Seronok tengok gambar geng pak arab berkenduri aqiqah dan qurban diatas, meriah.

Dalam beberapa bulan sahaja lagi, juju akan menerima anak buah lagi tau. Adik bongsu juju akan melahirkan anaknya yang ke-3. 

Seronoknya juju nak dapat anak buah lagi. Bertambah ahli keluarga. Syukur!

Waktu PKP, juju kerap buat video call dengan adik beradik tanya khabar berita perkembangan mereka. Dah lama tak tanya pasal kandungan adik juju tu. Sambil bervideo call adik bertanya satu soalan.

Akak, nak tanya pendapat akak la. Adik cadang nak buat aqiqah untuk baby ni lahir hari ke-7, tapi sekarang PKP susah la nak buat majlis kenduri aqiqah macam dulu dekat rumah mak. Kalau tunda aqiqah bulan lain boleh ke kak? Wajib ke sunnah kalau tak buat hari ke-7?
Salah satu gambar di rumah sembelihan kambing melalui carian di online, Aqiqah Centre

Fuhh, ayat akhir tu tiba-tiba buat aku jahil sekejap. Bila sebut wajib, sudah tentulah kena buat kan walaupun lambat. Bila sebut sunnah tu eh, musykil sekejap. Terus aku buat carian ke laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan buat bacaan lengkap.

Hasil bacaan sumber sahih diatas pasal aqiqah, ibadah aqiqah adalah sunat muakkad, bermaksud sunat yang sangat digalakkan. 

Ia bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Jadi sunat yang paling dekat baik kita buat. Ketetapan dari mufti pun menetapkan bahawa lembu dan kambing bagi ibadah aqiqah perlu disembelih dengan sempurna dan jamuan aqiqah perlu dilaksanakan.

Masalah nak adakan aqiqah waktu musim PKP?

Bila juju jelaskan fakta sahih ini kepada adik, katanya macam mana nak buat kenduri aqiqah kak, sekarang PKP tak menentu. Nanti kita rancang awal tiba-tiba kena tunda lagi. Sudah tentu kos aqiqah lagi mahal dan tak boleh dah anjur majlis kat rumah mak abah kerana ikut SOP. 

Takut katanya tak terlaksana untuk buat aqiqah pada hari ke-7 kelahiran baby tu nanti. Manalah tahu ada komplikasi bersalin ke, baby kena jaundice teruk ke, semua di luar kawalan katanya. 

Sedih nada adik juju tu cakap, adeh. Sebagai kak long, aku nak yang terbaik buat adik aku. 

Betul juga tu, bila dah tau sebaiknya kita pilih jalan yang baik ini dengan cara lain. Aku ada bertanya beberapa rakan pejabat dan jiran setaman melalui wassup. 

Rekemen dari kawan sendiri dan testimonial.
Mereka ada rekemen beberapa syarikat berdaftar yang menganjurkan aqiqah online anak lelaki dan perempuan oleh kerana mereka sendiri yang sudah langgan dan respon positif pun sangat memberansangkan. 

Paling menarik hati dan buat adik juju sendiri terus nak tempah aqiqah buat babynya adalah  dari page aqiqahcentre.com
Pusat sembelihan aqiqah nampak bersih dan pekerja memakai 
pakaian bersih dan sesuai.


Apa yang berlegar di fikiran adik aku tu, semua terjawab dengan gambar screenshoot yang aku share melalui wassup. 

Wah, aqiqah centre anjurkan aqiqah anak di tanah suci Mekah?
Ada video.
Sijil aqiqah ukiran kayu.
 
MENARIKNYA ! 
Ini juju sendiri dan keluarga tak pernah dengar lagi.


Baca pula testimonial dalam website aqiqahcentre.com, ramai juga kalangan artis tersohor seperti Abby Abadi, Achey, Dato' Fazley Yaakob, dan banyak lagi komen yang menarik dari pelanggan sebelum ini memperkatakan tentang Aqiqah Centre.

Kelebihan AqiqahCentre.com 

๐Ÿ’— 100% online (tak perlu keluar rumah),

๐Ÿ’— Harga murah (mampu milik),

๐Ÿ’— Bukti sembelihan (video beserta sebutan nama anak) - kecuali Qurban, dan

๐Ÿ’— Dipercayai (ramai artis dan pelanggan rekemen & sudah urus 21,000 sembelihan sejak tahun 2014)


Alhamdulilah, dapat dah jalan penyelesaian. 
Kebetulan adik juju sendiri pun terus langgan, daam masa yang sama juju terbaca yang Aqiqah Centre ini juga ada anjurkan qurban online di Mekah juga tau.

Comelnya baby salah seorang pelanggan mereka, pegang sijil aqiqahnya. Siap tulis telah dilaksanakan di tanah suci Mekah. Ahamdulilah. 

Adik aku terus nak isi form aqiqah centre dalam online setelah berpuas hati membaca dan melihat gambar diatas. Harga asal aqiqah RM570 tau, sekarang harga terkini cuma RM499 sahaja. Rezeki anak buah!

Pihak tersebut dah siap-siap buat borang online beserta ayat akad aqiqah untuk kita sebut sebelum bersetuju untuk langgan.

Alhamdulilah, bila jumpa website online aqiqah yang dipercayai macam ini sedikit sebanyak tak rasa di tipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab seperti terkena web scammer dan sebagainya.

Selain itu, mereka juga ada agihkan daging aqiqah kita tu dekat negara-negara seperti dibawah tau. Wah, betul-betul worldwide. 
Terbaiklah!

Qurban Online Kambing
Oh ye sebelum juju terlupa, kan tak lama lagi nak nak Hari Raya Haji 2021, jadi sempena raya qurban tahun ini kami pun ada bersembang dengan keluarga pasal cadangan nak kongsi duit untuk langgan qurban online kambing di page aqiqah centre juga tau. 

Ambil berkat pertama kali nak buat qurban online kambing 2021 di tanah suci Mekah. Hanya berharga RM499 bagi seekor kambing.

Dalam masa yang sama dapat sijil premium ukiran kayu juga dan pihak mereka akan pos kepada kita nanti. 

Senang! Waktu PKP tak bermakna kita tak boleh buat ibadah aqiqah dan qurban betul tak?
 
Semua boleh dilakukan melalui aqiqah online dan qurban online dari page aqiqah centre. Barakallah. ๐Ÿ˜„
Qurban online kambing


Puas hati. Jikalau anda nak langgan juju sertakan link rujukan dibawah untuk maklumat lanjut. 


Mari kita rebut buat sama-sama. Moga Allah merahmati amalan kita baik-baik. Amin!

Website: https://aqiqahcentre.com/

Instagram: instagram.com/aqiqahcentredotcom

Facebook: https://www.facebook.com/aqiqahcentredotcom/

9 Comments

  1. senang kan bila ada aqiqah secara online. Waktu sekarang memang tak boleh buat majlis semua ni. Solution gunalah khidmat Aqiqah Centre ni

    ReplyDelete
  2. Comel pulak siap sijil jenis mcm tu. Harga pun berbaloi ni

    ReplyDelete
  3. Kan, memang senang guna khidmat aqiqah online je

    ReplyDelete
  4. Good that you can fulfill your religious obligations online.

    ReplyDelete
  5. Menarik sijil kayu tu... ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. Tahniah adik juju. Berkenan betul sijil penyertaan tu. Boleh display, xdelah tersimpan je.

    ReplyDelete
  7. Wah nak dapat anak sedara baru dah Juju. Tahniah Juju.

    Wah sekarang mudah dan senang kan Juju. Musim PKP ni tak bermakna kita tak boleh buat ibadah aqiqah dan qurban kan?

    Boleh jer nak buat melalui aqiqah online dan qurban online dari page aqiqah centre ni. Tq Juju sharing pasal ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)