ALTHEA pilihan makeup mana mudah untuk dibawa travel ! | Julia Johari
Booking.com

ALTHEA pilihan makeup mana mudah untuk dibawa travel !


ALTHEA makeup again? Oh yes, absolutely i say YES. Bagi korang yang selalu mengikuti julia, ada 2 entry lepas julia kongsikan bagaimana julia belanjakan RM150 free voucher points julia dapat melalui Althea dengan pembelian 8 jenis makeup di ---> SINI. Kali ini julia dapat kali kedua voucher yang sama FREE untuk pembelian makeup juga. Kali ini bukan 8 tapi 9 jenis makeup yahooo!
                                         
    Entry lepas KLIK ----> My 8 item Makeup from Althea Korea

Macam Mana Julia Dapat FREE LAGI?
Soalan ni bertalu-taluuuu kawan-kawan komen, eh julia cam ne julia dapat FREE kali kedua...wahh total semua RM300 tu MAKEUP FREE GIFT only from ALTHEA KOREA...aah cuba teka...cepatlah...mesti korang ingat punya lah...tak ingat? Betul tak ingat macam mana julia diberi masa 30 min je untuk purchase produk Althea sambil berdiri dalam party? Berpeluh tau haha.........

Hmmm mai sini baca link dekat bawah, jawapan tu semua dalam satu entry surprise yang dianjurkan oleh Party Pink Althea Turns 1 baru-baru ini julia di jemput untuk celebrate bersama-sama bertempat di RUANG Subang Jaya. Havoc sungguh party tu! 

Until now...i cant imagine macam mana kami semua dapat surprise 150 again...wowwww Althea memang gila !

  

KLIK VIDEO 
LIHAT MOMENT JULIA KALI KEDUA DAPAT PARCEL PINK...kemain!


9 Makeup from ALTHEA
So dah jelas kan...sekarang dah ready ke nak tengok satu-satu review ringkas makeup kali kedua julia dapat FREE? Tak sabar nak tau? Okey mai dekat-dekat...nanti julia kasi link satu-satu korang leh baca jelas detail produk dari website ye...julia kongsikan 1st review test all makeup ni...

1. Aura Radiance BB Foundation Cream / SPF 37
RM22
Hari tu dah beli Matt Fix, sejenis bedak cushion, kali ini julia nak mencuba foundation jenis cream...tergoda baca detail dalam website Althea tu. Lawa kan konsep hitam putih bekas foundation ni... http://my.althea.kr/aura-b-b-foundation

Nampak comel dan dinamakan sebagai Beauty Secret Cleopatra & Yang Guifei, kandungan unik buat julia puas hati dengan tekstur dia sebab real pearl powder, aloe vera plant extract, chamomile flower itu yang membuatkan ia sangat wangi dan sangat lembut bila disapu...nampak before & after...so nampak natural kan...sikit je sapu. Yes 4 bintang!


2. Skin Liar Primer 
RM20
Inilah mak segala makeup...tau sebab apa? Sebab julia pengguna setia Ephyra Skin Care Series...nak makeup boleh, tapi baru sekarang julia nak cuba PRIMER...bila baca hal ehwal makeup ni, memang banyak, tapi paling lokek terlepas pandang benda alah ni, ada banyak PRIMER di pasaran, di Althea julia nak cuba pertama kali nak guna.

Penting ke?
Aah kalau tak, takkan julia gelar ia mak makeup...lepas dah guna krim siang dan malam ephyra, of course nak makeup light kan...so sebelum nak makeup...sapu Skin Liar Primer dulu, untuk coating kulit muka kita dari terus serap bahan kimia dari pelbagai jenis makeup...

Dulu main belasah je sapu bedak kat muka...patutlah naik sebum je muka dulu...walaupun guna toner sekali pun itu langkah terakhir nak buat makeup...tapi dari akar umbi kita lupa nak pasang kebal dekat kulit...yang ni best, dah la wangi...lembut dan sejuk je apply...wahhhhh jatuh cinta...

Paling penting, ia jaga kulit dari naik jerawat, tu sebab ramai kawan tanya kenapa lepas makeup jerawat naik banyak...sebab tak coating...so sekarang ingat PRIMER...pi la beli okey...harga RM20...murah kan.... http://my.althea.kr/skin-liar-primer


3. Witch's Pouch Selfie Perfect Concealer
RM20
Juju suka gadget makeup yang unik dan praktikal, juju kan sukan travel, so yang mana gadget mudah letak dalam handbeg of course mesti Grab! Concealer ni penyelamat, kalau tetiba nak kena pi event ke, kenduri kendara ke, tetiba ada majlis makan malam ke, selfie perfect concealer ni selamatkan julia...

Dia macam pen...klik-klik je hujung tu, terus sapu kat muka sebab dia ada brush lembut...sangat menyenangkan hidup. http://my.althea.kr/selfie-perfect-concealer



4. Under Eye Brightener
RM15
Oh eyebeg, sometimes lah akan naik teruk dark circle kalau penat dan tak cukup tidur...aduh, this one perfect cover. Guna sebelum atau selepas foundation dap dap sikit bawah mata tu sapu light...kalau julia sebelum foundation sapu sikit senang keje. 



5. Witch's Pouch Selfie Perfect Eyebrow
RM13
Gadget yang sangat cool (warna dark brown)...ohhh suka! Sebabnya julia dah lama nak belajar makeup tang eyebrow weh...selalu tengok tutorial, so screw brush dan eyebrow punya warna digabungkan sekali kiri dan kanan...mudah keje kan...juju suka screw brush tu selain lembut ia sangat kukuh untuk brush kening jadi rapi...i like it!


6. Mascara 4D
RM16
Water resistent, kalau kita menangis ke atau kena hujan ke tak ada lah kembang semangkuk kan heheh...4D tu volume hujung bulu mata lagi lentik wooow




7. Keratin Silk Injection
RM6
Siapa rambut dia jenis kering dan susah nak urus, asyik bergumpal je, huhh penat weh nak jaga rambut tebal dan kering macam julia ni...serius. Bila survey dalam Althea ada Keratin Silk Injection ni, belum cuba tapi rasa mesti ia boleh bantu julia sikit kan...will see...harga pun tak mahal. So kalau tak okey pun tak marah hahaha



8. Luxe GLOW Lipstick 
RM33
Pertama kali buka casing lipstik ni pun dah jatuh cintaaaaaaa, juju suka gadget ni sebab cara nak buka lipstik ni pun sangat kreatif...just tekan atau tolak kepala diatas terus keluar lipstick tu, wauuu warna dia memang merah, tak pernah beli lipstik merah macam ni...teringin nak beli tu yang beli dalam Althea tu...aummmmmmmmm ter sexy lebih la bibir juju pasni sebatu dah nampak hahaha


9. It's My Lip & Eye Remover
RM8
Dah habis event atau waktu kerja, sebelum nak mandi tu pastikan kita kena amalkan budaya guna liquid makeup remover...tak kisah la apa brand sekali pun...lepas korang cuci muka dengan pencuci muka biasa tu korang dapat pastikan ke tak ada langsung kekotaran bekas makeup di muka?

Memang tak nampak lah...tapi dibawah kulit tu tetap tersimpan baik sebelum nak munculnya jerawat...so dap dap dulu dengan tisu muka...baru basuh muka dan apply toner macam biasa...pastu nak tidur nanti baru pakai pelembab...jimat!

So far, okey lah this one, bau wangi dan macam sedikit berminyak...ohh tu sebab ia mudah keluarkan makeup kan...so muka kita tak lah jadi iritasi dan kering kemerah-merahan.

DONE My Drugstore Makeup fuh!
Oh lega dah kongsi dengan korang betapa ketagihnya julia dengan lautan makeup, sudah semestinya ia snagat murah di ALTHEA KOREA...yesssss hobi ni bukan baru, dah lama, cuma lately je rezeki murah boleh dapat 2 kali set free makeup...of course lah juju suka sharing story dengan korang...kita kan sama-sama suka makeup! Mmmuahh cikit!


Later on juju letak gambar makeup ALTHEA lagi ye...

SURPRISE ONLY FOR MY READERS!
Althea's Birthday Celebration Contest!
  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last.
  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! Rebate will be credited into your account.
  • #AltheaTurns1 Instagram Contest
    - Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
    - Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
    - Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.
Hurry up!
Jom daftar (Sign up) & shopping sini sebab juju nak bagi FREE RM35 tak nak keeee cepat ! 










11 comments:

  1. wah juju dpt lg parcel pink...pandai juju makeup eyeshadow tu..cantik...merah cili ye lipstiks yg dpt tu

    ReplyDelete
  2. Ooo dpt msw party..tak dpt evnet party tu..jadinya tak dptla voucher 150 lagi..hehee

    ReplyDelete
  3. cantikkkkkk! saya tak reti nak pilih barang makeup hehe

    ReplyDelete
  4. complete semua brg makeup ada,skrg je mls nak makeup..
    hahaha

    ReplyDelete
  5. kak.. boleh Tanya biasa barang sampai brapa lama ye.. order saya dah seminggu da, status masih processing lagi

    ReplyDelete
  6. Ya Allah dikkkk kenapa goda niii??tau takk akak memang cari produk untu krambut kusut tuuuuuu nak pakai kan kat sufiya! huwaa murahhhh nak terjah terus la cannie!! jahat la dik juuuu ni pandai je goda org!

    ReplyDelete
  7. wow ju, flawless. cantik!
    aida ni x bermekap bebeno.
    but suka tgk org mekap :)

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa...dpt lagi...
    Puas la shopping

    ReplyDelete
  9. Untungnya juju dpt lagi! Akak tak dpt pergi party hari tu, melepas lah huhu. Tapi serius rambang mata laa shopping kat Althea, rasa nak kaut semua pasai comei comei hahaha

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com