Aku terpanggil nak kongsikan kisah sampah. Dari sejak kita dilahirkan sehingga dah beranak pinak isu sampah masih tiada kesudahan. Aku merantau ke beberapa buah negara kategorinya rata-rata negara membangun sehingga negara maju. 

Sampah adalah isu paling pertama sekali aku suka cari dan nilai. Tiada kesudahan, semalam teman partner cuci kereta, keluar dari kereta dan kami duduklah bertiga di kerusi yang disediakan di luar. 

Terbit di mulut Abg Qi, 'Umi sampah, tu sampah, tu lagi sampah tu umi, banyaknya sampah!'

Budak umur 6 tahun sesiapa pun di umur suci itu pasti berkata buang sampah merata-rata itu salah, berdosa dan tak baik. Budak 6 tahun pun tahu kena buang sampah di dalam tong sampah.

Aku cuma terkedu melihat bukan sikit, plastik aiskrim, plastik minuman, cawan plastik minuman penuh di sana sini. Siapa yang buang? Orang yang sudah matang, sudah akil baligh dan sudah tahu apa itu sampah dan tahu kena buang di tong sampah.

Jadi kita nak salahkan siapa dalam soal ini? Nak kata matang sudah terlebih matang, sudah bijak cendikiawan, masih lagi merasakan tiada siapa nampak, arghhh nanti orang kebersihan tak ada kerja nak buat semua bersih...pasti terlintas inilah di hati.

Kebiasaan, sudah biasa sejak azali melihat orang lain buat yang tak elok, sindrom melihat perkara biasa macam ini bila di buat selalu di rasakan ia tak menjadi satu kesalahan besar.

Ibarat mengajar ketam suruh jalan betul, tapi sekarang anak ketam yang ajar mak ayahnya berjalan dengan betul dan tidak lagi mengiring berjalan lagi hahaha...

Aku sendiri suka ajar anak aku si Abg Qi tentang sampah, kenapa kita kena buang sampah dalam tong sampah...sebab kenapa Allah jadikan lipas dan lalat?

Sebab itu tandanya kita kena waspada, bila sudah nak buang sesuatu, fikir dan cari tempat yang sesuai untuk di buang. Cara nak amal tu kena buat dan buat...setakat baca dan tak hadam susah, semua kena praktikal, bila dah selalu buat, nanti nak buat seurat tisu atau plastik gula-gula pun rasa bersalah teramat sangat.

Bukan orang tua mengajar si kecil, sekarang si kecil mengajar si tua pula...kita hanya tahu nak jadi betul, tapi di depan anak kecil kita sendiri hipokrit. Terasa? Tak apa biar si kecil nasihat kita si besar macam kita, baru panas hati matang tu kena suntik.

Aku merindui suasana moment di Bangkok, Hatyai, Singapura dan Bandung. Di sana sangat membuka mata aku, mereka punya pencakar langit yang lebih hebat dari kita, tapi di kawasan pinggir deretan kedai, belakang kedai mereka bersih, udara pun bersih walhal bukan dikawasan yang punya pokok pun tau. Terasa sangat cemburu melihat kemodenan mereka seiring dengan sikap tidak membuang sampah merata-rata. 

Ya aku sendiri tak serajin itu nak lakukan konsep kitar semula, kecuali kalau di shopping mall memang banyak konsep tong kitar semula yang ini kami ikut. Yang aku nak utarakan sekarang ini, kalau terasa sangat nak buang sampah, amalkan bawa plastik di dalam kereta, di beg tangan atau tisu, simpan sementara kemudian bila nampak tong sampah baru buang di tempat sepatutnya. Bukannya bertebaran di luar sana...menganggu kesejahteraan bersama. 

Didik hati tua kita banyak-banyak untuk cintakan sampah. Maksudnya bila cinta sampah pasti akan terus buang dengan cermat sampah di tempat sepatutnya...ingat generasi si kecil memerhati apa kita terbiasa buat yang tak betul. Jangan pula mereka menyaksikan selalu yang tak betul, nanti hilang apa yang betul mereka pelajari semasa di alam persekolahan...

3 Comments

  1. budaya ni kena di serapkan kat malaysia pula.. kan

    ReplyDelete
  2. budaya tak ngisah orang biasa penyebab pada perangai macam tu. kalau anak saya, terus saya piat telinga,buang sampah merata.penat orang lain nak kutip.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)