Jangan ala kadar je, orang buat, dia pun nak buat juga!

by - Thursday, August 16, 2018

Lokasi: Klik link Banngkok 
- ya memang terlebih 'n' bukan typo. 

Apa khabar? Penulis baru ada mood nak update blog haha, almaklumlah musim sibuk dengan kerja, buat kerja pun laju-laju sambil makan pun kena laju-laju. Bila musim mood tak berapa cun, kena cepat-cepat alih badan sendiri jangan duduk dalam zon moody tu lama sangat, aku pun selalu juga di uji dengan ujian tetiba je rasa down, tak ada sebab nak down pun kan...

Alhamdulilah, semakin hari semakin pulih kesihatan, cuma ada kala musim panas sekarang lagi kena banyak minum air dan tidur kena cukup. Kisah makan di atas adalah bagaimana seorang suami menghargai sang isteri dan anaknya makan di tempat yang sangat sedap dan berkali-kali aku tak putus memujinya. 

Ya rasa macam dekat negara Bangkok! 
Rindu gila nak pergi nah baca travelogue Bangkok
Sedap!
Teramat sedap!
Suasana pun menarik
Aduyai rasa macam tak nak balik rumah!

Terus diperli, 'Julia tu kalau dapat port makan sedap, memang mood dia cun, nyanyi sepanjang jalan dan senyum sampai ke telinga....tapi cuba tak sedap, service macam hanat, mau situ gak dia bagi sebijik teguran, sambung sepanjang jalan dia bebel sampai esok pagi tak sudah hahaha'

Hahaha aku ketawa je kena perli hidup-hidup, ye aku sangat menghargai kalau sebuah restoren atau food street yang boleh menyediakan makanan yang sungguh lazat, masa tu wang bukan lagi penyebab utama, janji kena deliver baik dan tempat mesti lawa. 

Lawa kan gambar julia kat atas tu, old school je kan dari pinggan mangkuk sampai ke tatarias dinding kedai ni aku suka! Dulu kedai ni 1 lot je sekarang dah jadi 2 lot, makin luas dan makin selesa. In love sangat!!!
Kemaruk sungguh! Tomyam ayam yang sungguh sedap, terpaling sedap dalam dunia bagi aku, tekak aku. Daging masak cili kering, sayur kailan ikan masin tu pun dah menarik, segar dan enak. 

Itu sebab kalau nak buat apa pun, buatlah bersungguh-sungguh dan ikut tema apa tujuan korang nak buat apa sekali pun, bukan acah-acah orang lain buat, kau nak buat, tapi buat sekadar ala kadar dan tak cuba untuk maju dan perbaiki apa yang kita rasa perlu ditambah baik. 

Buat pilihan terbaik dalam hidup, kalau gagal banyak kali pun, belajar lah lagi, mana tahu dalam banyak gagal tu selangkah depan sikit je dah kejayaan. Itu sebab aku tak malu nak gagal, sebab orang gagal bukan bermakna dia selamanya bodoh, janji perangai kena setara elok dulu, baru perlahan-lahan dapat apa yang kita hajati. 

Jumpa lagi esok. Bye!

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. Nampak sedap sangat tomyam ayam tu, fuhh husniey suka benor makan di restoran Thai mesti order tomyam 🤭

    ReplyDelete
  2. aduh kan dah cakap, gambau Juju menggoda. <3 lapauuu. hahaha

    ReplyDelete
  3. penuh meja juju..yummmm...lapar la

    ReplyDelete
  4. betul caap ju tu..gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya

    ReplyDelete
  5. Setuju... buat yang terbaik, buat ikut2 orang jer

    ReplyDelete
  6. tomyam tu sedap.Pekat likat kuahnya..

    ReplyDelete
  7. betul tu..buat la sesuatu bersungguh-sungguh..lagi lagi makanan..boleh mati selera orang kalau masak ala kadar..

    ReplyDelete
  8. hai Jue. ye setuju, hidup ni pilihan, pilih yg terbaik

    ReplyDelete
  9. pinggan makan tu buat saya teringat makan kat rumah emak pulak. legend pinggan-pinggan corak gitu tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER