LEGOLAND Malaysia Resort Themepark Ninjago Mendebarkan ! | Julia Johari

LEGOLAND Malaysia Resort Themepark Ninjago Mendebarkan !

Themepark Legoland Malaysia hooreyy! Ini kali kedua julia sekeluarga datang ke Legoland Malaysia Resort, perasaan tetap sama teruja macam mula-mula baru sampai Legoland. 

Pengalaman kali pertama hadir masa tahun lepas pada musim cuaca panas terik, kali ini cuaca lebih menyebelahi kami kerana mendung dan hujan agak renyai sedikit tapi kami bersyukur sangat Allah perkenankan doa kami cuaca baik je dan hampir ke semua taman tema air dan themepark kami dapat jelajah puas-puas !


Entry Lepas...


Teruja !
Ya, teruja dengan salah satu themepark terbaru dalam Legoland iaitu NINJAGO. Ninjago terbahagi kepada dua tau, satu Ninjago Ride dan Ninjago Movie. Sebabnya dari tahun lepas datang masa tu tapak ninjago ni baru nak bina, tertanya-tanya bila nak siap sebab nampak kawasan ninjago ni luas. 

Bila dah sampai buat kali kedua haaaaa lihat gambar pintu masuk diatas, besar sungguh! Macam dah berada kat negara China, Jepun lebih kurang kan, macam Maharaja punya village. Hebat lah binaan Ninjago kat sini.

Dari jauh kami nampak seakan memanggil kami untuk terus ke sini, yalah warna merah terang benderang terus hati kami berbunga berlari-lari anak terjah ke kawasan ini dulu.

Yeyyy akhirnya sampai juga!

The First Ever Cutting-Edge 4D Indoor Ride In Asia

Mesti korang tertanya-tanya Ninjago itu apa? 

Dengan menggunakan state-of-the-art sensor isyarat tangan membolehkan anda mengalahkan musuh tanpa perlu apa-apa peranti di pegangan tangan! 

Penyerapan 4D menakjubkan
Angin, asap dan haba kesan Ride ini menyelimuti anda ke dalam alam semesta Ninjago.



Ninjago Ride
Dalam kawasan Ninjago Ride ini anda perlu melawati dan melihat jenis-jenis Ninjago dari segi peralatan senjata, setiap nama team Ninjago dan pelbagai lagi. 

Bila memasuki ruang legar pameran ini, ia agak sedikit gelap...my son memula agak takut gak nak masuk sebab cahaya suram kan sebab itu kena ada guide dari orang dewasa.

Jom masuk !

Cantik gambar ninjago ni kan...lawa betul lukisan yang dihasilkan.
Perkenalkan Master Wu yang pegang tongkat tu. Dia kira macam ketua Ninjago lah, so korang kena belajar dan kenali team Ninjago ni ye, menarik boleh diceritakan pada rakan-rakan yang lain.


Bila pusing punya pusing galeri Ninjago, julia dapat merasai semangat Ninjago tu meresap ke dalam diri...tetiba je rasa macam nak guna pedang ni nak serang musuh Ninjago...erghhhhhhhhh jommm kita seranggggg!

4 orang dalam 1 kereta Ninjago !
Inilah kereta Ninjago tau, julia terangkan gambar ini nak bagi korang lihat betapa besar kereta ini akan membawa kita ke alam 4D. Sejuk dan gelap kawasan ini, memang agak menyeramkan. Mujur ada staf Legoland guide dan bagi panduan. 

Satu kereta Ninjago boleh memuatkan hanya 4 orang sahaja dalam satu-satu masa. Memang kami rasa cukup bertuah sebab kami pun datang 4 orang so muat satu kereta. Maka lagi bersemangat lah kami nak serang musuh.


Sebelum itu korang akan dibekalkan dengan cermin mata 4D, ada dibekalkan secara percuma setiap seorang. My son tak pakai sebab dia penakut sikit dalam gelap hahaha...are you ready guys!!!!

Lets go Ninga!
Debar sungguh beb, kereta ninjago ni super ohsem, macam kapal angkasa lepas dia punya rasa movement, paling menarik staf legoland akan bagi kita semangat, go Ninja go, you can do it Ninja...perghhhhhhhhh hebat lah!


Rasai apa yang kami rasa, julia ada snap sikit video untuk korang alami betapa seronoknya kami gunakan tangan kami automatik ada cahaya akan keluar sebagai senjata untuk menyerang musuh Ninjago...sampai sekarang julia rasa tak puas lagi nak main Ninjago...best gilaaaaaaa!

KLIK VIDEO !



Korang dah tonton video kami serang diatas kan...amacam korang mesti teruja sama nak datang Legoland Malaysia bukan...of course mesti nak punyalah...simpan duit sekarang menabung dan bawa anak-anak dan family ke sini.

Lepas dah tamat game, di luar jangan lua melihat di papan TV yang banyak ada disiarkan mata point kita kumpul tadi...cayalah team Ninja julia, nampak setiap seorang punya wajah teruja dan enjoy betul main game Ninjago...lihat mu husband dan my uncle kemainnnnn diorang punya action weh hahahha

My son dah kelaut takutnya haishhh mak tak layan ko nak buat masa ini...mak nak serang puas-puas hahaha


Lega ! Memang eksaited habis weh...tak pernah rasa sepuas ini...cayalah! Kalau nak beli barang cenderahati Ninjago disini korang boleh beli tau...

Wajah kepuasan husband & wife...korang boleh ulang lagi naik banyak kali tau...kita bayar sekali tiket themepark, ke semua permainan dalam ini boleh dimain berulang kali sampai lebam...haaaaaa berbaloi la !



Ninjago Movie
Ninjago movie ni berdekatan dengan Boating school lah cuma jalan ke depan sikit ia berada di sebelah kanan anda. Best boleh tonton movie ninjago puas-puas tau. Nak tengok masa lihat gambar dibawah. 

Sekarang korang boleh rancang masa berkualit yang ada untuk tonton at least 1 movie ninjago ya...tiada bayaran. Once you all masuk themepark semua free...tontonlah, mainlah puas-puas. Kecuali makan minum sendiri bayar ye hehe.

Boating School
Aktiviti kedua kami selepas menjelajah satu Ninjago ialah ke Boating School.  Disini korang kena pergi awal pagi. Kalau tak memang berjelar lah nak beratur amik turn, kali ini my son drive sendiri bot dia tau...wauuuu hebat anak umi cayalah! Baru 4 tahun lebih dah berani nak drive bot good job!

Julia perhatikan, setiap elemen permainan di Legoland Malaysia ada objektif yang positif. Pertama ia boleh mencungkil bakat kreatif anak-anak dan diri anda secara tidak sedar serta memberi keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru diluar kebiasaan.



Mari tonton video abam Qi drive bot laju haha
KLIK !


Driving School
Confident sungguh dia, terus beratur nak amik lagi sekali kelas memandu kanak-kanak ni. Kereta lego ni cantik dan cute sungguh, macam mana kanak-kanak tak teruja nak bawa kan...ke semua anak-anak yang hadir ke Legoland memang automatik akan ada rasa yakin diri tau untuk mencuba setiap permainan yang disediakan.  


Lesen Memandu Qaiser ilman
Lihat senyuman my son, senyum lebar dia dapat lesen memandu pertama kali dalam hidup. Amboiii kecik-kecik dah ada lesen. Kalau korang nak dapatkan kenangan lesen memandu budak-budak ini korang kena bayar dalam anggaran RM25 ya, bukan free tau. 

Apa salahnya buat satu lesen sebab bukan senang nak dapat kad macam ini di mana-mana cawangan ya. At least nanti dia besar, dia teringat balik kenangan dia ke sini. 

Miniland
Berehat sebentar huh tarik nafas, kalau nak cerita bab Themepark Legoland memang banyak, tapi julia sertakan beberapa gambar untuk panduan korang nanti. Okey sekarang kita berehat jalan-jalan pelan melawati taman miniland. Disini anda boleh lihat setiap binaan replika lego yang dibina menyerupai sesuatu kawasan, binaan bangunan yang popular di Malaysia dan di luar negara. 

Terus scroll ya. Kagum julia melihat setiap satunya...semua LEGO ! 











Saksikan pelbagai jenis gambar & aktiviti Themepark Legoland Malaysia...

Aktiviti kekeluargaan disini memang sangat terserlah, macam gambar dibawah ada pengangkutan mainan polis, bomba, ambulance dan bomba. Korang boleh naik satu family tau sambil berlumba untuk menyelamatkan rumah terbakar hahaha...best gila kita orang weh berlumba nak cepat sampai dan abam Qi sembur air padamkan api weeeee


The Tower

Nak tonton satu Legoland Malaysia, jangan lupa naik The Tower tau...memang dia akan mengelilingi satu Legoland. Puas hati !




Build + Test
Paling lama kami terjah port inilah..dekat sejam lebih kami duduk kawasan ini. Sebab utamanya ada contest bina lego jadi kereta. Kemudian akan di test drive untuk menguji kelajuan mana paling laju. Memang sangat mencabar minda !



Uji kelajuan kereta lego korang bina disini ya...memang ramai pesaing. Qaiser ilman memang suka lah!

Tadaaaaaa...siap dapat sijil tau...yeyyyy.
Kereta lego bertuah tu lah buat satu family kami bertambah erat bekerjasama untuk hasilkan kereta yang lebih ringan dan penuh strategi direncanakan untuk bina kereta sahaja...perghhhhhh kalau ingat balik kenapa kami ni rajin sangat buat benda alah ini...semua ni datang secara automatik...sebab kita tengok family lain punya bonding lagi power...dasat penangan lego!

Royal Joust
Yeyyy...anak-anak korang nak naik kuda padi lego tak?
Kat sini ada...best oooo...kuda ni jalan pusing satu taman, mak bapak leh tengok dari jauh. Enjoy tengok kereta kuda ni jalan haha.


Ketinggian anak sila ambil kira !
Banyak, nanti korang datang sendiri ye, surprise lah tak boleh cerita semua nanti korang dah tau rugiii...lagi satu julia nak tekankan, setiap permainan disini ada yang kena ikut ketinggian tau. So kalau anak korang masih kecil fikir dulu banyak kali ye...sebab tak semua permainan disini beri mereka peluang untuk mencuba.

Sebaiknya 110cm ke atas tau, ukur sekarang anak korang sebelum pergi ya. 

Lego Star Wars






Surau & Baby Care 
Menariknya di sini, sambil berhibur, bilik solat banyak disediakan disini. Jangan risau ya, telekung pun julia guna elok dan tak berbau...wahhh tak payah bawa telekung sini pun dah ada. Jimat !
                                                                     
Happy 4 years old Qaiser ilman!
Terima kasih kepada Fire Rescue Bistro sudi meraikan birthday my son secara SURPRISE. Serius until now tak dapat lupa tau, siap team legoland beri hadiah birthday percuma pada Qaiser ilman. Rezeki !


Kedai Cenderamata Legoland Malaysia
My son, tak melepaskan peluang untuk pilih mainan lego untuk dibawa balik. Buku lukisan lego tu sangat menarik hati, cantik-cantik tau. Warna lego pun disediakan dalam satu kertas lukisan. Hoorey boleh lah kami mewarna bersama-sama.  

Seronok dia borong hahaha bukan selalu. Rezeki dia !


Korang, jangan lupa sekarang Legoland ada anjurkan The Lego Movie Batman tau. Jangan lepaskan peluang keemasan ini !


Wajib selfie sebelum balik...huh lega! 
Tak terbayang perasaan enjoy puas-puas disini. 

Kenangan di hotel legoland...
Rating:
Kalau ada 10 bintang, julia nak bagi 10 bintang untuk Legoland Malaysia Resort kerlas tau, baik dari segi servis Hotel Legoland, Water Park Legoland dan Themepark Legoland memang puas hati setiap wang yang dilaburkan. Lebih dari itu anda dapat...

Anda balik dengan sejuta kenangan disini dan pastinya perasaan ingin kembali disini lagi pasti tersemat di hati. Serius korang datang sekali, pasti nak datang lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan rebut harga tiket combo terbaru di website rasmi Legoland ya...

Jutaan terima kasih julia sekeluarga ucapkan kepada seluruh pegawai, kakitangan Legoland Malaysia Resort yang memberi layanan istimewa kepada kami sejak dari mula sampai sehinggalah balik. Anda semua memang terbaik. Jumpa lagi !

Info lanjut tempahan dan semakan harga klik;

Alamat:
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Anda boleh hubungi pihak Legoland Malaysia terus di talian 607-597 8888.
(Setiap hari, 9:00-19:00, waktu Malaysia), atau hantarkan e-mel pertanyaan di info@LEGOLAND.my.

15 comments:

  1. memang syok masuk legoland ni..banyak tempat jugak nak kena xplore kan

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Panjangnyaaaaaaaaaa.. mmg jeles la tgk

    ReplyDelete
  3. rindu legoland ...semakin hari semakin menarik .....best tengok juju enjoy kat sana

    ReplyDelete
  4. syok layan ninjago tu ye..siap bole amik video ye juju..sbb biasa kalo dh pki spek 4d dlmnye tkleh amik video...syok la kami bole tgk video juju...bila la nk p lg legoland

    ReplyDelete
  5. Menariknya mainan2 kat legoland ni! Seriously sangat membantu budak2 untuk mempelajari sesuatu dan bukan sekadar bermain sahaja.

    ReplyDelete
  6. Huwaaa rinduuu Legoland. Kumpul duit nak repeat lagi lah. Si kembar sampai hari ni sok sebut Legoland best!

    ReplyDelete
  7. Salam Julia,

    LZ belum pernah pergi Legoland, tunggu anak besar dulu baru boleh pergi. Seronok tengok Julia bercuti di Legoland. Tak sabar pula nak pi sana 😄..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi masuk tempat ninjago tuuu.... Bestnyaaaaaa

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa.. tunggu anak besar skit lg br best bawa.. kl x xleh main sume nti

    ReplyDelete
  10. seronoknya! seronoknya! seronoknya! seronoknya! seronoknya! seronoknya! seronoknya! seronoknya!

    ReplyDelete
  11. waaaaa teringin nak pergi sana..
    bestnyaaaaa!!

    jemput terjah :-
    http://cikza.com/2017/03/susu-kambing-i-sihat-vachoc-10-plus/

    ReplyDelete
  12. Fuhhh bestnya. Kalau bawak anak²ni konpem tak nak balik diorang.

    ReplyDelete
  13. Waa rindu legoland..nak g lagi nak g lagi..best dan seronok kan juju..wah abg qie dapat hadiah beday..taniah taniah..

    ReplyDelete
  14. bestnya, lama dah gak tak ke legoland

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)