Gulai Kambing PPC (Philips Pressure Cooker ❤). Tumis, pecah minyak, tinggal.... #JuliaMasak jadi senang kekdahnya. Siap boleh pi cod air kelapa laut sama air durian belanda kat lobi rumah tadi tau sementara si Romeo ni buat kerja dia. Ye PPC i ada nama, introduce Mr. Romeo! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Makin kurang berkecah kat dapur. Daging kambing empuk dlm beberapa minit je wakkk.

Laju giler ppc ni masak. Bau kari kambing tu masyaallah, suami nak puasa terganggu iman, siap tutup pintu bilik balik dari kerja HAHA.๐Ÿคค

Resipi Kari Kambing / Gulai Kambing / Mutton Curry
Bahannya:
2 sudu minyak masak
1/2 biji bawang holland - dihiris
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 sudu besar rempah daging - dicair dgn air
1 kotak santan
1 mangkuk daging kambing
Ubi kentang dan tomato
Garam dan gula secukup rasa

Caranya: 
On pressure cooker.
(Tumis Mode: Valve BAKE - Button BAKE chicken - start)
Masukkan bwg, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai kekuningan, masukkan rempah daging. Kacau sehingga pecah minyak. 

Seterusnya kentang dan tomato, kacau masukkan garam dan gula. Masukkan santan, tggu gelegak sikit dan masukkan daging kambing dan sedikit air. 

Kacau. 
Mode: Tekan stop. Tutup kembali kepala PPC. Pusing Valve kepada Seal. Tekan button Mutton. Start. (30 minit)

Siap. 

Selamat mencuba. 


2 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)