Melompat juju hari ini. Suami tercinta belikan nano spray machine pink! Pink tau pink, limited edition. 

Tengah sibuk di dapur, masak ikan siakap tomyam, sayur sawi masak air dan telur dadar. Handphone tengah caj, saje semak bateri, oh dah penuh. 

Offkan wayar, nampak notifikasi naik miss call. Rupanya encik suami. Eh! Jarang suami nak call waktu macam ini. 

Dia kalau call mesti penting sangat. 
Saje call 2 kali tak berangkat, okey mesti tengah memandu kot. Tapi aku lupa nak semak wassup. 

Terus sambung masak. Haha tu la juju ni kalau dia fokus sesuatu perkara dia akan buat sampai selesai termasuk lap dapur selepas memasak tau. Perangai sejak azali begitulah. 

Lepas tu aku baringlah di bilik, sambil intai di anak tengah kelas PdPR online di depan. 

Sekali terdengar pintu grill di buka, aku tak terus menjengah la sebab anak tengah sibuk belajar. Aku teruskan baring, penat memasak kan hehe. 

Anak menjerit, 
"Umi! Walid beli barang baru umi! Cepat umi datang depan". 

Bukan main semangat Abg Qi, ye bagi yang dah lama ikuti blog juju, si anak tunggal juju diberi nama samaran di blog Abg Qi. 

Aku jalan la lemah gemalai, dalam hati dok fikir ni mesti sayur dan barang dapur. Relaks la kan.

Sekali kauuu! 😯😱😳
Pistol pink idaman dia hadiahkan dekat juju.

Huwaaaa melompat sungguh tadi, kalau lah korang nampak betapa seronok aku tadi dah macam budak-budak kecik dapat mainan baru gayanya. 😆😆

Kami pernah beberapa kali pillow talk bersembang pasal nak beli Nano Spray Machine K5 di pasaran online. 

Tapi tak bergerak lagi juju nak survey. 

Kesedaran tu dah ada... 
Cuma tu la suami lagi pantas bab-bab jaga kesihatan ni dulu. Diam-diam dia order, perghhh! Tak sangka dia pilih pink, aku pun tak tau ada gun pink. 

Nampak tak? Aku tak sempat survey pun haha. 

Syabas suami, alhamdulilah. Lagi syabas ambil hati si isteri belikan gun pink (limited edition). Memang kegemaran lah kalau warna soft pink ni. 

Bertambah semangat nak buat sanitasi harian di rumah kerana pandemik COVID-19, wujud variant Delta baru yang semakin berleluasa baik buat pelaburan beli nano spray. 

Nak beli? Klik link seller SINI

Ada kata-kata hashtag di nano spray momo limited edition, i like! 
#kitajagakita
#tanganicovid19
#lindungdirilindungsemua

Butiran produk Nano Spray Gun:
  1. Model - K5 Nano atomization
  2. Long range efforts
  3. Atomization size adjustment
  4. Berat - 540g ( ringan tak lenguh tangan )
  5. Power - 10 W ( kuat 2 jenis button spray)
  6. Kapasiti botol - 380ml ( ruang luas pun lambat nak habis spray)
  7. Jarak spray - 1 hingga 1.5 meter
  8. Bateri kapasiti - 2000mAh 
  9. Charging input - DC5V/1A
  10. Produk dari - Shenzhen, China. 
Nano Mist (pilihan perfume (wangi)
Sebaiknya beli yang zero alcohol dan fungsi tetap sama boleh bunuh 99.9% of germs.
Alhamdulilah, lengkap. Suami cakap lepas ni rajin lah wife dia spray sana sini kat rumah. Siap pesan suh bawa pi pejabat sanitasi bilik sendiri sebelum duduk. Okey baik, saya menurut perintah suami haha. 

Senang, tak payah beli bateri. Dia caj pakai wayar USB sahaja. Cuma pinjam je kepala USB hp sendiri dan sambung wayar nano spray machine yang dibekalkan. 

Bau nano spray machine K5 suami pilih bauan perfume, jadi wangi rumah. Bauan macam bau bunga. Tak adalah bau tengik atau bau bahaya kan. 

Setiap pagi dan sebelum tidur juju akan pastikan sanitasi satu rumah. Juju cadang untuk kalian semua, untuk kebaikan kesihatan anda dan keluarga buat pelaburan bernilai beli satu set nano spray machine K5 untuk rumah dan pejabat. 

Semoga cara ini kita dapat mengurangkan gejala airborne transmission (penghantaran melalui udara) ancaman COVID-19. 

Amin! Terima kasih suami. ❤
Jaga diri semua, i share coz i care! 

Nano spray machine K5 👉 SINI

Sold out? Nah seller lain, moga dapat membantu anda yang sedang mencari. 

5 Comments

  1. Good sharing, bau lain dari dettol, rasa percutian kan.. satu lagi tak guna bateri tu bagus

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..hadiah yg sgt berguna..tq sharing juju

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)