LEGOLAND Malaysia Resort Water Park Promosi Pakej Harga Tiket Murah ! | Julia Johari

LEGOLAND Malaysia Resort Water Park Promosi Pakej Harga Tiket Murah !



Paling di nanti sangat oleh kami sekeluarga sejak dari KL lagi ialah nak jelajah satu Water Park Legoland Malaysia Resorts! Kami bertiga memang hantu air, suka berendam dan suka sukan aktiviti air. Selain dapat merehatkan minda, air adalah terapi yang sangat hebat untuk pancarkan nur kasih sayang sebab ia boleh meredakan tekanan sekaligus buat diri rasa tenang sangat...



Menginap dimana?

Setibanya disini sangat mudah sebabnya bonus bagi anda yang menginap di Hotel Legoland hanya jalan kaki dalam 2 minit sahaja sudah sampai ke sini. Kaki tak penat, badan pun tak sabar nak splashing puas-puas. Kelihatan ramai juga warga Malaysia dan tidak ketinggalan warga pelancong luar negara membanjiri kawasan Water Park ini tau.

Pertama sekali !
Jangan lupa dapatkan map Water Park Legoland dari website atau anda juga boleh dapatkan info lanjut berupa pamplet di kaunter belian tiket di Legoland. Sebab utamanya, melalui map anda tidak akan tertinggal satu pun aktiviti yang disediakan dalam Water Park. 

Staf-staf Legoland memang sangat mesra tau, layanan istimewa dengan senyuman meraikan kehadiran kami dan pelancong lain buat rasa diri kami tidak mahu meninggalkan Legoland. 

Terharu!

Hampir 15 aktiviti menarik di waterpark Legoland 
Inilah dia peta keseluruhan kawasan waterpark, amati satu-satu dengan nombor yang terpampang. Nampak sangat meriah dan menghiburkan...tak sabar nak cerita kat korang...okey teruskan scroll tau !


Kawasan waterpark Legoland Malaysia ini agak sedikit membukit, korang perlu menaiki beberapa tangga ya. Selepas itu anda akan jumpa papan tanda Locker. Bagi anda yang hendak simpan barangan seperti pakaian, selipar atau apa sahaja boleh menggunakan servis tersebut. 

Sewaan tapak
Terdapat juga Gazebo dan Cabana untuk disewakan kepada anda. Kalau nak privacy pilihan ini sangat menarik, harga pun julia dah snap untuk korang bajet mengikut seharian atau setengah hari.

Inilah rupa contoh Cabana kalau korang berminat nak sewa. Memang banyak tau, siap ada kipas lagi tau. Untuk keluarga yang punya anak kecil yang ramai, rasanya pilihan ini sangat menarik, mudah nak breastfeed anak kan. 

Take note info penting !
My husband & my son berdiri di jambatan Lazy River yang merupakan laluan utama ke waterpark. Nampak papan tanda tu? Itu adalah perkara paling penting sekali kita kena ambil perhatian dari segi dimana kita hendak dapatkan perkhidmatan First Aid sekiranya ada berlaku kecederaan semasa beriadah, tandas dan lain-lain. 

So bila kita peka dengan keadaan sekeliling jika berlaku kecemasan, kita tak panik dan boleh terus ke laluan berkenaan untuk bantuan. 
Ini lagi penting...kalau korang sakit, period ke, kena penyakit macam cirit atau penyakit kulit ke tolong jangan masuk dalam kawasan waterpark. Jangan kita pentingkan diri sendiri tanpa fikir soal kesihatan dan keselamatan warga lain ye, kena belek juga diri dan keluarga awal-awal, tak kiralah waterpark mana sekali pun sila berjaga.

Anak yang masih kecil, masih guna diapers tu sebaiknya pakaikan baju mandi yang dibenarkan, selalu cek tahap kebersihan sebelum benarkan anak-anak mandi di kolam. Ini julia memang titik beratkan dulu kepada diri dan anak untuk mandi dulu di hotel sebelum ke waterpark untuk menjaga mutu servis air di kawasan berkenaan. 

Here we go! Lets Waterpark Legoland hoorey !

Lazy River
Birunya warna air kolam lazy river ni kan, kalau korang tengok depan-depan memang nampak tahap kebersihan air ini sangat memuaskan. 

Di setiap lazy river ini ada life guard yang akan jaga mengawasi pergerakan kita, banyak sungguh life guard di sini, toleh ke mana sahaja mereka ada. Kagum lah dengan tahap keselamatan disini. 

Nak masuk lazy river korang kena cari Build A Raft. Nanti scroll ada julia ceritakan dibawah.


Joker Soaker
Kawasan ini sangat diminati oleh mereka yang mengunjungi waterpark legoland. Nampak tak baldi besar warna kuning? Itulah Joker Soaker, tong tu akan di isi air dengan banyak bila dah berat air tersebut akan menghempas keluar dan membasahi kita semua dengan lencun sekali...banyak kali juga julia sefamily tunggu joker soaker buat hempasan...memang menyeronokkan sekali hahaha.



Kanak-kanak sehingga orang dewasa boleh main port ni, tapi kalau nak main slide yang berada diatas puncak tu kena pakai pakaian swimming suit tau, tak boleh pakai baju t shirt dan tudung yang lepas keluar tu. Life guard tak benarkan. Nampak tak sampai ke atas mereka tau mereka jaga tahap keselamatan. 

So korang terutama wanita muslim sila beli baju swimming suit muslimah kalau nak main semua slide disini ye. Peraturan mereka ketat sikit. 

Build A Raft
Di sini paling best, korang boleh mengelilingi satu waterpark dengan bermain giant lego yang banyak di dalam sungai tu. Pelampung & life jacket khas untuk kanak-kanak pun free. So korang tak payah beli life jacket anak untuk mandi di sini...jimat duit !

Port life jacket. Tak perlu sewa, free !





Hahahaha, nampak tak my son Abam Qi dok sakan bergurau dengan julia, baling air kat muka guna giant lego tu hehe...masa ini kami sekeluarga sedang bergembira dalam laluan lazy river. Airnya pelan-pelan menolak kita tau, so korang just ambil pelampung dan duduk serta nikmati keindahan sekitarnya. 






ZOO
Waterpark Legoland memang mesra kanak-kanak yang sukakan air. Nampak tak sebelah lazy river tu ada signboard Zoo. Jom terjah !



Dalam kawasan Zoo, ada beberapa haiwan mainan macam buaya, gajah, zirafah dan slide yang rendah turut disediakan. My son suka sangat dengan buaya ni, lama betul dia bertapa atas buaya, jangan buaya ni hidup sudah hahaha


Lihat tahap kedalaman pool ini, sangat safe untuk todler ke atas. 



Wave Pool
Nak ke sini sila naik tangga lagi ye, memang besar kawasan Wave Pool, luas sungguh! Dari hujung sana sehingga hujung sini kolam. Menariknya sambil main air bersama keluarga, anda akan disajikan dengan tayangan movie lego, masa ini julia sekeluarga dapat menonton movie Ninjago yang terbaru. 

Best betul ceritanya, sampai ralit yang sebenarnya kami semua menonton didalam kawasan dasar air...wowwwww!



Lihat my son, memang fanatik dengan LEGO ! Dia culik giant lego ni dari lazy river bawa naik ke wave pool hahahahha mujur life guard tak tegur...budak-budak kan...sebab diatas sini tak ada mainan, hanya kolam semata dan ombak buatan.


Abang Baywatch Legoland in action ! 
Hahahahaha kemain jalan bergaya tau, melting tengok :D


Red Rush & Brick Blaster
Sebelah Wave Pool, korang akan nampak di sebelah kanan slide khas untuk orang dewasa. Kalau anda berani apa salahnya mencuba naik bersama teman dan keluarga. Bukan senang nak jumpa slide rare kat sini tau. 


Lego !
Ajak anak-anak anda main kawasan ini. Disini ada aktiviti yang menarik anda dan keluarga boleh menggunakan idea kreatif untuk membina lego didalam pusaran air.

Banyak kan lego ! Wahhhh apa lagi jom bina puas-puas.

Lihat kerjasama erat dan mesra kedua anak beranak ini, Sama je tangan dan aksi mereka kan, hahahaha comel !

Huhhh penat, dah nak hampir jam 6.30 petang. Sebelum beredar jangan lupa singgah di kedai waterpark beli cenderahati tau. Jom balik hotel !

Inilah laluan hotel yang bersebelahan dengan waterpark, memang dekat sungguh. Tak terasa penat langsung. Ehhh tunggu lah julia...laju sangat jalan kan dah kena tinggal haha. 


Hasil tuaian di kedai cenderamata, seronoklah abam Qi dapat hadiah satu set drawing Lego bersama pensil warna dari tok sedara. Rezeki !

Mari tonton video julia snap ! 
KLIK

Harga Waterpark Legoland?
Julia sarankan selalu semak senarai harga dan promosi terkini di website rasmi klik Legoland Malaysia. Lagi jimat berganda dengan pilihan yang korang nak kan. 

Rating : 
Kepuasan melebihi 5 bintang! Bagi pengamatan julia sekitar waterpark Legoland Malaysia, memang sangat berpuashati tahap keselamatan yang disediakan terutama life guard dan life jacket. Banyak aktiviti air bersama anak dan orang dewasa boleh sertai bersama-sama seperti menonton movie didalam air. 

Berbaloi dengan wang yang anda laburkan. Pasti tak menyesal, jom tempah dan rancang percutian anda ke sini. Akan datang julia akan update entry di Themepark Legoland pula ya...tak sabarnya nak tunjuk kat korang abam Qi dapat lesen memandu hehe. Stay tune guys!


Info lanjut tempahan dan semakan harga klik;

Alamat:
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Anda boleh hubungi pihak Legoland Malaysia terus di talian 607-597 8888.
(Setiap hari, 9:00-19:00, waktu Malaysia), atau hantarkan e-mel pertanyaan di info@LEGOLAND.my.

20 comments:

  1. Memang best..fariza enjoy habis datang sini

    ReplyDelete
  2. arghhh..!!! tgok ni rs teringin gila.. :D

    ReplyDelete
  3. Seronoknyaaa dapat main air macam ni. Kak Juju buat Nani rasa nak plan trip ke Legoland pulak. Hahah!

    ReplyDelete
  4. Baru nk tanya life jcket. Free je leh guna. Wow. Sies best. Bila nk dpt sponsor gak ni. Hehehe

    ReplyDelete
  5. xmo baca entry ni.. jeles..haha

    ReplyDelete
  6. Ini kena seawal pagi untuk menjelajah semua tempat ni.

    ReplyDelete
  7. mmg syok la qi layan lego sambil mandi manda..dlu masa akak pegi waterpark & hotel legoland belum siap...anakdara pn ada ngajak pegi, tunggu mamanya nk cari contest adiah legoland hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya.. bila la anak johor ni dapat peluang nak pegi agaknya..

    ReplyDelete
  9. Tengok pun dah teruja. Kalau bawak anak² ni konpem sampai tutup baru nak stop mandi, hehehee!

    ReplyDelete
  10. Bestnya Juju... ada rezeki nanti boleh bawa keluarga ke sini

    ReplyDelete
  11. Rindunya nak pi legoland lagi... Tak puas 2 hari masa pergi dulu... Huwaaaaa

    ReplyDelete
  12. Bestnya...!! Belum pernah jejak Legoland

    ReplyDelete
  13. Waterpark legoland memang best! InsyaAllah ada rezeki nnt nak bawak anak anak pi lagi nanti

    ReplyDelete
  14. Ya Allah... rindunya kat legoland. dah 2 kali jejak kaki kat sana, rasa tak puas.. ada rezeki nanti nak kesana lagi.. best kan juju p legoland ni.. tak terucap ngan kata-kata gitew..

    ReplyDelete
  15. bestnyaaaaa Juju. Kalau Cici memang suka Lazy River tu. memang boleh relax sambil berangan . hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)