Tuesday, July 18, 2017

JOM Makan Banngkok Street Food !


Lokasi: Platinum Walk Setapak Kuala Lumpur 

Banngkok tau bukan Bangkok gituu...sebut betul-betul. Inilah kayanya dok Malaysia. Kalau rindu masakan Thailand sekarang 'no need to go to Thailand to eat pure Thai Street Food'. Di sini memang rare! Ya julia sebagai blogger yang sangat cerewet tentang makanan pasti berhati-hati nak share di media sosial. 

Bukan senang nak win kan anak tekak julia.
Hanya yang benar-benar ikut rating kepuasan tinggi sahaja julia rela hati share di blog. Kali ini kami sekeluarga makan besar di sini selepas puas beraya open house. 

Belah malam tiada atur cara berat maka nya suami ajak ke sini sebab hari tu dah lalu, memang nak cuba sini dan hari berkenaan tercipta rezeki. Terima kasih kepada tok li belanja kami sefamily, budi baik dia hanya Allah dapat balas.


Langkah kanan !
Sebaik sahaja lalu dua biji kereta depan kedai ini ternampak ramainya orang, dalam hati berdetik sah tak dapat seat ni, meja penuh, dah la kami ramai lebih 10 orang tau termasuk anak-anak buah lagi hmmm...

Masuk je kedai tengok meja panjang depan tetiba kosong. Alhamdulilah !!! Ya Allah terima kasih sebab bagi kami rezeki tempat duduk...bukan apa, kalau Allah tak bagi rezeki, tak merasa lah juju kat sini hehe.

Jakun !
Aah aku lah yang jakun, nampak dua perisa thai ni beb aku tanya nak buat masak apa guna sos minyak ni hahahha...aku kan tak pernah makan kat boat noodles so jadi jakun la...rupa-rupanya sos thai ni kalau masukkan sikit dalam menu perghhhhhhh sedap lagi berasa makanan tu, tak caya pi cuba.

Yang penting ada cop halal.



Perut tak mau makan nasi, nak makan lain. Julia order kategori Yam Salad. Dalam kategori ni nampak macam tak terlalu heavy kan tapi serius kau makan sorang tak habis, dia punya seafood penuh di sebaliknya. 



Steam Bread - Popular ! Setiap meja leh nampak semua pakat order roti stim ni tau, kami pun nak juga rasa. Best tekstur susu cair dengan gabungan kaya perisa pandan, bila di kacau berlemak berkrim gitu. Roti stim pun lembut, terduduk nak makan menu lain. Haha !

Boat Noodles - Must Try ! Version boat noodles kat sini jenis besar, mi beras sedap tak rasa muak so tak payah nak order banyak mangkuk macam kat boat noddles tu tau. Kuah dia wauuuuuuuu, sampai sekarang rasa nak order yang ini sebab kuah dia lain dari yang lain. 

Macam mana nak cerita ek, ehh korang rasa sendiri lah haha.

Tom Yam Seafood -  Ada nama dia aku lupa nak ingat, nama menu thai kan dia lain sikit. Tomyam ni pedas betul, bagi yang suka makan pedas memang ini lah lawannya. Penuh lauk seafood dalam hidangan 1 nasi putih dengan tomyam...berasap !


Kuewtiaw Goreng - Moyang abg Qi memang suka makan kuewtiaw, uniknya ada tauge di sebelah, jenis kuewtiaw pun halus je, so bila makan tak muak.

Nasi Goreng Daging - Nama rare tak ingat haha, daging dia macam style dendeng sikit, sedap dan tak pedas sangat. Cili potong tu macam jadi kewajipan setiap hidangan, tak payah add on memang akan ada dalam menu.

Yam MAMA Maggi Salad satuuuuuu ! 
Kan sekarang orang dok viral maggi siam tu kan...aku tak pernah rasa so nak rasa macam mana kedai ni olah jadi sedap... inilah dia rupanya. Amboi pinggan pun berseni penuh warna warni jiwa raga haaaaaa haha.

Sekali ngap, wauuuu sedap! Rasa macam manis pedas halus menikam kalbu, kalau makanan thai memang akan ada rasa masam manis pedas, barulah asyik !

Penuh seafood di sebalik mi salad tu tau, satu mangkuk ni memang tak boleh habis seorang, boleh kongsi 2 orang dewasa makan. Untuk budak-budak tak digalakkan makan yang ini sebab pedas halussssssss tu nangis di buatnya haha bersulam air gak aku makan mujur sedap hoi !

Green Tea Thai & Tea Thai - Aku vote green tea sebab green tea mix dengan susu dia pekat dan aku puas hati hirup fuhhh...satu cawan ni aku ulang-ulang minum pun tak habis-habis. 

Besar dan nikmat minum, kang menu thai agak pedas so memang kau kena order jenis minuman bersusu sikit baru lega anak tekak.

Suami order sampai 2 kali untuk tea thai, sedap la tu sampai dua kali order hehe

Tandas
Dah makan banyak dari pagi sampai ke malam, sure lah nak ulang alik ke tandas kan, aku usya bersih tandas dia, aku suka usya bab kebersihan. Alhamdulilah memuaskan, so boleh lepak lama sini.

Aksi makan-makan...kemain semua haha.

Amboi abg Qi korang ni, makan sambil asyikkkk sangat wajah tu haha, dia peminat makan pedas, so memang kena la dengan jiwa dia.

Happy me ! 
Saksikanlah betapa syahdunya my family makan, sampai tak sedar kena snap haha. Suka keluar dengan ipar duai anak buah dan pakcik saudara mereka sporting habis...

kalau part makan memang kami win, semua menu nak rasa kalau boleh...tapi sekarang tak boleh, semua wajah kekenyangan, tersandar haha !

Nak dapat efek kurus, bergambar dengan orang yang kurus haha tetiba plak julia jadi kurus tu yang pelik...bersama moyang Qaiser ilman ni tau, awet muda sokmo gitu !


Rating kepuasan:
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang, puas hati makan sini, sebenarnya kami dapat 1 hidangan free dari tauke Banngkok ni tau, tak sangka dalam senyap tu pelayan situ cakap 1 menu di taja...wahhhh gitu, terima kasih. 

Nanti kami datang lagi nak cuba pulut mangga dan pulut durian yang win sangat tu...korang, apa lagi pi terjah tau...sure korang suka !

Banngkok Street Food

Setapak 56-G, Platinum Walk, 
No.2, Jalan Langkawi, Kuala Lumpur, 
53000, Kuala Lumpur, Malaysia

21 comments:

  1. kat setapak je, tak pernah tahu pun hahah..boleh la try nanti nmpak mcm menarik

    ReplyDelete
  2. alamak sedap semuanya.. jue pun suka makanan thailand ni.. boleh terjah nanti..

    ReplyDelete
  3. Ingat Langkawi td baru nak kata jauhnya haha tapi nampak sedapp huuuu lapor plak

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tau pn tempat ni.. Nak pegi la..hehe

    ReplyDelete
  5. menarik nmpknye menu2 tu...ala2 boatnoodle sbb dr thailand juga kn...nanti bole la try

    ReplyDelete
  6. tempat baru ke ni..hihihi...lalu platinum, tk pernh nmpk..;-))

    kerabu manggi tu, fevret!

    ReplyDelete
  7. semua makanan menggoda. nak kena cuba ni

    ReplyDelete
  8. Bestnya. hipster sgt. Thank you kak JUJU for sharing this awesome place. Will get it soon.

    ReplyDelete
  9. wah meriahnya menu tuuuuu...hihi

    ReplyDelete
  10. cam sedap dan best je.. kne try ni kalau nk tahu best ke tak ni hihihi

    ReplyDelete
  11. Pekatnya kuah tomyam dia. Mesti sedap

    ReplyDelete
  12. Fuhhh terliur tengok semua makanan dekat sini. Area Setapak ni, boleh lah pergi :)

    ReplyDelete
  13. boleh consider nak cuba.. kena set hari yang ssuai ni. sebab dah jauh dr umah skrg. dulu dkt je..

    ReplyDelete
  14. huwaaa nangis tengok semua makanan lagi-lagi boat nooddle !

    ReplyDelete
  15. makanan street thai skrg dah glamer kat malaysia kalau dulu org tau tom yam je hehehee...terliur lak

    ReplyDelete
  16. Sedapnya nampak semua foods tu😂😂😂

    ReplyDelete
  17. Alamak kak. Apa landmark kedai ni kak. Sedapyaa

    ReplyDelete
  18. Alamak kak. Apa landmark kedai ni kak. Sedapyaa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)