terpahat selamanya. 
Sesuai bawa baby sebab jalan di sini friendly stroller. SOP & jarak dijaga rapi. Setiap check point ada kawasan untuk basuh tangan, jadikan habit rajin basuh tangan selepas beri makanan pada haiwan atau menyentuh haiwan ya. 

Pesan satu sama lain, selalu jaga jarak, SOP dan memakai pelitup muka. Kalau nak bergambar pun pastikan jarak dengan famili lain jauh. Macam kami bergambar diatas pun kami simpan sekejap mask, selepas itu pakai semula ya. 

Korang, pi je sini. Di jamin, keluarga anda tak terkata. Tak sedar kami dalam ni dekat 4 jam lebih ! Semua haiwan jinak sangat, sebak rasa bila haiwan-haiwan pun pandai ambil hati kami. 

Touching, haiwan pun pandai tunjukkan kasih sayang!!! 😭

✅ Lengkap 2 dos, lulus 14 hari selepas vaksin, jom kita jumpa haiwan-haiwan kesayangan comel dalam FITC. 

Kat sini kita boleh bagi makan kat haiwan tau. 
Pengalaman sungguh berbeza. 
Rabbit jinak-jinak, macam-macam warna dan jenis ada. 

Seeloknya bertolak awal pagi, FITC di buka seawal jam 10 pagi. Rancang perjalanan anda seawal yang mungkin, kerana waktu pagi tak rasa panas dan berbahang sangat bila sampai waktu tengahari. 

Jika bawa anak kecil selalu bawa air masak, tisu basah dan pakaian jenis kapas supaya mereka boleh berpeluh secara baik. 

Petting zoo di FITC.
Suasana FITC sangat mendamaikan sebab di kelilingi dengan pokok-pokok menghijau serta ada tasik buatan. Seolah-olah kita masuk zoo dengan haiwan yang dilepaskan. 

Ibarat kita macam masuk sangkar haiwan dan beri mereka makan dari tangan kita sendiri tau.

Menarik bukan?
Ya, jarang zoo di Malaysia anjur zoo sebegini. Kami pernah ke sini masa 6 tahun lepas, masa tu Abg Qi baru 2 tahun lebih tau. 

Sekarang dia dah 9 tahun, keterujaan dia lebih lagi sebab dah pandai bagi makan sendiri haiwan dan faham nama-nama haiwan. 

Detik waktu terluang dalam petting zoo, bermacam jenis haiwan kami beri makan. 

Nak beli makanan haiwan senang betul. Mereka sediakan di setiap check point, kalau nak bagi makan ikan pilih fish pallet, nak bagi makan kambing pilih gambar geng haiwan kambing dan kuda. 
Raccons, geram rasa nak peluk! 

Tengah bagi makan pallet khas untuk haiwan jenis Raccons.
Jangan bagi sebarangan makanan ye, lihat board makanan haiwan yang dijual baru beli dan bagi. Jinak betul raccons ni tau, lihat Abg Qi beri makan, dia pegang pallet dan makan. Comel sangat diorang, masa tengah taip ni teringat raccons punya perangai. 

Ada satu raccons bunyi kuat dekat famili raccons lain yang sedang berebut nak makan, semua senyap je hehehe, tanda patuh dekat raccons yang lebih tua. Comel je, raccons pun pandai tegur rakan famili dia yang berebut-rebut makan hahaha. 

Jenis kura-kura banyak disini, antara yang menarik untuk di lihat ialah labi-labi hidung khinzir. Jarang sekali jenis ini di pertontonkan. Kena datang sini baru boleh lihat dalam akuarium. 

Tasik ikan kap dan bermacam jenis ikan didalamnya, sedang asyik dan leka beri makanan kami suami isteri hehe, tangkap sekejap bergambar buat kenangan dalam blog. 

Klik Youtube: Raccons secara dekat, tonton betapa comelnya gelagat diorang bila di beri makan. Alahai rindu balik !

Klik video klip Youtube sepanjang berada di Farm in the City baru-baru ini. 


Banyak lagi haiwan lain tau, kalau nak tonton haiwan lain boleh 
follow FB juju dengan klik link SINI

Sebelum balik, kami dapat sijil yayyy! 
Nanti tulis nama sendiri tau. Seronok ada kenangan sijil kat sini. 

Lama sungguh sampai tak sedar dah pukul 3 petang lebih, baru balik. Dalam FITC ada restoren tau untuk makanan ringan, jadi nak beli air dan makanan boleh beli didalam petting zoo. Selesa tempat makan diorang tau. Luas & bersih, dijaga rapi !

Harga tiket FITC terkini.

Pasti ramai nak tahu harga terkini masuk Farm in the City kan? Juju snap terus gambar, boleh lihat di papan tanda kaunter bayaran tiket. Lihat kawasan MyKad untuk Warganegara Malaysia. 

Bonus, anak kecil ketinggian dibawah 90cm free masuk. Macam anak juju kena bayar sebab dah lebih tinggi hehe. Dulu masa dia umur 2 tahun lebih dapat peluang masuk free. 

Anak dan suami puas sepanjang berada di sini, nampak muka mereka ceria betul. Tanya anak iaitu Abg Qi, dia cakap best lah umi kat sini, dapat pegang haiwan dan bagi makan banyak. 

Kenyang tak diorang tu umi? 

Hahahaha, sudah pasti kenyang, itu sebab semua haiwan-haiwan kat sini jinak dan gemuk-gemuk cukup makan sebab ramai pelanggan baik hati macam kalian datang belikan makanan dan beri makan. 

Akan datang, kami nak datang lagi. Inilah petting zoo paling tak bosan di kawasan Selangor. Sudah pasti kami akan merindui setiap haiwan di sini. Sambil menaip kenangan dalam blog pun rasa rindunya tak terucap, kami sayang Farm in the City so much!

We will be back again, thanks a lot FITC !

Waktu Operasi 
Isnin : 10 pagi hingga 6 petang 
Selasa: Tutup 
Rabu - Jumaat : 10 pagi hingga 6 petang 
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, cuti umum : 9.30 pagi hingga 6 petang 

Lokasi:
Farm In The City 
Lot 40187-40188, 
Jalan Prima Tropika Barat, 
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, 
Selangor.

4 Comments

  1. Tempat palingbbest bawk anak2 tgk binatang.. Bolehbpegang.. Binatangbsihat semua dan jinak

    ReplyDelete
  2. memang best FITC ni, kak ana pernah gak sampai sebelum ni leka duk tengok haiwan kan :)

    ReplyDelete
  3. Yes it is time for family activity and bonding time again right? As long as SOPs are adhered, family can still have fun together.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)