FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLANDS | Sambut Hari Jadi Tempat Sejuk! | Julia Johari
Booking.com

FIRST WORLD HOTEL GENTING HIGHLANDS | Sambut Hari Jadi Tempat Sejuk!


Sebut Genting Highlands sah dah terbayang kawasan sejuk kan. Best tau pi tempat sejuk dingin cam tu, lagi-lagi sekarang musim panas dengan el-Nino ye huhh mengipas tak kira siang dan malam, syok la kalau siapa ada rumah atas puncak tu kan tak payah beli aircond, memalam tiduq sejuk berbungkus-bungkus!

Julia dah booking menginap kat sini dari bulan 12 tahun 2015 tau, lama dah kan, tunggu 3 bulan lepas tu baru leh menginap, time tu tak plan pun nak holiday kat sini sebab tak tau rate dia berapa kan semalam, sekali bila scroll tarikh birthday julia 26 mac tu pulak harga dia murah, hotel first world ni julia booking hotel lama tau, kalau nak advance sikit book lah tower baru tapi harga pun vasss la mahal sikit kan.

Tapi tak kisah, janji kena my target, holiday bajet tapi selesa, cukup sudah mengembirakan hati anak beranak...ni lah family julia, selalu pi mana-mana bertiga je, senang tak payah pening kepala nak ikut kepala banyak2 hahaha. Tapi yang paling eksaited tu nampak tak kat muka siapa....ofkos muka si julia tu kan hahahhaha nak sambut birthday dekat tempat sejuk-sejuk kemainnnn....

8 tahun dah tak jejak sini, dulu pernah pi dengan rakan opismate lama dulu ramai2 siap main outdoor, sekarang theme park outdoor dah close makanya kita teman anak main indoor jadi lah kan.

Harga?
Oleh kerana tarikh birthday julia jatuh 26 Mac hari sabtu, fuhh just nice lah jatuh hari sabtu, so julia book hari Jumaat sampai Ahad duduk Genting Highland.  

Pertama kali tau nak duduk hotel atas tu, tu sebab lain macam dia punya seronok, harga semalaman julia booking hanya RM60 sahaja, ye murah kan, semua melalui Booking.Com. 

Sahabat sejati apps ni memang senantiasa bagi julia happy ke mana sahaja, kadang-kadang malam selalu scroll nak tgk kot2 ada yang murah kan, tu yang asyik berjalan je sebab murah.


Hari Jumaat tu kerja half day je, bos kasi kebenaran, thank you bos! Dari KL menuju ke Genting Highland kami mendaki dengan menaiki kereta sahaja tau, tak naik kable car pun, sebab suami cakap lagi mudah bawa kereta parking dalam hotel first world tu. Aku ikut je lah.


Lawa kan hotel first world tu dari jauh, yang berwarna-warna tu kan, ceria je, tak sabar nak check in awal, kami sampai jam 1.30 tengahari rasa, tapi style julia takde yer nak tunggu jam 3 baru nak check in, aku terjah je tanya leh check in awal ke tak gitu, so dari situ ko jimat masa leh plan nak buat apa pastu beb.

Parking FREE
Aah, kalau korang tak menginap kat hotel pun tetap leh parking kereta FREE dalam Hotel First World...tak kena bayar pun, tapi kena melilau lah cari parking, nak best pi time bukan hari cuti banyak parking, kami pi hari Jumaat ada kosong tau.

Cantiknyaaaaaaaaaaa kat dalam lobi hotel ni, penuh dengan lampu weeeee birthday girl tu melopong je tgk lampu mengalahkan anak dia weh hahahhaha aduyai perangai aku ni suka nauuuuuu buat2 eksaited kan hahahha

Check In Guna Mesin Layan Diri!
Korang yang booking guna Booking.Com jangan memandai pi self check in sendiri kat mesin ni tau, memang tak leh check in weh hahahahha

Caranya korang kena cari orang yang jaga mesin check in ni, nanti bagi surat booking.com tu kat dia nanti dia kena aktifkan dulu booking korang, bagi no kad pengenalan lepas tu dah aktif baru kita boleh check in sendiri guna mesin ni tau....gituuuuuu...kecuali kalau korang booking melalui page resort world haa baru boleh pi check in sendiri terus, tak de hal. Ingat ye.

Nak Check Out?
Mudah, ada kad bilik dia kasi kan, guna mesin check out yang disedikan di sekitar lobi berlambak ada, insert je kad hotel tu okey leh balik rumah dah. Mudah kan, tak payah nak beratur panjang-panjang, anytime korang nak balik cari jer mesin tu. Settle!

Lepas Check in...
Korang akan terima resit cam ni dan kad hotel untuk swap masuk bilik, fuhhh canggih kan kat sini, aku suka cara ni kalau hotel yang ada berbondong-bondong biliknya...mesin layan diri je mudah!

Dalam resit tu ada tercatat nombor bilik, tingkat berapa dan tower nombor berapa - lihat anak panah- pastikan korang naik Tower yang betul, kat luar lobi tu ada besar-besar papan tanda kat lif tower mana kena naik...mudah betul, aku suka kalau proper signboard, tak sesat!

Kami check in tepat jam 1.24 tengahari tau, siapa cakap kena tunggu jam 3 petang rugiii hahahha, tu sebab kena gamble je pi tanya nak check in, buat-buat bodo gitu hahaha. Kami punya bilik di Tower 1, tingkat 6 tau. Yeyyy jom!


Sunyi sepi...luas sungguh kawasan, rasa nak jerit hoiiii orang disana, hahhahaha laju je hero-hero aku cari bilik amboiiii diorang plak yang eksaited!

Walla!!! Harga RM60 dapat bilik cam ni okey what, selesa sangat, kami cantum katil ni dimalam hari, luas beb! 

Komen aku pasal bilik...
  1. Selesa dan bersih - cadar semua dan bilik air semua bersih selesa!
  2. Ruang - sangat minima, tapi boleh lah just nice nak solat
  3. TV - channel semua jelas
  4. WiFi -  tak ada wifi tau, so pakai je mobile data korang tu
  5. Kettle - tak ada kettle, korang kena ambil air panas atau air masak kat area floor luar guna jug air disediakan dalam bilik. Mujur bilik kami ni betul-betul belakang dia ada kawasan tempat ambil air panas dan air masak, mudah!
  6. Bilik Air- sempit, teramat sempit hahahhaha kami ni kan besar-besar, so nak mandi tu kena elok2 masuk kalau tak melekat dalam bilik air yang tersangat sempit haishhh
  7. Aircond - memang takde pun kan sebab malam hari sejuk gila! 
So far, aku selesa menginap disini, cuma ruang sempit tu biasalah, harga bajet kan so untuk keluarga besar aku tak galakkan korang book bilik ni...pilih bilik besar sikit ye.






Lepas solat zohor, terus turun lobi hotel, nak usya indoor themepark jom!

Rumah hantu....hahhahaha takutnya!

Admission tiket, aku tak masuk pun tak minat nak melayan hantu buat masa ini, birthday girl keesokkan harinya nak tenang-tenang aje sudah hehehe




Paling penting ingat ni WAJIB kena buat kalau nak indoor theme park murah!

  1. Cari kaunter tiket indoor themepark - lokasi sebelah Snow World
  2. Tanya pihak kaunter saya nak daftar membership
  3. Isi borang - kalau bawa suami isteri, sedara, atok nenek ke, pastikan semua dewasa isi borang, dapatkan kad sorang satu.
  4. Bayaran? - FREE, daftar free mudah kan.
  5. Apa manafaat kad membership ni - haaaaaa lepas daftar je on the spot korang nak bayar apa jua indoor theme park akan dapat diskaun banyak, serius jimat tau dari korang kena bayar harga mahal. Kalau anak ramai tak ke pitam nak bayar mahal, so leh diskaun kan untung kita weeeeeee.



Suami cakap, haaa dah resgister membership apa lagi jom masuk Snow World papa belanja julia dan Qaiser ilman, haaaaaaaa masuk Snow World berskirt bagai? 

Hahahahhaha dah suami ajak bedal je labu....skirt pun aku taram pakai but tau, kerlas kak juju korang kan...best oooo snow world...eh nantilah aku citer episod seterusnya ye...bubye!

14 comments:

  1. sronok first world sbb nk ckeck in guna kioks tu mmg cpt tkyh susah2 q thru kaunter..kalo zaman dlu2 first world ni mmg pjg btul org q utk check in tp dgn adanya kioks tu mmg pantas ..nk check out pn sama

    ReplyDelete
  2. bestnya..ok lah blik macam tuh..harga pon dapat murah kan..hehehr

    ReplyDelete
  3. Banyak kali baca cara nak check in tu..nak bagi paham betul..
    Best nya JU..Datang tempat ni jalan dalam firt world tu je pun dah boleh buat anak2 suka..tak yah keluar pi mana2 dah..Mudah macam ni..Dah la hotel pun murah..tapi kalau bawak anak2 saya kena ambil bilik besar sikit kot..

    ReplyDelete
  4. syok la kak degr cite akk ni...ada sambungan kan....nti update ye....

    ReplyDelete
  5. Awaakk.....sebab awak lah saya dah terpengaruh dengan app booking ni! Dah terjebak dan sabtu lepas gi check in semalam di Hotel Swiss Garden & Residence Melaka tu....hehhehehe, anyway TQ ye!!

    ReplyDelete
  6. Kakak ni kalau baca Julia punya entri bukan apa nak tengok keletah bujang kecik Julia tu
    Suka tengok Qi tau. Tak kiralah gambar yg candid mahupun dia posing. Mesti buat kakak senyum.

    Ini kalau ada teman main masa indoor game tu kakak rasa lagilah happening Qi ni.
    Tak apalah tunggu Qi ada adik ye QI:)

    ReplyDelete
  7. dulu mmg biase stay kat first world hotel..harga sangat berpatutan..ain baru je bln lpas pergi genting..tp x stay kat first world la..just stay kat hotel kat gohtong bawah tu je..bawak anak2 naik cable car je sampai atas..hehe..

    ReplyDelete
  8. Pernah sekali saya & husband bawak keta sampai atas, mak aihhh..gayat saya sebab jalan dia macam yang kita tahu..seriau je masa husband drive..ni dah lama tak gi sana..selalunya kitaorang balik hari je, rasa tak pernah stay kat sana..

    ReplyDelete
  9. ila dah pernah stay First World Hotel nie..sangat best sebab semua ade indoor theme park...outdoor pun dekat...tempat makan pun banyak...mmg best

    ReplyDelete
  10. X pernah tido kat genting lagi..selalu balik hari je...

    ReplyDelete
  11. genting dah banyak kali p...belum pernah overnite lg dekat sana...teringin!

    ReplyDelete
  12. best nyer.
    outdoor theme park da siap lom ju?
    ari tu member kata tgh renovate.
    lom pernah bw anak tau.

    ReplyDelete
  13. kita tgh planning nk bercuti ke genting..sgt membantu entry ni..thanks juju! muahciked

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com