Genting Highlands Strawberry Park Bukan Sekadar Strawberry! | Julia Johari
Booking.com

Genting Highlands Strawberry Park Bukan Sekadar Strawberry!

Gambar paling ohsem dalam sejarah...3 anak beranak dalam ladang strawberry, happy face!

Genting Highlands Strawberry Park Bukan Sekadar Strawberry! Yes, tepat sekali apa yang julia nak cerita hari ini. 2 hari senyap sunyi tak update blog, ada sesuatu yang perlu diselesaikan secara sembunyi, alhamdulilah selesai. Now, kalau korang tengah free, apa kata pergi menjengah sekejap di Strawberry Park yang terletak di kaki gunung Genting Highlands. Serius, juju nak cakap ni, kawasan ini memang cantik, romantik, kerlas dan punya keseksian tersendiri, sebab disini dah macam taman mini Cameron Highlands dah, one stop centre, semua ada, cakap lah nak apa, jem strawbery, teh strawberry, bunga segar? Semua ada...nak kamera man upahan pun ada, sesuai sangat untuk apa jua jenis event, terutama outdoor photoshoot, kerlassss sangat taman strawberry sini, cantik gilaaaaa!


Nak pergi LAGI...
Tau sebab apa tempat yang fanatik aku nak pi lagi adalah sini, memang ada bayaran dalam berbelas gitu termasuk budak-budak pun kena bayar beb, tapi aku tak kisah sebab kawasan ni memang menenangkan urat saraf stress aku anak beranak. Lega beb hadap kehijauan ladang strawberry yang tengah masak ranum, kita petik fresh dari ladang yang memakan masa dari KL ke sini hanya 30 minit...seriussssss kalau dah lemau hadap KL tu, mai lah naik ke sini, dekat je u ols...tak yah pi Cameron pun tak pe dah, sini semua lengkap termasuk ada madu kehkeh.

Cadangan pergi waktu bila?
Korang, pergi pagi jam 9 pagi dah buka tau ladang ni, serius kalau pergi waktu pagi memang segar bugar kawasan ni semua, nampak je kawasan ni kecil tapi once korang dah selongkar isi alam ladang ni, korang akan kepenatan, besar sungguh dan banyak bahagian yang kena diabadikan moment2 cantik...hahaha siapa kaki bergambar macam keluarga juju harus jejak kat sini tauu tauu.

Husband & Wife happy moment, susah nak describe happy sangat kami dengan ladang ni, yelah memasing excited nak petik strawberry sendiri termasuk budak kecik tu pokpek pokpek nak gunting dengan bakul kecik dia hahaha....

Last sekali mak pak pasrah, bagi je kat Qi petik buah dia sendiri, seronok tengok dia willing nak petik sekali tau, anak korang pasti seronok, dah lah dekat je dengan KL, bebila boleh terjah sini kalau tingin nak makan strawberry fresh, manis dan sedap.

Tadaa...banyak kan hasil tuaian abam Qi korang ni hehehe, snap gambar ni, dah print siap-siap simpan dalam album, nanti besar Qi tengok balik ye hehe.

Siap dah bayar...okey lah just nice, tak mahal mana, yang penting fresh kan yeyyy inilah air tangan Qi pertama kali petik strawberry yehaa. :)


Taman Lavender...
...best wooo kawasan ni, jatuh cinta banyak kali dah, bukan setakat boleh tengok bunga lavender yang wangi tu, boleh tengok taman bunga ros perghhhhhhhh dah macam Taman Bunga Ros kat cameron tu tau, tapi kat sini ada haaaa, memang la suka hehe jom tengok gambar 



PHOTOSHOOT HAPPY FAMILY!
Amacam, cun tak gambar ni, hehehe bentuk LOVE macam tu memang sedia ada kat kawasan ni tau, korang mesti jumpa punya, pastu topi tu boleh pinjam dekat pondok berdekatan bersama dengan spek biru budak2 tu, serius memang kagum sangat! 

Aku kagum macam mana si abam Qaiser ilman tu boleh sporting amik gambar macam ni hahaha, kalau tak dia bad mood je nak suruh posing...kira aku bertuah masa tu je kot hahahha

Taman Bunga Ros & Pelbagai Jenis Bunga!
Yes, memang menarik bukan? Ada bunga ros secantik ini di tangan julia, lega sangat rasa hati dapat tatap puas-puas, fuhhh kira sekali bayar masuk sini macam-macam lah dapat sebijik kt Cameron tu...berbaloi...jom usya bunga lagi jom...



Huwaaaaaa...jatuh cinta, lagi-lagi juju jatuh cinta...besar sungguh ladang bunga kekwa ni tau, bermacam versi warna dan sudah semestinya ia betul-betul bunga yang real dan fresh...boleh masuk dan pegang...huwaaaaaaaa best!



Zoom dekat-dekat....serius cantik!!!!!!!!

Cak! hahahaha...menyorok di sebalik bunga purple ni...hehhehe omeyyyy

Mereka dibanjiri dengan bunga...dua orang kumbang tu pening tengok ladang ros dan bunga macam-macam hahahahhaha...juju tak mau balikkkkkkkkkk 

Shopping!
Penat oiii pusing macam-macam taman, now kita nak pusing kawasan beli-beli barang macam jem strawberry dan lain-lain...moh kita.

Sarang lebah ori tu...eerkkkk takut tengok besar sungguh

Kiut je kawasan ni hahahhaha...jelas nampak keriangan tu tak boleh di bendung haha


Rehat-rehat, pastu habis dah shopping jenjalan satu hari dalam taman ni....happy sangat rasa! 

GENTING STRAWBERRY LEISURE FARMS
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2 | Bandar Gohtong Jaya, 
Genting Highlands 69000, Malaysia

Korang, pi tau...rugi tak pi...dekat sangat je weh...aku ni dok teringat-ingat strawberry dan permandangan indah kat situ...bestttttt! Bawa anak-anak dan pergi dengan keluarga, serius korang dapat apa yang juju rasa....

KEPUASAN TRAVEL DEKAT DENGAN HARGA BAJET...BYE!


20 comments:

  1. mmg awesome la gmbr 1st bertiga tu..mcm ladang strawberry juju yg punya..akak ms p genting nk singgah juga tp nmpk mcm tutup...tkpayah dh smp ke cameron..sini kt genting pn ada kn...bunga2 tu pn lawa

    ReplyDelete
  2. Betulllllllllllllllllllll gambar paling atas tu paling awesome!!! suka akak tgk!!

    ReplyDelete
  3. seronok tengok buah strawberry trjuntai2, geram nengokkk
    best tgok juju posing maut kat bunga levender tu. tak aci nih

    ReplyDelete
  4. Suka sangat pegi strawberry park.. tempat sejuk2 dan sunyi2 mcm ni mmg fav dilah.. nak pegi cameron jauh sgt.. dah la dr jb.. 1 day boleh try dtg sini.. thanks juju sharing pasal ni..

    ReplyDelete
  5. thanks juju for sharing! tak payah p jauh2 sampai cameron dah. hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa stoberii. lama dah tak makan. tak penah singgah ladang stoberi tu

    ReplyDelete
  7. Suka naik Genting. Kalau rasa panas2 tu mesti ajak suami naik genting. sejuk..dingin je

    ReplyDelete
  8. Woaahhh!!! Seriuuusss teringin sangattt nak pergi! Lepas exam nanti la.. Nak petik strawberry

    ReplyDelete
  9. Alaaa awat jue tak tahu kat genting pun ada strawberry ni.. kita tahu kat cameron jer. Hahaha bestnyaaaa

    ReplyDelete
  10. Dia akan jd lg best sbbnya tmpt ni sejuk kan juju..
    Ahkak rindu nk naik Genting lg..ntah bila la dpt naik ni

    ReplyDelete
  11. Hirup udara segarkan pandai si hero hensem petik stoberi :)

    ReplyDelete
  12. bestnya abg Qi jejalan.. Mikhail dulu tak pandai makan lagi strawberi... ibu jer pulun makan hahhahaa

    ReplyDelete
  13. bertuahnye dapat petik sendiri strawberi ...
    selame ni da 3 kali pergi tak pernah petik sendiri ...

    http://kaissi.my

    ReplyDelete
  14. Genting pun ada...bukan sahaja di Cameron.

    ReplyDelete
  15. tenang je tengok tempat ni..lagi-lagi strawberry tu

    ReplyDelete
  16. Whoaa...Cantik gambar semua. Boleh tambah koleksi tempat petik strawberi kat Cameron. Banyak lagi tempat tak cuba, ada review macam ni boleh jadi guidance masa akan datang. Well nice sharing.

    ReplyDelete
  17. kita sekrg ni dlm sebulan 2 3 kali naik genting. asal lalu sini je mesti rasa nak masuk nak masuk.. tp sampai skrg tk masuk masuk lg. hihihi.. aah genting dekat je kan..bawak kete selo2 pun eh dh sampai.. nak ke cameron tu jauh sgt.. dpt g sini pun dh mcm cameron..

    ReplyDelete
  18. haa xpnh tau lak kt genting pn ada stroberi parkkk..haha oke next trip boleh g genting pulak lah...ngeh² thanks juju! ^_^

    ReplyDelete
  19. Selalu lalu tapi tak pernh singgah. Menarik ni, eksaited pulak nak ke sanaa. Hahaha !

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com