KESERONOKAN INDOOR THEMEPARK GENTING HIGHLANDS | Main Sampai Puas! | Julia Johari
Booking.com

KESERONOKAN INDOOR THEMEPARK GENTING HIGHLANDS | Main Sampai Puas!


Sebulan kot aku peram cerita travelogue birthday juju kat Genting Highlands ritu, ni baru masuk part 2, kali ni panjang nauzubillah gambar-gambar kena edit, so far itu yang melemahkan urat saraf aku nak mengadap cerita themepark, sebab banyakkkkk!

Tengok gambar atas tu, kemain kanak-kanak riang kan bergambar depan Hotel Grand Genting Highlands tu kikiki, sejuk weh sini, time ni dalam waktu tengahari dah, tapi cuaca sejuk kemain, bila cakap tu asap keluar kepul2 halus dari mulut...chewaaaaaahhh husband dengan anak pun time ni lah rajin cakap semata nak tengok asap keluar dari mulut hihi.


Best ke indoor themepark sini?
Bagi aku best untuk anak-anak je, kalau tanya untuk diri sendiri nanti dah siap outdoor themepark baru aku rasa feeling best tu sampai. Sebab waktu sekarang memang khas indoor themepark je ada, so kalau korang datang sini semua dewasa je agak membosankan sebenarnya, kalau ada anak, anak buah, anak sepupu haaaaaaa time ni la kita boleh kongsi keriangan diorang.

Lagi satu indoor theme park kat Genting Highlands ni memang tak setempat, maksud aku setiap permainan budak-budak ni semua jauh-jauh, korang kena snap gambar kat bawah ni atau korang amik pamplet kat kaunter Themepark Ticket Counter untuk pastikan semua aktiviti anak korang main.

Nak tau cara dapat diskaun murah KLIK Membership Genting Highlands

Kita yang tua-tua ni boleh main ke indoor themepark?
Ishhh aku aim ingat semua benda aku leh join sama main dengan anak...sebenarnya seingat aku kat sana TIGA aktiviti jer aku leh join...Snow World, Mini Train dan Reindeer Cruiser. Itu je lah...yang lain memang budak-budak je boleh main. Hahahaha, bosan kan? So jangan aim tinggi sangat yang tua-tua macam kita ni nak main indoor themepark, limited sangat, so datang 2 hari menginap sini pun dah cukup puas dah, kalau menginap masuk 3 hari silap2 korang bungkus kain baju balik rumah....terhad sangat aktiviti kat sana.

Jelas kan ada butiran kat bawah ni...baca.



Sakan dok luar bergambar tengahari buta, kalau kat KL mau terbakar kulit lama-lama lepak cam ni, memang syok lah datang sini lepak area ni, sembang2...tapi makan kat sini memang melampau mahal...aku geleng kepala banyak kali....rugi tak bawa makanan sendiri macam periuk doraemon dan canned food...huhh. Nanti aku cerita jap lagi.

Besar sungguh Maxims Hotel ni kan...fuhhh kalau lah murah...nak repeat hahaha

BELI TIKET INDOOR THEME PARK GUNA KAD MEMBERSHIP KAT KAUNTER.

ANAK-ANAK BOLEH MAIN SEMUA PERMAINAN INDOOR SAMPAI BERULANG KALI TANPA SEKATAN SELAMA 1 HARI kecuali Snow World kena beli asing. YEY!

Tercatat tarikh birthday julia 26/3 kan...ada sebab kena snap, kenangan untuk julia untuk tahun seterusnya hehe. 
INGAT
Nak pesan, jangan beli tiket indoor themepark per ride okey, sangat mahalll sebab kalau anak tak puas main, kena beli lagi tiket, beli tiket yang boleh main semua permainan, baru berapa je harga beb...lagi murah.

ANTARA PERMAINAN INDOOR THEMEPARK GENTING HIGHLANDS

1. Snow World
Indoor theme park kami masuk pertama sekali ialah Snow World, harga lepas buat kad membership agak murah sikit dari harga asal, so alert buat membership dulu what ever indoor nak join atau anak nak masuk okey...cuma kat dalam ni tak sebesar macam i-City Shah Alam tu, kat sana lagi puas main dari sini. Cuma kat sini tempat sangat terhad, dan aku masuk dalam ni macam sesak nafas memula huhh sejuk gila, tapiiiiiii

Budak bertuah Qaiser ilman tu relaks je beb, dia memang tahan sejukkk...syok juga main dalam ni, sebab aku melayan kerenah suami dan anak yang tahan sejuk beku main salji buatan...serius aku pelik kenapa Qi cakap dia okey, okeyyy....aku yang tak okey main salji hahahha mak dia fail...acaner nak pi Koreaaaaaaa...Qi lulus...mak dia kena tinggal tak leh pi Korea hahaha.



Kat dalam ni tak dibenarkan amik gambar langsung. Tapi kenapa aku ni baik sangat ek, aku tengok ramai geng lain sorok2 amik gambar relaks je, kami siap simpan hp dalam locker, cisssssss nyesal...tapi lepas keluar main dalam tu 40 min gitu masa diberi terus pi tengok gambar aksi kami bergambar tadi kt kaunter gambar...snap kat screen, harga satu keping sendiri mau ingat mahal...so aku snap lah dendiam hahaha jangan tiru aku, aku ni jaat sikit, kikiki.

Jadilah kenangan...dari tak ada langsung...siapa suruh jual mahal sangat hehe

2. Merry Go Round & Safari Jeep
Rupanya indoor themepark sini permainan dia memang jauh-jauh, kena menapak naik escalator tinggi-tinggi erkkk...kalau tak kerana anak memang aku tak panjat. Landmark, dari First world hotel tu cari kedari Marry Brown, jumpa kedai tu terus jalan sampai jumpa escalator naik escalator sampai ke puncak sampai jumpa VISION CITY. Kat sini penuh video games, korang terus jalan cari Mcd Donalds, haaa depan Mcd tu lah 2 permainan ni dok situ, so aku cadangkan, korang nak bawa anak main sini peruntukkan 2 hari, stay je kat hotel, sebab aku tau dah mesti anak penat main berulang kali. Keje kita dok melangut depan Mcd hahaha.


Seronok bila anak pakai tag di tangan, pekerja theme park tu nampak tak kisah dah anak kita nak main berjuta sekali pun dalam tu, sampai anak ko cakap tak mauuu dahh umiii...tak mauuu dah walid hahahhahaha....aku pertama kali dengar anak aku cakap tak mau dah main...tu lahhhh nak main haaaaaa main puas2 jangan balik! kehkehkeh

Kerja hakiki, tenung anak main sampai mata mak bapak rabak hahaha, aku dok tengok mcd punya harga kat sini pun kemain naik, adehhh orang kaya je leh dok lama2 kat sini, semua mahai termasuk kedai jual barang runcit pun...kecuali aiskrim potong datang lah murah RM2 hahaha

3. Busy Bugs & Circus Ride
Permainan ni memang syok, anak aku enjoy main pusing, memang sesuai lah untuk umur 2 tahun ke 6 tahun gitu, untuk budak2 kecik je sesuai, kita2 ni duduk tengok diorang main hahaha kesian mak bapak.

 4. Fun Land
Macam indoor playground lah, seronok gak sini sebab aircond dia selesa, kena pakai stoking tau masuk dalam ni, lagi satu mak ayah boleh masuk sekali pantau anak main puas2.

5. Mini Train & Reindeer Cruiser
Mini train ni slow je dia pusing, tak besar mana pun kawasan dia pusing hahahahha agak bosan untuk aku, tapi untuk Qi enjoy je dia hahah, mini train ni orang dewasa boleh teman anak naik tau, so korang boleh lah naik mini train yang pusing super lembab kikiki

Reindeer Cruiser tu aku taubat dengan suami tak mau naik lagi dah, gayat sangat, yelah laluan dia halus betul pastu bila dia belok rasa macam nak terpusing jatuh bawah dah, punya lah aku takuttt huhh korang nak naik silakan...jangan pas ni aku tak cakap hehe

Penat 1 hari main, serius penat teman anak je pun, bayangkan si Qi main huhh dia tidoq memang win, tu sebab kena menginap, bagi anak cukup rest...okey waktu malam jom jalan2 pusing2 apa hado.


Cuci mata je lah waktu malam, ada lah bazar kecik dalam ni, semua jual mainan budak2...harga cekik darah...aku rasa Genting tempat kurang sesuai untuk shopping sakan. Untuk berjudi tu mmg port diorang la kan...selain tu ni aku nak story pasal makan. 


Makanan Murah Ke? Halal?
Oh aku nak story ringkas bab ni tapi makan dalam gak lah, ke semua tempat makanan kat atas Genting ni mahal melampau, ye MAHAL...aku tengok kedai mamak ni je yang ada, amik lah nasi dengan ayam seketul...suami amik telur dadar sayur sambal biasa je...anak kongsi makan dengan umi...air? Air teh o ais 3 gelas...harga total?

RM50 lebih errrrrrrrrkkkkk terus mati mood aku nak makan...hari kedua aku dok situ pun aku kena makan nasi, sebab perut aku ni memang kaki nasi kalau tak makan sehari...so burst 100 lebih makan 1 sesi je...

itu pun dah pilih lauk paling cikaiiiii...siap nak amik telur dadar je dengan ayam kongsi makan dua orang nasi semata je utk suami dan anak...kesiannnnnn wehh...punnnnn harga 40 lebih...

Hari kedua, lepas makan aku lepak port sini, Market Food Street, konsep dia bungkus makanan siap2...gila kenapa aku baru tersedar kedai ni murah sikit dari makan kedai tu beb...ya, nasi lemak 5 hinggit tapi sedap bagi aku, bihun 5 hinggit...ada kuih muih lagi...serius kalau beli banyak pun takkan cecah pun 50 hinggit....

So korang cari lah kedai ni ye...borong byk2 beli utk buat makan dari pagi ke malam...nak makan malam beli siap2...kang laju je habis...mmg murah dan halal.
Settle cerita port makan...azab dok genting...tang makan memang harga mencekik

Penat Birthday Girl berceloteh...posing sedassssssss you ols hahaha

PINK LOVE ICE CREAM
Hadiah Birthday Girl makan aiskrim bentuk PINK LOVE...sedappp oiii aiskrim ni, Qi tu nak berebut dengan aku beb, aku tak kasi, tebal dan sedap rasa strawberry hahahha nangis budak tu aku buli...last2 dia gak makan...aku yang nangisssss hahhaa...okey seketul ni mahal gak...pejam mata ye hubs bayar kiki TQ husband! Hargai sgt :*

Baju tukar2 kan, hahah aku tibai je rumus cerita sini, sekarang kita beralih ke cerita baru, usya hotel baru di Genting...alaaa new hotel ni sebelah je dengan First World Hotel, cantik kan?

Lawa betul dekorasi ruang hotel baru ni...nanti dah siap outdoor nak book dok sini plak. 


SubhanaAllah, permandangan indah dari ruang kaca hotel ni, memang win!

Ada cafe terminal 2, si Qaiser ilman tu memang nak makan kek, dia memang peminat kek fanatik, nampak je muffin dia teriak nak juga...dah tu orang tengok aku, aku tengok diorang, dah tu aku yang muka perasan kaya ni hulur lah RM10 dekat cashier tu, 1 muffin tu lebih kurang 9 hinggit lebih....nayaaaa mak ko kena bayar dik non hahahhahahaaha....perasan kaya haa amik!

Selesai cerita berjimba di Genting Highlands....so keesokkan hari nya kami check out awal you olls, sebab dah bosan tahap gaban hahahahha, terus check out guna mesin kuning tu, masukkan kad hotel terus boleh belah, senang kan.

Turun je dari hotel ke parking, free parking okey, pastu menuruni puncak cantik sangat view...ohsemmm!

Ehhh terus balik rumah ke julia?
Tak lah...kami dok melaram bergambar dekat Genting Highlands Strawberry Park...okey park ni memang cun gila dan best sesangat...aku enjoy setiap saat dalam tu...nanti ada masa aku story lagi ye...terima kasih sudi baca...mmmuahhhh cikit !

15 comments:

  1. amboi eskrem love lg....hah yg main2 tu byk utk bdk...akak aritu tk bg pn tisya main2 sbb dh bw masuk snow world...kami mmg amik set pakej gmbr tu..so mmg soh photographer tu snap lawa2 hehe,...sbb bkn slalu dpt main snow...nk p snow btul2 tktau bila kn..ada gmbr kenangan kt snow world genting..jd la

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya Juju melayan si hero seharian ye. dia pun mesti puas tu. Cici pun cukup tak suka nak beli gambar kalau kat themepark -_- mahal kemain. baguslah kalau boleh curik curik kat skrin, sesetengah tempat ada org jaga so nak kenangan kena la jugak beli

    ReplyDelete
  3. bile nak siap outdoot tu plak yeak jue...katenye sehebat uss singapore...tapi takyah le gatal nak pi time baru2 bukak..mau sesak barak belaga bontot pastu q panjang2 heheheeheh...akak pun baru2 jek pi n indoor ari tu...saje bawak budak2.... lepas ni kalo outdoor dieorg dah upgrade, indoor pun dieorg kene upgrade..ade mainan yg akak tgk mcm dah uzur2 gak .....

    ReplyDelete
  4. Cantik betul pemandangan dalam dan luarnya....pastilah riang ria ibu dan anak tu kan...

    ReplyDelete
  5. tggu anak dh besar, baru bwk dye ke genting..

    ReplyDelete
  6. adusss akak kalu p naya ni...km ni kalu bcuti mkn tahap gaban punya ...nm pun bercuti kan

    ReplyDelete
  7. Lan dah pergi celebrate birthday Akiff 2 tahun lps...mmg indoor jer... Bab mkn mmg hazab laa... turun genting trus miskin... hahaha

    ReplyDelete
  8. kan.. mknn kt sna mahal n pling senang pun mkn fastfood..
    tpi pastu lapar blik sbb sjukkan.. haha

    ReplyDelete
  9. makan kat gohtong la.. turun sikit. situ murah. kat atas mahalll.. fastfood lagila mahal..

    ReplyDelete
  10. rindu cuaca sejuk kat GH...dah lama tak naik tau...uhuk

    ReplyDelete
  11. Bertahun x ke sana sejak2 outdoor tutup kot. HAHAHA some hotel Thema park pon dah roboh so memang slow je kalau sape ajak ke sana. EHEHE , hotel baru ada eh?? macam best je...

    ReplyDelete
  12. bestnya..dulu nad pergi main outdoor..

    ReplyDelete
  13. Hi kak juju... lama gila tak stalk blog kak juju. Hari ni khatam entry latest akak. hahahah.. seronok sangat aihh baca orang p bercuti ni. kita dekat sgt dengan genting tapi tak sampai sampai lagi.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com