LEGOLAND Malaysia Resort Hotel Mewah Bertemakan LEGO ! | Julia Johari

LEGOLAND Malaysia Resort Hotel Mewah Bertemakan LEGO !


Merancang untuk bawa keluarga dan teman-teman bercuti ke Legoland Malaysia Resort pastikan anda jangan lupa buat tinjauan semasa harga penginapan di Legoland Hotel melalui website rasmi. Pengalaman julia tika pertama kali berada di Legoland Malaysia Hotel dirasakan sungguh beruntung sekali. Teruskan membaca ya !

Berbaloi ke menginap disini?
Bagi anda yang jauh merantau dari negeri lain, faktor masa, duit dan tenaga sangat diambil kira dalam pelbagai aspek. Bermakna setiap sen yang dilaburkan perlu kepuasan maksimum dan sesuai dengan kehendak keluarga anda. 

Macam julia sekeluarga 4 orang, kami memilih penginapan Hotel Legoland sebab hotel ini paling dekat untuk akses 2 themepark. Sebab utamanya nak ulang alik tukar baju, parking free, jalan tak jauh, solat, mandi dan makan sudah semestinya hotel legoland ini ciri utama yang kami berkenan sangat. 

Harga munasabah
Ada bilik hotel yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 8-5 orang dalam satu bilik, harga bilik bermula RM600 ke atas mengikut kapasiti dan jenis tema bilik yang ditempah. Bagi julia sangat berbaloi harga yang dinyatakan sebab kita boleh pilih tema dan kesesuaian acara yang kita inginkan untuk menginap. 

Kalau anda nak raikan birthday party disini pun boleh, cuma maklumkan pada mereka untuk deko sikit bilik korang tu nanti. Surprise!!!!!

Tak sabarnya, jom ikut julia check in sekarang yahooo !

Lego disana sini
Paling best, selepas parking dibawah hotel, masuk sahaja ke ruangan lobi utama mata ini tidak putus-putus di sajikan dengan ratusan lego-lego disana sini. Lihat gambar dibawah my son tengah berseronok main jutaan lego di lobi hotel legoland. 

Sambil menunggu masa untuk check in, anak-anak dan anda sendiri boleh menerokai dan membina lego-lego yang disediakan disini. 

Memang cantik dan eksklusif betul disini, toleh kiri, kanan, depan, belakang semua lego aje...untunglah anak-anak, main sampai lebam !



Bricks Foam
Untuk baby kawasan ini sangat sesuai mereka bermain, bongkah lego disini besar-besar dan tak risau kalau baby yang baru pandai jalan tertelan lego kecil kan. Lego-lego kecil dikawasan depan lobi, Bricks Foam ini berdekatan dengan laluan ke family restaurant. 

Luas sungguh, pastikan anda jelajah ruang lobi hotel legoland puas-puas dulu sebelum check in ya. Masa itu emas. 


Ada berapa tema bilik Hotel Legoland?

  1. Kingdom Rooms 
  2. Adventure Rooms
  3. Pirate Rooms
Setiap tingkat termasuk lif pun mengikut tema kartun lego dan warna tema yang berlainan. Macam di aras Kingdom Rooms karpet berwarna hijau kekuningan menjadi tema rasmi. 


Kingdom Themed Suite
Julia sekeluarga berada di tingkat 7, aras yang paling tinggi sekali. Kingdom Suite hampir ke semuanya mengadap themepark. Inilah laluan ke setiap bilik. Berwarna warni kan, terpesona sungguh mata julia dijamu bersama satu family.

Pintu masuk bilik hotel sangat mewah dan cantik mengikut tema logo Kingdom. Apa lagi jom kita masuk lihat sekitar bilik & kemudahan yang disediakan dalam hotel Kingdom.

Name kad rasmi blogger Julia Johari. 
Harus tinggalkan jejak sebelum check out !

Serius ! 
Memang lawa sungguh dekorasi dan hiasan dalam bilik hotel tema Kingdom. Sangat mewah dengan warna merah, hijau keemasan buat ia nampak sungguh mahal serta ruang yang disediakan cukup luas. 

Anak-anak bebas berlari dan bermain dengan 2 kotak lego yang turut disediakan di bilik ini. Best ya !

Kemudahan semua bilik hotel termasuk :
  1. Katil King.
  2. HD flat panel TV.
  3. Penyaman udara.
  4. Peti sejuk mini. 
  5. Pembancuh kopi Vanity. 
  6. Stesen kerja. 
  7. Pengering rambut. 
  8. Kelengkapan tandas percuma.
  9. Treasure Hunt.
  10. Lego bricks disediakan untuk anak-anak bermain dalam bilik tidur.
  11. Ruang tidur kanak-kanak dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3 orang).
Teruja my son sambil berkata, bilik macam istana ! Kan Hahaha.

 My husband sedang duduk di ruang tamu, luas macam dekat rumah. Bilik ini boleh memuatkan 8 orang dalam satu-satu masa. Memang meriah lah kalau berfamily day disini dalam satu bilik sambil menonton TV dan bersiap bersama-sama untuk ke themepark.


Set pembancuh kopi, sambil beristirehat bersama keluarga dan teman handai, mari kita gunakan kemudahan pembancuh kopi. Kalau anak-anak set minuman lain turut disediakan.

Nampak 2 box hijau tu?
dalam kotak tu penuh set lego, bukan main suka lah my son main lego puas-puas dalam bilik. Tak cukup di lobi, dalam bilik hotel pun lego-lego penuh...memang anak-anak tak mau balik rumah lah menginap disini hehe.

 Treasure Box 
Leka abam Qi main lego, perasan tak sebelah abam Qi tu ada kotak coklat atasnya ada katak lego gergasi. Itulah treasure box. Istimewanya kita kena jawab beberapa soalan khas yang disediakan untuk dapatkan nombor coding. 

Dalam kotak ini disediakan hadiah...apa hadiahnya adalah rahsia tau...kami pun tak melepaskan peluang untuk menjawab soalan, kalau tidak berjaya jangan risau, dapatkan nasihat dari staf legoland hotel nanti diorang bagi klue hehe.


Inilah salah satu contoh soalan, setiap bilik soalannya berlainan tau...so bukan senang nak meniru, ajak anak-anak sertai permainan ini, pasti mereka seronok tak sabar nak dapatkan hadiah misteri dalam treasure box.

Ruang tidur kanak-kanak
Abam Qi dah konker kawasan ini tau, untung sangat bagi kalian yang mempunyai anak yang ramai, kawasan ini memang disediakan khas untuk mereka. Bukan setakat katil bertingkat untuk 4 orang, katil beroda dibawah juga boleh ditarik tau...memang 8 orang boleh tidur dengan selesa dalam satu masa.

TV khas untuk mereka juga turut ada. Jadi masa family tengah bersembang di ruang tamu, anak-anak boleh menonton cerita kartun di TV khas ruang tidur mereka. Wahhh seronok lagi !

Dua Bilik Air
Teruja julia melihat bilik air pertama, ada disediakan bathup. Tahap kebersihan sangat tip top, kelengkapan mandian turut disediakan secara percuma...cuci kaki je bawa baju menginap di sini.


Bilik air kedua ini lebih mesra untuk kanak-kanak, ruang mandian lebih luas dan turut menyediakan kemudahan mandian.

Comelnya, alahai geram tengok, ada sikat, body wash, shampoo untuk anak-anak menggunakan secara eksklusif. 

Kalau blackout, jangan lupa dalam almari pakaian ada disediakan lampu picit yang akan menyala automatik. 

Just tarik dan suluh. Ini merupakan salah satu ciri keselamatan yang bagus sekiranya bekalan elektrik terputus atau lego-lego yang dimain oleh anak-anak termasuk bawah katil boleh suluh  dan kutip kembali. 

Lepas mandi, tercari hair dryer?
Cari peti ais mini, ia berada di sebelah sahaja. Cermin besar dan tinggi pun ada, so boleh lah selfie puas-puas hehe.


Nak mandi kolam renang di hotel legoland?
Terus naik lif tekan punat 5, diaras ini anda boleh mandi puas-puas di kolam yang disediakan. Tahap kebersihan air sangat baik.

Breakfast - Lunch - Dinner @ 
Bricks Family Restaurant
Selesai check in, perut tetiba lapar sangat. Tak perlu keluar jauh mencari makanan dan minuman, di dalam Hotel Legoland ada disediakan restoren. Cantiknya ruangan family restaurant ni, sungguh berwarna warni. Menarik perhatian kami sekeluarga untuk terus masuk. 

Berapa ye harga bufet disini mari julia tunjuk harga semasa.

Tak terlalu mahal, just nice kalau nak lunch disini. 
Breakfast semua free ya kalau menginap disini ada 3 session korang boleh hadir untuk elak kesesakan dalam satu masa. 

Lego kan banyak kat lobi, mau ke anak-anak korang nak makan. Puas la panggil abam Qi suh makan bukan senang, tapi jangan risau. Di meja makan restoren legoland hotel ini ada kertas mewarna. Nanti staf legoland akan bekalkan crayon untuk anak-anak anda mewarna atas meja makan. Sambil makan mereka boleh mewarna puas-puas.

Pandainya mereka ambil hati anak-anak...terus jatuh cinta !

Scroll ya, lihat antara menu dan dessert yang disajikan...huhhhhh sedap!


 Teringin nak makan sushi? Sini pun ada tau...kerlas !



Rating Tahap Kepuasan?
Melebihi 5 bintang...ternyata berbaloi melabur wang, masa dan tenaga menginap disini. Layanan staf Legoland pun sangat mesra, dalam lif pun ada lagu dan lampu ala-ala disco hahaha...sangat fun dan enjoy kat sini.

Kenyang perut suka hati. 
Wajah-wajah kesayangan julia dah tak sabar nak terjah Themepark dan Waterpark...apa lagi jom kita enjoy! Nantikan entry seterusnya julia akan update mengenai Themepark & Waterpark Legoland pula ya. Tak sabar nak cerita pasal Ninjago best gila !
Stay tune guys !

Info lanjut tempahan dan semakan harga klik;

Alamat:
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.



Anda boleh hubungi pihak Legoland Malaysia terus di talian 607-597 8888.
(Setiap hari, 9:00-19:00, waktu Malaysia), atau hantarkan e-mel pertanyaan di info@LEGOLAND.my.

22 comments:

  1. Wow bestnya kalau bawa anak2 farah mau ddk main je x jalan mana dah

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa! Cantiknya bilik tu. Ni kalau si kembaq pi tamau balik kot ni hehe

    ReplyDelete
  3. mak aii..mewahnya.. nak g jgkkk..:)

    ReplyDelete
  4. best kalau hotel ada tema mcm ni.. budak2 mesti suka

    ReplyDelete
  5. cantiknya. memang macam istana. kalau family Cici, amek katil double decker tu sesuai lah ye. ngam ngam je.

    sangat mewah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih bagi tips dan riview ni Ju..
    Akak bercadang cuti sekolah bulan mac nak pergi..

    ReplyDelete
  7. Best giler! Harap adalah rezeki nak bawak anak² ke Legoland, impian mereka ni!

    ReplyDelete
  8. mmg menarik, tapi harganya la kena menabung sikit

    ReplyDelete
  9. Mmg meriah hotel Legoland ngan tema bilik tu.. Yg rmi anak mmg berbaloi betul sbb ruang utk kids besar juga siap ada TV utk diorang kn

    ReplyDelete
  10. walaupun lisa org johor.. tp tk pernah masuk hotel lego ni hahaha . nampak mewah.... kena siapkan poket dulu la

    ReplyDelete
  11. aduh....
    bestnya bilik kak ju tu..
    terus mengidam nak bawak family cuti kat cni.
    memang kena singgah ni..
    bilik pirate tu memang cantik.

    ReplyDelete
  12. besar gilaaa bilik suite tuuuu...omg mmg boleh angkut kaum kerabat bagai...haha

    ReplyDelete
  13. Haritu lalu ja. wow bestnya.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. Cantiknyaaaaa bilik dia! Teringin sangat nak pergi legoland ni tapi mcm sesuai untuk budak2 ja tengok.

    ReplyDelete
  15. seronoknyaaaaa tunggu humaira besar la ,kumpul duit pi lagi,dulu pi berdua je hehehhe

    ReplyDelete
  16. best ye, semua lego dlm tu, budak2 pun tak boring, msti fikir nak main je kan..
    hihii

    ReplyDelete
  17. Bestnyaaa kak. Nani tak pernah sampai lagi Legoland. Hehee

    ReplyDelete
  18. Wah dapat bilik besar..memang terbaik.hotel legoland..kita pun suka

    ReplyDelete
  19. lama dah berangan nak bawak anak-anak ke sini.. moga satu masa nanti dapat jugak capai impian.. tengok post juju ni lagi la teringin!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)