Wednesday, November 29, 2017

Kenapa CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK Thailand Lain Dari Yang Lain, Ketahui Rahsianya!- Part 5

Kalau melancong ke Bangkok, pastikan salah satu agenda ialah melawati keindahan panorama Chao Phraya River. Kenapa julia sarankan anda lawati ke sini? Di sinilah nadi utama sungai paling terbesar bagi negara Thailand terletaknya dikawasan Bangkok. Kalau orang atau anak-anak tanya, apakah nama sungai paling terbesar di Thailand, jawapannya SUNGAI CHAO PHRAYA di Bangkok. 

Kalau tak silap julia, masa kita sekolah dulu kan ada belajar subjek Geografi kisah sungai terbesar di negara Thailand betul tak, dulu tengok dalam buku dan gambar sahaja, perasaan itu tak sampai seperti mana sekarang julia betul-betul berada berdiri melihat sungai ini dengan mata hati.

Tatkala sampai disini, dirasakan satu aura meresap ke dalam diri julia dan sekeluarga. Ya, rasa macam wah inilah dia sungai yang menjadi salah satu pusat utama perdagangan zaman dulu kala. Nah, kami sudah sampai, bersejarah hari itu dirasakan bila berdiri di depan jeti sungai ini. Tak sabar rasanya nak menelusuri setiap bait sungai yang sungguh terbentang luas dan besar. 
Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di Selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.
Kenderaan apa kami naiki untuk sampai ke sini?
Cara kami ke sini adalah dengan menaiki teksi, teksi adalah pengangkutan yang sangat efisien dan selesa. Tidak jauh dari kawasan hotel kami menginap, ambil masa lebih kurang 15 minit menaiki kenderaan dah sampai. 

Pemandu ini bawa kami ke jeti yang diberi nama 'River view travel'. Di jeti ini nampak sangat selesa, cantik, luas dan teratur sistemnya. Sebenarnya ada jeti lain juga nak naik bot pelancong tapi julia rasa inilah yang paling selesa sebab ada banyak tempat duduk. 

Macam mana nak beli tiket? 
Sebelum itu, anda akan menonton ramai rombongan bas yang terdiri dari pelancong asing membanjiri kawasan ini. Ya, apa mereka sedang berdiskusi? Ada banyak meja dan kerusi di luar jeti ini. Sebenarnya kami terbaca satu ayat di jeti ini, 'pay first before enter'. Mujur tak masuk bergambar sakan kat jeti hihi, rupanya kena deal harga dulu nak naik bot. 

Acara deal harga kat sini sangat rancak, kami pun tak tahu mana satu nak rujuk sebab semua meja penuh dengan pelancong sedang asyik bincang harga terbaik untuk menaiki bot pelancong. 

Sedang asyik melihat para pelancong, kami lihat satu meja tu dah kosong, terus julia cepat-cepat tarik suami deal harga. Ya Allah, nak tanya dengan diorang cakap bahasa Inggeris memang mereka orang tempatan yang hanya tunjuk kalkulator dan tangan sahaja tau.

Nampak map kat atas? 
Itulah cara dia berdiskusi dengan kami, dia tunjuk bot itu yang melalui sungai itu dengan harga, kalau nak pusing lama di atas bot harganya sekian-sekian, kalau nak sekejap pun harganya juga agak mahal, baik ambil pakej pusing semua destinasi di sekitar sungai ini kan. 

Bukan selalu nak datang Bangkok, maka nya kami buat keputusan ambil slot yang mahal terus. 4 orang dia kira dalam 2000 baht, di kalkulator tu kami minta kurang sebab anak kecil bukan harga dewasa. So dalam duit malaysia kalau convert dalam 200 lebih jugalah. 

Dalam 50 lebih satu kepala. Okeylah sebenarnya pada julia murah dah tu tau. Mengejutkan nak tau apa bot mereka beri kat kami? Tunggu selepas ini hehe meh tonton kami selfie kat jeti ini dulu puas-puas.



Inilah dia jeti yang ekslusif dan cantik. Memang selesa la naik dari jeti ini untuk layan panorama indah. Selesai sahaja bayar, kami terus naik atas ini untuk naik bot pelancong. 

Qaiser ilman tak henti-henti tanya pasal sungai ini, dia ingat laut hahaha budak-budak kan so kita sebagai orang dewasa kena cerita dekat dia kenapa kita nak naik bot untuk apa? Ceritalah sedikit sejarah sungai ini. Nanti dia besar, mesti dia teringat-ingat apa yang ibu bapanya cuba sampaikan melalui percutian bermanafaat. 

Saat kami menunggu giliran tidak lama, terus kami di beri bot pelancong yang besar dan ekslusif hanya kami berempat sahaja di dalam bot tersebut. Ya kami sahaja!

Tiada pelancong lain ! 

Ya tiada !
Tergamam kami tau, tak sangka begitu sekali baik layanan yang kami terima, bot pelancong kami naik ni luas tau, siap di tengahnya kosong boleh bersila panggung menikmati keindahan sekitarnya puas-puas. 

Terus selfie 4 orang dengan spek masing-masing bersama pemandu bot pelancong yang suka tersenyum, laju tau bot ni jalan, rasa kuat sangat angin, nampak bermacam jenis tongkang besar-besar membedah sungai. Melopong kami melihat feri mewah di Bangkok. 


Aku puji sikap pemandu bot laju kami ini tau.
Bila moment aku nak snap video dan bergambar dia akan slow kan enjin, bila kami tak bergambar dan hendak melayan perasaan masing-masing dia speed bot betul-betul hahaha...bijak sungguh dia baca pelancong macam kami, dah terbiasa agaknya pelancong suka bergambar kan. 

Selamat handphone julia, yelah kalau bot bawa laju-laju satu je aku ingat, jangan tenggelam handphone dalam sungai Bangkok sudah, menangis tersedu-sedu kang, tapi itulah aku tambat tali handphone aku tu dengan cover kalis air, memang air akan merecik juga rasa walaupun duduk dalam bot ini tau.

Perghhhhh! Anda harus rasai perasaan itu, perasaan aura semangat sungai Chao Phraya Bangkok!

Lihatlah tongkang kat atas tu, besarnyaaaaaaaa! Memang beralun je sungai ini kami duduk dalam bot, sebab kiri kanan depan belakang semua ada pengangkutan yang bersaiz hebat-hebat belaka.

Mulai dari sini anda amati panorama ya, scroll dan scroll !





















Termenung jauh nampak julia, masa ini aku tak perasan suami snap dalam diam, aku dah berhenti dari ambil gambar, terasa dibuai mimpi indah. Ya aku senang menerawang ke seluruh pelusuk sungai Bangkok. Indah ciptaan mu.




Abg Qi lah pelancong yang paling gembira sekali, dia suka tengok bot dan tongkang besar-besar, tangan dan jari dia tak putus-putus tunjuk ke sana, ke mari. Seolah-olah dia nak cakap, umi, walid lihat tuuuu tuuu besarnya ! Bulat mata dia. hehe

Ya, bukan setakat melihat sahaja, tapi anda akan merasai pengalaman beri makan ikan dalam sungai Chao Phraya Bangkok. Dalam bot ini ada kepingan kulit roti yang sungguh banyak, pemandu berikan kami seorang satu plastik untuk beri makan dekat ikan dalam sungai itu. 


Gemuk-gemuk sungguh ikan dalam sungai ini tau, julia tak dapat kenal pasti jenis ikan apakah, sekali pandang macam ikan keli yang paling besar, sekali pandang macam bukan hahaha, tapi ikan ini memang suka makan roti. 

My family, all man, julia je bunga dalam trip ini, rasa macam queen sangat hahaha. Mereka sedang asyik bagi ikan makan, masa inilah julia nak rakam moment indah bersama mereka. 

Nampak feri mewah dari jauh? Itulah bot yang pelancong kaya suka, mereka tempah candle light dinner dalam tu tau sementara feri itu melayari sepanjang sungai Bangkok. Harganya? Kena orang yang mampu bayar kot haha. 







Perkampungan air. Nampak ada seorang pakcik sedang bawa hasil jualan didalam bot. 


Macam-macam dia jual, tapi kami tak beli pun sebab kami memang perhati dari segi tahap kebersihan. Almaklumlah bawa anak kecik dan kami sendiri pun tak nak ambil risiko. Maka kami menolak dengan cara baik dan beri sedikit tip pada pakcik tu. 

Besarnya bot-bot kat sini, warna pun terang-terang. Masa ini pemandu bot kami slow kan enjin, dia tahu kami sedang rancak bergambar sana sini hehe. 


Gambar ini julia snap, nampak begitu sempurna sekali. Ada nampak kan tokong kebanggaan masyarakat Buddha kan? Ada naga di tepi sungai, mesti ada maksud tersendiri. 

Roti dalam bot kami kehabisan, pemandu bot bawa kami beli kulit roti di sini. 10 baht sahaja bersamaan RM1 lebih. Murah dan bekas plastik roti pun besar, puaslah kami beli 10 paket terus layan ikan kat sini bagi makan. 

Rupanya ikan dekat anak-anak tangga itu lagi banyak dan lagi besar-besar. Mungkin ramai pelancong suka manjakan beri makan ikan disini, sebab itu banyak ikan yang datang. Puas abg Qi jamu makan ikan kat sini. 😜

Dekat 40 minit ke sejam kami dalam bot tadi tau, nampak macam ringkas tapi sebenarnya banyak port kami lihat sekitarnya. Suasana aman damai, udara yang bersih menyelinap ke segenap jiwa kami masing-masing. Berbaloi bawa family ke sini. Mereka tak putus-putus puji kata bestnya, bestnya...senyuman mereka memang termahal. 

Sepatutnya kami balik ke jeti asal, tapi idea kami turun ke jeti orang lain, maka nya kami di kenakan penalti dalam 5 ringgit la duit Malaysia gitu. Hehehe amboi turun kat jeti orang lain pun kena cukai oiii...tak apa lah. Mujur murah je. 😅


Di jeti ini memang ramai sangat orang, ada jualan gerai juga. Sempatlah kami beli air mineral dan aiskrim, disebabkan kerana lautan manusia yang ramai jadi sedikit panas dan haus plak tiba-tiba. 

Ada ramai orang jual nenas kecil, tapi sekali lagi kami was-was dengan tahap kebersihan. Maka nya kami tak beli. Ya, kalau nak beli apa jua makanan pastikan anda rasa mereka jaga makanan itu dengan sekali imbas pun tahu bersih atau tidak. Kalau nenas duduk dalam plastik tapi di letakkan di atas jalan macam-macam la anda boleh agak kan. 

Kalau korang nak naik dari sini pun boleh, tapi terlalu sesak berbanding jeti yang julia sebutkan tadi. Anda boleh buat pilihan bijak untuk keluarga anda kan. Julia utamakan keselesaan. 


Inilah gambar kami bertiga, kenangan terindah kami abadikan disepanjang sungai Chao Phraya Bangkok. Kami tak akan lupa sampai bila-bila. Seronok dan jiwa kami tenang. 

Julia bagi rating kepuasan dari 5 bintang kepada 5 bintang. Ya, perkhidmatan laju, pemandu yang pandai urus masa kami bergambar bila nak bawa laju, bila nak bawa perlahan. Permandangan yang cukup indah, sebab dapat lihat bermacam jenis pengangkutan laut yang belum pernah di lihat, GIANT TONGKANG wow!

Anda perlu ke sana...percayalah, mesti teruja!


Nak tempah hotel layari sini klik -> Booking.Com

Jejak rujukan pautan link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet dan Jalan Santai di Kota Bangkok - SINI
  6. Part 5 : Chao Phraya River Bangkok Naik Bot Laju - SINI
  7. Part 6 : Dinasour Planet Sukhumvit Bangkok - entry akan datang

Nak dapat aura naik bot, klik video diatas...pasti anda nak pi Bangkok. 
Tunggu entry part 6 pula ya. 

10 comments:

  1. Mcm dh lama sgt x bcuti dgn fmly. Besnya. Moga ada rezeki bwk budak2 ni g oversea. Amin

    ReplyDelete
  2. Bestnya baca pengalaman juju kat Banglok.. Semoga kak Ti n family pun dapat pegi jugak someday..

    ReplyDelete
  3. memang tak de pakai safety jacket ye kak juju ? tak risau ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cara mereka mcm itu tak sama mcm kat Malaysia aspek keselamatan tip top...yg penting pelampung keselamatan ada kt tepi bot tu.

      Delete
  4. Untung la juju.. Naik bot beso tu uolsss je, xde orang lain.. Yg video ni la yg akak komen cara juju ckp dh mcm maria tunku sabri hehe

    ReplyDelete
  5. berbaloi ju bayar 200 lebih pun.. Siap boleh singgah2..Boat pun selesa.

    ReplyDelete
  6. next time kalau g bangkok blhla rujuk entry julia yg ni..xpnh smpi sini lg sbb 2x pegi atas urusan kerja��

    ReplyDelete
  7. fuhh entry yang panjang btw bestnya berjalan-jalan di tempat orang kan

    ReplyDelete
  8. dekat bot pun banyak aktiviti..bagusnay la..harap ada rezeki

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)