Friday, October 6, 2017

Citin Pratunam Hotel Bangkok Penginapan Selesa dan Dekat Syurga Makanan Halal - Part 2


Ramai yang ternanti part 2 rupanya, terima kasih sentiasa sabar menanti. Masuk episod inilah paling penting, tempahan international PENGINAPAN (HOTEL). Kalau kena cara, macam jumpa harta karun tau.  Siapa sangka, julia banyak buat kajian dan bacaan review dari pelancong luar negara yang telah menginap disini tau. Kebanyakkan review mereka kata semua best belaka ! Best ke tidak julia sampai dah Citin Pratunam Hotel Bangkok yey !

Sebenarnya kan...ini pilihan kedua !
Memula nak tempah hotel Baiyoke Boutique, harga pun lebih kurang sikit, tapi bila baca review hotel ni sangat bersebelahan dengan train stesen BTS, malam-malam mereka yang sharing kata bunyi bising tren, adeh, mujur hampir nak tempah dah terus tak jadi...jangan main-main eh, kuasa review mat salleh ni julia baca sampai habis. 

Ada lagi lah yang kureng dari segi kebersihan hotel tu...hahaha okey tak mo citer banyak pasal hotel tak jadi...

Kenapa CITIN Pratunam jadi pilihan?
Pertama sekali bila hotel pilihan pertama semakin jadi merundum nak tempah, terus lah doa kot2 ada la harga range bawah RM200 semalaman. Bajet hotel pun julia nak hotel selesa dan kondusif, tak mau la hotel cikai sangat, malu nak bawa suami dan anak menginap. 

Buruan julia setelah tergoda melihat gambar hotel ni dalam klik sebelah ⇒ Booking.Com

Wah! Semakin scroll gambar penginapan dia semakin teruja, lawa dan nampak selesa, gambar....biasalah kan mesti nak up cecantik, hati masih 50:50 haha, siap buat group wassup nak bincang hotel ni okey ke tak dengan group. Perlu ya tanya pandangan mereka, at least bukan kita syok sendiri, lain lah pi sorang-sorang. Suka hati lah kan hehe.



Harga semalam?
Kebetulan harga genius julia dan tarikh julia nak pi tu harga semalaman RM170 semalaman. Kami ada matlamat bab dari segi harga. Garis panduan bajet semalaman tak boleh lebih dari RM200 semalaman, kena below dari itu, RM170 semalaman berbaloi bagi julia dengan kemudahan yang disediakan. 
(Deposit THB1000 - RM100 di kenakan masa julia nak check in walaupun sudah bayar siap-siap dari Malaysia lagi, nanti masa check out di kembalikan semula)
Tak ambil sarapan di hotel ini, kami gamble cari di luar. Ada nanti julia kongsikan (meriah weh nikmatilah).

Inilah peta ke Hotel Citin Pratunam, lihat dan kaji kawasan sekitar hotel ini sangat berdekatan dengan Pratunam Market, sebuah tempat yang sangat gamat dengan jual beli barang murah-murah, apa sahaja lah semua ada. 

Jangan lupa, kalau berminat nak menginap sini, sila save peta ni bagi driver sana hantarkan senang. Please sampai awal dalam jam pagi ke tengahari, jangan check in malam sebab depan hotel ni kadang tak boleh masuk sebab penuh gerai dah mula operasi. Rancang masa tempahan flight elok2. 

Alhamdulilah, inilah pandangan pertama kami sampai ke sini.  Lobi dia luas dan ruang letak kenderaan setakat 1 boleh masuk loading barang.

Wayar berselirat adalah trademark negara Thai, Bangkok punya wayar letrik nampak okey lagi lah dari Hatyai haha. Sebelah hotel ni dulu dalam gambar jual suit pakaian, tapi bila datang dah jadi tempat jual TV jenis besar-besar tu, tak pasti la ori ke tak tapi sentiasa sibuk kedai ni meniaga siang malam ada je parcel di pos nya. Murah kot haha. 

Cantik tau ruang lobby dia, dalam 30 minit kami lepak sini walaupun luggage semua dah simpan dulu kat lobi dengan selamat. Kami pi tapau makan gerai makanan halal kat luar tau, tak sangka ada haha, apa lagi kami ambil port lobby makan kat situ mujur staf situ okey je, anak je tau, jangan satu family kau ber rewang bagai haha agak-agakla, abang Qi dah kelaparan. 

Memang juju tak bawa makanan langsung dari Malaysia, niat nak gamble je dok sini mengharapkan makanan halal senang cari depan hotel, sekali Allah permudahkan. Seronok haha...
Kemain anak beranak pakai shades dari Padini Malaysia dan kasut adidas sedondon haha bila lagi kan, kami suka pakai shades aviator style cm ni nampak kerlas !

Jam 4 petang kami baru check in, sebab kami jam 11 pagi pi menerawang berjalan sekitar Pratunam dan site visit beberapa tempat serta beli macam-macam dah hahaha, tu baru setengah hari, jimat masa check in. Sampai je terus ambil kad dan bell boy hantarkan beg hoorey. 

Kat sini lif ada caranya, kena naik touch kat dinding lif. Baru boleh tekan tingkat berapa. Rasa la keselamatan tu elok kat sini. 

Bilik kami bertiga ! 1508. Cantik sungguh bilik dia, luas, boleh solat dan anak-anak bebas bermain, bilik ini bilik katil KING. 

Bilik uncle kami pun katil KING, bilik kami setentang antara satu sama lain dan duduk area corner lot gitu. Aah paling hujung window facing jalan depan hotel. Nikmat weh baring katil king dia...rasa selesa empuk semacam haha. 

Tak mau cakap banyak, mula dari gambar ini sampai bawah korang scroll je lah ye, mata korang tau menilai sejauhmana hotel bajet ni sedia servis. Nanti korang komen tau kat kotak entry hehehehe










Facing window kami nampak jalan depan hotel. Nampak halus je kan, sebenarnya teksi dan tuk tuk boleh masuk tau. Nampak bukti teksi kat bawah standby siapa lah tu hehe. 

16 Kelebihan Menginap Citin Pratunam 😘
  1. Lobby luas - walaupun kawasan masuk ke hotel ini sempit, terkejut lihat ruang lobi luas, teksi masuk boleh loading hantar dan ambil luggage kita.
  2. Staff Citin - peramah dan sangat mesra, pandai cakap bahasa Inggeris, mudah nak bertanya. Budak bell boy pun rajin.
  3. Check in luggage awal - kami sampai awal jam 11 pagi kat hotel ni, ada service simpan semua luggage kita akan diberi kad untuk kita isi detail. Sila manafaat masa yang ada keluar pi tempat menarik sekitar hotel. Jam 4 petang kami balik check in kunci dah siap-siap sedia dan bilik pun sangat wowwwwwwwwww!
  4. Kad akses lif - keselamatan sangat bagus kat sini, nak naik lif kena guna kad akses baru boleh naik. So orang sebarangan tak boleh masuk lah kan.
  5. Kebersihan - sangat bersih, termasuk toilet lobi bersih sangat selesa !
  6. Paip bilik air - paling penting, orang Malaysia kalau nak buang hajat mesti selesa nak bilik air ada paip salur tu kan, hotel ni dari lobi sehingga ke bilik punya tandas ada salur paip air, seronok sangat !
  7. Water heater - ada air panas dan air biasa pancuran mandian, lega badan lepas mandi air suam segar urat2 lepas balik berjalan tau. 
  8. WiFi - dalam bilik okey tapi ada kala datang on off tak stabil sebab ramai guna kan. Nak laju sila lepak area lobi hotel, berdesup gambar dan video upload hahaha.
  9. Air cond - sejuk yang amat boleh control guna contol di dinding.
  10. Kettle dan coffee corner - di sediakan boleh guna.
  11. Peti ais - ada disediakan, ada barang yang disediakan dalam peti ais dan atas meja. Jangan makan, bukan free. Kalau dah makan kena bayar lepas check out nanti dia tolak deposit hehe. 
  12. Katil - Katil KING, ini pilihan julia sebab kami 3 orang je so katil king muat untuk kami bertiga. Ada pilihan katil lain korang tengok sendiri. 
  13. Kekemasan - setiap hari bilik di kemas di tukar cadar baru dan tuala baru. 
  14. Almari - ada lampu dan banyak hanger
  15. Cermin - cermin meja solek dan cermin panjang pun ada, cermin bilik air bapak besar hahaha.
  16. Hair dryer - disediakan elok. Tapi malas guna sebab nak rambut basah-basah lega sikit otak sebab Bangkok kan panas haha. 
Sila Peka :
  1. Bayaran hotel auto debit - lihat term dan syarat sebelum tempah, macam julia bila tempah dia terus auto debit dalam 3 hari bekerja. Pastikan ada duit dalam akaun sebelum tempah tau kalau tak nanti tempahan korang kira gagal. Kira sampai sana dah tak payah pening-pening nak bayar kat hotel, terus check in. Bawa duit shopping je. Bagus jugak sebenarnya, main gamble je mujur hotel bajet ni kerlas !
  2. Tiada tanda kiblat - nama pun international hotel korang kena upload siap-siap apps penanda kiblat di hp atau guna kompas...zaman sekarang semua canggih guna apps hp je kan.
  3. Iron board - kena request, nanti dia hantar terus ke bilik. Julia guna dari hari pertama sampai hari ke empat dia tak ambil balik dah iron board tu yeyy.
  4. Rancangan TV - tiada saringan langsung untuk tontonan18 tahun ke bawah, kalau ada anak kecil pastikan sentiasa buka siaran kartun, kat sini ada siaran kartun so pasang la sentiasa. Kalau anda orang dewasa, jaga-jaga mata ye menontotn  hahaha faham2 sudah.
Julia screenshoot detail hotel klik sebelah 👉 Booking.Com
Semua yang julia tandakan merah ada kawasan yang kami jejak dekat dengan hotel, ya kami melancong santai, pergi sight seeing pun julia pilih, tak nak anak dan suami kepenatan sangat, jangan tamak. Tak semua tempat sesuai untuk kita pergi, rancang perjalanan secara bijak dan sesuai dengan masa serta misi kita.

Misi julia, sight seeing 30%, street food hunter 50%, shopping 20% hahahaha itulah misi julia nak jejak deretan street food halal di Bangkok, i'm food lover tau, shopping pun terkadang2 over nauuu tapi still dalam keadaan bajet gituu hehe

Suasana Waktu Pagi - Tengahari

Suasana Waktu Malam
Jalan waktu pagi tengahari dan malam sama je bersih, sangat puji bab diorang jaga alam sekitar. Well done. Pasar malam di Malaysia sila tiru budaya peniaga di sini, semasa dan selepas berniaga pastikan sampah sarap tiada dan kebersihan tahap tertinggi. 

Depan hotel dan lorong waktu malam dah mula gamat night market Pratunam weeee nanti next part lah story. 

Ehhhhhh! Beli apa tu awak hahahaha...tiap-tiap malam beranak sakan shopping dia...hello cik kak...baggage awak beli 20kg kan sila insaf awal2 hahaha. 😁

Testimonial:
Julia sekeluarga nak mengucapkan jutaan terima kasih, kami semua menginap dan tinggalkan barang dalam keadaan selamat, tiada berlaku perkara yang tak diingini di sini. Dari 5 bintang julia bagi 6 bintang kepuasan perkhidmatan dan penginapan yang diberikan. Alhamdulilah, kalau ke Bangkok lagi julia tak payah pening cari hotel lagi. Pasti akan menginap di sini lagi. 

Citin Pratunam Bangkok by Compass Hospitality
117 Soi Chunladit, Thanonphayathai, 
Ratchathewi, Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand

Tempah online → Booking.Com

Sila tunggu part 3 ya, syurga makanan halal di Bangkok ! Stay tune guys, ada 170 gambar makanan perlu di edit...kelemasan telan air liur balik hadap semua gambar hahaha 

Jejak rujukan pautan link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet di Kota Bangkok (Dalam proses)

16 comments:

  1. wow bleh la anum simpan utk trip bangkok

    ReplyDelete
  2. nk booking otel mmg kena bc review kn..senang kita nk pilih mn yg ok...xsbr tgu next entry gmbr food yg ratusan itu

    ReplyDelete
  3. wow.. not bad.. boleh la tempah hotel ni kalau ke sana nanti. hehe

    ReplyDelete
  4. akk pun suka hotel yg dkt dgn psr mlam dorang..sng turun je jln2 cuci mata kan?

    ReplyDelete
  5. Terbaik review jue..nnti bole follow kalau nak ke bangkok!

    ReplyDelete
  6. klu cmtu xperlu susah2 nk cari hotel dah pasni.. leh refer blog ju je..

    ReplyDelete
  7. Bestnya, cantik gila hotel Bangkok!

    ReplyDelete
  8. good info (thumbs up).. hotelnya nampak selesa sekali, plus dekat plak ngn tempat makan... gud.gud

    ReplyDelete
  9. Tengok luar sesak..dalam cantik hotel dia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)